Bila Menteri benarkan PMN bertanding, maka eloklah dibenarkan mahasiswa berkempen. Saya pasti sangat suka melihat jika PMN bertanding di Parlimen yang Menteri KPT akan bertanding.
Menteri di KPT mungkin satu-satunya Menteri yang selalu saya sebut pada mahasiswa sebagai Menteri yang lulus dengan Kelas Pertama dalam pengajiannya. Tapi sayang, tak seindah kehendak Universiti gagaskan di dalam kampus, mahasiswa lulus Kelas Pertama tidaklah dipedulikan sangat di luar kampus (dari segi Kelas Pertamanya..)
Mungkin ini rahsia kenapa mahasiswa (terutama bumiputera) rasa biarlah cukup makan. Di Malaysia telah jadi rahsia umum bahawa politik menguasai segala-galanya.
Aku masih ingat mesyuarat Aspirasi di rumah Menteri di KPT. Walaupun dia tidak se'bangang' Dato' Shafie Salleh dalam membuat keputusan, tapi cukuplah untuk mengatakan Menteri tak tahu sejauh mana politik UMNO di kampus sangat teruk mengganggu fungsi universiti. Dan lebih malang juak-juak pengampu yang setengahnya berpangkat Prof. penuh lebih sudu dari kuah!
Eloklah PMN bertanding di kerusi Menteri di KPT. Menang nyata satu simbol kuat penentangan, kalah juga tidaklah terasa malah Menteri pula dapat malu - menang dengan budak-budak Universiti!
Atau Menteri nak wakil Aspirasi yang bertanding dengan budak-budak PMN?
Haha, Malaysiaku..walaupun kadang-kadang aku ketawa, hatiku tersiat melihat nasibmu (dan nasib generasi aku dan selepas aku..)
Tuesday, February 19, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment