Wednesday, March 12, 2008

Kempen TAK NAK Perkauman!

Aku seorang Melayu dan seorang Islam. Aku menolak perkauman kerana telah terbukti sepanjang sejarah bahawa perkauman membawa kepada kebinasaan dalam banyak bentuk. Pemahaman aku terhadap agama Islam yang aku anuti tidak pernah mengajar aku mencintai perkauman tetapi rasa kasih kepada kaum itu harus ada tanpa mengorbankan keadilan dan membenarkan kezaliman.

Atas prinsip bahawa keadilan harus ditegakkan, aku percaya bahawa keteraturan spontan akan menolak kezaliman di mana. Jiwa-jiwa manusia harus digerakkan untuk berani menolak kezaliman dengan sungguh-sungguh serta menegakkan keadilan dengan sungguh-sungguh!

Ayuh tolak perkauman!

Mesej ini adalah untuk semua warga tanpa mengira apa juga sempadan agar kita mencintai rasa kasih sayang sesama manusia!

No comments:

Post a Comment