Walaupun isu-isu yang dibangkitkan harus terus dibangkitkan seperti rasuah, salah guna kuasa, penipuan (malah masih berlaku beberapa kes mencurigakan dalam PRU-12 kali ini), ucapan tahniah harus diberikan kepada rakyat Malaysia.
Kebangkitan ini sebenarnya baru bermula! Saya meramalkan Revolusi Maklumat akan terus membawa rakyat ke depan. Rakyat yang cintakan keadilan, kebebasan dan akhlaq akan terus menerus menunjukkan kualiti jika diberi ruang yang seimbang. 5-10 tahun lagi kita akan saksikan bagaimana rakyat akan terus bangun dan mengawasi kerajaan. Pentadbiran liberal (baca:limited government <- untuk mereka yang 'buta' apa itu liberalisme) kian menghampiri kita.
Tahniah ini harus diberikan kepada rakyat Malaysia baik Melayu, Cina, India dan suku kaum yang ada. Keberanian mengatasi ketakutan adalah jalan awal untuk meraih semula maruah diri yang diinjak-injak oleh Barisan Nasional yang tidak tahu menghormati rakyat kerana mereka manusia (dan mereka terus menerus menganggap rakyat badut yang boleh ditertawakan)!
Tahniah khusus buat rakan-rakan terdekat yang menang dan tahniah umum untuk mereka yang berani di seluruh negara!
Saturday, March 8, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment