Thursday, February 28, 2008

Mereka kata Manifesto PKR tidak realistik?

Arakian dalam ribut kempen BN di mana-mana 'media hamba di Malaysia' (baca:media tidak bebas dari kongkongan kuasa pemerintah), maka gemparlah mereka dengan dakwaan manifesto Parti keADILan Rakyat (PKR) yang didakwa 'tidak realistik'.

Aku yang sejak 1999 membaca arus kempen BN yang keras menghala ke arah PKR (kerana politik PAS dan DAP yang sangat rapuh pembawaan isunya-maaf cakapla ya!) cuba juga untuk menjengok sekali lagi manifesto yang aku rasa konkrit itu. Ringkasnya...

1. Negara Madani - mengakui kedaulatan undang-undang dan Perlembagaan, patuh prinsip undang-undang, jamin hak asasi dan maruah rakyat terbela, tolak politik kaum dan pacu perpaduan.

Jika ini tidak realistik, komitmen BN nyata harus digeruni kerana mereka akan menjadikan masyarakat Malaysia seperti anjing kurap yang dilemparkan makanan, dihina, dimaki dan diperlakukan semahunya tanpa maruah! Dan mereka telah buktikan hal ini!

2. Ekonomi Mapan - sedia bersaing di pasaran global, hapus polisi menindas, hapus korupsi dan pembaziran.

Jika ini tidak realistik, komitmen BN nyata harus digeruni kerana mereka akan kekal beriltizam bahawa korupsi, pembaziran dan polisi menindas harus diteruskan dan persaingan di pasaran global tak penting kerana biar mereka saja yang selamat, rakyat pandai-pandai fikirla! Dan mereka telah buktikan hal ini!

3. Masyarakat Selamat - mengoptimumkan peranan polis untuk tujuan keselamatan dan bukan politik melalui pengurusan, latihan dan kawal selia yang baik.

Jika ini tidak realistik, komitmen BN nyata harus digeruni kerana mereka akan berterusan menyalahgunakan tujuan polis untuk kepentingan politik parti dan perlindungan terhadap jenayah, korupsi dan penyelewengan kuasa mereka! Dan mereka telah buktikan ini!

4. Malaysia menguntungkan dan termampu untuk semua melalui pengurusan sumber secara optimum dan penetapan harga yang munasabah dengan mendahulukan rakyat berbanding kehendak korporat rakus.

Jika ini tidak realistik, komitmen BN nyata harus digeruni kerana mereka akan berterusan menguruskan negara mengikut tembolok sebilangan manusia dan kepentingan sekelompok kumpulan berbanding kepentingan rakyat terbanyak! Dan mereka telah buktikan ini!

5. Meningkatkan mutu pendidikan untuk semua.

Jika ini tidak realistik, komitmen BN nyata harus digeruni kerana usaha membanyakkan universiti di Malaysia tidak lebih sebahagian dari topeng untuk meraih sokongan politik berbanding usaha meningkatkan kualiti rakyat melalui pendidikan. Dan mereka telah buktikan ini!

Tolak BN! Komited Untuk Jadi Rakyat Bertanggungjawab! Tolak BN!



No comments:

Post a Comment