Friday, February 29, 2008

Nik Nazmi Untuk N32 Seri Setia

Kami mula berjumpa dalam satu program debat di PWTC. Waktu itu (Arwah) Adlan Benan mewakili keADILan dan sepatutnya Khairy Jamaluddin mewakili UMNO, tetapi diwakilkan kepada Affendi Zahari.

Dia seorang anak muda seusia dengan aku. Namanya mula disebut ramai saat awal millenium bila dia menghidupkan sebuah laman berbentuk majalah web - SuaraAnum.com. Rasanya saat itu fenomena internet baru bercambah. Yang popular di kalangan anak muda mungkin IRC. Tapi tidak dia, mungkin kerana didikan di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) menjadikan antara pilihan hidup zaman mudanya sedikit berbeza.

Kemudiannya kami bertemu beberapa kali sebelum dia menyambung pengajian di King's College, London dan saat dia masih belajar di sana. Tahun 2004/2005, aku diangkat oleh mahasiswa menjadi sebahagian pimpinan mereka di kampus, meski ramai yang tahu bahawa aku mendokong agenda reformasi demi masa depan Malaysia yang lebih baik. Meskipun hingga kini aku tidak berparti, aku kekal percaya bahawa reformasi adalah sesuatu yang sentiasa perlu untuk menghidupkan dan melonjak potensi diri, masyarakat dan negara (malah dunia!) untuk menjadi lebih baik.

Aku tidak pernah berdalih soal dokongan terhadap perlunya reformasi di Malaysia. Dan kerana itu serangan bertali arus kelompok pendokong Biro Tata Negara melalui web yang ditajanya - Idealis Mahasiswa dan Akhbar Api Perjuangan Mahasiswa terhadap Nik Nazmi segera aku lawan. (Arwah) Tun Razak, Tun Dr Ismail malah Tun Dr M dalam pertemuannya dengan pelajar tidak pernah seangkuh pimpinan BN kini. Mereka adalah orang yang yakin dengan keupayaan hujah mereka dan sedia berdepan secara gentleman.

Tapi London nyata kota yang berbeza dengan Malaysia. Udara kebebasan di sana telah memberi peluang untuk Nik Nazmi diangkat menjadi perwakilan King's College untuk membahaskan isu-isu kepentingan pelajar di sana.

Akhirnya Nik Nazmi diangkat menjadi Setiausaha Sulit Dato' Seri Anwar Ibrahim dan kini menjadi calon Barisan Rakyat melalui Parti keADILan Rakyat (PKR) di N32 DUN Seri Setia. Menggalas cabaran menggunung dari Datin Sharipah Noli yang menumpang nama BN, sedangkan tempoh sesi perkhidmatan lalu tidak membuktikan apa=apa yang signifikan untuk DUN Seri Setia, peluang Nik Nazmi sentiasa cerah.

Budu, begitu kawan-kawan yang rapat memanggilnya, adalah harapan baru di N32 DUN Seri Setia. Aku percaya kebijaksanaan pengundi di N32 DUN Seri Setia akan memungkinkan Budu membawa suara penduduk di sana ke Dewan Undangan Negeri selain terus menerus berurusan dengan rakyat berkaitan kepentingan mereka.

Salut untuk Nik Nazmi! Undilah Nik Nazmi untuk N32 DUN Seri Setia!

Thursday, February 28, 2008

Mereka kata Manifesto PKR tidak realistik?

Arakian dalam ribut kempen BN di mana-mana 'media hamba di Malaysia' (baca:media tidak bebas dari kongkongan kuasa pemerintah), maka gemparlah mereka dengan dakwaan manifesto Parti keADILan Rakyat (PKR) yang didakwa 'tidak realistik'.

Aku yang sejak 1999 membaca arus kempen BN yang keras menghala ke arah PKR (kerana politik PAS dan DAP yang sangat rapuh pembawaan isunya-maaf cakapla ya!) cuba juga untuk menjengok sekali lagi manifesto yang aku rasa konkrit itu. Ringkasnya...

1. Negara Madani - mengakui kedaulatan undang-undang dan Perlembagaan, patuh prinsip undang-undang, jamin hak asasi dan maruah rakyat terbela, tolak politik kaum dan pacu perpaduan.

Jika ini tidak realistik, komitmen BN nyata harus digeruni kerana mereka akan menjadikan masyarakat Malaysia seperti anjing kurap yang dilemparkan makanan, dihina, dimaki dan diperlakukan semahunya tanpa maruah! Dan mereka telah buktikan hal ini!

2. Ekonomi Mapan - sedia bersaing di pasaran global, hapus polisi menindas, hapus korupsi dan pembaziran.

Jika ini tidak realistik, komitmen BN nyata harus digeruni kerana mereka akan kekal beriltizam bahawa korupsi, pembaziran dan polisi menindas harus diteruskan dan persaingan di pasaran global tak penting kerana biar mereka saja yang selamat, rakyat pandai-pandai fikirla! Dan mereka telah buktikan hal ini!

3. Masyarakat Selamat - mengoptimumkan peranan polis untuk tujuan keselamatan dan bukan politik melalui pengurusan, latihan dan kawal selia yang baik.

Jika ini tidak realistik, komitmen BN nyata harus digeruni kerana mereka akan berterusan menyalahgunakan tujuan polis untuk kepentingan politik parti dan perlindungan terhadap jenayah, korupsi dan penyelewengan kuasa mereka! Dan mereka telah buktikan ini!

4. Malaysia menguntungkan dan termampu untuk semua melalui pengurusan sumber secara optimum dan penetapan harga yang munasabah dengan mendahulukan rakyat berbanding kehendak korporat rakus.

Jika ini tidak realistik, komitmen BN nyata harus digeruni kerana mereka akan berterusan menguruskan negara mengikut tembolok sebilangan manusia dan kepentingan sekelompok kumpulan berbanding kepentingan rakyat terbanyak! Dan mereka telah buktikan ini!

5. Meningkatkan mutu pendidikan untuk semua.

Jika ini tidak realistik, komitmen BN nyata harus digeruni kerana usaha membanyakkan universiti di Malaysia tidak lebih sebahagian dari topeng untuk meraih sokongan politik berbanding usaha meningkatkan kualiti rakyat melalui pendidikan. Dan mereka telah buktikan ini!

Tolak BN! Komited Untuk Jadi Rakyat Bertanggungjawab! Tolak BN!

Wednesday, February 27, 2008

Perubahan Melalui UMNO?

Alhamdulillah aku berpengalaman - dilahirkan dan dibesarkan dalam keluarga UMNO sebelum emak dan ayah berhenti politik sepenuhnya - ayah memberi khidmat kepada kesatuan sekerja dan emak memilih untuk memberi lebih masa kepada keluarga. Dan sepanjang tempoh itu aku dapat lihat bagaimana budaya dalam UMNO berubah, mak dan ayah juga jadi kesal kerana khidmat telah menjadi khianat dan tauladan telah jadi tau makan.

Aku masih ingat dulu sekitar 80-an, banyak orang jumpa ayah - baik dari UMNO, PAS dan rakyat biasa. Ayah memang seorang workoholic, dulu ayah orang kanan Dato' Radzi Sheikh Ahmad di Perlis. Aku juga ingat ayah terlibat dalam pembinaan surau milik PAS di Santan.

Memang dalam tempoh pemerintahan Tun Dr Mahathir sekitar tahun 80-an, banyak perkara baru dilaksanakan dan bersifat revolusi kepada sikap. Tapi entah kenapa, ia tidak begitu diberi perhatian selepas UMNO diharamkan.

Ramai yang lupa UMNO yang ada kini ialah UMNO Baru. Dan UMNO Baru ini tidak malu mengaku mewarisi perjuangan UMNO lama. UMNO yang Dato' Onn, Tunku Abd Rahman dan Tun Hussein keluar kerana perkara dasar yang terencat. Malah aku percaya jika Tun Razak dan Tun Dr Ismail masih hidup, mereka akan menentang dasar-praktis ketidakadilan yang diamalkan oleh UMNO kini.

Ya, memang masih ada mereka yang jujur dalam UMNO. Mereka ini rata-ratanya adalah mereka yang celik sejarah. Dan mereka ini hanya terikat dengan UMNO kerana nostalgia dan rasa taat setia kepada sesuatu yang asal dimulakan dengan tujuan murni. Tapi sayang peranan mereka ini telah dibataskan. Dan mereka ini tanpa sedar telah mendidik generasi muda yang lemah semangat perjuangannya untuk berkata - tak apa, kita cuba berjuang dari dalam.

Hakikatnya? Aku akan mudah berkata kepada mereka ini - buktikan pada aku satu hari nanti perjuangan mereka dari dalam itu apa hasilnya kepada rakyat. Dan tunjukkan pada aku contoh mereka yang berjaya dengan perjuangan dari dalam. Ya, Anwar Ibrahim mungkin dilihat paling berjaya tapi mereka lupa perbandingan Anwar dengan mereka adalah cukup jauh dan budaya UMNO dan zaman saat kemasukan Anwar dibanding dengan budaya serta zaman kini adalah cukup berbeza.

Voltaire mungkin benar dengan telahannya - fanatisme adalah penyakit segala abad! Dan aku mahu tegaskan bahawa baik Melayu, Cina dan India serta suku kaum yang ada - kita adalah khalifah dan tidak ada yang lebih tinggi antara satu dengan yang lain dan taqwa dan syurga itu tidaklah berhak kita memutuskannya melainkan kita cuba mematuhi dan mengajak dengan bijaksana untuk masyarakat mematuhi kehendak-Nya.

Islam menolak Dasar Bumiputera yang dijalankan secara tidak adil dan berbentuk perkauman. Tetapi Islam boleh menerima Dasar Bumiputera yang adil tujuannya, perlaksanaannya dan jelas keadilannya.

Harapan baru Malaysia ada pada kita - anak Malaysia yang cintakan tanah air dan rakyatnya!

Tuesday, February 26, 2008

Parti atau Calon?

Pandangan SS Mufti Perlis, Dr MAZA untuk aku harus dilihat dalam konteks yang ideal. Dalam konteks Malaysia, saat media dibungkam, saat penipuan, kezaliman dan keampuhan sistem 'dirogol' oleh Barisan Nasional, pandangan Dr MAZA perlu ada exceptional.

Sebab itu dalam memperkatakan konteks yang ideal ini, wacana harus dibuka - parti dan penggiat politik yang mahu berada dalam koridor kuasa harus mengerti. Ramai lagi kelompok ini, baik dalam BN dan selainnya masih terperangkap dengan sentimen politik lama yang bersarang kerana mungkin kebetulan parti dominan Melayu menguasai kerajaan dan pembangkang.

Bukan, bukan Melayu yang patut disalahkan. Maksud aku di sini ialah pool pengundi Melayu yang difokuskan UMNO dan PAS telah menjadikan wacana sempit, ditambah dengan permainan isu 13 Mei, hak ketuanan Melayu, Dasar Bumiputera, Negara Islam dan lain-lain.

Alhamdulillah Reformasi 1998 telah mengheret wacana baru, meskipun belum ketara, tetapi ia insyaAllah akan beransur membentuk wajah baru Malaysia. Pertambahan mendadak akses internet dari sekitar 200 ribu orang pada 1999 dan kini sekitar 14-15 juta memungkinkan wajah baru Malaysia dan wacana baru digerakkan.

Rakyat harus belajar bahawa penggantungan terhadap parti tidaklah sihat sepenuhnya melainkan penggantungan ini disertai dengan komitmen memperbaharui tekad dan upaya menggerakkan wacana baru oleh tiap individu - agar parti yang didokong berwibawa untuk bergerak selari dengan arus zaman.

Parti atau calon, kedua-duanya penting dalam konteksnya. Pilihan Raya Umum ke-12 ini sewajarnya kempen aku ialah Tolak BN! kerana sudah cukup jelas, atas nama kolektiviti, wacana segar individu dipandang remeh oleh sistem yang digerakkan oleh BN!

Ramai juga yang berandai-andai jika selain BN menang, apa mereka nak buat? Untuk aku, yang terang dan nyata kita hadapi dulu. Rakyat harus ingat bahawa pemerintahan masa depan yang harus kita cita-citakan ialah kepimpinan yang bekerja mengangkat maruah dan martabat rakyat, bukan menunggangi rakyat!

Sembang Pilihan Raya

Sembang Pilihan Raya

Monday, February 25, 2008

Kembali! Alhamdulillah...

Hanya itu yang patut diucapkan.

Tadi aku terima pesanan ringkas dari seorang kawan bahawa Nur Umaisarah Sameon, pelajar UiTM Arau yang hilang semasa ekspedisi Tahan tempoh hari telah ditemui selepas 2 minggu Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR).

Khabarnya dia ditemui di Kem Kuala Putih, rentis yang lebih dekat dengan Kuala Tahan! Ini bermakna dia tersasar lebih kurang 55 km! Sesuatu yang confuse dan menarik untuk aku tahu juga, harapnya suatu hari nanti..

Ada banyak perkara boleh dipelajari dari peristiwa ini.

Terima kasih untuk mereka yang tidak putus berdoa dan berusaha.

Sunday, February 24, 2008

Kenapa Selain BN 1

Saya masih pragmatik; walau sering idealistik. Tapi yang penting saya Muslim walaupun pandangan politik saya cenderung liberal (tapi bila diuji sering konservatif!haha)

Memang kita akui ada pembangunan yang dilakukan BN, sesuai dengan tanggungjawabnya. Tapi pembangunan ala-BN ini untuk saya hodoh kerana....

