Sebenarnya pendirian prinsip aku berkaitan isu Melayu telah dinyatakan dalam banyak tulisan santai di blog ini sebelum ini.
Aku ikut perihatin dengan perkembangan isu semasa dari masa ke masa kerana hampir seluruhnya sentiasa mengambil perspektif Melayu dalam wacananya. Aku faham perspektif ini penting kerana ia melibatkan persoalan yang berkuasa dan yang mencari kuasa di Malaysia. Rakan-rakan (yang sebenarnya aku tidak kenal) di Facebook turut sama terheret membincangkan hal ini. Mereka kebanyakannya ialah pelajar luar negara di mana sefaham aku adalah sebahagian yang menikmati dasar favouritism di Malaysia dengan besar. Dilema pelajar bijak yang menikmati sebahagian aspek ini sebenarnya pernah dikongsi oleh sahabat aku, YB Nik Nazmi Nik Ahmad.
Memandangkan pandangan sarwa aku pada isu Melayu tak dapat dipisahkan dari pemahaman Islam, aku tidak berminat membela Melayu berbanding Islam. Sebab itu aku sangat tidak selesa untuk menjadikan Melayu dan Islam sinonim pada semua aspek. Cara ini akan meruntuhkan Islam itu sendiri. Aku hanya berminat mempertahankan Melayu sekiranya aku lihat ia bertepatan dengan pandangan Islam yang aku anuti. Berkenaan pandangan Islam pula, aku lebih suka pandangan yang autoritatif berbanding autoriti. Aspek ini pernah aku tulis dalam blog ini sebelum ini, maka jangan lekas menghentam pandangan aku berkaitan autoriti ini. Ini mungkin bentuk pasaran bebas dari sudut idea yang majoriti umat Islam tidak selesa. Tetapi merit dalam pertimbangan autoritatif bukan semudah yang disangka.
Ada 3 tulisan dimuatkan oleh penulis yang dilihat liberal (baca: sangat terbuka, bukan liberal dari pengertian libertarian ya kerana mungkin mereka lebih cenderung sosialis) hari ini di sini, di sini dan di sini. Link-link ini tidak mewakili sepenuhnya pandangan aku tetapi aku fikir sikap terbuka perlu kerana ia boleh memperkaya sudut pandang kita.
Aku sangat berharap ilmuan Islam menulis secara tegas dan tuntas soal supremacy Melayu dari pandangan Islam. Ilmuan Islam tak perlu berselindung di sebalik Ketuanan Melayu untuk menjaga Islam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment