Wednesday, March 12, 2008

Lim Kit Siang Tarik Balik Kenyataan

Berita terkini

Alhamdulillah. Berita penarikan balik kenyataan semalam adalah satu titik mula untuk gerak kerja yang lebih ke depan. Semua wakil rakyat DAP akan hadir angkat sumpah petang ini!
______________________________________________________________________

Cerita 1

Untuk aku, peristiwa ini adalah satu hambatan besar dalam perjuangan. Dan hambatan ini adalah hambatan yang telah lama bersarang dalam politik Malaysia - waima sebelum bermula PRU-12.

Dan ia dijelmakan Allah s.w.t. untuk menunjukkan kepada kita satu tahap perjuangan yang mungkin tidak pernah kita (cuba) fikirkan. Untuk aku, sejak awal mula Reformasi 1998, inilah tembok awal yang mahu dipecahkan sekaligus memungkinkan kewujudan PKR (walaupun ada desakan untuk DSAI dan penyokong bersama PAS waktu itu).

Seruan-seruan perubahan selama ini mungkin gagal digarap kemas oleh pendokong, dan Allah s.w.t. jadikan peristiwa ini untuk membantu kita memperkemas faham konteks dan bagaimana menyantuninya.

Jujurnya aku amat kecewa dengan perkembangan sebelum ini namun tidak sekali-kali berputus asa kerana yang kita lawan bukan soal lambang semata-mata tetapi jauh dari itu ialah fanatisme yang membengkak dalam pelbagai bentuk.

Ini peluang dakwah yang besar untuk PAS ambil; dan elakkan menangani hal ini sebagaimana kehendak UMNO-BN. Ada sesuatu yang patut difahami bila CEC DAP sudi menerima wakil PKR sbg MB dan bukan wakil PAS.

Sejak keputusan PRU-12 diketahui, aku telah khabarkan kepada keluarga dan rakan-rakan bahawa isu penyatuan gerakan (dalam bentuk apa pun) mesti digerakkan sebelum PRU-13. ‘Swing vote’ kali ini datang dalam byk bentuk dan ia boleh dipakejkan dengan pelbagai jenama. Ia boleh jadi kelemahan pemimpin BN, kemahuan rakyat untuk Barisan Rakyat dan sbgnya.

Walaupun pengumuman Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng agak drastik, jangan kita lupa sebahagian pengumuman kerajaan baru PAS juga agak drastik. Kebijaksanaan menggarap keadilan haruslah memahami maksudnya dalam Islam - “meletakkan sesuatu pada tempatnya”.


Cerita 2

Kepimpinan adalah soal peranan, bukan soal hak. Kepimpinan tidak sama di kuliah dan juga di medan perjuangan.

Dalam kes Lim Kit Siang ini, marilah kita sama menadah syukur kerana sekurang-kurangnya kita jelas bahawa dia sedia mempertimbangkan keputusan yang salah dan tidak segan meminta maaf untuk konsensus yang lemah. Jiwa besar untuk minta maaf yang ada pada dia adalah satu nilai yang besar pada seorang pemimpin.

Saya fikir kini tiba masanya untuk kita semua membuat kerja volunteer untuk menjernihkan imej Cina pada parti DAP dan imej Taliban pada parti PAS sebagaimana dilihat oleh mereka yang apologetik dengan kedua-duanya, termasuk juga imej Tak Boleh Harap pertahan Islam pada wajah PKR.

Pengalaman di Perak, Selangor, Kedah dan Pulau Pinang ni adalah nikmat Allah s.w.t. yang tak terbanding untuk kita melonjakkan pemikiran ke satu tahap yang lebih menepati realiti. Kita perlu progresif untuk membawa satu perpaduan yang lebih genuine!

Ayuh mara! Reformasi maju terus!

2 comments:

  1. congratz!!!

    Now, governs the 5 states successfully. Show the rakyat that you can govern states and then Malaysia nation especially in economy, safety, justice, education, state administration, transparency and many more.

    if you excel in the five states, you can convince the rakyat to choose you as a ruling party at federal level; the same manifesto or strength of BN.

    in your future manifesto, pay attention to investor/ corporate sectors. Draft the manifestos as if you are going to become the Malaysia ruling party. Alike BN, play with statistics and numbers; say 10 million for education, say millions for safety etc. opposition should have shadow cabinet line-up to prepare these manifesto.

    Now, concentrate on Sabah and Sarawak parliamentary and state seats. pkr (or the opposition front) must show that it is a party for all races and ethnics ie bajau, kadazan, dusun etc. most of them vote BN because their mentality (i might be wrong) is BN brings development. if you can develop the 5 states, they can open their eyes and vote opposition in next general election.

    Pas, pkr, dap etc must groom leaders or candidates for the 13th general election. Pick candidates with strong education background so that people have faith in them able to govern states (or Malaysia). Starting from today, these candidates must turun padang to list down all the problem faces by rakyat and tackled the problems; win their heart and show them that you do works. if the candidates don't have enough time and energy, seek help from opposition supporters or appoint assistances as many as you need.BN won uncontested in 11 parliamentary seats meaning opposition lacks 11 leaders/ candidates.

    Starting today until the next GE, keep record of mismanagements, corruptions (power and money), wrongdoings of BN for your campaigning points.

    Most of the main media in Malaysia are controlled by the ruling party. opposition candidates must use alternative medium such as internet or blogs to convey their messages, counter the ruling party allegations, reveals corruptions by BN etc. if the candidates are busy, ask the party supporters to run the blog; maybe can elect media committee. The opposition have won five states and KL; make as many press conference as you can to address your developments, progress etc. each states have its own radio station; use these opportunity to deliver the messages.

    Work very hard during this 4 or 5 years!!

    If not, rakyat will vote for BN in the next election

    if selangor can beat pahang or sabah or sarawak in economy, safety, education etc performances, the sabahan and the sarawakian and pahang people might choose the opposition in 13th GE.

    The opposition must pick an outstanding state as a benchmark while governing the 5 states. If say pahang attracted 10 foreign investors, the five states must have more than 10 investors. If sabah crime rate is 10 %( let say it is a state with lowest crime rate), the opposition must have lower than 10% of crime rate. The examples are endless.

    ReplyDelete
  2. Sdr Nizam,

    Terima kasih atas komentar. Saya bukan org parti tapi org yg percaya dan optimis dengan Reformasi. InsyaAllah sbg manusia bebas saya akan kekal memantau apa yg baik untuk rakyat.

    Kemenangan besar dalam hal ini ialah rakyat beroleh keyakinan untuk ikut serta dalam proses hidup bernegara.

    ReplyDelete