Maafkan aku kerana entry Maulid ar-Rasul terlalu ringkas.
Kandungan asas angle yang aku pilih untuk Maulid ar-Rasul telah pun dihuraikan oleh Ustaz Hasrizal di Saifulislam.Com.. Dan aku kira di sana lebih layak angle itu dijelaskan - sesuai dengan khalayak dan hemah penulisannya.
Setelah beberapa waktu, aku pun dah 'sihat dan cergas' sikit, maka aku mahu juga merakamkan fragmen sejarah berkaitan Rasulullah s.a.w., dan aku mahu melanjutkan angle yang aku pilih dan dikembangkan di Saifulislam dengan baik sekali.
Telah bersabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud "Islam bermula asing dan akan kembali asing seperti permulaannya, maka berbahagialah golongan Ghuraba".
Para sahabat bertanya "Siapakah Ghuraba ya Rasulullah?"
Baginda menjawab "Mereka ialah orang yang memperbaiki keadaan yang dirosakkan oleh manusia"
(Hadis riwayat Ahmad)
Jom jadi Ghuraba! Jangan jadi Gerabak!
Tuesday, March 25, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment