Sunday, November 23, 2008

Mahathir dan Anwar

Ahah, ini bukan cerita politik pertarungan pengaruh antara Tun Dr. Mahathir dan DS Anwar Ibrahim. Tapi ini cerita borak satu petang...

Waktu itu aku keluar makan tengah hari, dalam pukul 4 (ngee, memang gastrik la kan?). Baru pesan makanan, super senior aku di kampus datang dan aku pelawa duduk semeja. Dia senior dalam Kelab Outward Bounders, kami panggil dia Abang Boot.

Abang Boot mungkin kenal aku dari orang lain. Maklumlah aku pernah 'garang' di kampus. Walhal tak adalah 'garang' mana. Semua benda pun boleh dibincangkan. Yang penting kita kena ada sikap terbuka dan sedia mendapatkan keadilan kerana ia lebih dekat dengan takwa.

Hal ini aku buktikan sendiri pada abang Boot. Kami sama-sama rajin bercerita. Dalam kelab, ramai yang mengingatkan saya betapa abang Boot seorang yang sangat dihormati. Ya, saya tidak ada masalah untuk menghormati orang. Kadangkala memang terlajak sikit sebagai orang muda misalnya ketika dulu aku dituduh macam-macam oleh TNC. 'Perang' SMS antara aku dan TNC berlaku. Tetapi bila kami jumpa di luar ok je boleh senyum dan salam. Aku harap satu hari dapat buat kunjung hormat pada dia. Biarlah apa pun dia nak anggap pada aku. Until now, I'm still not a party member of any political party.

Petang itu kami bertukar pendapat sebelum aku minta izin berlalu pada pukul 6.15 petang kerana masih belum solat Asar. Aku suka bertukar pendapat dengan abang Boot sebab kami sama-sama beri peluang untuk berbeza pendapat dan menjawab balas. Sudah tentu aku tak berminat dengan soal siapa menang siapa kalah. Ilmu akan hancur dengan sikap begini. Kita harus mengambil sikap bahawa apa yang baik dan utama itu harus diamalkan. Dalam tabligh, kami diajar untuk melihat ilmu itu sebagai "apakah perkara paling utama yang Allah s.w.t. suka saya buat pada waktu ini?" (macam awlawiyyat je masa aku mula-mula dengar).

Sudah tentu aku mahu kita pragmatik. Idealisme itu baik kerana ia mendesak kita untuk melihat kesempurnaan yang mungkin boleh dicapai. Dalam forum UmmahOnline.Com aku tulis pengalaman akan menyuntik kesederhanaan. Ya, idealisme ini akan ditampung oleh kesederhanaan. Tanya saja ramai aktivis mahasiswa yang dulu di kampus pekat hijau tapi masuk UMNO dan ada yang pekat UMNO tapi masuk parti pembangkang pasca Reformasi.

Dalam perkongsian petang itu, ada satu perkara baru yang aku belajar dari abang Boot. Memang la banyak yang kami bualkan, tapi satu ni memberi kesan kepada aku. Kata abang Boot, pemimpin yang hebat macam Mahathir dan Anwar ialah pemimpin yang ada kemampuan menolak tekanan. Maksud abang Boot ialah dalam realiti politik negara yang penuh ketidaktentuan ini, mereka survive. Misalnya Tun Dr. Mahathir dituduh zalim dan rasuah, mindanya boleh menolak bahawa dia tidak zalim dan rasuah. Sama seperti DS Anwar, biar seluruh jentera dikerah menghina dan mengaibkan beliau, kekuatan minda menyerap tekanan dan menolak pertuduhan ini yang membantu.

Ada dua kemungkinan, sama ada mereka benar-benar tidak melakukan itu (ahah untuk Tun Dr Mahathir :p) atau mereka punya kekuatan minda (untuk kes Tun Dr Mahathir disokong dengan jentera yang kuat untuk melindungi). Tapi dia juga kekal kuat pasca meletak jawatan. Tindak balas Tun boleh tahan beb!

Aku dan abang Boot mendapat didikan dalam rekreasi luar dari Kelab Outward Bounders. Cuma aku juga memang pelajar jurusan Taman dan Rekreasi di Universiti. Kami banyak mengambil falsafah dalam pergerakan Outward Bound untuk melatih peserta sambil disulam dengan pandangan pakar dan tentunya uswatun hasanah Rasulullah s.a.w..

Itu saja untuk malam ini. Renung-renungkan dan selamat beramal! :p

* Oh, sahabat saya (pergh, padahal dia dah 40-an dan orang kuat Parti GERAKAN) ada menulis "what you don't know don't hurt you" di Facebook dan saya beg to differ :p tapi malam ni rasa macam ada tepatnya kata-kata Veon Szu ni.

2 comments:

  1. hmmmm

    ada betulnya
    kedua2nya ada kekuatan

    apa yg baik amik teladan
    yg tak elok dijadikan sempadan

    what we dont know wont hurt but it hurts to know that we dont know

    blh?

    ReplyDelete