Masuk usia 26 tahun bukan mudah. Sejak tahun lepas hingga baru-baru ini, dan aku pasti tahun depan (berdasarkan apa yang dirancang tahun ini), seorang demi seorang kawan-kawan mula menyinggah alam perkahwinan. Aku selalu rasa bangga dengan mereka. Kata aku "tahniah kerana telah memasuki realiti sebenar kedewasaan hidup".
26 tahun bukan mudah. Sejak tahun lepas hingga baru-baru ini, dan aku pasti tahun depan (berdasarkan apa yang berlaku pada aku sejak tahun lalu), emak terutamanya dan saudara mara mula bertanya "kau bila nak kahwin?". Bahasa mak mungkin lembut sedikit "kawan dengan siapa sekarang ni?".
26 tahun bukan mudah. Sejak tahun lepas hingga baru-baru ini, dan aku pasti tahun depan (berdasarkan apa yang ada pada aku sekarang), perancangan hidup aku nampak smooth, walaupun getirnya hanya aku yang tahu. Sebelum usia 27 tahun, aku harus memastikan aku berada pada titik penting sebelum akhirnya memilih realiti sebenar.
26 tahun bukan mudah. Pilihan Raya ke-12 akan menjelang. Dan aku tanpa segan mahu isytihar bahawa undi aku pada parti selain BN untuk Pilihan Raya ini. Dan kau tak malu untuk katakan BN telah menjadikan rakyat sampah dengan sikap angkuh mereka dan itu bukan cara aku mahu dipimpin. Kempen aku juga hanya untuk mereka selain BN. Itu hadiah paling besar untuk hari jadi aku yang ke-26, memerdekakan jiwa aku sendiri!
Wednesday, February 20, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment