Aku tidak dapat hadir. Muktamad.
Ada beberapa tugasan yang perlu aku langsaikan sebelum bergegas ke Indonesia. Kurang 36 jam, aku akan ke Indonesia. Aku percaya dengan Indonesia menjadi tuan rumah untuk tahun ini, Universiti Indonesia akan menjadi medan penting pengujian politik idea di bawah payung Nahdah Asia.
Aku masih ingat ketika Eddin Khoo sinis dalam sebuah dialog terbuka beberapa tahun lalu bila dia membandingkan kualiti soalan seorang peserta Indonesia dengan seorang mahasiswa Malaysia yang bangun selepasnya.
Itu di Malaysia. Kali ini gelanggangnya di Jakarta. Kota rusuh yang menjadi saksi Reformasi di sana. Kota yang sering macet dan menyimpan banyak rahsia arus bawah gerak Reformasi di sana. Kali ini aku akan melihat sendiri bagaimana DS Anwar akan diuji dengan aktivis mahasiswa yang tidak mudah bersetuju di sana.
Tentu sekali bahasa yang akan ditawarkan tidak semudah itu. InsyaAllah, aku harap ini akan kekal jadi medan penting untuk aku sendiri menilai semula pegangan terhadap idea Masyarakat Madani dalam Nahdah Asia.
Ia tentu tidak mudah tetapi harus diharungi.
* Ini bukan cerita membesarkan Indonesia dan meremehkan Malaysia. Ini cerita aku anak Malaysia yang akan bergelut dengan politik idea di Indonesia selama satu minggu dan balik kampung Raya Haji kemudiannya, hoyeh!
Friday, November 28, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment