Aqil,
Sungguh kau buat aku yakin bahawa IKD memilih orang yang betul untuk ke Penang.
Aku akan berusaha untuk memastikan pemilihan aku ke Indonesia juga adalah pilihan yang betul!
Aku rindu soalan-soalan kau! Ia buat aku jadi manusia.
Komen di atas aku tinggalkan di blog sahabat aku sdr. Aqil Fithri, moderator web UmmahOnline.Com.
Aku tidak pernah kenal Aqil sebelum dia menghubungi aku untuk digandingkan dengan beberapa pimpinan pelajar - Nik Nazmi, Ali Bukhari dan Herman dalam forum yang aku hubungkan di ruang kanan.
Ya, Aqil mahu aku menjadi panelis forum maya di UmmahOnline. Nik Nazmi waktu itu masih seorang pelajar di UK dan belum bergelar Setiausaha Sulit Dato' Seri Anwar dan terkini Yang Berhormat. Aku sambut cabaran Aqil sebagai medan melatih artikulasi idea.
Aku harus berterima kasih kerana Aqil telah memanjangkan pandangan aku di banyak tempat di Malaysia sampai ada juga mahasiswa di luar negara quote pandangan aku dalam kertas kerja mereka. Jujurnya, aku menjawab wawancara ini tanpa lengah justeru aku tak tahu sama ada ia benar-benar kuat untuk dimasukkan dalam UmmahOnline.Com.
Selepas itu kami berjumpa kali pertama saat hadir kursus penulisan anjuran Institut Kajian Dasar (IKD). Dia tegur aku - "Amin Ahmad kan?"
"Ya, maaf ya, saya tak cam saudara, siapa ya? Di mana kita pernah bertemu?". Di sana persahabatan kami bermula dan aku rasa agak akrab. Kami sering memprovokasi diri masing-masing dengan soalan-soalan yang cukup mencabar dan ia kadangkala berpanjangan.
Pak Khalid pernah "tertanya-tanya" bagaimana Aqil memiliki syahwat untuk belajar Kuantum Fizik? Haha. Ya, beliau kini di peringkat pengajian Doktor Falsafah (PhD) dan kami bercita-cita untuk mendapat latihan lanjutan di luar negara satu hari nanti, insyaAllah.
Kenapa aku tiba-tiba menulis tentang Aqil?
Air mata juga punya bahasa. Kadangkala jika kata-kata tidak mencukupi, air mata akan mengambil alih.
Ya, kerana ini.
* Awas kawan-kawan yang lain, kalian terlalu bermakna untukku dan akan mengisi sebahagian wajah blog ini bila tiba masanya, hehe. Dulu aku blog pasal Eekmal, alih-alih dah jadi SU Akhbar DS Anwar dah. Aqil, kau nak jadi apa? hahaha
Friday, November 21, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment