Ada seorang kawan yang memang pandai bercerita. Sejak zaman dia melalui kesakitan hidup, aku sangat kagum dengan ketabahannya. Dia anak muda yang tidak mudah mengaku kalah dalam mempertahankan kebebasannya selagi benar.
Salut untuk kamu yang terus berjuang dan selalu membuatkan aku gembira bila bersama dalam sebak di balik makna ceritamu.
Haha, kali pertama aku dengar kawan-kawanku berkata - tulisan kau terlalu jujur, maka kau akan sukar menjadi seorang politikus. Ya, akhirnya mereka mengakui.
Tulisan dalam blog tidak harus bersifat fitnah meskipun ia adalah milik peribadi.
Tadi baru aku sembang panjang dengan seorang teman yang obses dengan kebangkitan mahasiswa. Syukur kerana memang telah lama aku mahu sampaikan isi hati aku pada dia. Aku bukan tidak pernah berada dalam situasi dia. Semoga dia mengerti apa erti sederhana dalam pengalaman mahasiswa merentas masa-masa perjuangan.
Fitnah memang benda mudah. Lagi-lagi bagi seorang pengecut yang takutkan keadilan ditegakkan. Mereka akan terus bersarang dalam sistem yang membolehkan mereka lepas daripada pertanggungjawaban. Mereka lupa bahawa Tuhan itu Wujud. Mereka lupa bahawa kezaliman terhadap manusia itu hanya manusia yang boleh memaafkan. Mereka tidak akan malu bermuka-muka - cakap sekejap lain sekejap lain, tu belum masuk cakap pada kawan-kawan dalam sesi mengumpat.
Tapi aku selalu ingat - kasih sayang Tuhan tidak terbatas dan Islam menganjurkan kemaafan itu sebagai lebih tinggi.
Sunday, November 30, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment