Monday, March 10, 2008

Pasca PRU-12

Maaf ya kerana demam PRU-12 masih belum habis.

Tadi aku dapat sms dari kawan yang totok UMNO. Katanya "baca Malay Mail hari ini dan tengok berita DAP minta Datuk Bandar dibuat secara pemilihan kerana ia menguruskan tax rakyat". Tambahnya lagi itu adalah "agenda DAP untuk menghakis kuasa Melayu".

Aku hanya membalas..

"I don't buy racial politics. Everyone have rights to propose anything but they can't dictate".

Seorang lagi teman pro UMNO tapi bekerja dengan PAS di Bangi memberi sms kepada aku sejurus selepas berita kejatuhan 'negeri-negeri besar' dalam PRU-12, katanya "habisla Cina kuasai bandar-bandar. Kau suka la".

Malam itu juga aku 'berentap dengan dia', sebahagian besarnya telah tercatat lama sejak aku mula blogging.

BN sambil itu pukul canang nak tengok pemerintahan baru boleh laksana atau tidak 'turun minyak dan sebagainya'. Masih di dada akhbar utama! Dan cerita-cerita pergolakan untuk bentuk kerajaan negeri juga telah mula jadi bahan provokasi puak-puak BN yang kecewa.

Nasihat aku, lebih baik tengok sama ada NCER, ECER dan segala mak nenek koridor yang nak dibuat tu dapat dilaksana atau tidak kerana mereka Kerajaan Pusat! Tentang tawaran-tawaran BA dan DAP untuk dilaksana kerajaan negeri itu kita serahkan kepada mereka.

Tentang media, harapnya mereka belajar dari PRU-12 kerana BN masih beruntung diberi peluang memerintah Kerajaan Pusat lagi.

Untuk semua, moga lekas bangun kerana kita sekarang menuju politik baru. Faham tak?

No comments:

Post a Comment