1) Ada unsur korupsi yang menjadikan kita bayar lebih sebab perlu menampung kos-kos yang tak perlu. Natijahnya orang berebut jadi pemimpin kerana ada agenda tersembunyi! Sudahlah tu, rakyat yang menanggung kos berlebihan ini!

2) Pembangunan di Malaysia banyak yang tempang, kalau di zaman Pak Lah memang sangat banyak kita dengar cerita bangunan bocor, retak, tak selamat dan sebagainya.

3) Ada duit insyaAllah semua jadi. Tapi pembangunan ala-BN ini untuk saya terlalu bercirikan politik kepartian. Apa salahnya Kerajaan Pusat hormat rakyat yang pilih wakil selain dari BN dengan beri peruntukan yang patut diterimanya untuk memajukan kawasan?

4) BN tak boleh membezakan pembangunan untuk rakyat dan untuk parti. Tengok saja pembangunan awam untuk kemudahan rakyat seperti Balai Raya 'dirogol' oleh orang-orang (UMNO) terutamanya bagi tujuan politik parti mereka.

Maka, aku pilih selain BN kerana

1) Asas pembangunan BN terlalu bermotifkan sentimen politik parti, bukan sentimen pembangunan rakyat.

2) Asas pembangunan BN disertai tekanan kepada rakyat melalui 'sistem bayar lebih' dari apa yang sepatutnya. Ia tak ubah seperti tangan bersalam kaki menendang!

Nanti kita tengok angle lain pula Kenapa Selain BN!

Saturday, February 23, 2008

Pilihan Raya 2008

Laman wajib lawat...

Harapan Malaysia

AnwarIbrahim

Harakahdaily

Malaysia-Today

Saifulislam

Pilihan Raya 2008 menyaksikan beberapa orang rakan diskusi politik aku bertanding dan alhamdulillah semua melalui Parti keADILan Rakyat. Mereka ialah :

Nik Nazmi Nik Ahmad

Amiruddin Saari

Yusmadi Yusoff

Khalid Jaafar

Hasmi Hashim

Sejak dua menjak ni hidup aku agak horror kerana tidur yang sedikit..tapi insyaAllah walaupun kerja sukarela, pelajarannya sungguh banyak!

Selamat berjaya untuk pejuang pembaharuan di Malaysia. Mari kita tunjukkan bahawa Malaysia boleh diurus dengan lebih baik untuk generasi kita kini dan akan datang!

Wednesday, February 20, 2008

Ada Apa Dengan Bloggers

We bloggers are not all anti-government or pro-opposition. We represent the new generation of open-minded and learned young Malaysians who speaks out our mind because we care for the country and would like to correct what is wrong. Gone were the days where they can spoon-feed us with propaganda through the print or electronic media. Today's youth have unrestricted access to free and independent news and information from all over the world. We are not opposed to progress and development but we are against any form of an oppressive government who think they can control and shape our minds with brute force or threats. We're against corrupt and dishonest leaders and we certainly have a very low tolerance for bullshit.

Teks di atas diambil dari satu komentar di laman Malaysia-Today. Terima kasih untuk Reformasi yang menyuntik Sapere Aude!

26 Tahun

Masuk usia 26 tahun bukan mudah. Sejak tahun lepas hingga baru-baru ini, dan aku pasti tahun depan (berdasarkan apa yang dirancang tahun ini), seorang demi seorang kawan-kawan mula menyinggah alam perkahwinan. Aku selalu rasa bangga dengan mereka. Kata aku "tahniah kerana telah memasuki realiti sebenar kedewasaan hidup".

26 tahun bukan mudah. Sejak tahun lepas hingga baru-baru ini, dan aku pasti tahun depan (berdasarkan apa yang berlaku pada aku sejak tahun lalu), emak terutamanya dan saudara mara mula bertanya "kau bila nak kahwin?". Bahasa mak mungkin lembut sedikit "kawan dengan siapa sekarang ni?".

26 tahun bukan mudah. Sejak tahun lepas hingga baru-baru ini, dan aku pasti tahun depan (berdasarkan apa yang ada pada aku sekarang), perancangan hidup aku nampak smooth, walaupun getirnya hanya aku yang tahu. Sebelum usia 27 tahun, aku harus memastikan aku berada pada titik penting sebelum akhirnya memilih realiti sebenar.

26 tahun bukan mudah. Pilihan Raya ke-12 akan menjelang. Dan aku tanpa segan mahu isytihar bahawa undi aku pada parti selain BN untuk Pilihan Raya ini. Dan kau tak malu untuk katakan BN telah menjadikan rakyat sampah dengan sikap angkuh mereka dan itu bukan cara aku mahu dipimpin. Kempen aku juga hanya untuk mereka selain BN. Itu hadiah paling besar untuk hari jadi aku yang ke-26, memerdekakan jiwa aku sendiri!

Undi Buku

Inisiatif telah diambil untuk melihat pandangan pengunjung terhadap isu pengharaman buku yang dilanjutkan dengan Kempen Sapere Aude - Jangan Haram Buku!

Hanya 27 pengunjung yang memberi respon, sebahagiannya memilih lebih dari satu jawapan dan keputusannya ialah :

Soalah : Apakah alasan untuk mengharamkan buku?

5 undi atau 18% menyatakan buku yang menggugat aqidah.
9 undi atau 33% menyatakan ianya bertentangan dengan pandangan pemerintah.
13 undi atau 48% menyatakan ianya bertujuan tidak beri rakyat cerdik.
7 undi atau 25% menyatakan orang cerdik tidak mahu menulis balas.

Dalam realiti Malaysia, terutama berkait isu politik yang bertentangan dengan pandangan pemerintah, penerbitan bersifat penulisan atau buku memang biasa diharamkan atas pelbagai alasan seperti tidak mendapat permit dan sebagainya.

Ramai juga rakyat bersuara berkaitan lambakan buku-buku atau majalah yang bersifat 'sampah' dengan cerita seks keterlaluan. Juga cerita-cerita berunsur tahyul.

Ya, di Malaysia dari pemerhatian saya, penulisan dari 'mereka yang layak' sangat jarang ditemui, sama seperti jurnal-jurnal akademik, apatah lagi soal idea dan gagasan baru.

Selain itu, ada dakwaan bahawa sebahagian penulisan boleh menjejaskan aqidah. Cerita-cerita ayat palsu dalam Al-Quran yang cuba diselewengkan telah jadi mesej berantai dalam masyarakat.

Aku kekal berpendapat bahawa perbezaan pendapat secara aman harus digalakkan. Kerisauan kita tentang aqidah bukanlah dengan cara mengharamkan buku kerana aqidah itu letaknya pada diri manusia, justeru manusia yang perlu diperkasakan.

