Ramadhan baru menjelang tak sampai sebulan. Kini Syawal. Hari demi hari berlalu tanpa kita sedar sama ada ia semakin beerti atau sebaliknya.
Dulu semasa kecil, petang Ramadhan sering dihabiskan dengan menonton Rumah Kedai. Mungkin keenakan masa kini ialah menonton Diari Ramadhan Rafique. Tapi belum ada lagi slot drama petang Ramadhan yang memberi lebih kesan kepada aku berbanding Rumah Kedai.
Hari ini seorang dari pelakonnya - Sudiro Sukirman meninggal dunia kerana sakit jantung. Semoga roh beliau dicucuri rahmat hendaknya. Sesungguhnya dari(pada) Allah s.w.t. kita datang, dan kepadanya kita akan kembali.
Sunday, October 19, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment