
Kritik terhadap DEB bukan kerana ia pro-Melayu semata-mata; kerana jika ia benar-benar selama 20 tahun perlaksanaan ditambah dengan berbelas tahun 'lanjutan semangatnya' seperti didakwa UMNO-BN, maka jurang ekonomi rakyat tidaklah separah hari ini.
Kritik DEB sebenarnya lebih kepada kritik amalan UMNO yang tidak jujur tentang ini. Ramai yang sibuk dengan DEB tanpa mengetahui bahawa DEB tidak lebih dari sekadar program kerajaan; bukan sebuah Dasar dalam Perlembagaan.
Peliknya, bila sesuatu yang wujud dalam perlembagaan tidak pula mereka mahu isukan seperti hak-hak rakyat - bersuara, berhimpun dan sebagainya.
Nak harapkan judicial review, boleh ke? Hurm..mungkin Dato' Zaid Ibrahim kena bergerak cergas menjelaskan pemisahan kuasa dan memahamkan rakyat tentang ertinya. Jangan jadi macam dalih Tun Dr. Mahathir semasa memecat Lord President Tun Salleh Abas dulu. 'Kununnya' Perdana Menteri dipilih oleh rakyat, Lord President tidak! Aduh, malangnya..
DS Anwar Ibrahim harapnya telah insaf kerana dia juga ada saham di situ, walaupun sedikit!
No comments:
Post a Comment