Sunday, March 30, 2008

Fitna : Ujian Buat Umat Islam

Geert Wilders mungkin hanya satu lagi watak yang sama dengan wajah dan nama berlainan dalam siri kecaman terhadap pendekatan muslim berdasarkan ayat-ayat Al-Quran yang terdedah kepada interpretasi yang pelbagai. Reaksi umat diuji lagi dan anehnya kali ini aku melihat 'kemajuan' dalam politik UMNO untuk menyatakan bantahan terhadap filem pendek sekitar 17 minit ini.

Aku hanya melihat ini sebagai satu peluang untuk umat bersikap inklusif meskipun untuk aku generalisasi perlakuan umat sebagai menampakkan kebodohan dan kehodohan Wilders, malah pada tingkat yang lain menunjukkan kewibawaan Islam (atau muslim?).

Sebagai ahli politik, pendekatan Wilders ini mudah difahami. Ia hanya satu bentuk propaganda pengukuhan sambil memberi serangan paling tajam, mungkin untuk potensi pesaingnya. Realiti peningkatan jumlah umat Islam di Barat seharusnya dipandang Wilders sebagai satu persoalan penting - kenapa mereka memilih Islam? Kenapa tidak yang lain? Tindakan Wilders memburukkan imej Islam, untuk aku tidak menjadi bukti bahawa dia baik selaku alternatif (walaupun partinya berbunyi kebebasan!).

Sebenarnya kezaliman, kehuduhan dan segala bagai kesongsangan amalan 'Barat' dari seruan muluk mereka seperti keadilan, kebebasan dan sebagainya adalah satu faedah untuk umat Islam. Sebagaimana dalam konteks realiti politik Malaysia - 'busuk amalan' UMNO-BN yang diberi nama 'minyak wangi' telah memberi kelebihan kepada Barisan Rakyat.

Pokoknya, mesti ada penjernihan semula tafsir Islam yang mencerminkan semangat Islam. Sama seperti undang-undang, ia mempunya spirit and letter of the law.

Misalnya, dalam hadis Kullu maulud(in) yuladu ‘ala al-fitrah - setiap bayi dilahirkan dalam keadaan fitrah, kedua ibu bapanya lah yang menjadikan dia Yahudi ...(dan seterusnya).

Aku berpendapat jika hadis ini dirujuk silang dengan maksud ayat Al-Quran tentang Yahudi dan Nasrani selamanya tidak akan redha...(dan seterusnya), ia menunjukkan bahawa Allah s.w.t. tidak menamakan Yahudi (sebagai contoh) sebagai kaum, tetapi lebih kepada sikap. Kerana setiap bayi itu dilahirkan fitrah dan berpotensi menjadi Yahudi dan lain-lain. Dan kita tahu ada pergerakan Yahudi yang menentang pencerobohan hak di Palestin, malah sebahagian mereka menjadi mangsa, termasuk bukan Islam yang lain.

Geert pada satu tingkat memang salah, malah melampau. Tapi siapa dapat menafikan sebahagian contoh-contoh yang 'kelihatan ekstrim' sebagaimana yang ditunjukkannya? Bantahan kita harapnya jelas pada bahagian yang jelas serta jangan kita lupa bahawa pada tingkat lain, usaha harus digerakkan untuk memulihkan semula sikap inklusif dari kita untuk menawarkan kecantikan Islam kepada yang lain.

Kita jangan cepat rasa tertewas, malah mungkin kini tiba masanya untuk kita berbuat sesuatu bagi membersihkan interpretasi makna yang bercanggah dengan semangat teks Al-Quran yang harus dibaca.

Sesiapa juga harus jelas bahawa isu ini tidak harus membunuh kebebasan sebaliknya kita harus mendorong kebebasan yang bermakna. Membunuh kebebasan tidak akan sampai bila-bila memenangkan Islam, kerana iman yang sejahtera tidak memerlukan paksaan dan kongkongan.

DEB?

Kritik terhadap DEB bukan kerana ia pro-Melayu semata-mata; kerana jika ia benar-benar selama 20 tahun perlaksanaan ditambah dengan berbelas tahun 'lanjutan semangatnya' seperti didakwa UMNO-BN, maka jurang ekonomi rakyat tidaklah separah hari ini.

Kritik DEB sebenarnya lebih kepada kritik amalan UMNO yang tidak jujur tentang ini. Ramai yang sibuk dengan DEB tanpa mengetahui bahawa DEB tidak lebih dari sekadar program kerajaan; bukan sebuah Dasar dalam Perlembagaan.

Peliknya, bila sesuatu yang wujud dalam perlembagaan tidak pula mereka mahu isukan seperti hak-hak rakyat - bersuara, berhimpun dan sebagainya.

Nak harapkan judicial review, boleh ke? Hurm..mungkin Dato' Zaid Ibrahim kena bergerak cergas menjelaskan pemisahan kuasa dan memahamkan rakyat tentang ertinya. Jangan jadi macam dalih Tun Dr. Mahathir semasa memecat Lord President Tun Salleh Abas dulu. 'Kununnya' Perdana Menteri dipilih oleh rakyat, Lord President tidak! Aduh, malangnya..

DS Anwar Ibrahim harapnya telah insaf kerana dia juga ada saham di situ, walaupun sedikit!

Dunia Ini Sederhana Kecil

Bahruddin Bekri mungkin sebuah nama asing. Tapi dia kini telah jadi seorang penulis rasmi.

Din, begitu kami memanggilnya. Seorang bekas rakan serumah. Anak Sarawak yang cekal membina sebuah kehidupan yang payah. Hampir galau.

Tapi Din untuk aku, adalah sebuah bukti bahawa hidup ini tidak harus menyerah. Aku akan cuba dapatkan 'Dunia Ini Sederhana Kecil' di pasaran selekas mungkin.

Transisi

Aku selalu inginkan penjelasan, jika bukan jawapan. Peristiwa ini bukan peristiwa baru. Malah sebahagian merayakan sebagai tanda kemenangan. Dan aku resah.

Kemenangan 'Barisan Rakyat' di kawasan-kawasan penting telah membawa banyak persoalan baru di samping hambatan 'kerja lama' yang harus diselesaikan. Rakyat sudah tentu tidak inginkan penindasan diganti dengan penindasan. Tidak ada rakyat yang mahu keluar dari mulut buaya untuk masuk ke mulut singa!

