Sunday, November 30, 2008

Hari Kedua

Wah, dah masuk Disember!

Manusia memang suka mengalah bila ada salah faham yang tak terlerai. Pada aku itu sikap terpuji. Mengalah tidak beerti kalah dan tidak beerti salah.

Manusia boleh jadi salah bila membiarkan tiada penyelesaian untuk masalah - sebesar mana pun ia. Ia boleh menjadi parah bila ia disulam dengan ketidakjujuran dalam menyelesaikan masalah. Ya, tentu sekali ketidakjujuran ini muncul dalam banyak bentuk.

Sebab itu aku suka DS Anwar Ibrahim (terlepas daripada sifat lemahnya sebagai manusia). Dalam ribut fitnah melanda, media yang menyalur maklumat bukan saja terkongkong tapi dipaksa menebar kepalsuan. Dia memilih untuk lawan dan sedia ke mahkamah (yang juga tidak diyakini kerana hal-hal yang jelas boleh diragukan). Sikap menuntut keadilan dan membenarkan diri dihakimi oleh proses mahkamah (di mana pihak menuduh dan tertuduh dibenar berhujah dan orang awam boleh mendengar hujah sekata dan membuat kesimpulan daripadanya) adalah sikap unggul bagaimana kita harus menghormati perbezaan pendapat, apatah lagi tuduhan yang berat.

Ya, tentu saja hujah di mahkamah boleh diolah menjadi fakta palsu. Manusia, sampai masanya akan mati. Jika kita percaya keadilan akhirat di sana adalah sebaik pembalasan.

Bertekak dan bergaduh memang tidak enak. Tapi ada masanya maruah diri harus dipertahankan dan ia wajib dipertahankan dengan cara yang paling baik.

Tentang di sini hari ini....

Malam tadi tidur agak nyenyak. Memang biasa aku nyenyak pada malam pertama di tempat orang walaupun sebenarnya hanya tidur untuk 3-4 jam!

Sekitar jam 3 pagi bilik aku berbunyi - ok, rakan sebilik aku dari Filipina baru tiba. Kami tak berborak lama kerana aku rasa aku dah mamai.

Pagi tadi usai Subuh aku 'ter'kejut dia...aduh terlupa pula dia baru tiba dan dia seorang Kristian. Maka, aku biar dia sambung tidur dan aku juga sambung berbaring. SMS masuk ajak sarapan. What? 6.15 pagi (waktu Indonesia?). Aku lengahkan sedikit sebelum bersiap dan aku kejut Andrei (ya, nama si Filipina itu). Dia bekerja sebagai sebahagian Think Tank untuk pejabat Presiden Arroyo, oh ok...

Kami sarapan dan kini aku sedang menunggu untuk aktiviti pagi ini.

* 1 SMS di sini bernilai RM2. Makanya, sudah RM30 terbang dengan 15 SMS. Talian Wi-Fi di sini juga ok dan tak ok. Cuma sedikit sulit dari hal mengecaj bateri telefon bimbit dan laptop kerana kepala plugnya tidak sama.

Maaf

Buat pembaca asal blog ini yang berminat dan tak minat mengikuti pandangan politik aku, minta maaf kerana blog ini memang sengaja dialihkan skopnya kepada isu-isu yang luas. Stress gak weh bila fikir politik je...

Sebenarnya banyak yang aku buat selain hal politik dan banyak juga hal-hal aku pernah buat dan sekarang dah tak buat. Times can really change peoples.

Untuk mereka yang terkejut dengan kehadiran bahasa kurang enak di sini - I'm apologize. Korang kenal aku dan tau aku macam mana. Aku memang jarang kongsi masalah aku dengan orang, tapi kalau kebaikan aku dah sampai dipijak dan dihempas, aku rasa aku perlu bagitau bahawa aku juga manusia.

Maaf....doakan saja aku akan pulih dari 'kegilaan' ini.

Hari Pertama

Salam.

November 2008 will be in my mind for all the very bad things ever happened to my life (together with the others before). But I manage to try to cope with it since I can't afford to neglect my responsiblities with a few peoples. It drive me crazy for the whole month and did took lotsa my time and efforts. Shit! Ops...

I never regret since I am the one who always appreciate experiences - either good or bad. May Allah s.w.t. help me go through this 'crazy and abnormal' time.

Ok, hari pertama di sini....

Kami seramai 25 orang dari negara Asia Tenggara berkumpul di sini pada hari ini untuk membincangkan isu-isu sekitar perkembangan negara Asia Tenggara dan meninjau masa depan bersama.

Seperti biasa hari pertama kami habiskan dengan sesi suai kenal. Tidak sangka semua sangat sporting dan enjoy our time together. Sekarang baru tamat, aku cuba memikirkan sama ada ok atau tidak untuk menonton perlawanan Chelsea dan Arsenal (Chelsea! Chelsea!).

Sebenarnya sangat penat. Ditambah dengan hal yang 'crazy and abnormal' di atas. Siot, boleh pula kawan-kawan membaca riak wajah aku yang berubah.

Peserta kali ini boleh dikatakan lebih berpengalaman berbanding yang lepas. Ini tentunya sesuatu yang menarik. Untuk beberapa hari seterusnya aku akan 'mentergeliatkan' lidah dengan bicara bahasa Inggeris, haha.

Elaun tahun ini meningkat sedikit, yay!

Semasa makan malam tadi aku berbual dengan Pak Furqan - aktivis Reformasi Indonesia yang pernah terpenjara selama 3 bulan kerana kasih kepada rakyatnya. Kini beliau mengajar di UIN. Memang menarik bila kami mula berbual tentang persoalan ilmu. Nampak kecenderungan yang kuat pada Pak Furqan untuk meneroka Tasawuf cukup menarik minat. Kami berbual sekitar pandangan Prof. Syed Naquib al-Attas, Suhrawadi dan Mulla Sadra.

Aku juga terkejut dengan obsesi besar Pak Furqan pada Novel dan Filem Laskar Pelangi. Ya, kami akan cuba mendapatkannya di sini. "Ia lebih signifikan berbanding Sang Murabbi!" katanya.

Patah jari betulkan nombor telefon yang silap pada kad nama aku :p

Esok kami mengikuti sesi Sokratik dengan artikel rujukan i) Ucapan Obama dan ii) Ucapan Surin Pitsuwan.

Sejauh Mana Pun Burung Terbang...

Come, come, whoever you are.
Wonderer, worshipper, lover of leaving.
It doesn't matter.
Ours is not a caravan of despair.
Come, even if you have broken your vow a thousand times.
Come, yet again, come, come. — Jalaluddin Rumi

Stereotype Defensif

Bila ditegur dijawab "cermin diri kau dulu".

Bila mengata/memfitnah orang dikata "ikut suka akulah".

