Monday, November 24, 2008

PAS Selangor Hari Ini

Seorang sahabat membuat panggilan petang ini. Katanya apa reaksi aku berkaitan pengguguran YB Saari Sungib dan YB Ir Khalid Samad daripada jawatan penting PAS negeri Selangor.

Jujurnya aku berpendapat ini hal dalaman PAS, cuma kita sebagai orang luar yang peka dengan perkembangan politik sedar bahawa ia bukan baru bermula semalam. Ia adalah rentetan rasa tercabarnya ego orang politik terhadap sikap politik orang lain.

Di sini ada kayu aras penting dalam perkembangan demokrasi. Dalam Children of Light and the Children of Darkness, Reinhold Neihbuhr mengungkap "..daya manusia untuk menjayakan keadilan memungkinkan demokrasi terlaksana, namun kecenderungan manusia ke arah kezaliman menjadikan demokrasi satu keperluan".

Aku bukanlah manusia sempurna tapi suka aku sarankan untuk kita menegakkan keadilan dalam diri sedaya upaya. InsyaAllah kecantikan hidup daripadanya telah menjadikan Muhammad s.a.w. sebagai manusia yang dipercayai.

Aku berpesan kepada diri sendiri kerana telinga aku lebih dekat dengan mulut aku. Semoga aku mengambil ini sebagai pengajaran penting.

No comments:

Post a Comment