Wednesday, July 30, 2008

LAST CALL

Dear colleague,

Do you value the rule of law? Do you wonder if the free market is socially just? Have you ever wondered what freedom and liberty really means? Do you want strong liberal democratic institutions in your country? If so, come to the Akademi Merdeka / Freedom Academy series to explore some of these issues.
University students, graduates, and young professionals from Malaysia, Singapore, Indonesia and Brunei are invited to attend the first Akademi Merdeka / Freedom Academy which will be held on 22 – 24 August 2008 (Friday – Sunday) at Residence Hotel, UNITEN, Bangi, Selangor, Malaysia.
We are particularly looking for those sympathetic to, or are curious about, libertarian and classical liberal ideas.

Come and enjoy the Freedom Academy! You will be challenged intellectually and you will get an invaluable opportunity to network with like-minded friends.

Our main instructor is Dr Tom G Palmer, a member of Malaysia Think Tank London's International Advisory Board and Vice president of Cato Institute, Washington DC.

BURSARIES ARE AVAILABLE ON COMPETITIVE BASIS TO COVER COURSE FEE, COURSE MATERIAL, HOTEL ACCOMMODATION AND FOOD.

TO ATTEND, YOU HAVE TO SUBMIT THE APPLICATION FORM WHICH CAN BE FOUND HERE.

10 Pertuduhan?

Khabar tiris tiba bahawa DS Anwar akan ditahan dalam tempoh terdekat. Tapi ia masih hanya khabar tiris. Usaha menafikan DS Anwar ke Putrajaya sebagai Perdana Menteri adalah usaha desperado politik yang sebenarnya menafikan kekuatan Pakatan Rakyat (baca: aspirasi rakyat yang mahukan perubahan wajah dan bentuk politik).

10 pertuduhan perlu dipertimbangkan - cukup untuk menunjukkan ianya lebih dari persoalan peribadi!

Monday, July 28, 2008

Isu-Isu Keperihatinan Semasa

Isu 1 - Penyatuan UMNO dan PAS

Tidaklah salah, meski agak canggung mendengar berita pertemuan sulit UMNO dan PAS. PAS tidak sepenuhnya salah dalam hal ini untuk aku. Sebagai sebuah parti politik, dan sebagai rakyat merdeka, aku percaya bahawa kebebasan itu harus dipertahankan. Atas semangat yang sama juga, kebebasan tidak harus digadaikan sebagai hasil akhir pertemuan UMNO dan PAS. Jumpalah siapa saja waima Yahudi sekalipun!

Dalam realiti politik kita yang lembab, dengan segala kepayahan yang disediakan UMNO-BN selama ini. Ditambah dengan harapan menggunung rakyat untuk melihat perubahan politik ke arah yang lebih baik, pertemuan ini nyata pertemuan yang tidaklah disambut dengan baik. UMNO dan PAS adalah antara dua parti terlama ditubuhkan Malaysia. Tapi sebagaimana manusia, aku percaya usia bukan kayu ukur kematangan. PAS bukan tidak matang, tapi aku percaya kerana wacana yang hampir tidak bergerak barangkali, maka konklusi ini adalah bentuk ketidakmatangan yang tersisa. Sedar atau tidak, kerana isu ini, untuk beberapa waktu Pakatan Rakyat sebagai alternatif unggul setakat ini yang berjaya merobek keangkuhan BN dalam konteks politik pemerintahan dilihat amat kritikal oleh orang ramai. Suka atau tidak, PAS harus memikul beban 'kesilapan' ini.

Tapi aku percaya kolektivisme yang menolak pendekatan PAS ini tidak harus kekal. Mungkin dunia hampir kiamat untuk kita mengharapkan UMNO berubah..cuma kebarangkalian itu tidak harus ditolak - mungkin untuk generasi akan datang, sekitar 50 tahun dari sekarang!

Isu 2 - Reformasi di Malaysia

Sampai bila-bila kita harus ingat bahawa Malaysia perlu bergerak ke depan. Pergerakan ini harus ditandai dengan sosok pemimpin dan kepimpinan yang mantap. DS Anwar mungkin sosok yang dilihat mewakili semangat ini buat masa ini, selepas era Perdana Menteri sebelum PM sekarang..jauh hingga saat awal menuntut kemerdekaan. YAB PM sekarang bukanlah tidak bagus. Kita harus jujur bahawa ruang demokrasi sedikit terbuka kini. Tapi harus diingat bahawa demokrasi masih sebuah sistem, maka ia tidak bergerak sendiri. Demokrasi boleh menjadi sisi gelap dalam era kehidupan manusia bila kolektivisme diangkat secara salah. Contoh-contoh ini cukup banyak ditunjukkan oleh diktator dan mereka yang menjadi diktator dengan topeng demokrasi. Untuk memahami sedikit dari gambaran ini, hanya sedikit dari realitinya..bolehlah menonton filem The Last King of Scotland yang memperihalkan kediktatoran Idi Amin.

DS Anwar juga boleh menjadi diktator dan dia akan menjadi diktator sekiranya kita sebagai rakyat tidak bersedia mengubah bentuk wacana kita yang terus tersekat pada kolektivisme yang tidak objektif. Siapa juga, bukan sekadar DS Anwar..malah TG Haji Hadi, Lim Kit Siang dan lain-lain berpotensi menjadi diktator kerana kesilapan rakyat yang membiarkan lebihan kuasa kepada kerajaan.

Isu 3 - Isu Liwat dan Kerajaan Malaysia

Isu tuduhan liwat oleh Saiful masih tersekat. Aku telah berpesan kepada DS Anwar bahawa bila tiba saat yang lebih getir, Saiful tidak mustahil akan membuat pengakuan bahawa DS Anwar yang mengarahkan dia membuat tuduhan ini. DS Anwar bersetuju dengan pandangan aku bahawa kemungkinan ini tidak harus dipandang remeh. Politik dengan pandangan bahawa seni segala kemungkinan adalah real politik UMNO-BN.

Jika tidak masakan kita boleh biarkan sehingga kini bahawa laporan polis oleh Saiful tidak diterima oleh yang tertuduh, walhal tertuduh telah dilokap semalaman, aksi forensik di kawasan di mana tuduhan didakwa, aksi forensik di lokap pasca pembebasan DS Anwar, permintaan luar jangka terhadap DNA DS Anwar yang terkini, bukti pemalsuan bukti dalam kes terdahulu, pendedahan melalui kenyataan bersumpah yang bertalu-talu, kehilangan mereka yang membuat laporan bersumpah pasca kenyataan dan pelbagai lagi peristiwa yang mudah untuk kita nampak siapa di sebalik permainan ini dan motifnya.

Aku masih percaya peranan TDM tidak boleh semudahnya diketepikan. Pasca kegetiran beban bukti tuduhan terhadap DS Anwar di samping kegetiran aksi DS Najib dalam reaksinya, tiba-tiba muncul gesaan kuat untuk menumbangkan YAB PM. Kenapa? Ya, seluruh rakyat tahu lemahnya PM meski ada beberapa perlaksanaan atau pendekatannya baik untuk demokrasi. Hanya saja UMNO tetap UMNO, dalam bersalam kaki masih mahu menerajang. Tidak mungkin UMNO bersedia untuk demokrasi tulen kerana UMNO tidak pernah mahu kehilangan kuasa.

Dan ketidaksediaan ini adalah lambang kolektivisme beracun. Bahagialah mereka yang melihat harmoninya individualisme dan kolektivisme yang seiring. Hanya saja jika kita mahu berfikir ke depan sedikit, dan tidak terpasung dengan teori buta kolektivisme dengan rasa benci yang dalam terhadap individualisme.

Musim Panas

Ya, ia benar-benar tentang musim panas di San Diego, bukan musim panas dalam politik Malaysia. Dan ini hanya catatan biasa yang umum..aku masih belum sepenuhnya dengan mood menulis.

18 jam di atas penerbangan dari Kuala Lumpur-Taiwan-Los Angeles-San Diego cukup untuk buat aku keletihan. Sempat juga singgah di Balboa Park (antara Taman yang terbaik di dunia dengan 15 muzium pelbagai tema dan pelbagai tarikan lain) sebelum menghadiri 21 ucapan sekitar falsafah, sejarah, undang-undang dan ekonomi yang berpaksikan persoalan kebebasan.

Aku kira ada jurang yang agak besar dalam wacana di Malaysia dan Amerika. Juga persoalan budaya yang mendasari wacana.

Sayang Yon Goicochea Lara tidak dapat hadir di saat akhir kerana datuknya sakit kuat dan kemudiannya meninggal semasa kami di pertengahan kursus. Tapi kami sempat bersama mantan Penasihat Ekonomi Rusia di bawah pemerintahan Vladimir Putin, Andrei Illirianov yang meletak jawatan sebagai protes kepada pendekatan ekonomi yang diambil Putin. Juga tidak ketinggalan Rejoice Ngwenya yang kuat menentang dasar Presiden Zimbabwe, Mugabe. Terlihat not 10 million Zimbabwe yang tidak bernilai dipamerkan di luar dewan - protes kepada dasar ekonomi yang gagal!

Hari pertama aku berkenalan dengan seorang Yahudi dan dia mendakwa "barangkali saya adalah orang Yahudi pertama yang saudara jumpa", dan aku mengakuinya. Sekitar isu hubungan Islam dan Amerika serta hubungan dengan Yahudi, aku bertegas kepada teman-teman di sana - dari Amerika kebanyakannya yang berminat untuk tahu, bahawa isu pokok terhadap rasa skeptikal umat Islam terhadap Amerika adalah sikap Amerika terhadap isu di Palestin dan juga isu-isu berkaitan Israel. Mereka mengakuinya dan mereka mahu terus berhubung dengan aku melalui email selepas ini berkaitannya. Ia mengingatkan aku kepada seorang teman, anak kepada peguam Chin Peng yang tamat pengajian Sarjananya di Oxford tahun lalu. Dia mengikuti sebuah pertubuhan yang ringkasnya menghubungkan kelompok Muslim dan Yahudi. Ia juga mengingatkan aku inisiatif Outward Bound, sebuah pertubuhan berasaskan pendidikan melalui pengalaman yang giat menghubungan belia Yahudi dan Palestin.

Pilihan kita tidak sedikit tentang isu Palestin dan Israel. Seorang teman yang cenderung Syiah tapi kaya kebijaksanaannya dari pandangan aku pernah memberikan pandangan bahawa Yahudi sebenarnya menuntut sebuah tanah yang dijanjikan kepada mereka dalam Al-Quran! Dan aku bertekad untuk cuba melihat persoalan ini dengan lebih jujur. Dia, saat aku mengajukan beberapa pandangan balas kekal berpendapat reaksi umat Islam, atas nama pertubuhan apa pun tidak sepenuhnya Islami (baca:mewakili pandangan teks dan konteks) dan ia memunculkan banyak masalah.

Sebelum balik, kerana program kami tamat sekitar jam 10 pagi (waktu Amerika) dan kapal terbang aku dari San Diego hanya pada 8.28 malam, aku memilih untuk bersama teman-teman dari US, Rusia, Azerbaijan dan Brazil (mereka sebahagiannya menaiki kapal terbang jam 10.30 dan ada yang bermalam di bandar) keluar menikmati udara bandar yang sesak kerana pelbagai persidangan antarabangsa, antaranya Comic Con (persidangan komik antarabangsa). Semua hotel dan hostel di San Diego penuh! Di mana-mana boleh terlihat anak muda menggalas beg besar Comic Con dengan pelbagai barangan. Dan kami memilih untuk berehat di kawasan pelabuhan sambil mendengar kisah ekonomi dan politik Rusia pra kejatuhan Kesatuan Republik Sosialis Rusia (USSR).

Aku percaya kunjungan pertama ke Amerika ini bukanlah kunjungan terakhir. Ramai teman-teman di sana sangat terkejut kerana aku benar-benar ke sana untuk kursus ini, dan tidak mengambil sebahagian masa untuk hal-hal lain. Amerika nyata sebuah penempatan dunia yang kompleks tapi aku rasa tidak sukar difahami.

Oh ya, aku hanya punya sedikit waktu di Lapangan Terbang Tom Bradley untuk menjengah kedai buku. Terlalu banyak buku yang menarik perhatian aku, tapi sayang wang dipoket aku tidak begitu mengizinkan, ditambah dengan ruang beg yang penuh (4 buku percuma dan 6 buku yang aku beli, serta cenderahati untuk adik-adik serta kedua mak dan ayah - maaf ya teman-teman!).

Selain mengulang lihat Forrest Gump di dalam kapal terbang, aku menghabiskan masa bermain catur dengan Garry Kasparov 2400 melalui permainan dalam sistem yang disediakan MAS. Tidak ketinggalan juga Be Kind Rewind lakonan Black Jack dan Danny Clover yang sungguh indie! Balik ke rumah, aku baru selesai menonton CD Blue Ray yang aku beli - Enemy of The States lakonan Will Smith dan akan menonton Love In Time of Cholera.

Itu saja buat masa ini.

Meletup Lagi!

Jet lag belum habis sepenuhnya, tapi aku mahu terus menulis - bukan tentang kursus singkat di San Diego, California (barang kali kemudian). Ada penulis muda terkenal pernah memohon untuk kursus jurnalisme di Iowa, tapi sayang tidak dapat (baca:belum dapat), dan dia terus menerus memaki Amerika, dunia yang entah sepenuhnya dia kenal atau tidak.

Raja Petra meletup lagi. Kali ini dengan dokumen doktor berkaitan tidak kesan liwat berlaku terhadap Saiful!

Sebenarnya isu tuduhan liwat terhadap DS Anwar pada pandangan aku adalah satu babak dari rancangan besar (grand design) untuk memastikan UMNO-BN terus berkuasa. Aku percaya ada beberapa kumpulan berbeza wujud dengan rancangan yang berbeza - paling tidak ada dua kumpulan yang mahu kekal berkuasa, dan yang mahu berkuasa melalui UMNO-BN (tanpa menafikan ada lebih kumpulan dengan percaturan berbeza). Pendek kata UMNO-BN berada pada kedudukan yang sangat terdesak atau lemah.

Dalam proses ini, yang muncul ialah karakter sebenar parti politik berasaskan kaum Melayu (sama ada bersalut agama atau tidak pada namanya - baca:memerlukan sokongan kaum Melayu, sama ada beralasan agama atau tidak). Dan kerana itu, aku tidak melihat ada kewajaran untuk menyokong agenda ini sepenuhnya.

Perpaduan adalah slogan muluk. Tidak ada manusia suka berpecah. Tapi sokongan perpaduan untuk aku bukan untuk menebalkan lagi dominasi kolektivisme terhadap individualisme. Atas nama perpaduan dan keagungan bangsa Aryan, Hitler merobek nilai kemanusiaan dan individualisme.

Yang ternampak dari 'apa pun nama yang nak diberi' tentang hubungan UMNO-PAS di belakang tabir, ia adalah percaturan yang kurang beretika untuk aku. Tidak beretika untuk aku di sini bukanlah persoalan perpaduan tersebut, tapi persoalan proses membina perpaduan tersebut. Premisnya boleh dipertikaikan. Jika atas nama menguatkan kedudukan Melayu di Malaysia, ia hanya akan memanggil kekuatan-kekuatan lain untuk terus membuat percaturan belakang tabir. Maka apa yang tersurat tidak selamanya akan jujur kepada rakyat.

Wacana dan idealisme politik di Malaysia untuk aku masih tidak banyak bergerak. Penyatuan PAS dan UMNO untuk aku tidak sepenuhnya salah. Tapi dari wacana yang berputar, ia jelas tidak bermula dari premis yang betul.

PAS perlu lebih progresif. Jika benar premis mereka adalah Islam, maka ia harus membangun manifesto yang lebih jelas dan juga perlu bersedia diuji di pasaran idea. Manifesto ini harus menggarap seluruh kekuatan dasar yang mahu diwujudkan dan tidak wajar harus sekadar berpaksikan Al-Quran dan Sunnah kerana terma 'atas nama Al-Quran dan Sunnah' telah banyak dipincangkan oleh sekian pihak.

Aneh. Cukup aneh.

Dari demikian banyaknya kepincangan dan keangkuhan berterusan UMNO-BN. Konklusi yang boleh hadir sebagai pilihan utama PAS ialah rundingan belakang tabir dengan UMNO!

Ya, seorang teman berbisik di telefon - isu ini akan tamat sedikit masa lagi (sekurang-kurangnya untuk waktu yang mendesak kini). Sebagai bukan orang parti, sudah tentu 'peduli apa aku' dengan isu BN atau Pakatan Rakyat akan perintah. Isu bagi aku adalah persoalan idea dan persoalan politik adalah persoalan dasar yang harus muncul dari kekuatan idea. Dan idea tidak harus selamanya dilihat sebagai produk akal yang memusuhi agama dan bangsa, bahkan ialah yang menguatkannya.

Ah, mereka hanya kenal 'konspirasi melawan Melayu dan Islam'. Peradaban dan budaya, entah apa makna sebenar yang mereka faham!

Wednesday, July 23, 2008

Tentang DNA dan Isu Melayu

Adalah cukup jelas, jika kita mahu belajar bahawa peristiwa 1998-2004 sudah cukup untuk menonjolkan kebobrokan UMNO-BN. Ya, sudah tentu demokrasi sedikit bernafas di zaman PM baru, tetapi itu tidak pernah menjadikan kita harus lupa. Dan kerana tidak lupa, maka badai 8 Mac 2008 diterjemahkan. Dan kita berharap UMNO-BN lekas sedar, namun rupanya state of denial itu tidak hilang dalam hati dan perasaan, hanya kekal madah berhias.

DNA

1) Pihak polis pernah mendapatkan DNA DS Anwar, di mana simpanannya? Habis diguna untuk percik ke tilam 1998?

2) Bukti DNA kununnya semasa peristiwa 1998 akhirnya ditarik balik selepas melalui proses pendakwaan. Usaha pembodohan rakyat Malaysia yang gagal!

3) Adakah dengan meminta DNA baru membuktikan 'cakap-cakap' bahawa DS Anwar terlibat hanyalah propaganda juak-juak politik berkepentingan seperti BTN dan lain-lain?

Apa yang lebih penting ialah di mana salinan laporan Saiful? Kenapa Polis dan khususnya kerajaan berdolak-dalik? Kenapa media rasmi tidak menonjolkan aspek ini? Kenapa media memberi perspektif yang cenderung mahu rakyat menerima tuduhan terhadap DS Anwar?

Isu Melayu

1) Cukup soalan asas - Di mana suara kalian tatkala Melayu Kelantan dan Terengganu ditindas oleh dasar BN selama ini?

2) Selainnya, politik yang kalian faham sebagai wadah kebijaksanaan mengatur urusan umat ini haruskah bertitik tolak dari persoalan bangsa? Bangsa yang bagaimana?

Seruan aku...

1) Takutlah kalian pada murka Allah s.w.t. dan hendaklah kalian cintai rahmat Allah s.w.t. dari segalanya.

2) Marilah kita membina sebuah politik kenegaraan yang matang dan membina, jika kalian percaya bahawa mereka yang dekat dengan Allah s.w.t. ialah mereka yang bermanfaat kepada orang lain dan kita harus sedar bahawa generasi akan datang memerlukan lebih dari apa yang kita tinggalkan hari ini.

3) Tolak perkauman, tolak korupsi, tolak salah guna kuasa, tolak politik benci, tolak kezaliman, tolak adu domba...kita harus muliakan diri kita sebagaimana Allah s.w.t. memuliakan Bani Adam!

Suara Jauh

Aku hanya dapat membaca dari jauh perkembangan politik Malaysia. Nampaknya isu 'muzakarah' (baca: muqabalah, menurut YB TG Nik Aziz) telah terapung dan menjadi isu keperihatinan ramai. Saat ini PAS mungkin rasa terdesak kerana apa yang selalu dipercayai gerakan yang menggunakan nama Islam sebagai nama kelompok mereka sebagai sir (kerahsiaan) kini tidak lagi menjadi rahsia. Sebab itu aku telah menghidu lama, kena beberapa pendedahan dari kelompok bloggers tentang 'muzakarah' ini mulanya tidak dijawab (seolah-olah tidak berlaku), kemudiannya dikuatkan lagi dengan 'hentaman keras' tetapi kemudiannya seolah ada perubahan strategi untuk menjadi superior hinggalah ia sendiri ditelanjangkan oleh PM baru-baru ini.

Politik ala PAS mahu ke mana?

Meski saya akui bahawa terlalu ramai sosok dalam PAS adalah sosok yang aku hormati, akui dan sanjungi akhlaq dan peribadi mereka, ia tidak bermakna dalam urusan masyarakat membolehkan mereka berbuat apa saja. Ya, ia juga sama seperti DS Anwar.

Bila wakil UMNO mahu merundingkan kepentingan Melayu-Islam (kununnya!) dengan DS Anwar, beliau tegas bahawa ia mesti melibatkan pimpinan lain dalam Pakatan Rakyat. Ini penting untuk ditanggapi, bahawa Pakatan Rakyat adalah sebuah pakatan yang melangkaui falsafah politik biasa di Malaysia. Dan ia masih baru sebagaimana kata YB TG Nik Aziz.

Entah apa malang di Malaysia, kita tidak minat dengan politik idea.

DS Anwar akan berterusan dilabel agen Barat, kerana ini adalah permainan psyche Melayu yang telah sekian lama diwar-warkan - Barat seluruhnya jahat dan mereka adalah kuasa Imperialis yang hanya mahu meluaskan kuasa. Ia dikuatkan lagi dengan sokongan kelompok Sosialis-Komunis yang juga turut sama memainkan jarum yang sama. Lihat saja di benua Amerika Latin, jarum yang sama dimainkan Chaves, Castro dan lain-lain lagi.

Sebab itu agenda kebebasan yang mahu diperjuangkan di Malaysia adalah berliku. Malah aku kini melihat ia juga berliku di Amerika dan banyak negara lain. Hanya saja kelompok libertarian yang kuat mendokong agenda kebebasan sedikit selamat di negara lain kerana mereka dididik meletakkan Perlembagaan Negara di tempat yang tinggi. Justeru, kerangka perjuangan mereka adalah absah dan mereka lebih banyak menumpukan masa kepada persoalan idea bersangkutan. Tidak semua mereka peduli persoalan kuasa sebaliknya mereka peduli persoalan "apa itu kebebasan?", "apa itu keadilan?" dan sebagainya. Kerja mereka adalah menterjemah persoalan falsafah kepada bentuk praktis. Mereka percaya kepada engagement kerana mereka sentiasa mahu bersedia untuk pembinaan semula alam fikir mereka. Kenyataan ini bukanlah menunjukkan bahawa libertarian adalah kelompok sempurna dalam masyarakat! Tapi untuk aku ia adalah pilihan yang baik dan wajar diperhatikan. Dan ini adalah sebahagian jawapan awal kenapa aku tidak berparti.

Kita?

Sedarkah bahawa dunia kita dilihat sebagai musuh utama kebebasan? Sedarkah bahawa dunia kita dilihat musuh utama alam fikir? Dan begitu banyak lagi kepincangan yang kita sapu ke bawah tikar dengan memesongkan makna perjuangan kepada - ini semua agenda asing! Dan kita tidak pernah mahu bergelut dengan idea.

Mungkin telahan DS Anwar ketika mengemukakan pandangan kesesuaian dan keperluan Pasaran Bebas dan Islam di Minaret of Freedom Institute penting untuk diperhatikan. Kita terlalu lama bergelut dengan wacana sepihak - wacana kiri yang mendominasi idea pasca Perang Dunia, tanpa kita sedia memberi ruang kepada idea lain. Dunia kiri atau kanan, atau selainnya, untuk aku baik saja - selagi mana kita mahu menekuninya dengan kewarasan fikir.

Friday, July 18, 2008

DNA

Petang tadi aku ke rumah DS Anwar kerana ingin mendengar Kenyataan Akhbar oleh YB Sivarasa Rasiah yang mewakili DS Anwar berkaitan isu kerajaan mahukan DNA DS Anwar. Antara keterangan penting untuk dilihat ialah :

"Perbicaraan tahun 1998-99, Datuk Seri Anwar Ibrahim terpaksa berhadapan fenomena pemalsuan keterangan DNA. Penolong Pesuruhjaya Kanan Rodwan telah secara salah memindahkan sampel DNA yang ada dalam simpanan forensik. Dalam pemeriksaan balas saksi-saksi pendakwaraya yang berjaya mendedahkan DNA yang diambil dari sampel darah tersebut telah ditanam di tilam yang terkenal itu. Bila berhadapan dengan fakta ini, pihak pendakwaraya telah meminda pendakwaannya dan meyakinkan Hakim Augustine Paul untuk membuang seluruh keterangan DNA dari rekod, menghalang peguam Datuk Seri Anwar dari menghujah balas".

Seminggu mengikuti kursus musim panas di San Diego, California sudah tentu menyebabkan aku terpisah dari pelbagai isu tempatan. Tapi doa aku tetap bersama kalian, untuk masa depan Malaysia yang lebih baik.

Berehat

Salam.

Terima kasih kerana sudi singgah. Aku tidak akan menulis blog ini sekurang-kurangnya hingga 27 Julai 2008 kerana akan berada di luar negara menghadiri Kursus Musim Panas di Cato University, Amerika Syarikat.

Berehat dari politik Malaysia, cuba memahami politik antarabangsa.

Doakan aku selamat pergi dan pulang semula ke Malaysia dengan ilmu yang bermanfaat untuk dikongsi bersama kalian dan jadi bekal amal di akhirat.

Jangan lupa isi borang Akademi Merdeka 2008 untuk yang berminat - tidak rugi meneroka ilmu baru malah mencabar diri sendiri untuk jadi lebih baik.

* Jangan jadi macam pergi Jepun dulu, langsung lupa password! hahaha

Wednesday, July 16, 2008

Analisis dan Ulasan 2 : Debat DS Anwar dan YB D Shabery Chik

Bahagian 1

Dari video di atas, dalam masa 4 minit masa yang diperuntukan sebagai pembukaan, DS Anwar menegaskan usul dengan perincian bahawa pengurangan adalah sebanyak 50 sen untuk langkah awal disusuli dengan justifikasi keperluan usul ini dipertimbangkan sambil berkias bahawa keperitan orang Melayu umumnya berikutan kenaikan harga minyak (menyangkal dakwaan UMNO-BN sebagai juara Melayu dan dakwaan mereka bahawa DS Anwar pengkhianat Melayu). Bagi membolehkan 50 sen ini diturunkan, 5 billion diperlukan sebagai tambahan kepada peruntukan yang sedia ada. Cara mendapatkan 5 billion ini juga cuba ditunjukkan dengan mengambil satu contoh dari keuntungan IPP (Independent Power Producer) yang boleh dikurangkan dengan mendapat 2-3 billion daripadanya. Beliau juga menunjukkan pemisahan belanja Petronas untuk pengurusan dan juga apa yang diberi kepada kerajaan.

DS Shabery Chik pula dalam kenyataan awalnya cuba menempelak DS Anwar dengan mendakwa pilihan DS Anwar adalah populis dan pilihan kerajaan adalah lebih tepat - naikkan harga minyak. Beliau mendakwa DS harus mengikut ucapannya sebelum Pilihan Raya Umum 2008 - bukan turun sekadar 50 sen. DS Shabery menjelaskan bahawa kenaikan harga minyak adalah fenomena sedunia di mana beliau memberi contoh perang di Iraq, kemungkinan serangan di Iran, permintaan di China dan India dan sebagainya. Beliau membawa contoh sejarah sekitar 70-an di mana Perang Ramadhan berlaku dan negara-negara Arab mengenakan embargo kepada negara-negara yang menyokong Israel dan pada masa yang sama mengurangkan keluaran minyak. Inflasi teruk sedunia berlaku dengan kenaikan harga minyak naik 400% daripada 10 dollar setong kepada 40 dollar setong. Tahun 1974 Tun Razak tubuhkan Petronas dan Malaysia dikenakan tekanan, DS Anwar dikatakan berarak di jalan raya - suka mengambil kesempatan atas kesempitan rakyat. Beliau berhenti dengan kenyataan akhir - memberi subsidi minyak bukan penyelesaian.

Soalan Dato' Johan Jaafar - Petronas menguasai 40% pasaran runcit petroleum. Jika subsidi yang besar diberikan, kerajaan perlu menanggung beberapa syarikat minyak raksasa yang ada di negara ini contohnya Shell dan Exxon Mobil.

DS Shabery mengatakan kita perlu akui kaedah subsidi tidak bertahan lama - beri kesan kepada pertumbuhan ekonomi. Wang patut dilaburkan untuk kepentingan rakyat, jika untuk minyak akan digunakan oleh orang kaya. Syarikat lain dapat untuk dari kaedah ini, maka lebih baik bagi terus kepada rakyat. Negara maju yang kaya juga tidak rasuah contohnya Norway tidak memberi subsidi dan kita perlu bergerak ke arah itu.

DS Anwar menjawab pendapatan per kapita di Norway 10 kali lebih besar dari Malaysia, justeru perbandingan asas yang diberi adalah meleset. Kenaikan mendadak cukup membebankan dan ini akan memberi kesan kepada masa depan UMNO-BN. Prinsip subsidi sama dengan insentif - melalui infrastruktur, pelabuhan dan sebagainya dan bailout - tampung kerugian MAS, Perwaja dan sebagainya cuma namanya beza. Kenapa kepada rakyat ia disebut subsidi dan kepada peniaga disebut insentif? Malaysia punya dana, dan kita bertanggungjawab.

Pandangan aku :

Aku tidak mahu jadi macam seorang pencacai UMNO-BN yang aku temui lama sebelum ini. Dia melihat kenaikan harga minyak sebagai kebodohan Pak Lah. Almaklum, fanatikus UMNO-BN dan pembenci DS Anwar hanya kenal UMNO-BN.

Biar aku nyatakan secara jelas, sama seperti 'ceramah percuma' aku kepadanya - bahawa hujah kenaikan harga minyak (baca:penarikan subsidi) adalah hujah libertarian. Hanya saja UMNO-BN tidak cukup kuat dari segi fakta kes untuk cuba menjadi libertarian. Dalam PKR, kini aku dapat kesan telah bergerak wacana yang lebih sengit. Kelompok kiri dan kanan kini bertarung secara sihat untuk merumus dasar. Khabar baik ini muncul dari mulut Dr. Syed Husin Ali sendiri semasa Seminar Gagasan dan Kebijakan "Hujah bahawa subsidi minyak lebih banyak dinikmati oleh orang kaya ada benarnya, justeru kita mesti memberi perhatian yang lebih dalam merumus dasar (baca:kebijakan)". Libertarian, di mana-mana menolak kezaliman nyata berbanding spekulasi. Maka, sediakan UMNO-BN membetulkan kezaliman yang nyata berbanding kezaliman spekulasi?

