Sapere Aude! (Berani Untuk Tahu!)
Rasanya tidak ada manusia mahu menolak keperluan menjadi bijak.
Rasanya tidak ada manusia mahu menolak agar mereka tidak diperbodohkan.
Rasanya tidak ada manusia mahu dituduh imannya mudah goyah, hanya kerana membaca buku (dan bahan-bahan menulis yang lain).
Ya, membaca itu juga boleh jadi hasutan.
Yang takut (selalunya) hanya mereka yang mudah dihasut.
Yang takut (selalunya) hanya mereka yang selalu membiarkan diri mereka diperbodohkan.
Yang takut (selalunya) mereka yang mahu memperbodoh dan membiarkan orang bodoh.
Yang berani akan berkata Sapere Aude! Berani untuk tahu!
Kerana aqidah adalah kerja Tuhan.
Bukan kerja kita memaksa soal kepercayaan.
Dan kerja kita adalah membuat pilihan jalan terbaik sebelum menemui Tuhan.
Jangan haramkan buku! (Kerana pilihan itu harus ada!)
Jangan haramkan buku! (Kerana pilihan itu harus ada!)
Jangan haramkan buku! (Kerana pilihan itu harus ada!)
(Catatan ini adalah untuk Kempen Sapere Aude! - 'Jangan Haramkan Buku'. Kempen ini adalah untuk menggalakkan lahirnya masyarakat berpengetahuan dan punya daya saring yang tinggi serta menolak kebodohan dengan cara membenarkan seluruh proses yang membantu untuk menjadi pandai.
Tidak ada penaja bagi kempen ini. Yang ada hanya Keberanian Untuk Tahu yang diterjemahkan dengan respon spontan oleh mereka yang mahu menjadi dan kekal Berani Untuk Tahu. Ikut serta dengan mengambil langkah-langkah patut seperti menulis di blog anda, mengajak orang lain untuk memahami proses menjadi pandai dan lain-lain - tentu ada pandai!)
Saturday, February 2, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment