Aku suka melihat polling Pra-PRU-12 yang aku sediakan di ruang tepi blog ini. Keputusannya adalah seperti berikut :-
1) BN menang majoriti 2/3 = 6 undi mewakili (15%)
2) BN kalah majoriti 2/3 = 14 undi mewakili (35%)
3) BN menang majoriti mudah = 11 undi mewakili (27%)
4) BN kalah majoriti mudah = 6 undi (15%)
5) Siapa menang pun rakyat rugi = 3 undi (7%)
Sekurang-kurangnya aku rasa pengundi yang percaya BN akan menang sama ada dengan majoriti 2/3 atau majoriti mudah adalah realistik. Siapa boleh bayangkan keangkuhan rejim BN boleh dipatahkan, maka penafian 2/3 majoriti adalah pilihan yang optimis. Keyakinan untuk BN menang pada aku tidak ada hujah kukuh yang boleh disandarkan selain BN mengaut untung dari ketakutan rakyat yang di'pecah-perintah'.
Lebih ramai yang memilih BN kalah, sama ada majoriti 2/3 atau majoriti mudah. Untuk aku pandangan ini adalah simbol harapan besar yang disandarkan kepada prinsip-prinsip tertentu sama ada 1) sudah menyampah dan benci dengan keangkuhan BN; 2) sedar akan keperluan perubahan; 3) percaya dengan sistem semak dan imbang dan pelbagai alasan yang disandarkan pada hujah yang lebih mendasar.
Namun ada juga pesimis yang melihat tidak ada manfaat dari kemenangan mana-mana parti sekalipun. Ia mungkin disandarkan kepada jenis politik lama yang penuh dengan ketidakyakinan.
Tahniah umumnya untuk semua YB-YB dari Barisan Rakyat (walaupun DAP tak endorse!). Juga untuk rakan-rakan yang berjaya
1) Nik Nazmi
2) Amir Sari
3) Yusmadi Yusoff
4) Izzah Anwar
Bagi mereka yang tidak berjaya, aku dapat saksikan pertarungan yang bagus dari kalian! Antara rakan-rakan yang bertanding ialah
1) Khalid Jaafar
2) Chegu Bard
3) Che On
4) Hasmi Hashim
5) Shamsul Iskandar
4-5 tahun lagi kita akan ambil alih Malaysia untuk kerajaan campuran PKR-PAS-DAP dan lain-lain parti yang sedia mendokong aspirasi rakyat.
Buat pertama kali pasca Reformasi 1998 aku dapat menjamu telinga untuk mendengar wacana yang lebih terbuka di ruangan TV - Vote for Astro Awani!
Saturday, March 8, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
PRU-12 undi untuk perubahan -- isyarat & tanda jelas buat mereka2 yang suka "mengugut" rakyat..
ReplyDeleterakyat perlu mendapat maklumat yg betul slps ini...sudah lama sgt kita dibodoh-tulikan!!
ReplyDeleteamin.
ReplyDeleteaku setuju bab astro awani tu.
panelis yang diorg jemput pun mmg sahih intelektual, bukan profesor kangkung!
amin.
ReplyDeleteaku setuju bab astro awani tu.
panelis yang diorg jemput pun mmg sahih intelektual, bukan profesor kangkung!
adi