"Demikian juga melantik seorang peguam sebagai "Menteri Undang-Undang" yang jelas mempunyai rekod cenderung untuk menyokong pemikiran sekular dan liberal mengenai Islam di negara ini. Kami terpaksa menyatakan bantahan terhadap perlantikan menteri dari orang yang yang cenderung untuk bersikap liberal kepada persoalan murtad".Aku hanya boleh mengatakan aku rasa sangat bermasalah dengan ini. Dan cakap-cakap seorang teman bahawa kerjasama PKR-DAP-PAS akan menemui jalan buntu akan bertitik tolak dari persoalan ini.
Nak juga aku dengar kenyataan TERAS bahawa Ketuanan Melayu itu sangat tidak Islamik!
Kenyataan aku ini harus dibaca sebagai sinis. Dalam realiti angin perubahan politik yang ada pada hari ini, seharusnya TERAS mengambil pendekatan berbeza dan membuang pendekatan lama. Mungkin kenyataan Paderi di United Kingdom tidak lama sebelum ini harus diambil sebagai contoh bagaimana mahu bersikap inklusif.
saya menumpang keresahan yang sama
ReplyDeleteterima kasih ustaz atas kunjungan dan respon.
ReplyDeletemungkin elok juga untuk aktivis muslim duduk kembali dan mula berfikir sbg seorang pemikir - melewati daerah terlarang agar kita boleh bersedia dengan pendekatan yang lebih inklusif.
pendekatan zero sum game ini untuk saya lebih banyak menonjolkan kelemahan (umat) islam berbanding kecantikan ajaran Islam.