Bila bermuka-muka, buat-buat tak apa..almaklum "ikut suka akulah".

Bila salah "ah, kau memang nak bagi aku nampak salah kan?"

Bila bab menyalahkan orang macam-macam alasan dicarinya sampai benda bodoh pun boleh jadi sebab (oh lupa, lepas nabi dia yang paling maksum!)

Bila ditanya kenapa fitnah orang macam ni dijawab "fikir sendirilah" (err, sebenarnya saya memang tuduh kamu supaya saya tak nampak bersalah..).

Bila manusia jadi baik atau cakap benda baik dikata "eleh, macam bagus sangat!"

Bila orang bagi sebab dijawab "lalalala, tak baca pun? tak dengar pun?" (err, tak mau baca atau dengar, saya tak mau mengaku salah!!).

Bila diajak kepada keadilan "kalau nak ada undang-undang, tak payahlah" (mana boleh, saya yang akan jadi hakim dalam pertuduhan yang saya buat).

Eh, awak bermuka-mukalah?
Apa yang bermuka-muka? - entah!

Tak suka orang macam ni macam tu (tapi saya buat tak apa...).

Wat de fak la wei!

* bahasa kasar ini bukan untuk dicontohi, tetapi ada orang pernah kata kesabaran manusia ada batasnya. kau mau aku buat lebih daripada ini?

Cinta Si Pari-Pari

Ada seorang kawan yang memang pandai bercerita. Sejak zaman dia melalui kesakitan hidup, aku sangat kagum dengan ketabahannya. Dia anak muda yang tidak mudah mengaku kalah dalam mempertahankan kebebasannya selagi benar.

Salut untuk kamu yang terus berjuang dan selalu membuatkan aku gembira bila bersama dalam sebak di balik makna ceritamu.

Haha, kali pertama aku dengar kawan-kawanku berkata - tulisan kau terlalu jujur, maka kau akan sukar menjadi seorang politikus. Ya, akhirnya mereka mengakui.

Tulisan dalam blog tidak harus bersifat fitnah meskipun ia adalah milik peribadi.

Tadi baru aku sembang panjang dengan seorang teman yang obses dengan kebangkitan mahasiswa. Syukur kerana memang telah lama aku mahu sampaikan isi hati aku pada dia. Aku bukan tidak pernah berada dalam situasi dia. Semoga dia mengerti apa erti sederhana dalam pengalaman mahasiswa merentas masa-masa perjuangan.

Fitnah memang benda mudah. Lagi-lagi bagi seorang pengecut yang takutkan keadilan ditegakkan. Mereka akan terus bersarang dalam sistem yang membolehkan mereka lepas daripada pertanggungjawaban. Mereka lupa bahawa Tuhan itu Wujud. Mereka lupa bahawa kezaliman terhadap manusia itu hanya manusia yang boleh memaafkan. Mereka tidak akan malu bermuka-muka - cakap sekejap lain sekejap lain, tu belum masuk cakap pada kawan-kawan dalam sesi mengumpat.

Tapi aku selalu ingat - kasih sayang Tuhan tidak terbatas dan Islam menganjurkan kemaafan itu sebagai lebih tinggi.

Jakarta Pak!

Pagi tadi sangat mengantuk - aku hanya sempat berbaring 15 minit tetapi lekas bangun untuk Subuh. Pukul 6.45 pagi aku harus berada LCCT kerana Ramzi akan menaiki kapal terbang balik ke Kelantan.

Naim pandu aku ke KLIA. Sebaik turun, aku dapat panggilan daripada Ramzi bahawa dia tidak dibenarkan 'boarding' kerana kedai tempat dia menempah tiket tidak memenuhi syarat 2 hari sebelum tarikh penerbangan. Kesian Ramzi, tragedi November 2008 ini memang harus kau kenang sebagai mana SMS yang kau hantar.

Sarapan pagi di KFC dengan dua orang lagi teman yang ke sana (haha, mereka minta aku rahsiakan seolah-olah SB tak boleh tahu :p). Kami dibekalkan dua buku - Road to Serfdom dan Asian Renaissance (pergh, berapa banyak buku dengan tajuk yang sama aku ada ni!).

Hoyeh! Buat kali pertama dalam hidup aku bergelar JUTAWAN!

Kami bergegas sedikit lewat kerana seorang daripada rombongan kami menghadapi sedikit masalah. Bergegas kami melepasi kastam mengejar masa selepas semuanya selesai.

Kapal terbang MAS MH711 bertolak tepat jam 9.10 minit. Aku berkenalan dengan beberapa sahabat baru yang sebahagiannya telah jadi YB. Aku tidur sebelum dikejutkan untuk minum pagi.

Sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta pada pukul 10.55 minit. Ya, jelas sekali elemen kebudayaan pada corak dinding dan perhiasan wujud di sana. Lapangan Terbang ini cukup ringkas berbanding KLIA. Di tandasnya tertulis WANITA <-- dan --> PRIA (hehe).

Berjumpa dua teman lama - Fathur dan Hirman yang juga alumni Asian Renaissance siri ke-2 tahun lalu di Kota Kinabalu, Sabah. Ya, tentu sekali layanan mereka cukup baik.

Kami naik bas ke Hotel yang mengambil masa 2 jam. Sekali lagi aku tidur di dalam bas. Hampeh, kawan-kawan memanggil aku Fahri dan memperkenalkan nama itu kepada teman-teman lain yang baru (siot! mati-mati aku tak mengaku :p). Nampaknya perang psikologi yang biasa kami lakukan dalam mana-mana program telah bermula! Haha...

Sebelum aku tidur, sempat terpandang patung besar Soekarno-Hatta di tengah jalan. Ya, ia tidak menjadi isu di sini seperti 'Berhala Anwar' di Malaysia. Juga kelihatan Universitas Trisakti yang mengorbankan aktivis mahasiswa sekaligus melacak kebangkitan Reformasi di Indonesia.

Saat berborak dengan Hirman aku dimaklumkan kota Jakarta punya sekitar 8 juta penduduk pada hari minggu dan meningkat kepada 12 juta pada hari biasa kerana mereka yang tinggal di pinggir bandar bekerja di dalam bandar. Ada sekitar 40 buah Universitas di sini dengan 3 daripadanya adalah milik kerajaan. Kata Hirman ia tidak menjadi isu dalam soal yuran pengajian kerana ia setara dan kualitinya boleh dihormati.

Entah bila aku tidur, aku jaga dan lihat keliling aku - ia sekitar rumah rakyat dalam perjalanan ke rumah DS Anwar di Segambut. Ada sebuah tasik yang strategik di sini dan ramai sekali couple sedang memadu kasih :p.

Kami masuk ke Hotel dan mendapat layanan yang cukup baik. Ada sesuatu yang menarik di sini - mesej-mesej pro alam sekitar terpampang di banyak tempat hatta di dalam tandas! Kami makan tengah hari dan beransur rehat. Aku orang terakhir berlalu daripada kafeteria di kalangan kami kerana menghabiskan waktu berkongsi pandangan dengan seorang aktivis mahasiswa yang pernah membuat kejutan dalam arena politik mahasiswa Malaysia.

Waktu di Indonesia lambat 1 jam dari Malaysia - kerana Tun Dr Mahathir telah mempercepatkan waktu di Malaysia 1 jam, haha, rupanya kita selalu laungkan Merdeka awal 1 jam! hoyeh :p).

Selepas solat Jamak, aku cuba dapatkan charger telefon bimbit. Kini aku di lobi bersama teman-teman berbual sambil menulis blog ini.

* Fahri tu panggilan sebab Fathur dan Hirman tak cam aku dek kerana bersongkok, siot!
** Di Lapangan Terbang, aku dapat lihat anak kecil datang bertanyakan sama ada kami mahu cuci sepatu. Ya Allah, hati ini sebak...

Saturday, November 29, 2008

Sempat Lagi...

Haha, serius penat dowh! Rasa oksigen dalam otak dah kurang...

Dulu masa belajar sekolah, aku bukanlah pandai mana. Belajar sendiri janganlah harap. Aktif sukan dan permainan. Ada masa lapang main muzik atau lepak.

Orang kata otak aku pick-up tapi mereka tak tahu betapa susah payahnya aku di sebalik apa yang orang kata pick-up tu.

Bila fikir balik aku nak tergelak pun ada. Cikgu Kimia aku selamba yakin aku otak pick-up sebab aku juara Catur negeri (kategori remaja) dulu. Tapi waktu tu memang insaf habis. Cikgu Kimia ni pernah tahan air mata dia depan aku kerana tinggi harapan dia pada aku - ketua kelas yang dia pimpin, 4 Arif.

Seingat aku la, masa aku down dulu, ada satu lagu yang aku suka dengar dan ia sangat memotivasikan. Terima kasih untuk Dr. Shukri yang memperkenalkan lagu ini pada aku (teringat masa aku di atas pentas untuk patahkan pensel - salah satu modul khas Dr. Shukri).

Theme for Mahogany (Do you know where you're going to?)
Diana Ross

Do you know where you're going to?
Do you like the things that
life is showing you
Where are you going to?
Do you know...?
Do you get
What you're hoping for
When you look behind you
There's no open door
What are you hoping for?
Do you know...?

Once we were standing still in time
Chasing the fantasies
That filled our minds
You knew how I loved you
But my spirit was free
Laughin' at the questions
That you once asked of me

Do you know where you're going to?
Do you like the things that
life is showing you
Where are you going to?
Do you know...?

Now looking back at
all we've planned
We let so many dreams
Just slip through our hands
Why must we wait so long
Before we'll see
How sad the answers
To those questions can be

Do you know where you're going to?
Do you like the things that
life is showing you
Where are you going to?
Do you know...?
Do you get
What you're hoping for
When you look behind you
There's no open door
What are you hoping for?
Do you know...?

* bahasa pasar di sini tidak bertujuan untuk mendorong kalian ya! :p

Penat

Hampeh. Sangat penat. Belum habis tapi akan kuteruskan jua...sah sekejap lagi aku akan tidur dalam kapal terbang!

Manusia harus belajar tentang cinta dan benci - sungguh! :p

Aku kena online semula sebab ada dokumen perlu dihantar kepada Fuad a.k.a. Don. Cet!

InsyaAllah perkembangan di Indonesia akan dimasukkan ke blog WauBebas.Org.

* Apa yang tidak membunuh kamu akan menjadikan kamu semakin kuat (bila kamu bangkit daripadanya)...hurm..

9 Jam Sebelum Berlepas

Memang tak boleh tidur sebab kerja ada yang belum selesai.

Quite a relief after an hour conversation with my boss - London-KL - to sort out a few things on next Freedom Academy (which is scheduled to be hold on 30 January-2 February 2009. So guys, be alert on our advertisement. Johan Norberg will spend his holidays and time for heat discourse on Globalization.

It seems like I don't have to go to Indonesia next January, adeh, haha :p

Ya Allah, permudahkanlah urusanku. Semoga pengalaman 2009 akan lebih cerah.

PKR , Anwar Ibrahim dan Malaysia

"Saya dulu sangat mengkagumi DS Anwar kerana kehebatannya. Tapi bila saya dah rapat, saya rasa DS Anwar hanyalah manusia normal sama seperti orang lain. Cuma mungkin Allah s.w.t. memberi dia sedikit kelebihan dalam beberapa hal"

Begitu perbualan kami bermula malam itu.

Sayang sekali aku tidak dapat hadir Kongres PKR kali ini - sebagai pemerhati. Kongres kali ini sebenarnya cukup penting untuk PKR selepas mengecap satu harapan pasca Pilihan Raya Umum ke-12 Mac lalu. Maaf Che On kerana mungkin menyusahkan kau.

Kongres PKR hadir dalam suasana Ketua Umumnya cuba diaibkan dengan tuduhan moral yang cukup berat. Selain itu ada rakan dalam pakatan yang 'cemburu' dan mengungkit sumbangan lebih mereka dalam Pilihan Raya Umum ke-12. Ia juga hadir tatkala serangan bertali arus terhadap kedudukan negeri-negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat.

Jujurnya aku kian meluat dengan politik Malaysia tetapi aku tidak jemu bergelut dengannya.

Ada beberapa perkara penting dari hal politik Malaysia yang kita perlu beri perhatian. Ia seperti kayu ukur dalam memetakan pemikiran dan arah tuju pilihan yang kita bakal lakukan:

1. Malaysia harus 'mengekalkan' corak pentadbiran demokrasi dalam konteks proses dan juga ruangnya. Kekal di sini bukan beerti mengikut jalan UMNO-BN (terutama di zaman Tun Dr Mahathir) yang memporak-perandakan sistem yang ada. Pemisahan kuasa harus jelas dan diyakini.

2. Malaysia harus meletakkan Perlembagaan melebihi sanjungan terhadap tokoh. Ya, tentu saja kita boleh mengkagumi Tun Dr M, Anwar atau sesiapa saja. Memang penting kita punya seorang tokoh yang kuat dan bijaksana dalam mendepani kekuatan tokoh lain, tapi tokoh ini tidak harus dibiar wewenang membelakangkan Perlembagaan dan undang-undang.

3. Generasi muda harus diberi ruang yang luas untuk terlibat dalam proses hidup bernegara waima apa pun pandangan politik mereka. Mereka tidak wajar dihukum semudah itu bahkan dengan luasnya ruang penglibatan ini, kita pasti akan boleh melihat ramainya anak muda yang sedia berada di barisan depan mempertahankan negara terlepas dari kesetiaan kepada parti dan tokoh tertentu.

4. Wanita harus diberi peranan yang lebih dan tidak dibelakangkan dalam proses membuat keputusan. Di samping wanita sendiri harus memainkan peranan agar suara mereka 'kuat', mekanisme penyediaan ruang untuk mereka berperanan perlu jelas.

5. Politik melangkaui pengenalan berasaskan kaum harus diangkat sebagai wacana pasca 2008.

6. Sejauh mana sekalipun kita tidak bersetuju, ruang demokrasi seperti adanya media yang bebas, perhimpunan aman yang berdisiplin (tanpa gangguan polis) dan sebagainya akan menyuntik kesederhanaan dalam proses kita menyantuni kepelbagaian.

7. Kita harus bergerak dengan cara yang lebih matang di mana hak rakyat sebagai individu tidak harus dibunuh oleh kolektivisme atas nama parti, bangsa atau agama. Inilah realiti interdepent di mana nilai yang membezakan tiap daripada kita harus dilihat sebagai sumbangan penting memperkaya sudut pandang dan puzzle kehidupan.

Kesimpulan yang aku mahu tegaskan di sini ialah:

1. Hanya penakut dan pesalah yang akan menutup ruang demokrasi dan ruang mendapatkan keadilan (dari maklumat dan proses terbuka). Dan penakut tidak pernah menemukan apa-apa yang baik untuk agenda ketamadunan selain meruntuhkannya.

2. Setiap individu harus dihormati haknya sebagaimana dijamin Perlembagaan. Setiap individu ini juga harus menggunakan haknya dengan baik dan berani bergerak dari realiti independent kepada interdependent. Ini akan membantu penghormatan wilayah individu dan hak bersama.

3. Negara Malaysia hanyalah cebisan daripada daerah kemanusiaan yang lebih luas dan kehidupan kita terlalu singkat untuk memberikan yang terbaik untuk semua terutama mereka yang memerlukan.

4. Dalam proses rundingan mencapai kata sepakat, berlapang dadalah untuk segala perbezaan dan bersyukurlah untuk keputusan yang disepakati. Tuhan cintakan kemahuan kepada sikap sedia memilih jalan perundingan dan saling hormat. Berhentilah daripada mendakwa aku menang kerana pandangan aku diterima. Ia tidak membawa apa-apa kebaikan kepada nilai santun individu dan nilai kesepakatan bersama.

Sebenarnya ia berbunyi terlalu ideal..tapi jika kalian percaya bahawa agama atau pandangan politik kalian yang paling ideal, apa salahnya sebuah idealisme dipertimbangkan.

Marilah kita sama-sama menegakkan keadilan dalam diri dan menyokong semua pandangan yang baik biar sehipokrit mana sekalipun kita kenal individu atau kumpulan yang mahu mendorong idea yang baik ini.

Tuhan tidak lali dari menilai setiap yang ada dalam hati kita.

Aku masih boleh mencintai Malaysia tanpa mencintai pemimpin atau kelompok tertentu.

Friday, November 28, 2008

Ketuanan atau Kepimpinan?

Satu

Tadi masa makan tengah hari dengan kawan serumah, kami berbincang soal ketuanan atau kepimpinan. Ya, sejak Chua Soi Lek mengemukakan pandangan jujur dan berani tentang Ketuanan atau Kepimpinan Melayu, aku fikir erti Ketuanan atau Kepimpinan ini boleh diluaskan cakupannya kepada persoalan Ketuanan atau Kepimpinan Islam.

Suka atau tidak, aktivis Muslim sering berpegang kepada Ketuanan dan bukan Kepimpinan. Sebab itu kita dapat lihat pendekatan (approach) mereka sering ditakuti. Ketuanan mengendong persoalan kecenderungan mendominasi sebaliknya kepimpinan lebih cenderung kepada persoalan penerapan nilai tanpa menunjukkan satu pihak tinggi daripada pihak lain.

Islam (ya'lu wala yu'la 'alaih) mungkin konsep yang salah dalam konteks pembawaan umat bila ia bermaksud ketuanan dan bukan kepimpinan.

Dua

Palestin memang harus dikenang. Tapi aku fikir kita sebagai umat Islam sering salah membawa wacana di sana. Kenapa perlu kita mulakan wacana dengan kebencian terhadap Yahudi dan bukan bermula dan berterusan dengan kempen anti kezaliman, pro keadilan, anti keganasan dan pro keamanan?

Ayat al-Baqarah (2):120 (yang sering dikenal dengan ayat Wa lan tardha...) ialah ayat Madaniyyah yang turun dalam konteks perang di mana 1) Orang Yahudi dan Kristian meminta untuk al-hudnah iaitu melakukan genjatan senjata yang tentunya sebagai seorang Nabi s.a.w. yang kasih pada umatnya cenderung bersetuju. Ayat ini datang sebagai teguran kepada Nabi s.a.w. oleh Allah s.w.t.. 2) Ayat ini turun saat Yahudi dan Kristian meminta Nabi s.a.w. tetap menghadap kiblat lama di Masjidil Aqsa sedangkan Nabi s.a.w. telah diperintahkan untuk memindahkan kiblat umat Islam ke Makkah al-Mukarramah (al-Baqarah (2):144).

Dan tentu menarik untuk kita mengenal ayat sebelumnya (al-Baqarah (2):143) di mana Allah s.w.t. menjelaskan dengan lebih lanjut bahawa tujuan pengalihan kiblat ini adalah untuk menguji siapa yang benar-benar mengikuti ajaran Islam dan siapa yang berpaling daripadanya. Bagaimanapun, ayat ini bukanlah bertentangan dengan hakikat Islam sebagai rahmatan lil 'alamin kerana Allah s.w.t. tidak membezakan Timur dan Barat (al-Baqarah (2):114).

Ya, tentunya ia tidak tamat di sini. Kita boleh terus berwacana tentang ini :)

Selamat Hari Lahir

Sebenarnya aku hampir tidak pernah menceritakan apa-apa tentang hubungan percintaan aku pada orang lain. Ya, hubungan yang tidak mencapai tahap serius - maksud aku bertunang dan berkahwin - mungkin tak perlu dihebahkan kecuali sesiapa terjumpa di mana-mana (huh, nak jumpa apanya?).

Pukul 12 nanti bermaksud 29 November dan ia adalah antara tarikh yang aku ingat kerana dia yang pernah aku sangat sayang kini tidak lagi menyulam rindu bersama.

Mungkin ada hikmah lain di sebalik apa yang terjadi. Aku kini menjaga hati dan Tuhan itu Maha Mendengar. Ya, tentu saja manusia selemah aku bisa lalai.

Kejujuran kadangkala menyakitkan. Pada aku hubungan kami mungkin pernah di tahap yang istimewa. Perpisahan kami pada aku bukan salah sesiapa. Mungkin kami tidak begitu matang memahami sinergi dan dinamikanya.

Aku masih ingat bahawa aku pernah berharap satu hari dapat mengimamkan dia dalam solat. Aku selalu cakap pada kawan-kawan kenapa aku tidak jadi ahli politik. Aku fikir aku seorang yang cenderung menjadi family man.

Untuk dia, Selamat hari lahir. Semoga panjang usia dalam ketaatan, dipermudahkan rezeki yang halal dan berkat serta dipelihara Allah s.w.t. dunia dan akhirat.

Ini mungkin kali pertama dan terakhir aku menulis tentang 'cinta' aku yang gagal tapi penuh pengajaran.

Terima kasih untuk awak yang pernah membuat saya tersenyum. Semoga berbahagia. Maaf dan terima kasih untuk segala yang buruk dan baik sepanjang kita pernah bersama.

Untuk mak, tengoklah sampai 2010 kalau tak ada calon, kenalah mengalah, haha :p (haha ni happy cara orang laki...)

* I don't give a damn apa pun korang nak kata tentang entry ini.

Kongres PKR dan Nahdah Asia

Aku tidak dapat hadir. Muktamad.

Ada beberapa tugasan yang perlu aku langsaikan sebelum bergegas ke Indonesia. Kurang 36 jam, aku akan ke Indonesia. Aku percaya dengan Indonesia menjadi tuan rumah untuk tahun ini, Universiti Indonesia akan menjadi medan penting pengujian politik idea di bawah payung Nahdah Asia.

Aku masih ingat ketika Eddin Khoo sinis dalam sebuah dialog terbuka beberapa tahun lalu bila dia membandingkan kualiti soalan seorang peserta Indonesia dengan seorang mahasiswa Malaysia yang bangun selepasnya.

Itu di Malaysia. Kali ini gelanggangnya di Jakarta. Kota rusuh yang menjadi saksi Reformasi di sana. Kota yang sering macet dan menyimpan banyak rahsia arus bawah gerak Reformasi di sana. Kali ini aku akan melihat sendiri bagaimana DS Anwar akan diuji dengan aktivis mahasiswa yang tidak mudah bersetuju di sana.

Tentu sekali bahasa yang akan ditawarkan tidak semudah itu. InsyaAllah, aku harap ini akan kekal jadi medan penting untuk aku sendiri menilai semula pegangan terhadap idea Masyarakat Madani dalam Nahdah Asia.

Ia tentu tidak mudah tetapi harus diharungi.

* Ini bukan cerita membesarkan Indonesia dan meremehkan Malaysia. Ini cerita aku anak Malaysia yang akan bergelut dengan politik idea di Indonesia selama satu minggu dan balik kampung Raya Haji kemudiannya, hoyeh!

Al-Fatihah

Juga untuk ini.

Jujurnya aku tak begitu kenal Timbalan Menteri ini, tapi aku pasti beliau tetap punya sekelumit jasa kepada rakyat. Semoga Allah s.w.t. Mengasihi beliau dan memberikan ganjaran yang setimpal kepadanya - kerana Allah s.w.t. Maha Adil.

Sebenarnya sejak akhir-akhir ini memang banyak sekali perihal kematian menjengah ke telinga. Urm...

Me

Lepas PRU-12 aku pernah diajak YB Nik Nazmi untuk menonton konsert menentang perkauman di mana Butterfingers mengisi sebahagian slot yang ada. Tapi sayang, aku tak hadir kerana berada di Perlis.

Ini antara lagu Butterfingers dari 1.2 miligrams yang aku paling suka (sebenarnya album ni dan album Butter Worth Pushful memang sangat berhantu, haha). Lagu Me ni antara lagu yang aku paling tahu untuk main dram, hehe :p Lupa, ada words of wisdom daripada lagu-lagu Butterfingers yang telah menaikkan prestasi penulisan English aku masa di sekolah! hehe. Thanks dude!

Me
Butterfingers

the shammers...

I have reasons why its sour
I have time to make it sharper
don't you make me feel no longer
I would love to read the answer...

where's the thing call beautiful
I don't think it's wonderful
just to fake it ain't so sweet
ain't so numb and its not because of me

if I take it all for granted
I would spread word through the pieces
do you think it all screwed up?
I don't think so because I'm free now..

where's the thing call wonderful...
I don't think it's beautiful...
just to fake it ain't so sweet
ain't so numb and its not because of me...

why don't you ask me where I sound from 7x

why don't you say to me "its not because of me..."

* Tengoklah macam mana supportivenya butterfans - Royal Butterfingers!

Thursday, November 27, 2008

Karok?

Haha, sebenarnya istilah karok ni aku rasa baru dengar dalam tahun lepas. Tu pun masa lepak dengan Anep Gumuk, Mat Zul (yang baru kawen tu), Rahman(g), Fufu dan lain-lain (sorry Kay gua tak ingat lu ada ke tak masa tu, macam tak ada je sebab masa tu rasanya kau masih tokey futsal paling murah di Malaysia, haha). Kata mereka istilah karok ialah istilah mat rempit untuk Karaoke.

Ya, tentu sekali tajuk ini muncul kerana malam itu kami mahu melanjutkan masa bersama selepas makan. Bukan selalu kami berkumpul begini. Sebenarnya selain aku dan Rahman, kawan-kawan lain suka bermain snuker. Maka, terpaksalah kami berkaraoke di pusat snuker - karaoke jamban! Tapi tempat karaoke yang terbaik tentu sekali bangunan agam di Kajang tu!

Sebenarnya minat menyanyi ni memang lama - sejak kecil. Zaman rock akhir 80-an dan awal 90-an tu tentunya zaman kegemilangan minat aku pada muzik rock Melayu. Tapi jangan tak tau aku juga minat lagu-lagu klasik nyanyian P.Ramlee dan Nordin Ahmad, hehe :p

Dulu masa sekolah rendah, aku dan Dzul (yang nak kawen tu) memang muka paling tak malu asyik kena denda menyanyi di depan kelas sebab buat bising dalam kelas. Kadang-kadang tak bising mana pun, tapi Ketua Kelas sangat berdedikasi, maka melayanlah...lagu Cinta untuk Nabilla tu orang kata 'jentik ghengkung' la (bahasa utara nak maksudkan mudah).

Dari situ aku belajar main gitar dan mula serius mendengar lagu-lagu mainstream dan bawah tanah yang kebanyakannya lagu-lagu inggeris. Tentu sekali remaja seperti aku yang belajar bermain gitar masa tu sangat gemarkan lagu-lagu Nirvana, Green Day, Silverchair, Pearl Jam, Oasis, Metallica dan Guns n' Roses. Band tempatan tentunya Butterfingers dan Sub Culture (haha, ini band Punk Rock k). Oh tidak lupa Boo Hoo Clapping Song - Carburetor Dung. Tapi akhirnya aku rasa jiwa aku cenderung pada muzik aliran Grunge (kami suka sebur Ge-run-je, hehe). Susah sebenarnya masa mula-mula nak bermain gitar sambil menyanyi. Kalau tak percaya, jika kalian baru nak belajar main, cuba nyanyi lagu All Apologizes - Nirvana sambil main gitar.

Boleh dikatakan aku berhenti bermain muzik secara serius sebaik saja masuk universiti - walaupun pada beg aku tergantung tag gig yang aku pernah main. To be honest, aku tau kalian yang bermain muzik jauh lebih hebat pengalaman daripada aku kerana aku tak begitu minat mendalami skills tetapi cukup suka menghayati lirik dan melodi.

Di kampus aku bukanlah berhenti terus. Kadangkala semasa hari penutup kem, memang aku akan dipaksa mengetuai persembahan fasilitator. Bayangkanlah umur 26 macam aku ni sampai sekarang masih melayan budak-budak sekolah dengan mimik muka selamba habis. Tapi aku gembira melihat mereka. Pernah juga bermain semasa penutup kelas Dr. Rashid - Komunikasi Kepimpinan. Memang selalu aku tutup persembahan dengan lagu Suatu Masa - M. Nasir.

Di Jepun, semasa mengisi masa lapang, kawan-kawan ajak gi Karaoke. Aduh, serius aku dah lama tak menyanyi. Buka buku-buku lagu yang ada tak banyak lagu yang aku tau. Tapi mesti la aku suka lagu Mira'e - Kiroro (makcik kenalkan pada aku masa 90-an lagi sebaik dia balik dari Jepun). Suka atau tidak masa tu aku pilih lagu Sweet Child O' Mine - Guns n' Roses. Terkejut kawan-kawan dan pensyarah yang tengok aku nyanyi. Err...kalian ni, aku bukan malaikat!

Kini aku hampir tak hafal semua lagu-lagu yang aku pernah nyanyi dulu. Ya, lagu adalah satu medium meluahkan rasa...pada aku la. Banyak lirik yang baik dan melodi yang sesuai menggambarkan apa yang ada dalam lirik. Di Barat dan sebahagian rantau lain, muzik dan lagu adalah simbol perjuangan. Kalian boleh cuba dapatkan sambutan tahunan peringatan peristiwa Gwangju Uprising di China untuk melihat bagaimana elemen seni-budaya yang lebih luas digunakan. Sudah tentu aku tidak memaksudkan aksi tunjuk punggong oleh Alak - Carburetor Dung sesuai.

Oh ya, mungkin sebahagian pembaca (terpilih) di sini ingat tatkala rangkap ini dibina...

"Air dalam bertambah dalam,
Hujan di hulu belum nak teduh;
Hati dendam bertambah dendam,
Dendam dahulu belumlah sembuh".

Ya, lagu ini didendangkan dalam satu program semasa DS Anwar menyampaikan Pidato Kemerdekaan.

Lagu..apa ya? Cuba kau petik jari kau...atau tepuk tangan. Ada bunyi bukan? Dan ada macam-macam bunyi yang kita boleh dengar bukan? Bunyi-bunyi ini adalah not. Dan not ini bila ia disusun dan dipadankan dengan baik akan menjadi lagu.

Kenapa aku tulis ini? Kerana setahun ini memang karaoke telah menjadi sebahagian aktiviti masa lapang aku :p Jom karok!

Semoga Allah s.w.t. Menempatkannya di Syurga

Raja Perempuan Besar Perlis, Tengku Budriah Tengku Ismail, 84, mangkat di Hospital Kuala Lumpur pada 3.47 pagi tadi.

Aku tidak ingat bila, tapi sejak kecil memang keluarga kami sering ke istana. Emak dengan Tengku Budriah boleh dikatakan rapat. Kadang-kadang Tengku Budriah akan menghubungi emak dan ajak teman di istana.

Jika tidak asbab Tengku Budriah, tentu Tuanku Syed Sirajuddin (semasa menjadi Agong) 'tertipu hasil tangan kotor orang tertentu' dan tidak datang kenduri kahwin abang.

Jika tidak asbab Tengku Budriah, tentu luka di hati emak makin parah kerana isu-isu tertentu di hospital dulu.

Pagi ini aku dapat berita Tengku Budriah telah pergi meninggalkan semua dan menghadap Tuhan yang Maha Pengasih. Aku tidak menunggu lama untuk terus membuat panggilan kepada emak. Panggilan tidak diangkat - di rumah dan juga telefon bimbit. Sangkaan aku benar emak telah berada di Istana.

Emak kehilangan seorang teman buat sementara waktu.

Suka duka kehidupan - sesungguhnya Allah s.w.t. yang Maha Tahu apa ada di dalam hati manusia biar sejahat mana tuduhan dilemparkan atau sejenuh mana pujian diberikan.

Al-Fatihah untuk Tengku Budriah - terima kasih kerana pernah menjadi penawar hati emak.

Perhatian Untuk Enche Amin

Jika kerja anda tidak siap, jangan mimpi nak gi Kongres!

Jika kerja anda tidak siap, jangan mimpi boleh rehat!

Jika kerja anda tidak siap, jangan mimpi dapat tidur yang cukup!

Oh, pening kepala....memikirkan banyaknya kerja (haha, ini kira plagiat lirik dah ni).

* Cuba tenangkan diri - orang yang banyak kerja ialah orang yang banyak masa, sebab tu dia boleh isikan dengan macam-macam kerja, yay! Oh, air mata bergenang menghimbau pengalaman.

Ini Pandangan Jujur dan Baik

Berani?Link

Ini Pandangan Jujur dan Baik

Berani?Link

Dah Jumaat?

Aduh, aku baru sampai rumah. Seharian berlegar di sekitar Kuala Lumpur selepas Zohor tadi.

Bangsar hujan sejak petang sampai sekarang. Hujan sejak kami berlegar di IKEA Damansara. Bila tengok IKEA, teringat kat adik aku Puteri. Semoga satu hari aku dapat bawa dia ke showroom IKEA ni dan dia tahu ke mana hala tuju pengajian yang akan diikutinya nanti. Sejak masuk Universiti, aku selalu jadi tempat rujuk untuk beberapa keputusan 'penting'.

