Raja Perempuan Besar Perlis, Tengku Budriah Tengku Ismail, 84, mangkat di Hospital Kuala Lumpur pada 3.47 pagi tadi.
Aku tidak ingat bila, tapi sejak kecil memang keluarga kami sering ke istana. Emak dengan Tengku Budriah boleh dikatakan rapat. Kadang-kadang Tengku Budriah akan menghubungi emak dan ajak teman di istana.
Jika tidak asbab Tengku Budriah, tentu Tuanku Syed Sirajuddin (semasa menjadi Agong) 'tertipu hasil tangan kotor orang tertentu' dan tidak datang kenduri kahwin abang.
Jika tidak asbab Tengku Budriah, tentu luka di hati emak makin parah kerana isu-isu tertentu di hospital dulu.
Pagi ini aku dapat berita Tengku Budriah telah pergi meninggalkan semua dan menghadap Tuhan yang Maha Pengasih. Aku tidak menunggu lama untuk terus membuat panggilan kepada emak. Panggilan tidak diangkat - di rumah dan juga telefon bimbit. Sangkaan aku benar emak telah berada di Istana.
Emak kehilangan seorang teman buat sementara waktu.
Suka duka kehidupan - sesungguhnya Allah s.w.t. yang Maha Tahu apa ada di dalam hati manusia biar sejahat mana tuduhan dilemparkan atau sejenuh mana pujian diberikan.
Al-Fatihah untuk Tengku Budriah - terima kasih kerana pernah menjadi penawar hati emak.
Thursday, November 27, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Al-Fatihah..Semoga dia tenang di sana..
ReplyDeleteaku ingt crte psl mak ko ni sbb ko pnh sharing dgn aku dlu..
Alhamdulillah,
ReplyDeleteKadang2 takut juga ada 2 versi cerita...tapi aku yakin semua dari hal yang aku terlibat, insyaAllah aku boleh ingat dan ceritanya tidak akan ada 2 atau lebih versi. Tambah2 jika hanya seorang saja yang pernah dengar.. :p
my deeply condolences to tuanku and family members for the lost of lovely Almarhum
ReplyDeleteal fateha