Telah tiba masanya untuk kita memperkasakan rakyat dengan pendekatan dari bawah ke atas; dan bukan saja dari atas ke bawah. Semua pihak harus berperanan dalam menggalakkan proses inkuiri dan pencarian jawapan kepada lambakan isu yang ada. Hanya dengan membenarkan partisipasi rakyat yang aktif akan menggalakkan pemikiran tinggi seterusnya meningkatkan pasaran buku-buku berkualiti berbanding picisan.

Selamat membaca. Sapere Aude - Berani Untuk Tahu!

Fidel Castro

Dia mungkin antara pemerintah terlama memegang kuasa - hampir setengah abad. Dan dia kini telah meletakkan jawatannya - hanya kerana sakit.

Pada usia 81 tahun, Castro meninggalkan legasi pemerintahan 'komunis'nya. Dan 'komunis ala Castro' ini juga ditentang oleh rakan baiknya dulu Ernesto Che Guevara.

Dan seperti biasa, Bush yang sedang meniti penggal akhir 'khidmat'nya melaungkan demokrasi untuk diterapkan di Cuba.

Ada keanehan yang boleh dilihat di balik terma komunis, demokrasi dan tata negara jika kita rajin membelek banyak penulisan tentangnya. Semoga kita belajar untuk tidak lekas melambakkan serangan terhadap sesuatu yang kita tak pasti kerana peluru sesat selalunya mengena sasaran yang tidak sepatutnya!

* Dulu saat cuba menghadam cerita perjuangan Ernesto Che Guevara, ada satu video lucu yang menunjukkan Castro terpelecok semasa turun dari kapal terbang dan menyembah tanah! Dan yang paling terharu ialah mendengar dan membaca surat Che kepadanya.

Tuesday, February 19, 2008

PMN dan Menteri di KPT

Bila Menteri benarkan PMN bertanding, maka eloklah dibenarkan mahasiswa berkempen. Saya pasti sangat suka melihat jika PMN bertanding di Parlimen yang Menteri KPT akan bertanding.

Menteri di KPT mungkin satu-satunya Menteri yang selalu saya sebut pada mahasiswa sebagai Menteri yang lulus dengan Kelas Pertama dalam pengajiannya. Tapi sayang, tak seindah kehendak Universiti gagaskan di dalam kampus, mahasiswa lulus Kelas Pertama tidaklah dipedulikan sangat di luar kampus (dari segi Kelas Pertamanya..)

Mungkin ini rahsia kenapa mahasiswa (terutama bumiputera) rasa biarlah cukup makan. Di Malaysia telah jadi rahsia umum bahawa politik menguasai segala-galanya.

Aku masih ingat mesyuarat Aspirasi di rumah Menteri di KPT. Walaupun dia tidak se'bangang' Dato' Shafie Salleh dalam membuat keputusan, tapi cukuplah untuk mengatakan Menteri tak tahu sejauh mana politik UMNO di kampus sangat teruk mengganggu fungsi universiti. Dan lebih malang juak-juak pengampu yang setengahnya berpangkat Prof. penuh lebih sudu dari kuah!

Eloklah PMN bertanding di kerusi Menteri di KPT. Menang nyata satu simbol kuat penentangan, kalah juga tidaklah terasa malah Menteri pula dapat malu - menang dengan budak-budak Universiti!

Atau Menteri nak wakil Aspirasi yang bertanding dengan budak-budak PMN?

Haha, Malaysiaku..walaupun kadang-kadang aku ketawa, hatiku tersiat melihat nasibmu (dan nasib generasi aku dan selepas aku..)

Selamat Hari Lahir

Yang terbaik tentunya bertambah usia dalam ketaatan, dipermudahkan rezeki yang halal dan diredhai Allah s.w.t. dunia dan akhirat.

Ya Allah Ya Tuhanku, permudahkanlah.

Kata orang usia hanya pertambahan angka. Pada aku, angka memberi makna. Tiap detik, tiap peristiwa, tiap makna di balik peristiwa...

Yang paling bijak ialah mereka yang selalu mengingati mati kerana mati itu pasti dan selepasnya adalah kehidupan yang kekal. Hidup di dunia sementara kerana dunia tidak kekal.

Dalam proses hidup manusia - bangunan, kereta, pemimpin tidak kekal, yang kekal ialah nilai di sebalik harta dan kepimpinannya, sama ada membawa bencana atau cerita bahagia.

Selamat Hari Lahir Tahun Masehi untuk aku. Semoga usia yang bertambah mematangkan.

Sunday, February 17, 2008

Ntah Apa-Apa!

Berita ini aku petik secara bebas dari HarakahDaily, salah satu laman wajib untuk mendapat pandangan berimbang berkaitan situasi politik di Malaysia...

Presiden PMN, Azlan Zainal berkata pertimbangan mereka sangat jelas yakni mahu mengetengahkan isu kepentingan generasi muda dalam masyarakat sempena pilihan raya umum ke-12 ini.

"Pada hemat kami, pendekatan kita juga bukan untuk menyerang Pak Lah atau mana-mana pihak; tetapi lebih berkongsi hasrat baik mahasiswa dalam soal kepentingan generasi muda. Selebihnya, terpulanglah kepada parti-parti komponen Barisan Nasional (BN), juga parti-parti alternatif untuk menerima keberadaan kami ini," ujarnya dalam kenyataan tersebut.

Pada masa yang sama, ujarnya, jika benar PAS mahu bertanding di Parlimen Kepala Batas, PMN mencadangkan PAS menilai semula keputusan pencalonan parti tersebut di sana.

"Ini adalah kerana PMN berhasrat untuk bersaing dengan bekas Perdana Menteri Malaysia; juga Pengerusi OIC ini secara 'satu lawan satu'. Jika PAS tetap meneruskan niat untuk bertanding di Parlimen Kepala Batas tersebut, sedarlah kami; seluruh mahasiswa dan generasi muda bahawa PAS juga dalam beberapa pertimbangan tidak prihatin terhadap perjuangan generasi muda dewasa ini," katanya.

Walaupun aku mendokong adanya peluang untuk semua pihak ke depan menyatakan idea dan tindakan untuk dinilai pasaran, untuk kes ini aku hanya mampu kata "Ntah apa-apa!".

Friday, February 15, 2008

Selingan - (Arwah) Benan, Buku dan Kenangan

Musim sekarang musim Pilihan Raya. Hingga saat ini sudah 3 panggilan aku terima untuk memohon bantuan kempen.

Tapi bukan itu yang mahu aku tulis. Cerita kali ini ialah tentang (Arwah) Benan, Buku dan Kenangan.

Sebenarnya kehilangan Benan adalah satu kehilangan besar untuk negara. Entah kenapa pemergian Benan membuatkan aku rasa hilang sesuatu walhal dibandingkan pengalaman aku bersamanya hanya sekelumit masa. Tidak sama sebagaimana rakanku, Nik Nazmi yang memang dipimpin Benan untuk memahami perjuangan.

Aku lewati semula kantung email lama. Nyata ia terlalu lama tidak dibuka. Email arwah Benan pada aku sudah tidak ada dalam simpanan. Dan aku harus kesal untuk itu. Masih aku ingat gurauan Benan dengan nama email aku yang agak pelik - SunflowerSuicide@hotmail.com..

Waktu ini, kerana mengenangkan Benan, aku lewati tulisan-tulisannya di group Sejarah-Melayu. Dan mata aku tertangkap pada satu tulisan yang dipost Benan - Abdullah Munsyi defends himself.

Benan adalah Ensiklopedia bergerak, kata sebilangan teman kerana mindanya lekas mencerap dan mengingat. Dulu semasa Post Sept 11 Economic Forum, Benan pernah berpesan agar aku datang mencarinya untuk dipinjamkan buku - juga ditulis dalam email yang hilang. Umumnya, email aku dan Benan banyak berkisar tentang anak muda, kepimpinan mahasiswa dan masa depan negara yang harus digerakkan oleh orang muda.

Kenangan yang sekelumit itu, ada lagi selainnya, cukup untuk mengingatkan aku pada Benan. Jujurnya aku tidak begitu kenal dan rapat, tapi berani aku katakan - kesan karisma Benan dapat aku rasa.

Hello everyone,

This was a posting I sent to my alumni e-group back in
April 2001 regarding Abdullah Munsyi and his
translation of the Bible into the vernacular. I also
sent a copy to YB Ustadz Nasharuddin Mohd Isa but did
not get a reply. Anyway, for your reading pleasure...

* * *

These are Abdullah's own words in his Hikayat Abdullah
regarding why he translated the Bible
and whether it affected his Iman:

" Dan lagi katanya, "Engkau tahu baca surat Melayu?"
Maka jawabku, "Tahu sedikit, tuan." Lalu ia masuk ke
dalam, dibawanya ada dua tiga kitab-kitab Injil bahasa
Melayu yang dicap. Maka apabila kulihat akan suratan
kitab itu, hairan besarlah aku, sebab belum pernah aku
melihat surat Melayu yang dibubuh cap. Akan tetapi aku
balik-balik kulihat, "Tuan, di mana orang buat kitab
ini?" Maka jawabnya, "Holanda buat; ia sudah salinkan
bahasa Melayu." Maka kataku, "Kitab apa ini?" Maka
jawabnya, "Kitab Injil." Lalu katanya, "Ambillah tuan
satu pergi baca." Maka kuambil, serta memberi terima
kasih. Kemudian kataku, "Tuan, sahaya terlalu suka
hendak belajar bahasa Inggeris." Maka jawabnya,
"Baiklah." Daripadanyalah banyak aku mendapat
pelajaran dalam bahasa Inggeris, dan adat menyalin
daripada suatu bahasa kepada bahasa lain. Maka
kepadanyalah aku belajar Injil Matius itu dalam bahasa
Inggeris serta dengan tafsirnya.

Ia mengatakan kepadaku asalnya Injil itu dalam bahasa
Ibru. Kemudian beberapa lamanya baharu disalin kepada
bahasa Inggeris, banyak ertinya yang kurang dalam
bahasa Inggeris, kerana bahasa Inggeris itu terlebih
miskin ertinya beberapa perkataan yang tiada pernah
biasa dipakai orang Melayu, iaitu seperti "kerajaan
syurga," dan "mulut Allah," dan "anak Allah," dan
"bapamu yang ada di syurga," dan "kehidupan yang
kekal," dan sebagainya. Maka nanti kelak di belakang
dapat tiada menjadi canggung juga di telinga orang
Melayu, tetapi jikalau boleh kiranya diluluskan oleh
tuan-tuan itu.

Abdullah defends his actions:

"Ada yang merangkak-rangkak membaca. Akan tetapi
seorang pun tiada tahu akan ertinya. Melainkan
masing-masing melarangkan aku, katanya, "Jangan baca
kitab ini, buangkan. Kerana ini kitab orang putih,
nanti rosak iman kita." Maka jawabku kepada mereka
itu, "Bagaimana engkau boleh tahu ini kitab orang
putih? Bukankah ini bahasa Melayu? Dan bolehkah ia
ini merosakkan iman kita? Apakah ertinya iman itu?
Adapun ertinya iman itu yang aku ketahui, percaya.
Maka jikalau kiranya aku membaca seribu kitab agama
lain-lain, jikalau tiada percaya aku akan dia,
bolehkah rosak iman? Aku tiada mahu mendengar
perkataan bodoh itu." Maka diamlah mereka itu.
Kemudian ada pukul sepuluh, lalu pergilah aku."

As to his faith as a Muslim, the following are his
last printed words contained in Kisah Pelayaran
Abdullah:

"Hatta maka tinggallah beberapa hari di Jeddah itu
oleh sebab menantikan Sheikh Adam, setelah sudah
bertemu lalu memberi salam. Maka duduklah ia dua hari
di Jeddah lalu menyewa unta serta bermuat
barang-barang. Tamat Al-Qalam. Tam.

Bahawa ini surat yang akhir daripada segala surat yang
dikarangkan oleh Abdullah bin Abdul Kadir Munshi.
Sedikit hari kemudian daripada sampai di Mekah matilah
ia disana, kata orang sebab kena penyakit taun. Maka
seorang sahabatnya sudah membawa surat kisah pelayaran
ini ke Selat disampaikannya kepada segala sanak
saudara Abdullah."

"Tercap dibatu dengan belanja Tuan Brill di negeri
Leiden tanah Holanda 1889."

For further information on his role in translating the
Bible into Malay please read:

H.F.O'B. Traill,"An Indian Protagonist of the Malay
Language, Abdullah 'Munsyi', his race and his mother
tongue", Journal of the Malaysian Branch of the Royal
Asiatic Society, volume 52, part 2 (1979), pp.66-83.

Ada sesuatu yang cukup rapat dengan Kempen Sapere Aude - Jangan Haram Buku dalam tulisan Benan.

Kenangan adalah cerita semalam. Dan selamanya dalam hidup, melihat masa lalu adalah sebahagian dari proses belajar..

Wednesday, February 13, 2008

Butteringers - Kembali

Band favourite aku kembali dengan album baru.

Dari wawancara bersama Emmett Roslan, konsepnya 'Dari rakyat untuk rakyat' - macam pernah dengar je mesej ini :) -

Apapun Loque sekarang telah jadi seorang yang fanatik dengan bahasa Melayu selepas melalui pengalaman 'ngeri' belajar di luar negara.

Beli jangan tak beli!

* Butterfingers tak pernah bayar aku untuk buat publisiti ini, dan aku pun tak pernah minta izin untuk kerja-kerja mewar-warkan mereka (termasuk ambil video mereka untuk dimasukkan dalam blog ini, haha)

14 hb seperti yang dijanjikan - Raikan Cinta!

Parlimen Bubar

Benar apa yang disampaikan informer aku.

Semboyan telah berbunyi, menuju medan bakti!

Monday, February 11, 2008

Cerita Orang Hilang

Ini bukan cerita Sharlinie. Ini bukan cerita Nurin. Ini bukan cerita berjuta nama kanak-kanak yang hilang kerana banyak sebab - dan antaranya kerana salah kita (tak terkecuali aku) sendiri - masyarakat yang hilang makna hidup.

Ini cerita Nur Umaisarah Sameon, 21 mahasiswa sebuah kampus nun jauh di utara. Cerita ini jadi dekat kepada aku hanya kerana dia hilang di hutan - di Gunung Tahan.

Telah 6 kali, 5 daripadanya telah aku lewati puncak Gunung Tahan setinggi lebih 2187 meter itu. 1 daripadanya gagal - kerana ada orang hilang.

Berita kehilangan Nur Umaisarah hanya sampai ke telinga aku pagi ini, awal sebelum aku menghadap berita kerana kebetulan semasa tempoh kehilangan Nur Umaisarah, begitu banyak kampus memilih Taman Negara - Merapoh dan Kuala Tahan sebagai destinasi 'percutian' mereka. Kebetulan ramai pensyarah dan mahasiswa di Fakulti Perhutanan (super junior yang masih berhubung), mereka yang cukup rapat dengan aku dalam kegiatan rekreasi luar sebegini.

Jujurnya, hati aku tidak senang. Ingin sekali, jika aku ikut serta dalam projek penyelidikan mereka tempoh hari - untuk sama memberi tenaga dalam mencari mangsa. Entah kenapa, kisah-kisah kemalangan di hutan selalu meragut sejahtera dan damai jiwa aku di sana.

Bukan soal riak. Tapi aku percaya, sekiranya tindakan-tindakan pencegahan diambil lebih serius, kisah-kisah ini tidak akan berlaku. Dulu sewaktu kehilangan seorang sahabat bersama dua guider di Kuala Tahan, kebetulan saat baru masuknya Maghrib sudah cukup mengajar aku bahawa perancangan terbaik harus diadakan dan diterjemahkan.

Ada banyak persoalan boleh diperkatakan di sebalik peristiwa kehilangan yang baru ini. Ya, misteri Gunung Tahan memang cukup banyak, dan kerana itu ia selalu mengajar aku mengenal Allah s.w.t., mengenal hidup dan erti sempadan individu serta kewujudan kolektif pluralisme. Pengalaman sentiasa, sesuatu yang dihadapi, jauh dari sesuatu yang sekadar berteleku. Ia sesuatu yang difikirkan secara real dan bukan 'ringan mulut'.

Alam ada cara sendiri berinteraksi dengan keangkuhan manusia. Hanya jika kita sedar dan mahu selalu memberi masa untuk mengenal-Nya, maka mereka yang beraqal dalam melihat kejadian dan peristiwa alam adalah satu kerja serius - sebahagian kerja ulul albab.

Cerita telah berlaku. Moga kita mendapat khabar yang baik dari skuad pencari - biasanya terdiri dari kalangan guiders tempatan, askar dan unit khas lain.

Belum tibakah masanya intelektual yang berkubu di pagar universiti melihat sesuatu yang lebih realiti di dalam kancah masyarakat?

Sunday, February 10, 2008

Balik Untuk Yang Lebih Baik

InsyaAllah.

Perjalanan panjang, 9 jam melayan kesesakan Lebuh Raya Utara-Selatan. Terima kasih untuk VICO, Milo dan Nescafe yang membuat promosi minuman percuma sepanjang jalan.

Back for better. Reformasi bukanlah sekadar menukar BN kepada parti alternatif.

Forget Me Not

"If you would not be forgotten, as soon as you are dead & rotten, either write things worth reading, or do things worth writing."

Benjamin Franklin (1706-1790)

Saturday, February 9, 2008

Power To The People

Power To The People
John Lennon

Power to the people (7x)
Power to the people, right on.

Say you want a revolution,
We better get on right away,
Well you get on your feet,
And out on the street.

Singing power to the people,
Power to the people.
Power to the people.
Power to the people, right on.

A million workers working for nothing,
You better give 'em what they really own,
We got to put you down,
When we come into town.

Singing power to the people,
Power to the people.
Power to the people.
Power to the people, right on.

I gotta ask you comrades and brothers,
How do you treat you own woman back home,
She got to be herself,
So she can free herself.

Singing power to the people,
Power to the people.
Power to the people.
Power to the people, right on.
Now, now, now, now.

Oh well, power to the people.
Power to the people.
Power to the people.
Power to the people, right on.

Yeah, power to the people.
Power to the people (2x)
Power to the people, right on...

Power to the people (3x)

Dunia Resah dan Gila...

Hanya kerana cinta. Ada dan tanpanya.

Dunia Resah dan Gila...

Hanya kerana cinta. Ada dan tanpanya.

Tahun Baru Cina

Selamat Menyambut Tahun Baru Cina untuk rakan-rakan yang menyambutnya.

Kata orang Tahun ini Tahun Tikus. Khabarnya Tahun Tikus adalah tahun yang bertuah untuk melakukan perubahan.

Moga Malaysia lebih adil, aman, maju dan punya kredibiliti sebagai negara contoh dan diredhai Allah s.w.t..

Menjadi seorang Melayu Muslim, yang juga kasih pada agama dan bangsanya, juga kasih kepada negaranya tidak pernah menghalang aku untuk meraikan jamak kepercayaan dan ras malah aku cukup yakin bahawa semua dari kita adalah dari bangsa Adam yang mulia dan sepatutnya kita berusaha untuk mengangkat diri mencapai tahap kemuliaan yang difirmankan Allah s.w.t..

Friday, February 8, 2008

Undang-Undang Islam di England?

Ada berita menarik dari England!

Archbishop Rowan Williams tiba-tiba jadi paderi yang mungkin paling dihormati kini di dunia Islam. Mudahnya dari kalangan aktivis muslim yang berjuang untuk menegakkan perundangan Islam dalam pemerintahan negara.

Entah kenapa, kita memerlukan seorang bukan Islam untuk mengesahkan upaya ini dan kita memerlukan kelompok liberal untuk meyakinkan bahawa kehendak pasaran itu memungkinkan ia berlaku.

Maha Kuasa Allah s.w.t., Tuhan Pencipta Sekalian Makhluk.

Untuk para aktivis muslim, moga jangan lekas seronok, kerana cabaran akan datang jauh lebih menuntut kewarasan kita untuk berfikir dan bertindak.

Siri 1b : Demokrasi?

Jujurnya, cerita demokrasi ini adalah cerita lama. Ia kian jadi bahan bualan umum sejak runtuhnya empayar Soviet Rusia akhir dekad 80-an pada abad lepas. Di Malaysia, cerita demokrasi sampai ke telinga aku tatkala riuh perihal pemecatan Tun Salleh Abas, juga sekitar tempoh yang sama. Hanya mungkin kerana Amerika yang selalu mahu jadi jaguh demokrasi, maka demokrasi sering dilihat agenda Amerika untuk menjajah semula walhal akar demokrasi jauh menyusur sejarah - sejak zaman Athens lagi.

Demokrasi yang sihat sentiasa menyediakan peluang untuk partisipasi rakyat. Meskipun demokrasi adalah simbol kepada kebebasan individu, ia tidaklah semudah itu kerana untuk turut serta dalam ruang awam (public sphere), nilai-nilai lain seperti kompromi, toleransi dan sebagainya diperlukan. Justeru, dalam menikmati kebebasan ruang persendirian (private sphere), seorang individu juga akan terlibat bersama-sama (secara jemaah) untuk membentuk masa depan dengan nilai kebebasan yang ada.

Demokrasi sebagai sebuah sistem yang membenarkan pemerintahan majoriti sering juga mengalami apa yang disebut 'tyranny of majority' di mana atas nama majoriti (yang mengangkat melalui proses demokrasi), kezaliman dibenarkan. Penerangan ini lebih jelas bila Tun Dr. Mahathir dalam komentarnya tidak lama sebelum ini mengatakan 'Rakyat setuju dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), sebab itu mereka masih pilih kerajaan Barisan Nasional (BN)'.

Maka demokrasi sebagai sebuah institusi yang mendokong kebebasan seakan menikam dirinya sendiri. Benarkah begitu?

Demokrat Pertama (?)

Telah menjadi satu kepercayaan ramai bahawa gagasan demokrasi bermula seawal kurun ke-5 sebelum Masehi, di zaman Kota Athens diperintah oleh Pericles. Khabarnya lelaki dewasa akan mengisi ruang perbahasan (seperti Dewan Rakyat; boleh dilihat dalam banyak filem berbentuk epik) bagi membuat keputusan terhadap segala isu yang muncul terhadap masyarakat.

Dalam perhimpunan ini, wanita, hamba dan juga pendatang dikecualikan. Untuk kes pembicaraan berbentuk mahkamah, dikatakan 501 orang rakyat (macam jenama Levi's pulak 501!) diambil sebagai juri pembicaraan. Perlantikan wakil untuk perhimpunan dilakukan setiap tahun dan tidak ada posisi seperti Presiden, PM dan lain-lain seperti hari ini wujud pada masa itu. Walau bagaimanapun, telah menjadi pegangan umum bahawa setiap warga Athens layak dan berkemampuan untuk menduduki dewan perhimpunan.

Demokrasi di Kota Athens subur walaupun tewas kepada Sparta dalam Perang Peloponnesian. Dan demokrasi Athens juga tetap menjadi kecaman kerana terdedah kepada manipulasi (mungkin macam kes Correct, correct, correct) dan kes paling diingati ialah hukuman mati terhadap Socrates atas tuduhan menyesatkan fikiran rakyat!

Thursday, February 7, 2008

Rasuah : Musuh No 1 Negara

Berita di Harakahdaily mengutip pandangan Pengerusi Gerakan Anti Korupsi (GERAK), Ezam Mohd Nor bahawa "semangat anti-rasuah di kalangan pelajar adalah lemah". Pada masa yang sama dia membandingkan semangat anti-rasuah ini dengan situasi di Indonesia serta pengalaman dalam sesi soal jawab dengan mahasiswa di Malaysia.

Rasuah, sebagaimana umum maklum adalah satu jenayah. Dan jenayah ini sebagaimana zina, biasanya tidak dilakukan secara terang-terangan. Setakat ini, kes yang paling nyata terang ialah kes 'politik wang dalam UMNO' yang pernah ditempelak Prof Diraja Ungku Aziz dengan kata "kenapa panggil politik wang? panggillah rasuah!".

Realitinya, yang rasuah ialah mereka yang punya keupayaan wang, atau pun tidak peduli soal maruah diri seperti rasuah seks. Kempen GERAK untuk menjadikan 'Rasuah Musuh No. 1 Negara' adalah kempen yang wajar diraikan. Elok juga ada sebuah badan yang betul-betul memberi fokus terhadap soal ini dan Ezam adalah individu yang dilihat cocok serta mampu untuk ke depan dalam persoalan ini.

Letak ke tepi dulu soal percaturan politik parti dan politik individu bernama Ezam. Soal sekarang adalah rasuah. Kajian Pusat Integriti Nasional (PIN) bahawa tidak kurang 30% mahasiswa sanggup menerima rasuah adalah satu dapatan yang patut kita pandang serius. Rasuah adalah sejenis jenayah kolar putih yang tentunya dilakukan oleh mereka yang berpelajaran, atau paling tidak berkuasa di sektor-sektor yang diwakilinya. Maka, apa jenis latihan pendidikan dan latihan kepimpinan yang telah diberikan kepada kelompok ini?

Seorang rakan, semasa di kampus, pernah bertanya aku tentang rasuah. Contoh yang aku dapat beri waktu itu begini....

"Katakan HEP beri RM 100,000 untuk MPP jalankan program setahun. Katakan MPP jalankan 10 program setahun beerti setiap program punya peruntukan sekitar RM 10 ribu. Maka, yuran yang dikenakan kepada pelajar adalah minima - mungkin sekitar RM 20-RM30 untuk program perkhemahan kepimpinan 3 hari 2 malam".

"Tapi bayangkan jika ada individu atau pakatan beberapa individu dalam MPP yang mahu habuan masing-masing, katakan 4 orang dari mereka mengambil sekitar RM 500 seorang. Jumlahnya RM 2000! Maka, untuk satu program hanya tinggal RM 8000 peruntukan dari HEP. Untuk menampung peruntukan yang hilang ini, yuran pelajar akan dinaikkan boleh jadi hingga RM 50-RM60 seorang Program tetap berjalan, tapi kosnya adalah berbeza!".

Demikianlah halnya dengan kerajaan. Dari segala punca pendapatan, kerajaan masih boleh menggerakkan segala programnya. Tapi ingat, kosnya mungkin berbeza jika persoalan rasuah dapat ditangani sebaiknya!

Hari ini, dalam realiti bahawa duit boleh menjadi sebab kepada segala-galanya, ada yang memandang remeh persoalan rasuah. Malah perlawanan terhadap rasuah dilihat tidak berpijak di bumi nyata.

Hari ini, jika orang mengambil rasuah dari kita, kita mungkin beri dan sebahagian kita mungkin memaki hamun di belakangnya. Hari ini, jika ada yang menolak rasuah, kita mungkin gembira kerana duit kita selamat. Lihatlah bahawa percaturan rasuah adalah percaturan soal kepentingan diri sendiri tanpa moral.

Dan percaturan diri sendiri tanpa moral bukanlah sebahagian cita-cita Negara Maju, Aman dan Adil. Liberalisme adalah cita-cita kebebasan individu dengan kompas moral yang jelas!

Rasuah Musuh No. 1 Negara!

Wednesday, February 6, 2008

Pilihan Raya

Adakah ini yang terburuk dalam sejarah nasib bangsa?

Tuesday, February 5, 2008

In Good Faith

YB Dato' Zaid Ibrahim mungkin antara tokoh politik dalam UMNO yang aku hormati. Paling hampir pernah kami dalam forum yang sama, slot yang berbeza mengungkap kepentingan generasi muda (khususnya mahasiswa) untuk perihatin dan terlibat dalam proses hidup bernegara. Pandangan-pandangan segar Dato' sedikit sebanyak melegakan aku kerana pada aku, ahli politik kita di Malaysia masih ada yang tinggi kapasiti inteleknya dan berhemah dalam memberi pandangan.

Dalam tajuk awal berkaitan Pluralisme dan Demokrasi di Malaysia Dato' Zaid menjawab soalan wawancara panjang dengan ungkapan ini
"....To most people and most politicians, Pluralism in Malaysia means, 'I am of this group' and that 'you belong to another' and therefore 'we are different'. And if your group's interest are served, it means that 'my' group's interest are not served. There is a need to understand that this is not what pluralism means. Pluralism is a recognition of the richness of diversity, be it cultural, racial or religious, whereby all member of society live together, striving towards a common goal with no difference in treatment and not based on membership of any group.....".
Sebenarnya terlalu banyak hal yang boleh diperbincangkan dari buku ini. Dengan Kata Pengantar dari Tun Musa Hitam dan saranan untuk diperbincangkan di kalangan pelajar universiti oleh Prof. Emeritus Dr. Khoo Khay Kim, aku mahu nyatakan bahawa buku ini 'worth reading'. Apa yang lebih menarik dari buku ini ialah sebagaimana tertera di bahagian dalam kulit depan.

Thank you.

All proceeds from the sale of this book will fund the activities of Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan (Kelantan Foundation for the Disabled), a registered tax-exempt charity (no. 11412-15/8/2002).

Sebentar lagi aku akan bertolak pulang ke Perlis untuk menghabiskan baki cuti sempena sambutan Tahun Baru Cina. Kepada yang menyambutnya - Selamat Tahun Baru Cina - sejahteralah hidup kita di dunia dalam kepelbagaian.

Teruskan Kempen Sapere Aude! (Berani Untuk Tahu!) - Jangan Haram Buku!

Nyatakan sokongan anda dengan 1) menulis di blog anda, 2) menyebarkan kepada rakan-rakan yang lain 3) menulis kepada editor laman berita internet dan/atau 4) menulis kepada editor laman berita cetak.

Gambaran tersusun boleh didapati di www.patahbalek.blogspot.com dan www.freethebooks.blogspot.com...

Saya pasti anda seorang pembaca yang bijak dan aqidah anda tidak semudahnya digugat kerana membaca.

Selingan - Strategi

Khabarnya Parlimen akan dibubarkan pada 13 Februari 2008 dan Pilihan Raya pada 23 Februari 2008. Sungguh cepat! Adakah ini strategi untuk membolehkan serangan bertalu-talu tanpa sempat dipatahkan oposisi?

Gendang perang telah lama bertiup..

Monday, February 4, 2008

Selingan - Islam dan Liberalisme

Konotasi liberal jadi satu konotasi yang bersifat mengancam. Memahami liberal dari kaca mata Jaringan Islam Liberal semata-mata nyata satu lagi kesempitan yang sengaja dicipta sendiri.

Sebenarnya tulisan tentang liberalisme akan jadi satu dari bab yang akan ditulis dalam label Pendidikan di blog ini. Maka untuk itu, sabar akan masanya.

Posting ini sekadar meraikan pandangan ahli PAS seumur hidup yang juga Pengarah Malaysia Think Tank, London.

Sunday, February 3, 2008

Kempen Sapere Aude! Jangan Haram Buku 2

"Some book are to be tasted, others to be swallowed, and some few to be chewed and digested; that is, some books are to be read only in parts, others to be read, but not curiously, and some few to be read wholly, and with diligence and attention.

Read not to contradict and confute, nor to find talk and discourse, but to weight and consider".

Sir Francis Bacon (1561-1626)

Saturday, February 2, 2008

Kempen Sapere Aude! - Jangan Haram Buku 1

Sapere Aude! (Berani Untuk Tahu!)

Rasanya tidak ada manusia mahu menolak keperluan menjadi bijak.
Rasanya tidak ada manusia mahu menolak agar mereka tidak diperbodohkan.
Rasanya tidak ada manusia mahu dituduh imannya mudah goyah, hanya kerana membaca buku (dan bahan-bahan menulis yang lain).

Ya, membaca itu juga boleh jadi hasutan.

Yang takut (selalunya) hanya mereka yang mudah dihasut.
Yang takut (selalunya) hanya mereka yang selalu membiarkan diri mereka diperbodohkan.
Yang takut (selalunya) mereka yang mahu memperbodoh dan membiarkan orang bodoh.

Yang berani akan berkata Sapere Aude! Berani untuk tahu!

Kerana aqidah adalah kerja Tuhan.
Bukan kerja kita memaksa soal kepercayaan.
Dan kerja kita adalah membuat pilihan jalan terbaik sebelum menemui Tuhan.

Jangan haramkan buku! (Kerana pilihan itu harus ada!)

(Catatan ini adalah untuk Kempen Sapere Aude! - 'Jangan Haramkan Buku'. Kempen ini adalah untuk menggalakkan lahirnya masyarakat berpengetahuan dan punya daya saring yang tinggi serta menolak kebodohan dengan cara membenarkan seluruh proses yang membantu untuk menjadi pandai.

Tidak ada penaja bagi kempen ini. Yang ada hanya Keberanian Untuk Tahu yang diterjemahkan dengan respon spontan oleh mereka yang mahu menjadi dan kekal Berani Untuk Tahu. Ikut serta dengan mengambil langkah-langkah patut seperti menulis di blog anda, mengajak orang lain untuk memahami proses menjadi pandai dan lain-lain - tentu ada pandai!)