Kami mula berjumpa dalam satu program debat di PWTC. Waktu itu (Arwah) Adlan Benan mewakili keADILan dan sepatutnya Khairy Jamaluddin mewakili UMNO, tetapi diwakilkan kepada Affendi Zahari.
Dia seorang anak muda seusia dengan aku. Namanya mula disebut ramai saat awal millenium bila dia menghidupkan sebuah laman berbentuk majalah web - SuaraAnum.com. Rasanya saat itu fenomena internet baru bercambah. Yang popular di kalangan anak muda mungkin IRC. Tapi tidak dia, mungkin kerana didikan di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) menjadikan antara pilihan hidup zaman mudanya sedikit berbeza.
Kemudiannya kami bertemu beberapa kali sebelum dia menyambung pengajian di King's College, London dan saat dia masih belajar di sana. Tahun 2004/2005, aku diangkat oleh mahasiswa menjadi sebahagian pimpinan mereka di kampus, meski ramai yang tahu bahawa aku mendokong agenda reformasi demi masa depan Malaysia yang lebih baik. Meskipun hingga kini aku tidak berparti, aku kekal percaya bahawa reformasi adalah sesuatu yang sentiasa perlu untuk menghidupkan dan melonjak potensi diri, masyarakat dan negara (malah dunia!) untuk menjadi lebih baik.
Aku tidak pernah berdalih soal dokongan terhadap perlunya reformasi di Malaysia. Dan kerana itu serangan bertali arus kelompok pendokong Biro Tata Negara melalui web yang ditajanya - Idealis Mahasiswa dan Akhbar Api Perjuangan Mahasiswa terhadap Nik Nazmi segera aku lawan. (Arwah) Tun Razak, Tun Dr Ismail malah Tun Dr M dalam pertemuannya dengan pelajar tidak pernah seangkuh pimpinan BN kini. Mereka adalah orang yang yakin dengan keupayaan hujah mereka dan sedia berdepan secara gentleman.
Tapi London nyata kota yang berbeza dengan Malaysia. Udara kebebasan di sana telah memberi peluang untuk Nik Nazmi diangkat menjadi perwakilan King's College untuk membahaskan isu-isu kepentingan pelajar di sana.
Akhirnya Nik Nazmi diangkat menjadi Setiausaha Sulit Dato' Seri Anwar Ibrahim dan kini menjadi calon Barisan Rakyat melalui Parti keADILan Rakyat (PKR) di N32 DUN Seri Setia. Menggalas cabaran menggunung dari Datin Sharipah Noli yang menumpang nama BN, sedangkan tempoh sesi perkhidmatan lalu tidak membuktikan apa=apa yang signifikan untuk DUN Seri Setia, peluang Nik Nazmi sentiasa cerah.
Budu, begitu kawan-kawan yang rapat memanggilnya, adalah harapan baru di N32 DUN Seri Setia. Aku percaya kebijaksanaan pengundi di N32 DUN Seri Setia akan memungkinkan Budu membawa suara penduduk di sana ke Dewan Undangan Negeri selain terus menerus berurusan dengan rakyat berkaitan kepentingan mereka.
Salut untuk Nik Nazmi! Undilah Nik Nazmi untuk N32 DUN Seri Setia!
Friday, February 29, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
It is an honour to serve Nazmi for this election!
ReplyDelete