Blogging mungkin telah jadi fenomena. Publisiti percuma oleh kerajaan BN mengenai pengaruh blog telah membuka mata ramai rakyat yang mahu tahu kenapa sampai begitu sekali kenyataan dari sebuah kerajaan yang pernah dikenali sebagai 'tidak ada cacat cela'.
Kenyataan demi kenyataan 'positif' selepas PRU-12 berkenaan AUKU, blog, kehakiman dan sebagainya (termasuk Samy Vellu menggesa pembebasan HINDRAF 5!) untuk aku tidak lebih dari kenyataan-kenyataan manis untuk meredakan kekalutan yang pelbagai. Kenyataan aku ini didorong oleh kejelikan-kejelikan yang juga dilakukan sebaik saja tirai PRU-12 ditutup.
Sebagai seorang yang percaya dengan masyarakat sivil, aku kira tidak salah untuk bersikap positif di sebalik 'perlakuan aneh' kerajaan BN pada saat ini.
Tentang blog ini aku hanya ingin menekankan satu perkara - R.U.A.N.G.; baca kuat-kuat RUANG! Ia adalah soal ruang. Percayalah bahawa jika media Malaysia tidak seburuk yang ada pada hari ini dan sebelum ini, maka pengaruh blog tidak akan sehebat ini!
Maka tidak timbul soal bloggers tidak beri ruang untuk jawab balas kerajaan, bukankah seluruh media utama adalah milik mereka? Bukankah mereka juga punya cybertroopers dan juga web sendiri?
Sunday, March 30, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment