Majlis Rumah Terbuka DS Anwar
12 Oktober 2008
Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur
pasti ramai akan menangkap gambar beliau kan?
Raya-raya ni jangan serius sangat, bawa-bawa bersabar....habiskan puasa enam jika nafsu masih tidak dapat dikawal. Jangan marah ya nanti kena jual!
Sembang politik semasa raya tetap berlaku meskipun sewajarnya kita mengendurkan sedikit ketegangan yang ada. Bukan tak boleh sembang politik, tetapi biarlah sembang yang kurang beremosi dan jelas tentang apa butir bicara yang kita nak ketengahkan.
Sama ada berlaku transisi kepimpinan - melalui UMNO-BN atau selainnya, kita harus jelas bahawa yang kita mahu tegakkan ialah kehidupan masyarakat sivil yang bertamadun, yang menghargai kekayaan budaya dan kepercayaan serta menyantuninya dengan bijaksana. Ikrar kebebasan dan keadilan harus dilaksanakan untuk memastikan keamanan.
Sekurang-kurangnya kejayaan besar dalam politik sepanjang tahun 2008 ialah menjungkir balikkan politik murah kepada politik tinggi yang banyak tersimpan di bawah permaidani selama ini. Sekurang-kurangnya masyarakat terpaksa berfikir banyak persoalan fundamental berkaitan banyak isu seperti isu hubungan kaum, isu perlembagaan dan undang-undang, isu integriti, isu ekonomi dan sebagainya.
Maha Suci Allah s.w.t., Tuhan yang menetapkan kebebasan dan keadilan sebagai nilai yang wajib dipegang seorang Muslim.
Wednesday, October 1, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
HAHAHHA
ReplyDeleteLAWAK PALING BEST DALAM MALAYSIA!
hehe.. aku pun terkejut dengan tajuk dia. -Lings
ReplyDeleteperghh...
ReplyDeleteposting agitasi yang mungkin boleh sebabkan akta hasutan dan ISA.
kakakaka