Baru-baru ini kita dengar Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor yang baru mahu meneruskan agenda 'Setinggan Sifar' dan mengenakan cukai levi kepada pekerja asing (persoalan levi ini memerlukan perhatian terhadap aspek undang-undang berkaitan bidang kuasa dan kemampuan perlaksanaannya). Tidak menunggu lebih lama, maklum balas muncul dari corong kelompok yang dekat dengan perspektif Sosialis (jangan lekas gerun dengan istilah ya!). JERIT (Jaringan Rakyat Tertindas), Dr. Nasir selaku Ahli Parlimen Kota Damansara, SUARAM dan sebagainya tegas menentang agenda ini (perlu diingat mereka adalah jaringan kerjasama menentang Barisan Nasional!).

Dari peristiwa ini sebenarnya ada beberapa perkara menarik. Bagi yang tidak mengerti persoalan masyarakat sivil, peristiwa ini mungkin jadi resah yang panjang. Begitu juga yang culas dengan pendekatan ekonomi liberal.

Ada tanda tanya besar, mendasar dan penting untuk diperhatikan Barisan Rakyat. Buat masa ini jujurnya aku tidak pernah terfikir PAS akan ikut serta menawarkan pandangan ekonomi mereka. Negeri Kebajikan sebagai tema PAS bunyinya menangkap minat pendokong idea ekonomi Sosialis. Dan itu yang diwar-warkan sekuatnya seorang kenalan JIM saat kami terserempak di sebuah restoran baru-baru ini. Nada over confident bahawa ekonomi Islam sangat mirip dengan Sosialis disambut senyum panjang oleh aku. Perkataan liberal mungkin telah haram dari kamus penentangnya, lalu mereka mahu juga bercakap dan 'menunjuk pandai' dan memilih perspektif yang sempit (sambil mendakwa merekalah juara rujuk silang, walaupun penulisan bersifat copy-paste!).

Kita, yang tidak mahu jadi politikus (sekurang-kurangnya untuk aku buat masa ini), harus sedar bahawa jalan yang kita pilih tidak seharusnya menguatkan struktur kuasa parti atau pemimpin. Dan inilah cabaran sebenar bagi rakyat. Adakah kita benar-benar bersedia mahu menjadi tenaga pendesak berbentuk masyarakat sivil?

Mari kita lihat dilema dalam sejarah.

Dalam satu peristiwa sejarah menentang seorang diktator yang zalim - kita namakan Z (ada diktator yang baik? mungkin Astora Jabat lebih tahu!), beberapa parti katakan parti A, parti B, parti C dan parti D telah bergabung dengan badan-badan NGO untuk mobilisasi rakyat menentang diktator Z. Hasilnya, dengan restu Allah s.w.t., tumbanglah sebuah kerajaan zalim yang dipimpin diktator Z.

Malangnya selepas itu parti A telah bergerak membolot kuasa penuh dalam pemerintahan. Pemimpin spiritualnya telah membunuh sebahagian pemimpin spiritual lain yang menentang keputusannya hingga seolah-olah orang hanya mengenal seorang sahaja pemimpin spiritual yang wujud. Semua penentangnya sama ada dipenjara atau dibunuh walaupun mereka adalah sebahagian besarnya bekerjasama dalam proses menjatuhkan diktator Z.

Peristiwa ini pernah berlaku di Iran dan tidak pernah lagi kita mendengar pendokong-pendokong 'kental' si pemimpin spiritual zalim tersebut mahu mengatakan tindakannya BATIL!

Malah dari masa ke masa kian lantang menjadi ayam yang kuat berkokok sambil ekor bergelumang tahi!

Dari peristiwa ini sebenarnya ada satu hambatan penting untuk difikirkan kita sebagai rakyat terutamanya mereka yang berada dalam lingkaran kuasa parti. Sejauh mana kesediaan kita mewujudkan mekanisme semak dan imbang yang nyata, jauh mengatasi damage control dalam parti. Ada dakwaan bahawa parti-parti politik mempunyai mekanisme tersendiri untuk proses kritik, supaya kelemahan parti dapat dibetulkan tanpa merosakkannya. Dari satu sudut nampak logik, tapi bagaimana pula untuk kelemahan yang melibatkan kepentingan rakyat seperti kes rasuah? Dan ini pengalaman UMNO-BN, bahawa mekanisme penentangan itu ada, tetapi dibuat dalam bentuk yang tidak merosakkan kepentingan UMNO-BN untuk terus berkuasa (dan kita tahu penentangan ini nampak lebih tidak ada dari ada!).

Bagaimana? Nampak hari ini proses ketegangan dalam UMNO-BN pula lebih demokratik berbanding Barisan Rakyat.

Kita sebagai masyarakat sivil (jika boleh dipanggil begitu) bagaimana pula? Sediakah kita dalam konflik yang mungkin wujud menjadi seorang hakim yang bercirikan neutral dalam proses pengadilan, dipercayai oleh pihak-pihak berkonflik dan mempunyai autoriti dalam membuat keputusan?

Nampaknya kerja kita kian runcing - sedar atau tidak. Memusatkan persoalan politik untuk diselesaikan politikus semata-mata hanya mengundang diktator baru dalam negara!

Seorang Sufiah

Aku tidak boleh tidur. Sangat terganggu.

Entah kenapa berita terkini tentang Sufiah Farooq Yusof sangat menghantui aku. Ya, Sufiah, dulunya seorang kanak-kanak genius yang melanjutkan pelajarannya ke Oxford pada usia 13 tahun.

Kanak-kanak 'genius' memang wujud di dunia ini. Namun sayang, dalam ramai jenis kanak-kanak ini, sangat jarang kita mendengar yang baik-baik tentang mereka pada saat dewasa. Mungkin 'genius' mereka itu dinisbahkan pada faktor usia dan kemampuan kognitif saat mereka kanak-kanak, dan kemampuan afektif serta psiko-motor, malah spiritual mungkin tidak masuk dalam perhitungan.

Seorang Sufiah, mungkin telah jadi mangsa keadaan. Walaupun seorang berkecenderungan liberal seperti aku percaya kepada individualisme, aku juga percaya kepada peranan dakwah.

Entah kenapa...peristiwa seorang Sufiah ini sangat pedih untuk aku terima. Ya, mungkin kerana dia seorang Sufiah...sedangkan ramai lagi mereka yang sepertinya dan aku juga mahu merasa pedih untuk itu.

Sufiah;
Semoga Allah s.w.t. selamatkan engkau;
Jujurnya..aku sangat sedih dengan berita yang baru ku terima;
Dalam kalut pergolakan engkau menghadapi zaman dewasa;
Engkau bukanlah yang aku harap akan tewas;

Sufiah;
Waktu engkau 'dipaksakan' menjadi seorang genius;
Entah apa tafsir umat tentang rahsia Tuhan pada dirimu;
Entah apa pula rasamu tentang cakap-cakap rahsia Tuhan pada dirimu;
Apakah manusia lebih mengerti?

Sufiah;
Semoga kau lekas insaf;
Kerana kasih sayang Allah s.w.t. itu melebihi dari apa yang kita sangkakan;
Kembalilah pada tingkat kemuliaanmu;
Aku akan selalu merindui itu dengan doa untukmu.

0130 - pagi yang menangis,

Amin Ahmad
31 Mac 2008
Bukit Serdang

Kenapa Aku Suka Bloggers 2

Blogging mungkin telah jadi fenomena. Publisiti percuma oleh kerajaan BN mengenai pengaruh blog telah membuka mata ramai rakyat yang mahu tahu kenapa sampai begitu sekali kenyataan dari sebuah kerajaan yang pernah dikenali sebagai 'tidak ada cacat cela'.

Kenyataan demi kenyataan 'positif' selepas PRU-12 berkenaan AUKU, blog, kehakiman dan sebagainya (termasuk Samy Vellu menggesa pembebasan HINDRAF 5!) untuk aku tidak lebih dari kenyataan-kenyataan manis untuk meredakan kekalutan yang pelbagai. Kenyataan aku ini didorong oleh kejelikan-kejelikan yang juga dilakukan sebaik saja tirai PRU-12 ditutup.

Sebagai seorang yang percaya dengan masyarakat sivil, aku kira tidak salah untuk bersikap positif di sebalik 'perlakuan aneh' kerajaan BN pada saat ini.

Tentang blog ini aku hanya ingin menekankan satu perkara - R.U.A.N.G.; baca kuat-kuat RUANG! Ia adalah soal ruang. Percayalah bahawa jika media Malaysia tidak seburuk yang ada pada hari ini dan sebelum ini, maka pengaruh blog tidak akan sehebat ini!

Maka tidak timbul soal bloggers tidak beri ruang untuk jawab balas kerajaan, bukankah seluruh media utama adalah milik mereka? Bukankah mereka juga punya cybertroopers dan juga web sendiri?

Nasib Seorang 'Genius'

Entah apa kata yang mahu aku lafazkan untuk berita ini?

Pengampunan Allah s.w.t. tidak pernah terlambat untuk aku dan kita semua.

Thursday, March 27, 2008

Hanya Masa

Bulan ini aku rasa bulan yang paling banyak posting aku buat - rentetan panas PRU-12. Mulai esok aku akan berhenti blogging untuk sekurang-kurangnya 2 hari. Aku mahu berehat sekejap dan mahu merencana hala tuju selanjutnya.

Ya, kita merancang dan Allah s.w.t. merancang.

Semoga masa akan memberi jawapan kepada perancangan aku.

Only Time
Enya

Who can say where the road goes
Where the day flows, only time
And who can say if your love grows
As your heart chose, only time

Who can say why your heart sighs
As your love flies, only time
And who can say why your heart cries
When your love lies, only time

Who can say when the roads meet
That love might be in your heart
And who can say when the day sleeps
If the night keeps all your heart

Night keeps all your heart

Who can say if your love grows
As your heart chose, only time
And who can say where the road goes
Where the day flows, only time

Who knows? Only time
Who knows? Only time

Music :Eithne Ní Bhraonáin
Lyrics :Roma Ryan

Demokrasi dan Individualisme

Telah menjadi persepsi yang menakutkan terutama di kalangan pendokong dakwah Islam bahawa idea liberalisme membawa pendekatan paling mendasar dan dipandang bertentangan dengan semangat kerja jemaah yang dipupuk oleh gerakan dakwah Islam iaitu kebebasan individu.

Dalam perbualan pendek (mungkin sesi suai kenal lebih tepat) aku dengan sdr. Wan Saiful beberapa bulan lepas, telah aku jelaskan kepadanya jenis ketakutan ini - individualisme. Aku kira pandangan Wan Saiful cukup kuat sebagai asas (dan aku cuba mengupas lanjut dalam jawapan asas moral liberalisme sebagai menjawab komentar sahabat, sdr. Aqil Fithri Dan mungkin ia tepat juga dengan pandangan Fathi Aris bahawa masalah 'usrah' ialah usaha mengepung minda dan bukan mencerahkan.

Persepsi berlebihan bahawa individualisme itu sesuatu yang tidak ada langsung sisi positifnya ditolak oleh aku. Dalam konteks masyarakat demokrasi yang sihat, ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk setiap individu mengenengahkan cita-cita peribadi. Prosesnya lebih sukar dan sebahagiannya telah dirasakan pasca PRU-12. Oleh kerana kita tidak terbiasa, maka ia mungkin sukar, ditambah beberapa bahagian undang-undang yang mungkin perlu dinilai semula.

Aku percaya demokrasi akan berkembang baik bila setiap individu mahu bekerja keras untuk mendapatkan kebebasan bagi mereka menyertai proses hidup bernegara. Masa balik mengundi tempoh hari, aku dan Anam hampir pelik kerana perjuangan mendapatkan kebebasan dan hak sama rata ini seolah-olah satu cabaran yang dilihat anti-Islam dan anti-Melayu di Malaysia. Dalam perkembangan terkini, kertas kerja Dato' Dr. Ahmad Zahid Hamidi (baru lulus PhD UPM juga!) berkaitan Minda Kelas Pertama dari Perspektif Politik juga terlalu sarat dengan hasutan sejarah.

Hampir tenggelam persoalan asas bahawa penyertaan rakyat dalam proses hidup bernegara adalah sangat penting untuk memastikan wakil rakyat mereka mendapat maklumat sebenar (bukan nasihat yang salah!) dari akar umbi dan mereka lupa bahawa wakil rakyat memegang amanah untuk diketengahkan dalam Dewan Rakyat melalui konsensus dasar dan kehendak rakyat.

Aku kekal percaya bahawa sebagai rakyat, aku harus menikmati kebebasan individu dan aku wajar dinilai melalui keupayaan aku - dengan indikator yang adil, dan aku juga harus berkongsi tanggungjawab bersama setiap individu lain untuk membina masa depan yang lebih baik melalui nilai asas kebebasan dan self government.

Tuesday, March 25, 2008

AUKU akan dipinda?

Tadi balik dari kuliah, sempat menjengok poll TV3 tentang pemansuhan AUKU. Tak sempat pula tengok keputusannya. Bukan apa, entah signifikan atau tidak.

