Sunday, March 16, 2008

Shahidan Kassim

Usaha membuang DS Shahidan Kassim dari kerusi Menteri Besar bukanlah cerita baru. Cerita ini bermula sejak sebelum PRU-11 lagi. Namun, saat itu mungkin terlalu awal kerana DS Abdullah baru menjawat kerusi Perdana Menteri.

Hal ini berlanjutan bila aku menjawat posisi penting di kampus. Seorang rakan lama yang bekerja untuk seorang Dato' (yang rapat dengan DS Abdullah) menghubungi aku. Dalam pertemuan kami, memang dinyatakan jelas bahawa DS Shahidan Kassim mahu ditukar. Aku setuju tanpa banyak soal. Kepimpinan di Perlis tidak seribut di Lembah Klang walaupun Perlis ada 2 Menteri. Negeri kecil dengan sumber terhad, PAS pun hanya ada wajah ulama' yang dikenali. Tokoh profesional PAS tidak begitu menonjol di sana saat itu.

DS Shahidan yang masih meracau kerana tidak diangkat menjadi Menteri Besar harus merenung semula kenyataan ini...

Shahidan sedia tidak dilantik Menteri Besar

KUALA LUMPUR 31 Jan. - Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim bersedia menerima apa sahaja keputusan pimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN) termasuk tidak dilantik semula ke jawatan yang disandang sekarang.

Menurutnya, jawatan bukan perkara utama kerana tumpuannya kini ialah berjuang untuk memastikan kemenangan BN pada pilihan raya umum akan datang.

Atas faktor tersebut, katanya, beliau bersedia menghadapi sesiapa sahaja yang cuba menjejaskan usahanya itu sama ada musuh atau kawan.

"Tiada masalah, tidak jadi Menteri Besar pun tidak apa, tidak jadi calon pun tidak apa kerana saya tetap akan pastikan parti saya menang,'' katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Anugerah Belia Negara 2007 di Stadium Putra, Bukit Jalil di sini hari ini. - Utusan


5 comments:

  1. what directions are they going???

    ReplyDelete
  2. I'm optimist that we are into the 3rd stage of performance - it's called Storming!

    Here's where out character will be test.

    Good luck Malaysia!

    ReplyDelete
  3. such a serious and critical test indeed...

    dont know if we can make it..
    wake up calls for the Malays!!

    ReplyDelete
  4. Wake up calls for humanity among others :)

    ReplyDelete