Pagi tadi sangat mengantuk - aku hanya sempat berbaring 15 minit tetapi lekas bangun untuk Subuh. Pukul 6.45 pagi aku harus berada LCCT kerana Ramzi akan menaiki kapal terbang balik ke Kelantan.
Naim pandu aku ke KLIA. Sebaik turun, aku dapat panggilan daripada Ramzi bahawa dia tidak dibenarkan 'boarding' kerana kedai tempat dia menempah tiket tidak memenuhi syarat 2 hari sebelum tarikh penerbangan. Kesian Ramzi, tragedi November 2008 ini memang harus kau kenang sebagai mana SMS yang kau hantar.
Sarapan pagi di KFC dengan dua orang lagi teman yang ke sana (haha, mereka minta aku rahsiakan seolah-olah SB tak boleh tahu :p). Kami dibekalkan dua buku - Road to Serfdom dan Asian Renaissance (pergh, berapa banyak buku dengan tajuk yang sama aku ada ni!).
Hoyeh! Buat kali pertama dalam hidup aku bergelar JUTAWAN!
Kami bergegas sedikit lewat kerana seorang daripada rombongan kami menghadapi sedikit masalah. Bergegas kami melepasi kastam mengejar masa selepas semuanya selesai.
Kapal terbang MAS MH711 bertolak tepat jam 9.10 minit. Aku berkenalan dengan beberapa sahabat baru yang sebahagiannya telah jadi YB. Aku tidur sebelum dikejutkan untuk minum pagi.
Sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta pada pukul 10.55 minit. Ya, jelas sekali elemen kebudayaan pada corak dinding dan perhiasan wujud di sana. Lapangan Terbang ini cukup ringkas berbanding KLIA. Di tandasnya tertulis WANITA <-- dan --> PRIA (hehe).
Berjumpa dua teman lama - Fathur dan Hirman yang juga alumni Asian Renaissance siri ke-2 tahun lalu di Kota Kinabalu, Sabah. Ya, tentu sekali layanan mereka cukup baik.
Kami naik bas ke Hotel yang mengambil masa 2 jam. Sekali lagi aku tidur di dalam bas. Hampeh, kawan-kawan memanggil aku Fahri dan memperkenalkan nama itu kepada teman-teman lain yang baru (siot! mati-mati aku tak mengaku :p). Nampaknya perang psikologi yang biasa kami lakukan dalam mana-mana program telah bermula! Haha...
Sebelum aku tidur, sempat terpandang patung besar Soekarno-Hatta di tengah jalan. Ya, ia tidak menjadi isu di sini seperti 'Berhala Anwar' di Malaysia. Juga kelihatan Universitas Trisakti yang mengorbankan aktivis mahasiswa sekaligus melacak kebangkitan Reformasi di Indonesia.
Saat berborak dengan Hirman aku dimaklumkan kota Jakarta punya sekitar 8 juta penduduk pada hari minggu dan meningkat kepada 12 juta pada hari biasa kerana mereka yang tinggal di pinggir bandar bekerja di dalam bandar. Ada sekitar 40 buah Universitas di sini dengan 3 daripadanya adalah milik kerajaan. Kata Hirman ia tidak menjadi isu dalam soal yuran pengajian kerana ia setara dan kualitinya boleh dihormati.
Entah bila aku tidur, aku jaga dan lihat keliling aku - ia sekitar rumah rakyat dalam perjalanan ke rumah DS Anwar di Segambut. Ada sebuah tasik yang strategik di sini dan ramai sekali couple sedang memadu kasih :p.
Kami masuk ke Hotel dan mendapat layanan yang cukup baik. Ada sesuatu yang menarik di sini - mesej-mesej pro alam sekitar terpampang di banyak tempat hatta di dalam tandas! Kami makan tengah hari dan beransur rehat. Aku orang terakhir berlalu daripada kafeteria di kalangan kami kerana menghabiskan waktu berkongsi pandangan dengan seorang aktivis mahasiswa yang pernah membuat kejutan dalam arena politik mahasiswa Malaysia.
Waktu di Indonesia lambat 1 jam dari Malaysia - kerana Tun Dr Mahathir telah mempercepatkan waktu di Malaysia 1 jam, haha, rupanya kita selalu laungkan Merdeka awal 1 jam! hoyeh :p).
Selepas solat Jamak, aku cuba dapatkan charger telefon bimbit. Kini aku di lobi bersama teman-teman berbual sambil menulis blog ini.
* Fahri tu panggilan sebab Fathur dan Hirman tak cam aku dek kerana bersongkok, siot!
** Di Lapangan Terbang, aku dapat lihat anak kecil datang bertanyakan sama ada kami mahu cuci sepatu. Ya Allah, hati ini sebak...
Sunday, November 30, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment