Dato' Zaid Ibrahim mengeluarkan kenyataan terkini agar UMNO mereformasikan dirinya. Dalam kenyataan tambahannya "Saya tidak rasa kita patut bercakap sekarang soal Pak Lah patut letak jawatan dan Najib mengambil alih tapi kita sepatutnya bertanya apakah (jenis pergerakan) UMNO yang kita mahu?"
Dato' Zaid Ibrahim bukanlah nama asing dalam politik Malaysia meskipun tidak dikenali ramai. Dia juga antara tokoh UMNO yang sering diberi ruang oleh penggerak Reformasi kerana pandangan-pandangannya jauh dari sentimen politik kepartian malah ramai yang berpendapat beliau sewajarnya berada di luar UMNO-BN.
Dalam perkembangan lain, Raja Perlis telah mewatikahkan kepada Dato' Dr Md Isa Sabu menjadi Menteri Besar negeri aku, Perlis dan bukannya DS Shahidan Kassim, mantan MB. Perkara ini telah menyebabkan kekalutan berlaku kerana Perdana Menteri, DS Abdullah telah memberi surat lantikan dengan menamakan DS Shahidan sebagai MB. DS Shahidan juga khabarnya mengeluarkan kenyataan "Siapa tak setuju, sila keluar dari BN!". Nah, gila apa dia nak lawan Raja Perlis?
Di Terengganu juga khabarnya Sultan akan berbeza pandangan dengan PM!
Jika benar, inilah tanda Reformasi di mana-mana. Saat masing-masing beroleh keyakinan dan bebas dari kongkongan. Kebebasan adalah soal hakiki. Perjuangan kebebasan harus dilakukan kerana kebebasan itu sendiri.
Saturday, March 15, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment