Saturday, November 29, 2008

PKR , Anwar Ibrahim dan Malaysia

"Saya dulu sangat mengkagumi DS Anwar kerana kehebatannya. Tapi bila saya dah rapat, saya rasa DS Anwar hanyalah manusia normal sama seperti orang lain. Cuma mungkin Allah s.w.t. memberi dia sedikit kelebihan dalam beberapa hal"

Begitu perbualan kami bermula malam itu.

Sayang sekali aku tidak dapat hadir Kongres PKR kali ini - sebagai pemerhati. Kongres kali ini sebenarnya cukup penting untuk PKR selepas mengecap satu harapan pasca Pilihan Raya Umum ke-12 Mac lalu. Maaf Che On kerana mungkin menyusahkan kau.

Kongres PKR hadir dalam suasana Ketua Umumnya cuba diaibkan dengan tuduhan moral yang cukup berat. Selain itu ada rakan dalam pakatan yang 'cemburu' dan mengungkit sumbangan lebih mereka dalam Pilihan Raya Umum ke-12. Ia juga hadir tatkala serangan bertali arus terhadap kedudukan negeri-negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat.

Jujurnya aku kian meluat dengan politik Malaysia tetapi aku tidak jemu bergelut dengannya.

Ada beberapa perkara penting dari hal politik Malaysia yang kita perlu beri perhatian. Ia seperti kayu ukur dalam memetakan pemikiran dan arah tuju pilihan yang kita bakal lakukan:

1. Malaysia harus 'mengekalkan' corak pentadbiran demokrasi dalam konteks proses dan juga ruangnya. Kekal di sini bukan beerti mengikut jalan UMNO-BN (terutama di zaman Tun Dr Mahathir) yang memporak-perandakan sistem yang ada. Pemisahan kuasa harus jelas dan diyakini.

2. Malaysia harus meletakkan Perlembagaan melebihi sanjungan terhadap tokoh. Ya, tentu saja kita boleh mengkagumi Tun Dr M, Anwar atau sesiapa saja. Memang penting kita punya seorang tokoh yang kuat dan bijaksana dalam mendepani kekuatan tokoh lain, tapi tokoh ini tidak harus dibiar wewenang membelakangkan Perlembagaan dan undang-undang.

3. Generasi muda harus diberi ruang yang luas untuk terlibat dalam proses hidup bernegara waima apa pun pandangan politik mereka. Mereka tidak wajar dihukum semudah itu bahkan dengan luasnya ruang penglibatan ini, kita pasti akan boleh melihat ramainya anak muda yang sedia berada di barisan depan mempertahankan negara terlepas dari kesetiaan kepada parti dan tokoh tertentu.

4. Wanita harus diberi peranan yang lebih dan tidak dibelakangkan dalam proses membuat keputusan. Di samping wanita sendiri harus memainkan peranan agar suara mereka 'kuat', mekanisme penyediaan ruang untuk mereka berperanan perlu jelas.

5. Politik melangkaui pengenalan berasaskan kaum harus diangkat sebagai wacana pasca 2008.

6. Sejauh mana sekalipun kita tidak bersetuju, ruang demokrasi seperti adanya media yang bebas, perhimpunan aman yang berdisiplin (tanpa gangguan polis) dan sebagainya akan menyuntik kesederhanaan dalam proses kita menyantuni kepelbagaian.

7. Kita harus bergerak dengan cara yang lebih matang di mana hak rakyat sebagai individu tidak harus dibunuh oleh kolektivisme atas nama parti, bangsa atau agama. Inilah realiti interdepent di mana nilai yang membezakan tiap daripada kita harus dilihat sebagai sumbangan penting memperkaya sudut pandang dan puzzle kehidupan.

Kesimpulan yang aku mahu tegaskan di sini ialah:

1. Hanya penakut dan pesalah yang akan menutup ruang demokrasi dan ruang mendapatkan keadilan (dari maklumat dan proses terbuka). Dan penakut tidak pernah menemukan apa-apa yang baik untuk agenda ketamadunan selain meruntuhkannya.

2. Setiap individu harus dihormati haknya sebagaimana dijamin Perlembagaan. Setiap individu ini juga harus menggunakan haknya dengan baik dan berani bergerak dari realiti independent kepada interdependent. Ini akan membantu penghormatan wilayah individu dan hak bersama.

3. Negara Malaysia hanyalah cebisan daripada daerah kemanusiaan yang lebih luas dan kehidupan kita terlalu singkat untuk memberikan yang terbaik untuk semua terutama mereka yang memerlukan.

4. Dalam proses rundingan mencapai kata sepakat, berlapang dadalah untuk segala perbezaan dan bersyukurlah untuk keputusan yang disepakati. Tuhan cintakan kemahuan kepada sikap sedia memilih jalan perundingan dan saling hormat. Berhentilah daripada mendakwa aku menang kerana pandangan aku diterima. Ia tidak membawa apa-apa kebaikan kepada nilai santun individu dan nilai kesepakatan bersama.

Sebenarnya ia berbunyi terlalu ideal..tapi jika kalian percaya bahawa agama atau pandangan politik kalian yang paling ideal, apa salahnya sebuah idealisme dipertimbangkan.

Marilah kita sama-sama menegakkan keadilan dalam diri dan menyokong semua pandangan yang baik biar sehipokrit mana sekalipun kita kenal individu atau kumpulan yang mahu mendorong idea yang baik ini.

Tuhan tidak lali dari menilai setiap yang ada dalam hati kita.

Aku masih boleh mencintai Malaysia tanpa mencintai pemimpin atau kelompok tertentu.

3 comments:

  1. ramai menyokong PKR kerana DS Anwar dan keluarga..kerana simpati..kerana pengaruh..

    bagaimana, kes pada tahun 1998 berlaku bkn pada insan bernama Anwar Ibrahim? kemudian nya menubuhkan PKR atas nama. bkn Anwar Ibrahim?

    kesimpulannya, ini adalah kerasa Anwar Ibrahim yg berpengaruh tp bkn PKR itu sendiri, yg mana parti utk keadilan rakyat.

    bagaimana kalau Anwar mmecatkan dirinya dr PKR kemudian join UMNO semula? ini cuma pertanyaan kerana pasti ramai yang akan mempertahankan dan berkata tidak pada kemungkinan ini.

    bagaimana jika perkara ini benar2 berlaku? kemana arah tuju pemikiran rakyat selepas itu? mahu menyokong agenda PKR, membela rakyat dan keadailan sejagat..atau mahu bersama DS anwar ke mana saja beliau pergi?

    mungkin jika kemungkinan ini berlaku, kita dapat lihat, rakyat memilih utk bersama PKR atau DS Anwar.

    ReplyDelete
  2. yaa.. dari sini kta dpt lihat penyokong PKR itu, menyokong agenda, matlamat, objektif penubuhan parti atau sekadar menyokong Anwar Ibrahim. apa yg Anwar buat semua betol, apa yg dikata semua betol, apa yg di komen, dikritik semua betol. mungkin kta pernah dengar perkataan "anjing mahathir".. atau "anjing kerajaan".. tp kta blm dgr lg perkataan "anjing PKR" atau lebeh dasyat "anjing-anjing Anwar".

    tp adakah saudara penulis pernah terfikir ttg ini..? tak pernah rasa nya sbb fikiran saudara dh disantau dgn simpati dan kata2 Anwar.

    harap saudara penulis tidak terasa hati dgn tulisan saya.

    YB

    tom

    ReplyDelete
  3. Ini masalahnya...ada kemusykilan semasa perbincangan keMERDEKAan,kenapa mesti Tengku bukan Dato' Onn? mengapa taraf KEWARGANERAAN begitu mudah diberi pada BANGSA lain? aku RACIST!!! ini kerana terlalu hiba melihat MELAYU berpecah belah selama 50 tahun,politik yg menghancurkan perpaduan bangsa kita yg berjaya menidakkan MALAYAN UNION,pihak manapun samada kerajaan atau pembangkang..pemimipin kita terlalu takut membangkitkan isu MELAYU!!sama-sama pergi masjid,sembahyang Jumaat,sama bangsa itu yg menjadi sasaran kutukan!!Pernah dengar UMNO,PAS atau melayu dalam PKR nak hentam CINA atau INDIA?? Pemimpin kita masih mahukan keselesaan dan keamanan ini berterusan agar kedudukan mereka dalam kerajaan mahupun pembangkang tetap terjamin..kita sebagai waris bangsa MELAYU terus meminta gaji dari CINA,menghuni PUSAT SERENTI,mati dalam adegan lumba haram,masalah sosial & pelbagai lagi penyakit yg terus menjadi barah untuk bangsa MELAYU! Tolong rakan-rakan ku..lupakan kemelut POLITIK yg hanya menjamin status pemimpin,kita terus diperguna untuk agenda mereka..ISLAM dulu baru MELAYU,tapi kalau bangsa tak kuat agama akan lemah..lihat saja perkembangan terkini,ISLAM & MELAYU telah mula dicabar..bukan hanya dari bangsa lain tapi dari MELAYU MUDAH LUPA!!

    ReplyDelete