Sebenarnya bukan semua perkara aku tahu. Cuma dalam hal akademik ni aku sedikit idealis. Aku tidak percaya bahawa kita harus belajar untuk memenuhi keperluan industri. Pendidikan harus memenuhi apa yang digariskan Falsafah Pendidikan Negara. Sikap ini jelas aku nyatakan semasa memimpin persatuan pelajar di kampus. Sebab itu, dalam bicara soal politik dan sebagainya, aku sukar mengikut sepenuhnya sikap orang politik - hitam dan putih.

Dari dulu aku akan menyokong adik-adik malah siapa saja yang mahu meneroka bidang yang mereka minat. Minat boleh mendorong penerokaan yang baik. Di sana ilmu dapat diluaskan. Sebab itu, ada kebaikan daripada sistem pendidikan Barat terlepas daripada mengkritik sistem talaqqi.

Oh, selepas Maghrib di Masjid Saidina Abu Bakar di Telawi, kami - aku, Naim dan Ramzi - makan nasi lemak Bangsar yang popular tu. Ada dua temu janji lain yang aku perlu santuni. Oleh kerana hujan, mereka sedikit lewat dan aku menghabiskan masa di MPH Bangsar Village.

Persediaan ke Indonesia masih tidak menentu. Aku percaya program kali ini akan lebih mencabar kerana ia dijalankan di negara yang melalui satu proses Reformasi yang kaya dengan pandangan dan pergerakan.

Aku mula berkira-kira untuk menghiasi malam penutup dengan lagu Negaraku dan Terang Bulan sebagai tanda persahabatan :)

Wednesday, November 26, 2008

Nikah

Panggilan masuk:
Kawan lama dari sekolah rendah - Dzul - akan berkahwin Disember ini. Tahniah!

Seingat aku setahun dua ni - bermula tahun lepas dan dijangka sehingga 2 tahun akan datang - ramai betul kawan-kawan seangkatan yang bernikah. Syukurlah. Sebahagian daripada tuntutan agama telah diselesaikan.

Macam-macam - orang macam aku - bagi alasan untuk belum bernikah. Bukanlah tak ada keinginan, haish!

Nikah ni bukanlah perkara yang mudah dan aku pun tidaklah melarikan diri daripada bicara soal ini dengan kawan-kawan (kalau dulu ye kot, hehe). Sejak dua menjak ni, Ustaz Hasrizal pun banyak menulis tentang persoalan ini.

Seronok baca, kadangkala komen juga walaupun ralat. Ralat sebab kita ni orang yang belum menikah tentu sekali tak sama bila memberi pandangan. Ustaz Hasrizal menulis...

Selaku panelis pertama, saya diajukan soalan berkaitan dengan definisi PERKAHWINAN menurut Islam. Ia sesuai dengan akhlaq para Ulama’ Islam yang menjadikan hampir kesemua penulisan mereka, bermula dengan TAKRIF. Tanpa definisi yang jelas tentang apa yang diperkatakan, perbincangan akan hilang arah, justeru menjadi tidak tentu arah!

“Sinergi antara dua perbezaan, dengan ikatan perjanjian yang kukuh, seperti ungkapan surah al-Nisaa’ ayat 21,” saya memberikan ringkasan.

Sinergi, ia hukum alam. Sinergi bermaksud meraikan dua unsur yang digabung untuk menghasilkan manfaat yang tiada batasan. Dua unsur itu pula adalah unsur perbezaan. Maka perkahwinan adalah ikatan antara dua perbezaan, dan bukannya persamaan.

Bukan tiada persamaan. Sama aqidah, kepercayaan dan sistem nilai, tuntutan sekufu (kafaa’ah) untuk mencari titik temu yang sama… semua itu ada sebagai pemula. Tetapi hakikatnya, perkahwinan itu adalah kembara dua perbezaan. Perkahwinan harus dilihat sebagai proses menyuburkan kehidupan manusia yang diciptakan Allah dengan keunikan yang tersembunyi di sebalik perbezaan. Menerima perbezaan, terserlahlah keistimewaan dan keunikan pasangan masing-masing.

Sebenarnya bila kita bercakap tentang sinergi, ia bukan terhad kepada persoalan perkahwinan. Di sini uniknya kemanusiaan (baca: sains sosial) dan kenapa dalam saya lebih kuat mempercayai pasaran bebas berbanding sistem ekonomi Sosialis. Dalam erti kata lain, perbezaan individu itu harus dihormati dan ia harus bergerak dalam realiti interdependent, bukan independent.

Tuhan menciptakan manusia dengan perbezaan berserta arahan untuk saling kenal. Dan keluasan perbezaan yang aku temukan dari sejarah pendek kehidupan ini ternyata buat aku gembira (bila memahami) dan tidak tentu arah (bila tak mendapat kata kunci kepada proses memahaminya).

Ya, akhirnya sebagai manusia aku sedar bahawa ilmu Allah s.w.t. itu Maha Luas dan aku tidak mungkin memahami semuanya. Apa yang perlu ialah sikap lapang dada (tasamuh) terhadap perbezaan dan menganggapnya sebagai kekayaan Tuhan yang dihadapkan kepada kita.

Manusia boleh berbahagia dengan perbezaan, percaya atau tidak? Ingatlah pesan lain dari Tuhan untuk kita mencintai saudara kita sebagai mana kita mencintai diri kita sendiri. Di sana ada rahsia bagaimana keadilan itu boleh ditegakkan dan kezaliman dapat diusir dan digantikan dengan masyarakat yang penuh kasih sayang.

Teringat dulu waktu aktif di medan dakwah face to face yang mencabar: kesimpulan daripada pemerhatian aku ialah - manusia tandus kasih sayang terhadap diri, orang lain dan kehidupan.

* Tulisan ini fokusnya ialah kepada manusia - ia boleh jadi individu atau kelompok - tanpa batasan jenis pekerjaan dan situasi sama ada keluarga, percintaan, politik dan persahabatan.

**Sebenarnya kita nak minat apa pun dalam hidup ini (misalnya sesetengah orang tak minat politik), prinsipal tetap sama dalam hubungan kemanusiaan.

Semoga aku dan kita semua diberi kefahaman yang banyak.

Sejenak

Apa jer nak tulis ni? Hari ini....

SMS masuk:
Action to be taken - semak tiket penerbangan ke Jakarta.

29 November: seharusnya aku ada di Perlis....tapi, urm.....

30 November: 9 pagi berlepas. Maka aku harus bergegas ke KLIA usai Subuh.
05 Disember: tiba di Kuala Lumpur sekitar 11 malam.

Dan aku akan berada di Perlis untuk 'Eidul Adha. Lama betul tak balik untuk Raya Haji. Ingat tahun ni nak sibukkan diri dengan lembu-lembu yang ada :)

* Aku sedang menikmati kelebihan globalisasi dan pasaran bebas..yay!

Tuesday, November 25, 2008

Catur 4

Sebelum MSSM, kami menghadapi Kejohanan Catur Merdeka peringkat negeri dan 6 pemenang kategori Remaja akan dihantar ke Kejohanan Peringkat Kebangsaan. 9 pusingan, kerana over-confident, aku tewas pusingan pertama dalam realiti aku telah berada dalam kedudukan menang selesa. Satu pergerakan yang silap telah mengheret aku ke lembah kekalahan. Hari pertama berakhir 3 perlawanan dan aku kalah perlawanan pertama! Lemah longlai terasa sampai tengok bola di Stadium Utama malam itu seperti melihat padang yang kosong. Kawan-kawan yang sama mewakili negeri dan melihat permainan aku sangat terkejut kerana memang nyata awalnya aku di posisi menang selesa. Cikgu Darwis sekali lagi mengeluarkan kata sinis (aku tak bermusuh dengan dia ya, sebenarnya dia motivasi aku dengan cara terbalik).

Hasilnya aku menjuarai Kejohanan Catur Merdeka ini selepas mendapat kemenangan dalam 8 daripada 9 perlawanan. Waktu itu rasa syukur kerana kali pertama aku dapat pegang duit sebanyak RM150 dan Piala Pusingan dari hasil sendiri - selain sunat la! Dan aku akan mewakili negeri ke Kejohanan Catur Merdeka Kebangsaan serta memulakan MSSM dengan prestasi terkini.

Rupanya di MSSM telah diperkenalkan kategori bawah 15 tahun. Aku diletakkan sebagai pemain perseorangan dan untuk bawah 15 tidak ada acara berpasukan, hanya bawah 18 sahaja. Muziman mewakili negeri pada tahun ini untuk kategori bawah 12 tahun. Adli Fauzi telah mula perlahan dan tidak menunjukkan minat untuk serius bermain.

Aku tidak popular, maka aku akan berdepan dengan pemain yang punya ranking di peringkat Kebangsaan (berdasarkan mata terkumpul pelbagai Kejohanan). Lawan pertama aku Mohd Azan Saranon dari Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur yang baru menjuarai Kejohanan Primula di Terengganu.

Aku menang dan ia sekaligus meningkatkan keyakinan aku. Sasaran aku ialah berdepan dengan NM (National Master) Mas Hafizul Hilmi yang baru menjuarai Kejohanan Tertutup Malaysia (National Close) sekaligus mengambil alih kejuaraan daripada NM Ooi Chern Ee. Aku tidak ingat dengan siapa aku menang pusingan kedua. Pusingan ketiga aku terpaksa berdepan dengan juara Perak, Mohd Hossein Jamil. Kami seri perlawanan tersebut dan aku rasa sangat gembira kerana Hossein baru menduduki ranking ke-15 dalam National Close. Perlawanan keempat aku sudah bergerak ke meja depan dan akan bermain dengan seorang pemain dari Pulau Pinang.

Dalam kelompok catur di Malaysia, Selangor dan Pulau Pinang adalah negeri yang biasanya digeruni. Pemain mereka biasanya terlatih dengan sirkit Kejohanan yang banyak serta sumber bantuan dari pemain berpengalaman dan juga buku-buku rujukan. Di negeri lain, mereka biasanya terkenal sebagai individu.

Kami perlu menghabiskan 7 perlawanan di mana untuk setiap perlawanan peruntukan masa ialah selama 3 jam dan wajib mencatat pergerakan buah. Memang seronok melihat bagaimana kami cuba memberi tekanan psikologi kepada lawan masing-masing dan cuba membuat catatan yang cantik pada helaian yang diberikan.

Semangat berkobar-kobar lebih-lebih lagi cikgu Darwis membisikkan bahawa aku berpeluang untuk berhadapan dengan Mas Hafizul sekiranya menang.

Perlawanan keempat itu aku tewas meskipun aku memiliki kelebihan masa dan buah di atas papan. Dan ia telah buat aku down dan bersedih hati. Perlawanan-perlawanan seterusnya hambar dan aku hanya pulang dengan 4 mata daripada 7 perlawanan.

Aku kira, Catur Merdeka aku harus buktikan sesuatu...

Ini Pilihan Terbaik

Buat kerja dan jangan mengigau.

Sebahagian tugas harus diserahkan kepada rakyat. Jangan lupa rakyat juga memerhati kamu!Link

Pagi Yang Gelap

Ini bukan lagu hujan. Ini hanya apa yang aku lihat dan rasa untuk pagi ini.

Sejak akhir-akhir ini Subuh terasa lain sekali.

Seakan ada bisikan yang kuat bermain di hati dan minda:

"Mungkin kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi kamu menyukai sesuau padahal ia amat buruk bagimu. Allah s.w.t. Maha Mengetahui sedang kamu tidak mengetahui" - Al-Baqarah ayat 216.

Aku membaca beberapa blog. Seperti pernah ku tulis, seakan November bulan yang penuh ujian. kehidupan bak Roller Coaster.

Tapi janganlah kita berhenti berharap kerana di sebalik harapan itu terkendong keazaman dan ia memungkinkan pembaikan dan perubahan.

Manusia mencari kesempurnaan tetapi hakikatnya manusia tidak akan mampu menjelaskannya. Dan di antara tanda kebesaran Tuhan itu ialah adanya sisi baik dan buruk dalam kehidupan. Ia ada pada kita - aku, kau dan mereka - untuk hidup dan bergelut di dalamnya. Di sana ada hakikat kekuasaan Tuhan dan kelemahan makhluk.

Tabahlah untuk mereka yang tidak berputus asa daripada kasih sayang Tuhan.

Terblogging Kejap

Aku baca Rasuah dan Keazaman Politik di blog Tun Dr Mahathir a.k.a. Che Det.

Jujurnya aku tersenyum. Ada spin yang baik di sana terutama untuk mereka yang membaca selapis dari kenyataan tersebut.

Dari bukti-bukti yang sama, eloklah aku nyatakan pada Tun bahawa demokrasi yang disuntik oleh Perdana Menteri, DS Abdullah Ahmad Badawi telah sedikit sebanyak menunjukkan hasil. Ya, bukan saja faktor DS Abdullah cuba menyuntik (kerana suntikan ini tidaklah diyakini sangat), tapi juga banyak faktor luar sepertinya ruang kebebasan maklumat dengan kewujudan media internet ini.

Aku percaya Tun bukanlah naif tentang ini. Suka atau tidak Mahathirisme harus ditolak. Mahathirisme bukan beerti menolak Mahathir, tetapi segala kerosakan sistem yang terjadi kerana usaha mempertahankan kuasa. Dan jangan buat-buat pejam mata bahawa sebahagian daripadanya juga terbeban di bahu DS Anwar semasa beliau kekal dalam kerajaan.

Manusia boleh berubah. Berhenti untuk argumentum ed hominem. Kita perlukan politik idea!