Yang terbaik tentunya bertambah usia dalam ketaatan, dipermudahkan rezeki yang halal dan diredhai Allah s.w.t. dunia dan akhirat.
Ya Allah Ya Tuhanku, permudahkanlah.
Kata orang usia hanya pertambahan angka. Pada aku, angka memberi makna. Tiap detik, tiap peristiwa, tiap makna di balik peristiwa...
Yang paling bijak ialah mereka yang selalu mengingati mati kerana mati itu pasti dan selepasnya adalah kehidupan yang kekal. Hidup di dunia sementara kerana dunia tidak kekal.
Dalam proses hidup manusia - bangunan, kereta, pemimpin tidak kekal, yang kekal ialah nilai di sebalik harta dan kepimpinannya, sama ada membawa bencana atau cerita bahagia.
Selamat Hari Lahir Tahun Masehi untuk aku. Semoga usia yang bertambah mematangkan.
Tuesday, February 19, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment