Pasca PRU-12, banyak angin dan ribut muncul. Dari krisis dalaman sehingga kepada konstitusi negara. Ia pada aku cukup bagus kerana...
1) Ia akan membawa wacana baru dalam negara.
Rakyat dan pemimpin dipaksa untuk mendepani realiti dan mengolah semula persetujuan secara aman. Budaya melaung-laung semangat Melayu saat ini tidak bermula dari asas yang jelas. Ke mana puak-puak ini saat Pak Lah menjelaskan DEB telah dimansuhkan? Ke mana makhluk-makhluk ini saat Melayu terpinggir di bawah BN? Dengan kuasa yang mereka ada apa mereka perbuat?
2) Rakyat memberi dan beroleh keyakinan
Pilihan politik rakyat untuk selain BN dalam PRU-12 adalah satu tanda keyakinan, sama ada keyakinan terhadap PKR-DAP-PAS (aku tulis ikut majoriti Parlimen, mana tau kot ada yang terasa) atau ketidakyakinan kepada BN. Perbezaan pendapat seharusnya digarap dengan baik dalam masyarakat Malaysia. Inilah politik baru. Politik di mana Ahli Parlimen bersedia membawa suara rakyat even jika berdepan dengan tindakan parti yang didokongnya. Dan ia adalah sihat dan sepatutnya dilihat sebagai sihat.
3) Politikus cerdik
Kebimbangan akan sentiasa muncul dan dengan itulah kita harus garap satu pandangan bahawa kita semua harus memajukan diri agar dapat memahami pokok pangkal perdebatan. Persoalan ilmu untuk aku sentiasa akan membawa kita ke satu tahap yang lebih membina.
Maka, selepas ini mereka yang mahu menawarkan diri mewakili rakyat harus lebih cerdik. Bukan bernaung dan berharap kepada logo dan lambang parti semata-mata tetapi biarlah credible untuk membawa hasrat rakyat dan negara.
Walaupun aku tegas berkempen untuk undi selain BN sebelum PRU-12, sentiasa kawan-kawan yang rapat dengan aku dijelaskan, masa PRU-12 adalah masa memilih, jarak dari 1 kempen ke 1 kempen PRU adalah masa menilai; maka kita tak perlu fanatik. Jika kita sokong BN, kita harus bergerak membantu dan membetulkan BN..begitu juga sebaliknya. Kita sudah terlalu lama bergantung kepada politik benci dan politik selapis.
Aku mahu anjurkan politik kasih sayang dan politik cerdik untuk aku dan kita semua. Dan kedua-dua ciri ini harus dipayungi oleh politik akhlaq kerana tanpanya manusia hilang kemuliaan.
Selamat datang Politik Baru Malaysia!
Saturday, March 15, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment