Tuesday, October 21, 2008

Mirip

Kita tentu ingat kisah Presiden Amerika dijatuhkan akibat skandal seks. Di mana-mana kisahnya dijaja. Semua orang kenal Presiden ini. Dalam kata lain, masyarakat di sana menolak pemimpin bermoral rendah.

Pada masa yang sama, semua orang kenal isterinya. Nyaris isterinya jadi calon Presiden Amerika pertama berjantina wanita. Dalam kata lain, masyarakat di sana berupaya meletakkan rasional memisahkan satu peribadi dengan peribadi lain meskipun mereka suami isteri. Pada masa yang sama, masyarakat di sana menilai kekuatan idea dan karakter peribadi - bukan kerana faktor jantina.

Dalam kempen terkini, masyarakat sana sedang berbelah bahagi untuk mencipta keajaiban baru - menolak politik warna kulit dan tentunya ia cuba disadur dalam bentuk kempen benci agama sebagai usaha menggalkan politik baru yang lebih tinggi (dari sebelumnya).

Tempoh menjadi Presiden Amerika selama 2 penggal sahaja dapat menafikan Bush dari terus bermaharajalela dengan keserakahannya.

Di Thailand, Presiden Thaksin yang lari ke luar negara sebelum balik semula telah dijatuhkan hukuman penjara 2 tahun akibat skandal berkaitan tanah yang melibatkan isterinya. Hukum datang selepas beliau bukan lagi Presiden.

Dari beberapa peristiwa luar yang aku cuba gambarkan di atas, ia mirip kepada sedikit hal dalam negara. Darihal skandal seks, salah guna kuasa dan melibatkan hak awam, dari hal cerita di sebalik warna kulit dan pegangan agama serta tidak kurang cerita bersangkutan isteri ahli politik.

Berkuasa dan tidak berkuasa, kedua-dua situasi menunjukkan bahawa 'pemimpin' boleh dihumban. Tapi ada satu garis yang cukup jelas di sana - kebebasan dan penegakan hukum yang didokong ramai.

Sudah sedia ke garisan mula?

No comments:

Post a Comment