Aku baca Rasuah dan Keazaman Politik di blog Tun Dr Mahathir a.k.a. Che Det.
Jujurnya aku tersenyum. Ada spin yang baik di sana terutama untuk mereka yang membaca selapis dari kenyataan tersebut.
Dari bukti-bukti yang sama, eloklah aku nyatakan pada Tun bahawa demokrasi yang disuntik oleh Perdana Menteri, DS Abdullah Ahmad Badawi telah sedikit sebanyak menunjukkan hasil. Ya, bukan saja faktor DS Abdullah cuba menyuntik (kerana suntikan ini tidaklah diyakini sangat), tapi juga banyak faktor luar sepertinya ruang kebebasan maklumat dengan kewujudan media internet ini.
Aku percaya Tun bukanlah naif tentang ini. Suka atau tidak Mahathirisme harus ditolak. Mahathirisme bukan beerti menolak Mahathir, tetapi segala kerosakan sistem yang terjadi kerana usaha mempertahankan kuasa. Dan jangan buat-buat pejam mata bahawa sebahagian daripadanya juga terbeban di bahu DS Anwar semasa beliau kekal dalam kerajaan.
Manusia boleh berubah. Berhenti untuk argumentum ed hominem. Kita perlukan politik idea!
Tuesday, November 25, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment