Friday, February 8, 2008

Demokrat Pertama (?)

Telah menjadi satu kepercayaan ramai bahawa gagasan demokrasi bermula seawal kurun ke-5 sebelum Masehi, di zaman Kota Athens diperintah oleh Pericles. Khabarnya lelaki dewasa akan mengisi ruang perbahasan (seperti Dewan Rakyat; boleh dilihat dalam banyak filem berbentuk epik) bagi membuat keputusan terhadap segala isu yang muncul terhadap masyarakat.

Dalam perhimpunan ini, wanita, hamba dan juga pendatang dikecualikan. Untuk kes pembicaraan berbentuk mahkamah, dikatakan 501 orang rakyat (macam jenama Levi's pulak 501!) diambil sebagai juri pembicaraan. Perlantikan wakil untuk perhimpunan dilakukan setiap tahun dan tidak ada posisi seperti Presiden, PM dan lain-lain seperti hari ini wujud pada masa itu. Walau bagaimanapun, telah menjadi pegangan umum bahawa setiap warga Athens layak dan berkemampuan untuk menduduki dewan perhimpunan.

Demokrasi di Kota Athens subur walaupun tewas kepada Sparta dalam Perang Peloponnesian. Dan demokrasi Athens juga tetap menjadi kecaman kerana terdedah kepada manipulasi (mungkin macam kes Correct, correct, correct) dan kes paling diingati ialah hukuman mati terhadap Socrates atas tuduhan menyesatkan fikiran rakyat!

No comments:

Post a Comment