Friday, March 21, 2008

Kenapa Tidak?

"Aku tak mungkin jadi ahli politik. Jika jadi sekalipun, ia mungkin pilihan akhir" kata aku petang itu.

"Kenapa tidak?" dia antara kawan yang paling banyak berkongsi rasa - mendengar dan bicara politik dengan aku.

"Kerana selalunya aku ada rasa belas, kau sendiri boleh nampak kan? Walaupun aku keras mendokong Reformasi dan menghentam percaturan politik UMNO-BN, jarang sekali aku tinggalkan mereka dalam keadaan 'dibelasah'" jelas aku pendek. Ya, aku sentiasa mahu setiap dari kita merasa sebagai rakyat - punya ruang menyumbang kepada tanah yang kita kasih ini dan untuk umat yang kita sayang ini.

Dia diam agak lama. Kami sama-sama teguk air. Dia rasa janggal kerana aku adalah manusia politik sebagaimana semua teman mudah mengungkap tentang aku.

Binasa politik bila kita seolah tidak punya ruang untuk mengatakan tidak kepada parti politik tetapi ya pada agendanya. Aduh, simptom ideal vs praktikalkah ini? Tidak bolehkah cerita negara Islam, Negara Madani dan sebagainya disunyikan dari menyebut nama parti?

Rakyat, selalu dalam diam-diam sejak merdeka sebahagiannya terpasung atas rasa percaya dan setia kepada perjuangan parti. Semoga rakyat tidak lagi diburu sesal yang tak sudah.



No comments:

Post a Comment