Aku tak tahu keikhlasan kerajaan BN untuk membuat pindaan AUKU ni kerana telah sekian lama gesaan ini dibuat, dan tidak ada seorang pun kecuali Dato' Zaid Ibrahim yang aku pernah dengar sendiri membuat kenyataan jelas tentang perlunya AUKU dipinda, atau pada tahap lain dimansuhkan sama sekali dengan mewujudkan bentuk undang-undang yang lebih sesuai.

Jawatankuasa yang diketuai Dato' Dr. Wan Zahid telah dibiayai menggunakan wang rakyat namun laporan mereka telah dibakul sampahkan! Dan tidak ada yang mahu mempersoalkannya dari corong suara BN.

Entah apa waktu ini sedang difikirkan para TNC dan pencacai Aspirasi di kampus (harap maklum bahawa ada juga rakan-rakan di kalangan Aspirasi yang lebih baik berbanding aktivis Pro-Mahasiswa dari kaca mata saya).

Petang tadi aku 'dijemput' 2 orang pensyarah untuk 'sembang-sembang politik'. Waktu itu sebenarnya aku sedang rancak 'membasuh' seorang mahasiswa yang macam putus asa menjadi seorang Melayu kerana negerinya Perak dikuasai DAP.

Di Kampus Hijau khabarnya NC mahu memberi sedikit kelonggaran berkaitan aktiviti mahasiswa manakala ada Timbalannya sedang memburu kerusi NC berikutan kenaikan Menteri Pengajian Tinggi yang baru dari 'kampung'nya! Haha, khabarnya TNC ni mengundi di Jeli tempoh hari walaupun kampung asalnya Johor!

Entahla, aku hanya berminat dengan proses demokrasi. Jika UMNO mahu kekal dengan politik Melayu sempit, PAS mahu Negara Islam, PKR mahu Masyarakat Madani, DAP mahu Malaysian Malaysia, atau apa juga parti mahu itu dan ini, yang penting bagi aku biarlah proses itu terbuka dan rakyat dapat mengikutinya sebagai seorang yang dihormati kemuliaan dirinya sebagai insan.

Seperti biasa kataku kepada pensyarah-pensyarah berkenaan, ruang bebas akan meminggirkan 'politik kedai kopi' (politik sembang deras bak kata orang Perlis). Akan tiba saatnya politik bebas memaksa orang ramai bergerak ke satu tingkat persaingan sihat di mana keupayaan daya fikir, daya saring dan penterjemahan tindakan mengangkat rakyat ke satu tahap kualiti bertaraf maju. Saat itu aku akan senyum - bahawa kemuliaan insan dan martabat ilmu akan dihormati selayaknya. Dan aku akan terus berjuang untuk itu.
Maafkan aku kerana entry Maulid ar-Rasul terlalu ringkas.

Kandungan asas angle yang aku pilih untuk Maulid ar-Rasul telah pun dihuraikan oleh Ustaz Hasrizal di Saifulislam.Com.. Dan aku kira di sana lebih layak angle itu dijelaskan - sesuai dengan khalayak dan hemah penulisannya.

Setelah beberapa waktu, aku pun dah 'sihat dan cergas' sikit, maka aku mahu juga merakamkan fragmen sejarah berkaitan Rasulullah s.a.w., dan aku mahu melanjutkan angle yang aku pilih dan dikembangkan di Saifulislam dengan baik sekali.

Telah bersabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud "Islam bermula asing dan akan kembali asing seperti permulaannya, maka berbahagialah golongan Ghuraba".

Para sahabat bertanya "Siapakah Ghuraba ya Rasulullah?"

Baginda menjawab "Mereka ialah orang yang memperbaiki keadaan yang dirosakkan oleh manusia"

(Hadis riwayat Ahmad)

Jom jadi Ghuraba! Jangan jadi Gerabak!

Monday, March 24, 2008

Ekstrim

Hal 1

'Kami nak Idris, natang' begitu bunyi kain rentang yang dibawa oleh sekumpulan penyokong YB Datuk Seri Idris Jusoh seperti yang dirakam TV3 dan NTV7. Kepada siapa 'natang' (baca=binatang) itu ditujukan? Sebelum PRU-12 juga kita ditunjukkan peristiwa penahanan bas yang dikatakan membawa pengundi hantu juta di Terengganu (maksud saya peristiwa memecahkan tingkap kenderaan). Juga kita dengar peristiwa berdarah di Batu Buruk.

Apakah orang-orang Terengganu memang berdarah panas? Hormatlah sikit YD Agong kita sekarang dari Terengganu. Walaupun muda, tidak beerti tidak waras!

Hal 2

Ketua Kampung di Perak mahu boikot semua program kerajaan negeri Perak malah mengatakan mereka dilantik kerajaan BN hingga Disember 2008 dan kerajaan negeri tiada hak untuk memberi arahan agar ketua kampung mengikut telunjuk mereka. Sebelum ini khabarnya ada sekumpulan pertubuhan menyampaikan kepada YM Raja Nazrin untuk mengangkat BN sebagai kerajaan minoriti di sana.

Apakah mereka ini bahlol? Selama ini YB BN rupanya bekerja untuk orang-orang parti dan bukan sangat nak bekerja untuk rakyat.

Hal 3

UMNO Pulau Pinang sebelum ini menggesa kerajaan BN Pusat untuk tidak meneruskan projek NCER dan Jambatan Kedua Pulau Pinang malah mendalangi perhimpunan membantah pemansuhan DEB dengan slogan Ketuanan Melayu sambil menghentam DS Anwar Ibrahim. Mereka juga dengan sinikal mahu kerajaan negeri menunaikan janji pemansuhan tol Sungai Nyior sebanyak 50 sen.

Dalam perkembangan lain, kerajaan negeri yang diambil alih oleh Barisan Rakyat kini sedang menyusun pentadbiran dan menyemak semula semua dokumen perjanjian kerajaan terdahulu. Khabarnya ada beberapa salah laku dikesan.

Buruk benar sikap orang yang kalah ni ya? Semoga yang menang akan segera sedar bahawa politik tidak semudah berkata-kata.

Rupanya kerajaan BN gagal mendidik 'wakil-wakil mereka' untuk kenal kemuliaan insan dan sistem. Memang patut mereka kalah! Padan muka!

Sunday, March 23, 2008

ALLAH Maha Kuasa

Sejak dari mula aku amat percaya bahawa ALLAH s.w.t. akan 'campur tangan' dalam kemelut Malaysia - hanya kerana terlalu banyak nama-Nya disebut-sebut secara benar atau batil dalam hampir seluruh proses hidup bernegara di Malaysia.

Dia Maha Mendengar - sama ada dimakbulkan terus, ditangguhkan hingga masa yang sesuai atau disimpan untuk kebaikan di akhirat, itu apa yang aku percaya kerana janji ALLAH s.w.t.. Hati mana sedia melihat kemanusiaan dilanyak di mana-mana apatah lagi di muka bumi Malaysia, tempat aku belajar membina hidup.

Dalam kes politik mutakhir, kejadian akhir-akhir ini sebenarnya adalah kerja ALLAH s.w.t.. Dia memberi setakat mana usaha bersama kita digerakkan. Dialah yang mengizinkan segala kekalutan dan ketergelinciran lidah sebahagian kita untuk dipertontonkan kepada umat. Dialah yang sentiasa menyediakan sekumpulan manusia yang kerjanya mengajak umat kepada kehidupan yang lebih baik sebagaimana dikehendaki-Nya. Dialah yang Maha Berkuasa menaikkan atau menurunkan sesiapa juga dari kekuasaan.

Aku percaya Dia mahu kita lekas bersedia untuk mengisi kemenangan yang bakal dihadirkan, agar kita tidak menzalimi diri sendiri saat Dia mengizinkan. Kun Fayakun...

Saturday, March 22, 2008

Zaid Ibrahim dan Kebebasan Kehakiman

Dato' Zaid Ibrahim yang telah diangkat menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan bertanggungjawab untuk hal ehwal Undang-Undang setakat ini telah menyuarakan apa yang sepatutnya disuarakan. Kenyataan bahawa kerajaan BN harus memohon maaf atas kesilapan memecat Tun Salleh Abas dalam isu kehakiman paling menyayat hati di Malaysia. Sudah tentu ia berpunca dari (Tun) Dr. Mahathir! (Sebab itu usaha menjatuhkan Pak Lah harus ditanggapi dengan hati-hati).

Seterusnya kita semua dapat menyaksikan bagaimana institusi kehakiman 'beraksi' terutama dalam kes-kes politik negara; dan entah berapa banyak kes kecil yang kita tak pernah tahu telah 'diperkosa'

Aku selalu merasakan Dato' Zaid Ibrahim adalah orang yang paling tepat untuk mengambil posisi sekarang; sebagai seorang pakar, pengamal dan aktivis perundangan, maka wajarlah kita meletakkan sesuatu pada tempatnya. Walau bagaimanapun, isu perundangan negara masih terlalu asing bagi rakyat secara teknikalnya; maka marilah kita terus memantau dari masa ke masa.

Harapnya TERAS tidak terusik dengan ini!

Pengakap

Mantan Timbalan Naib Canselor UPM, Prof. Datuk Dr. Kamarudin Kachar tiba-tiba muncul membuat kenyataan berkaitan usul undi tidak percaya yang diluluskan untuk 'membuang' Datuk Seri Dr. Shafie Salleh dari pergerakan sedunia itu.

Di Malaysia, Dr. Shafie dilantik ke jawatan Ketua Pengakap Negara saat dia menjawat Menteri Pengajian Tinggi - dan saat itu aku adalah seorang pimpinan rasmi pelajar di UPM. Siapa tak tahu kisah 'persengketaan Dr. Shafie dan Naib Canselor UPM waktu itu, Prof. Dato' Dr. Zohadie Bardaie'. Kesan 'persengketaan' ini telah memberi kesan kepada seluruh pergerakan pelajar berikutan 'kepala batu Dr. Shafie' meletakkan proksinya (hingga kini) di jawatan TNC (HEP) yang tidak dipersetuji oleh majoriti pensyarah, kakitangan dan pelajar.

Untuk Dr. Shafie, saya fikir ini mungkin masa yang tepat untuk anda beristirehat dan berhenti dari posisi yang merosakkan sistem.

Friday, March 21, 2008

Kenapa Tidak?

"Aku tak mungkin jadi ahli politik. Jika jadi sekalipun, ia mungkin pilihan akhir" kata aku petang itu.

"Kenapa tidak?" dia antara kawan yang paling banyak berkongsi rasa - mendengar dan bicara politik dengan aku.

"Kerana selalunya aku ada rasa belas, kau sendiri boleh nampak kan? Walaupun aku keras mendokong Reformasi dan menghentam percaturan politik UMNO-BN, jarang sekali aku tinggalkan mereka dalam keadaan 'dibelasah'" jelas aku pendek. Ya, aku sentiasa mahu setiap dari kita merasa sebagai rakyat - punya ruang menyumbang kepada tanah yang kita kasih ini dan untuk umat yang kita sayang ini.

Dia diam agak lama. Kami sama-sama teguk air. Dia rasa janggal kerana aku adalah manusia politik sebagaimana semua teman mudah mengungkap tentang aku.

Binasa politik bila kita seolah tidak punya ruang untuk mengatakan tidak kepada parti politik tetapi ya pada agendanya. Aduh, simptom ideal vs praktikalkah ini? Tidak bolehkah cerita negara Islam, Negara Madani dan sebagainya disunyikan dari menyebut nama parti?

Rakyat, selalu dalam diam-diam sejak merdeka sebahagiannya terpasung atas rasa percaya dan setia kepada perjuangan parti. Semoga rakyat tidak lagi diburu sesal yang tak sudah.

Thursday, March 20, 2008

Sebuah Puisi Anti Perkauman

Puisi ini pernah dicalonkan Bangsa Bersatu untuk Puisi Terbaik 2006. Ia hanya ditulis oleh seorang kanak-kanak Afrika yang merasai pedihnya erti perkauman.

When I born, I black
When I grow up, I black
When I go in Sun, I black
When I scared, I black
When I sick, I black
And when I die, I still black
And you white fellow
When you born, you pink
When you grow up, you white
When you go in sun, you red
When you cold, you blue
When you scared, you yellow
When you sick, you green
And when you die, you grey
And you calling me colored?

Semoga kita belajar sesuatu. Tidak ada kemuliaan tanpa taqwa. Dan bagi kita seorang Muslim, taqwa itu adalah pakej nilai-nilai baik yang dimulakan dengan Syahadah.

Soul Searching

Dari sekolah rendah, aku sangat suka buat Ujian Personaliti dan yang sewaktu dengannya. Selalunya aku buat untuk buat reality check atau ada sesuatu yang aku rasa tak kena dengan hidup aku. Mungkin kerana banyak bermain sekitar hal ini maka aku mudah memupuk minat pada pelajaran berkaitan sains sosial yang aku ikuti sekarang. Rupanya tidaklah mudah membentuk sebuah analisa berkaitan hal sosial ni!

Your Five Factor Personality Profile

Extroversion:

You have medium extroversion.

You're not the life of the party, but you do show up for the party.

Sometimes you are full of energy and open to new social experiences.

But you also need to hibernate and enjoy your "down time."

Conscientiousness:

You have high conscientiousness.

Intelligent and reliable, you tend to succeed in life.

Most things in your life are organized and planned well.

But you borderline on being a total perfectionist.

Agreeableness:

You have high agreeableness.

You are easy to get along with, and you value harmony highly.

Helpful and generous, you are willing to compromise with almost anyone.

You give people the benefit of the doubt and don't mind giving someone a second chance.

Neuroticism:

You have medium neuroticism.

You're generally cool and collected, but sometimes you do panic.

Little worries or problems can consume you, draining your energy.

Your life is pretty smooth, but there's a few emotional bumps you'd like to get rid of.

Openness to experience:

Your openness to new experiences is high.

In life, you tend to be an early adopter of all new things and ideas.

You'll try almost anything interesting, and you're constantly pushing your own limits.

A great connoisseir of art and beauty, you can find the positive side of almost anything.

Mujur

Reformasi 1998 hadir saat hidup aku terumbang ambing. Lekas dari saat itu aku bangkit menyusun semula disiplin hidup dan terus hingga kini konsisten mendokong agenda perubahan Malaysia - tidak memilih bulu siapa yang bersedia untuk itu. Masih banyak yang mungkin akan aku catatkan dalam Diari Kampus - Catatan Hidup Seorang Aku Sebagai Mahasiswa.

Justeru aku mudah mengerti soal rasa bangga dan kecewa dalam liku-liku perjuangan ini. Aku tidak pernah mendaftar sebagai ahli mana-mana parti walaupun umum tahu, di mana-mana aku mahasiswa Pro-Reformasi. Dari kerja individu di kampus, turun ke jalan bersama rakyat, mencanai persefahaman dan kefahaman bersama aktivis-aktivis yang jauh lebih hebat serta berpengalaman, aku saksikan lebih banyak mereka yang memberi lebih dari apa yang pernah aku sumbangkan.

Mujur. Hanya itu kata mensyukuri perkenalan dengan Circle Bangsar. Dari saat wajah elit UPP-IKD hingga transisi Komunite (baca : komuniti teh, sebab wacananya banyak di warung). Nyata tingkat hangatnya perbincangan selalu lebih dari memuaskan. Ini kelompok yang pelik! Dari seorang pencinta sastera, lulusan Azhar dan Jordan, mahasiswa pelbagai latar hingga ke sosok yang lebih dikenal elit berbanding sebaliknya. Mujur.

Kecintaan rakyat pada erti hidup yang lebih bermakna sukar dimengertikan. Dan rasa itu cukup dekat di hati. Tanpa ada rasa punya sesuatu, rakyat kekal memberi sesuatu.

Harapan rakyat, moga tidak dikuburkan. Dalam kepayahan perjuangan, hargailah sumbangan semua. Masa untuk bekerja - mengurus kemenangan lebih sukar dari menghadirkannya.

* Untuk (aku dan) teman-teman yang sering rasa mahu (dan telah) membuang diri, kita tak pernah mahu mengharapkan apa-apa selain kebahagiaan rakyat. Pemberian kita mungkin tidak seberapa, tapi kemahuan kita mengatasi ketakutan adalah hadiah besar untuk diri kita dan untuk mereka yang mahu memahami.

Bukan Bahasa Kita

Geram, benci,
Tak puas hati,
Membawa diri,
Kesal, sesal,
Kecewa dan putus asa.

Saat kita berjuang, kita hamburkan semuanya kepada yang ditentang.
Dan kita tidak mahu kaitkan ia dengan kita yang namanya pejuang.

Kerana ia bukan bahasa kita.
Pejuang tak kenal bahasa lemah dan pura-pura.

Amin Ahmad
Renyai Hujan 21 Mac
Bukit Serdang

Melayu Bersatu!

Hari ini keluar berita sekumpulan 25 NGO Melayu menubuhkan Badan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM). Umum maklum ini ada kena mengena dengan hal PRU-12 (tak boleh bagi aku rehat ke?).

Pada aku Melayu perlu bersatu sesama Melayu dan bangsa lain untuk menolak Melayu, Cina, India dan sesiapa juga yang korup, salah guna kuasa dan seleweng wang rakyat!

Itu baru bersatu!

Apa kejadahnya bersatu untuk kuatkan UMNO?

Yang Menarik Lepas PRU-12

Ada beberapa perkara menarik berlaku selepas PRU-12 antaranya :

1) Peranan Raja-Raja mula menonjol.
2) Rakyat mula secara langsung dan tidak langsung terlibat dalam proses demokrasi barkaitan pemahaman dasar dan undang-undang.
3) Sikap ahli dan parti politik (serta pendokongnya) yang terselindung mula nampak; dan untuk aku ia membawa sisi positif dan negatif untuk kita dan mereka belajar sesuatu.

Dalam perkembangan lain, Ahli Parlimen BN dari Serian, Sarawak iaitu YB Richard Riot anak Jaem telah mengumumkan beliau keluar dari pakatan BN, setakat ini masih menjadi tanda tanya kemungkinan dia menyertai PKR atau DAP. Sebelum ini, selepas pengumuman kabinet, kita tahu bahawa YB Tengku Azlan dan YB Anifah Aman menolak penamaan mereka untuk jawatan Timbalan Menteri. Selain itu timbul komen berkaitan suara wanita serta tindakannya mengangkat sebilangan pimpinan yang dilihat tidak meyakinkan.

Adakah ini satu permulaan untuk menunjukkan kepada Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi jalan keluar dari jawatan Perdana Menteri?

Sebelum ini Jonah dan aku, sekitar 2004/2005 pernah bersetuju bahawa UMNO-BN akan rebah dengan sendirinya kerana salah laku dan keangkuhan mereka laksana anai-anai yang memakan sedikit demi sedikit tubuh mereka. Yang penting ialah rakyat dan pendokong Agenda Malaysia Baru mesti bersedia untuk menggalas cabaran membentuk semula Malaysia sebagaimana sewajarnya.

Untuk teman-teman, hujung bulan ini ada satu Program Pendidikan Politik akan dianjurkan. Siapa yang berminat boleh email ke kepada saya di tumpangmuda(at)yahoo(dot)com. Maklumat yang diperlukan ialah nama, no IC, institutsi, wacana yang anda minat, buku politik yang anda baca. Hantar sebelum 25 Mac dan akan ditapis sebelum dihubungi secara peribadi sekiranya diterima. Tidak ada bayaran dikenakan, segalanya percuma!

Wednesday, March 19, 2008

Maulidur Rasul

Walaupun sebahagian kita akan menyatakan sambutan Maulidur Rasul ni bidaah, aku kira ia tergantung kepada niat. Mengingati Rasul s.a.w. hendaklah selalu, dan bukan sekadar program tanpa penghayatan.

Marilah jadi sahabat Rasul s.a.w. yang Baginda tidak pernah lihat tapi teguh membawa seluruh hidup untuk mencontohi Baginda.

Selawat!

Kenyataan TERAS..hurm..

Ada satu kenyataan TERAS yang diterbitkan Harakahdaily hari ini sebagai respon kepada pembentukan kabinet baru. Dalam perenggan keempat ditulis..
"Demikian juga melantik seorang peguam sebagai "Menteri Undang-Undang" yang jelas mempunyai rekod cenderung untuk menyokong pemikiran sekular dan liberal mengenai Islam di negara ini. Kami terpaksa menyatakan bantahan terhadap perlantikan menteri dari orang yang yang cenderung untuk bersikap liberal kepada persoalan murtad".
Aku hanya boleh mengatakan aku rasa sangat bermasalah dengan ini. Dan cakap-cakap seorang teman bahawa kerjasama PKR-DAP-PAS akan menemui jalan buntu akan bertitik tolak dari persoalan ini.

Nak juga aku dengar kenyataan TERAS bahawa Ketuanan Melayu itu sangat tidak Islamik!

Kenyataan aku ini harus dibaca sebagai sinis. Dalam realiti angin perubahan politik yang ada pada hari ini, seharusnya TERAS mengambil pendekatan berbeza dan membuang pendekatan lama. Mungkin kenyataan Paderi di United Kingdom tidak lama sebelum ini harus diambil sebagai contoh bagaimana mahu bersikap inklusif.

Tuesday, March 18, 2008

Kabinet Baru

Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi telah mengumumkan senarai kabinet baru.

Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang dalam responnya berpendapat kabinet ini adalah kabinet politik untuk menyelamatkan Perdana Menteri di mana kelompok yang rapat dengan Timbalan Perdana Menteri tidak mendapat tempat yang cukup.

Dalam pendekatan lain, Perdana Menteri meminta semua jemaah menteri mengisytiharkan harta mereka kepada rakyat dalam tempoh yang akan ditetapkan kelak.

Apapun, selamat bertugas. Wajah Malaysia baru boleh dijelmakan oleh siapa saja yang mahu komited ke arahnya.

Monday, March 17, 2008

Kualiti Kepimpinan

Sekarang adalah tempoh untuk 'cool down' hal-hal PRU-12. Maka, untuk tidak berlaku drastik, kita mula secara perlahan. Posting ini masih berkait dengan PRU-12, cuma 'bebannya' mungkin tidak ada nilai emosi kepartian. Kita (harus) belajar banyak perkara dari persoalan PRU-12 ini.

Sebetulnya apakah kualiti kepimpinan yang kita mahukan?

Selama ini kita melaungkan Negara Islam, Hak Ketuanan Melayu, Demokrasi, Hak Sama Rata dan macam-macam lagi jargon yang mudah dimanipulasi. Di Malaysia, meski ada sisa, politik ideologi mungkin telah merosot selepas kejatuhan Russia.

Bila kita bercakap soal kepimpinan sebagai peranan, melebihi persoalan hak, adakah kita benar-benar bersedia untuk melepaskan apa yang kita dakwa sebagai hak kita atas maksud hak bersama?

Tidak ada yang mahukan ahli politik yang lemah - tiada komitmen, rendah moral dan sebagainya. Tapi bagaimana kita mahu memastikan semua ini? Dari ceramah politik? Dari cakap-cakap ramai? Budaya popular dalam politik Malaysia lebih kurang budaya popular dalam soal seni sastera dan hiburan. Maka, sekali lagi, benarkah kita bersedia untuk wajah Malaysia Baru?

Sebab itu aku optimis dengan proses dan kita harus jelas bahawa yang kita bicarakan dalam politik ialah persoalan sistem, bukan sekadar pemimpin. Sistem yang baik akan sentiasa membantu proses yang sihat. Dan jangan lupa bahawa sistem tidak bergerak sendiri melainkan digerakkan oleh manusia. Sebab itu bicara politik tidak terlepas dari mengkritik pemimpin. Kita, dalam ribut berkehendakkan Negara Islam, hak sama rata, demokrasi dan sebagainya harus sedia menggalas tugas ini.

Jangan kita hanya tahu bersorak saja! Action speaks louder than words!

* Tulisan ini adalah peringatan untuk diri aku dan teman-teman yang optimis dengan masa depan Malaysia yang lebih baik dan dirasai rakyatnya.

Sunday, March 16, 2008

Politik, Politik dan Politik!

Sejak desas desus PRU-12 akan diadakan lebih awal (untuk mengelakkan DS Anwar Ibrahim bertanding tentunya!), di seluruh Malaysia seolah berlaku satu peralihan mood. Di mana-mana kita boleh mendengar perbualan politik.

Namun entah kenapa, mood sepanjang tempoh undi seolah tidak begitu merebak melainkan hanya bertumpu di kawasan ceramah dan bilik gerakan. Jika 1999, kita boleh lihat di mana-mana seakan berlaku mood PRU dengan sticker slogan yang jelas seperti Rakyat Hakim Negara dan lain-lain.

Tiba-tiba berlaku 'Tsunami Politik'; dan ia secara tidak langsung telah memanjangkan penat lelah kebanyakan orang - termasuk mereka yang agak malas sembang politik sebelum ini! Dan ia dilanjutkan dengan isu-isu pemilihan kabinet; sama ada kerajaan negeri atau negara.

Maka, terpaksalah aku mengisytiharkan bulan Mac ini sebagai bulan untuk berpolitik 2008; dan kita akan balik kepada rutin kerja kita sambil memantau dari jauh politikus kita bekerja.

Lepas ni kita cuba banyakkan posting-posting lain untuk mengimbangi mood politik ini ya!

Buah Tangan Untuk Melayu Pulau Pinang

Aku baru juga mula membaca tulisan Dr Rafick di blognya. Aku sangat senang dengan siri tulisannya yang sarat dengan rasionaliti. Tulisannya untuk Melayu Pinang sangat elok dibaca agar sebarang isu Melayu yang nak dibangkitkan dapat dilihat dari perspektif yang lebih baik.

Aku Melayu dan aku seorang Muslim. Aku tidak rasa ada masalah untuk meraikan perbezaan warna kulit dan kepercayaan. Malah aku sangat menghargainya. Ya, sepanjang aku terlibat dalam usaha dakwah, aku diajar fikir, risau dan bimbang terhadap mereka yang tidak merasai manisnya iman (termasuk untuk diri aku). Fikir, risau dan bimbang ini bukanlah harus ditunjuk dengan paksaan untuk manusia beriman, aku tidak fikir itu cara Nabi s.a.w..

Nabi s.a.w. hadir di tengah khalayak yang sayang dan menerimanya serta benci dan memusuhinya. Tapi jelas Nabi s.a.w. 'membicarakan' Al-Quran sebaiknya.

Kata seorang teman, pendekatan Nabi s.a.w. ini diamalkan ummat dalam 3 bentuk dan diceritakan P.Ramlee dalam satu dialog filem Pendekar Bujang Lapuk. Waktu mereka mula belajar perihal mambang - Aziz baca bunyi Arab, Sudin baca bunyi Syair dan Ramlee baca tak bunyi langsung! Jelasnya ada yang hanya menyampaikan mesej secara literal (penuh dengan petikan Bahasa Arab), ada yang menyampaikan dalam bentuk Syair - boleh jadi seni sastera dan ada yang tidak bunyi langsung - melalui akhlaq dan perbuatan.

Bagaimanakah Melayu Pulau Pinang menanggap persoalan di sana? Haruskah ia bermula dari persoalan Melayu atau persoalan lain yang lebih universal?

Shahidan Kassim

Usaha membuang DS Shahidan Kassim dari kerusi Menteri Besar bukanlah cerita baru. Cerita ini bermula sejak sebelum PRU-11 lagi. Namun, saat itu mungkin terlalu awal kerana DS Abdullah baru menjawat kerusi Perdana Menteri.

Hal ini berlanjutan bila aku menjawat posisi penting di kampus. Seorang rakan lama yang bekerja untuk seorang Dato' (yang rapat dengan DS Abdullah) menghubungi aku. Dalam pertemuan kami, memang dinyatakan jelas bahawa DS Shahidan Kassim mahu ditukar. Aku setuju tanpa banyak soal. Kepimpinan di Perlis tidak seribut di Lembah Klang walaupun Perlis ada 2 Menteri. Negeri kecil dengan sumber terhad, PAS pun hanya ada wajah ulama' yang dikenali. Tokoh profesional PAS tidak begitu menonjol di sana saat itu.

DS Shahidan yang masih meracau kerana tidak diangkat menjadi Menteri Besar harus merenung semula kenyataan ini...

Shahidan sedia tidak dilantik Menteri Besar

KUALA LUMPUR 31 Jan. - Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim bersedia menerima apa sahaja keputusan pimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN) termasuk tidak dilantik semula ke jawatan yang disandang sekarang.

Menurutnya, jawatan bukan perkara utama kerana tumpuannya kini ialah berjuang untuk memastikan kemenangan BN pada pilihan raya umum akan datang.

Atas faktor tersebut, katanya, beliau bersedia menghadapi sesiapa sahaja yang cuba menjejaskan usahanya itu sama ada musuh atau kawan.

"Tiada masalah, tidak jadi Menteri Besar pun tidak apa, tidak jadi calon pun tidak apa kerana saya tetap akan pastikan parti saya menang,'' katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Anugerah Belia Negara 2007 di Stadium Putra, Bukit Jalil di sini hari ini. - Utusan

Saturday, March 15, 2008

Krisis Malaysia?

Pasca PRU-12, banyak angin dan ribut muncul. Dari krisis dalaman sehingga kepada konstitusi negara. Ia pada aku cukup bagus kerana...

1) Ia akan membawa wacana baru dalam negara.

Rakyat dan pemimpin dipaksa untuk mendepani realiti dan mengolah semula persetujuan secara aman. Budaya melaung-laung semangat Melayu saat ini tidak bermula dari asas yang jelas. Ke mana puak-puak ini saat Pak Lah menjelaskan DEB telah dimansuhkan? Ke mana makhluk-makhluk ini saat Melayu terpinggir di bawah BN? Dengan kuasa yang mereka ada apa mereka perbuat?

2) Rakyat memberi dan beroleh keyakinan

Pilihan politik rakyat untuk selain BN dalam PRU-12 adalah satu tanda keyakinan, sama ada keyakinan terhadap PKR-DAP-PAS (aku tulis ikut majoriti Parlimen, mana tau kot ada yang terasa) atau ketidakyakinan kepada BN. Perbezaan pendapat seharusnya digarap dengan baik dalam masyarakat Malaysia. Inilah politik baru. Politik di mana Ahli Parlimen bersedia membawa suara rakyat even jika berdepan dengan tindakan parti yang didokongnya. Dan ia adalah sihat dan sepatutnya dilihat sebagai sihat.

3) Politikus cerdik

Kebimbangan akan sentiasa muncul dan dengan itulah kita harus garap satu pandangan bahawa kita semua harus memajukan diri agar dapat memahami pokok pangkal perdebatan. Persoalan ilmu untuk aku sentiasa akan membawa kita ke satu tahap yang lebih membina.

Maka, selepas ini mereka yang mahu menawarkan diri mewakili rakyat harus lebih cerdik. Bukan bernaung dan berharap kepada logo dan lambang parti semata-mata tetapi biarlah credible untuk membawa hasrat rakyat dan negara.

Walaupun aku tegas berkempen untuk undi selain BN sebelum PRU-12, sentiasa kawan-kawan yang rapat dengan aku dijelaskan, masa PRU-12 adalah masa memilih, jarak dari 1 kempen ke 1 kempen PRU adalah masa menilai; maka kita tak perlu fanatik. Jika kita sokong BN, kita harus bergerak membantu dan membetulkan BN..begitu juga sebaliknya. Kita sudah terlalu lama bergantung kepada politik benci dan politik selapis.

Aku mahu anjurkan politik kasih sayang dan politik cerdik untuk aku dan kita semua. Dan kedua-dua ciri ini harus dipayungi oleh politik akhlaq kerana tanpanya manusia hilang kemuliaan.

Selamat datang Politik Baru Malaysia!

Uniknya Kesan PRU-12

Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan menyumbang lebih kurang 60% GDP Malaysia!

Patutla BN sangat kecewa dan mati kutu!

Dalam perkembangan lain, BERNAMA menghantar surat mohon maaf kepada Ketua Menteri Pulau Pinang yang baru, sdr. Lim Guan Eng kerana kesalahan memetik pandangan Ketua Menteri Pulau Pinang yang baru itu.