Aku sedang menyiapkan artikel berkaitan Pilihan Raya Kampus dan Kebebasan Mahasiswa untuk dimuatkan di WauBebas.Org. Di blog ini mungkin tulisan spontan saja untuk dimuatkan. Rata-rata pandangan aku telah digariskan dalam wawancara bersama UmmahOnline sebagaimana tertera di ruang kanan blog ini.
Pilihan Raya Kampus kebelakangan ini mungkin berbeza dengan Pilihan Raya Kampus zaman sebelumnya (era 60an, 70an, 80an dan 90an). Tidak, ia bukan berbeza kerana majoriti kemenangan di kampus dikuasai oleh kumpulan mahasiswa yang memakai label Islam.
Pada hemat aku ia berbeza kerana:
1. Sistemnya tidak dipertikai malah diyakini meskipun yang mengendalikan Pilihan Raya itu masih seorang TNC dan staf universiti.
2. Kebebasan di kampus jauh lebih baik dari apa yang ada pada waktu ini. Kempen dan propaganda juga jauh lebih menarik.
3. Pertandingan secara berparti nyata lebih baik dalam banyak aspek.
4. Majlis Perwakilan Pelajar dan badan-badan pelajar yang lain masih dihormati suara dan pandangan mereka.
5. Pelajar sendiri memilih untuk berani membebaskan diri dari ketakutan yang tidak munasabah berdasarkan Perlembagaan.
Ya, sudah tentu lebih banyak lagi yang boleh digariskan. Mahasiswa harus ingat bahawa mereka yang mengadu domba jamak pandangan dalam kehidupan mahasiswa adalah mereka yang cuba menangguk di air yang keruh. Mereka ini tidak mengajak anda bersama mereka agar anda akan menjadi manusia bebas (self sufficient), yang boleh berfikir sendiri dan bertindak sendiri berpandukan iman dan akal. Mereka lebih gemar anda menjadi hamba abdi mereka secara tidak langsung dengan ugutan, tawaran pangkat, harta dan kesenangan. Tapi syaratnya ialah anda harus biarkan akal anda yang membezakan anda dengan haiwan, akal sebagai asbab membawa anda ke menara gading bonsai
Tidak kira anda mahu memakai label apa sekalipun - aspirasi atau pro-mahasiswa - anda harus ingat bahawa anda bukanlah bagus sangat untuk menjadi jurucakap kerajaan atau pembangkang. Anda seharusnya mewujudkan satu arus yang mencerminkan budaya tinggi di sebalik nama Pengajian Tinggi yang menguruskan tempat anda belajar. Anda boleh jadi sangat bagus jika benar-benar memahami denyut nadi dan jiwa dunia akademia yang berfungsi dan bergerak dengannya (baca: guiding ideas).
Untuk aku, perjuangan di universiti harus bermula dengan 2 premis asas iaitu:
i. Menjamin kemuliaan insan
ii. Mengangkat martabat ilmu
Dari puing ini anda harus bermula. Ya, pensyarah dan kakitangan universiti juga asalnya bukan manusia bodoh. Mereka sama dengan kita dari konteks umum persoalan manusia dan ilmu. Hanya yang akan membezakan kita ialah persoalan iman, niat, akhlaq dan komitmen kepadanya.
Aku akan menulis siri Kempen Pilihan Raya Kampus sehingga selesai ia dijalankan di semua kampus, insyaAllah.
* Jika ada mana-mana mahasiswa yang berminat menggerakkan idea-idea yang ada, aku sangat berbesar hati kerana jujurnya semua ilmu adalah milik Allah s.w.t..
Thursday, October 16, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
tuan yang budiman,
ReplyDeleteboleh tukar jaringan baru tak? tkaseh!
http://ummahonline.com/?p=151
salam...
ReplyDeleteapalah nasib anak melayu bumiputera di universiti melayu di shah alam???