Berdasarkan konteks debat, aku kira kedua-dua mereka ada hujah yang jelas di sini. Hanya saja DS Anwar lebih bertumpu kepada isu dan menjelaskan latar masalah rakyat dengan lebih jelas berbanding D Shabery Chik yang dilihat ramai berpegang pada faham pembuktian "waima apa pun, BN yang terbaik dan DS Anwar adalah pengacau" (jenis faham yang memang dipupuk di BTN dan Mahathirisme). D Shabery sepatutnya meyakinkan rakyat dengan mengheret isu ini kepada - bagaimana kenaikan harga minyak dapat menyelesaikan masalah rakyat dan menyelamatkan negara. Jika ini adalah premis debat dari D Shabery Chik, aku rasa debat pada malam itu akan berakhir dengan kepuasan ramai secara luar biasa.

Dalam menyerang sikap DS Anwar sekitar tahun 1970-an, aku kira D Shabery harus lebih adil. Jelaskan jika benar perarakan DS Anwar itu adalah kerana menentang penubuhan Petronas atau isu lain? Jika isu lain, apa perlu disebut? Apakah jika keputusan Tun Razak benar tentang penubuhan Petronas, maka ia akan benar dengan keputusan-keputusan yang lain? Dan aku tidak fikir Tun Razak dan DS Anwar berseteru panjang jika kita tahu sejarahnya Tun Razak pernah minta kepada Dato' Ibrahim untuk menghantar DS Anwar ke luar negara dan menyambung pengajian dalam bidang Undang-Undang. Dato' Ibrahim juga bekas Ahli Parlimen dari UMNO-BN dan di situ aku kira uniknya DS Anwar.

Balik kepada maudhuk minyak, D Shabery Chik membawa contoh yang tidak sepenuhnya salah - peristiwa 1970-an, saat Petronas baru ditubuhkan. Konteks bicara harus jelas bahawa zaman penentangan terhadap Imperialisme Amerika dan pertentangan dengan Aliran Kiri yang diterajui Soviet memang mudah menarik penentangan dan sokongan (bergantung kepada sisi mana anda melihat isu). Contoh Norway adalah contoh yang terbatal berdasarkan jawapan balas DS Anwar. Tentang Venezuela? Nanti ya, tunggu rakaman selanjutnya...

Untuk aku hujah D Shabery Chik tidak perlu bersandar kepada pra PRU-12 kerana yang jelasnya bila beliau minta DS Anwar turunkan ikut harga pra-PRU-12, adakah beliau bersetuju dengan premis minyak boleh diturunkan? Adakah beliau lupa cerita pra-PRU-12 adalah bersandar kepada harga minyak sebelum PRU-12?

Nota :

Dalam membela premis DS Anwar yang lebih kuat berbanding premis D Shabery yang sepatutnya boleh lebih kuat, aku suka galakkan pembaca memahami pendirian ekonomi dari pelbagai ideologi politik. Ini akan lebih membantu kita. Tidak perlu fanatik ideologi, kerana keutamaan kepada isu kenegaraan ini cukup banyak dan ia tergantung kepada set nilai yang kita pilih darinya.

Jumpa lagi dalam lanjutan rakaman yang lain...

Akademi Merdeka 2008

Anda mahukan kedaulatan undang-undang? Anda bimbang jika pasaran bebas akan melahirkan ketidakadilan sosial? Pernahkah anda terfikir apa maksud sebenar kebebasan? Adakah anda mahukan negara anda mempunyai institusi-institusi liberal demokratik yang benar-benar kukuh? Jika ya, marilah menyertai siri Akademi Merdeka untuk meneroka persoalan-persoalan ini dengan lebih mendalam.

Kami menjemput warga Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei untuk menyertai Akademi Merdeka kali pertama yang akan diadakan pada 22 – 24 Ogos 2008 (Jumaat – Ahad) di Hotel Residence, UNITEN, Bangi, Selangor, Malaysia.

Penyertaan dibuka kepada para pelajar universiti, graduan, serta golongan profesional muda. Kami mengalu-alukan mereka yang bersimpati dengan idea-idea liberal klasik dan libertarian, atau mereka yang ingin tahu lebih lanjut.

Maklumat lanjut boleh didapati di sini.

Politik Gelap

Aku mahu menangguhkan dulu pandangan debat semalam.

Sekitar jam 1.30 petang aku dimaklumkan penangkapan DS Anwar di rumahnya. Aku tidak ikut berkumpul di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur kerana ada urusan yang telah dijanjikan bersama dua orang lagi teman.

Usai makan tengah hari dan solat, aku dapat panggilan dari Pak Khalid memaklumkan penangkapan DS Anwar. Meskipun penangkapan DS Anwar ini, bukan sahaja usaha membunuh karier politiknya, malah ancaman terhadap nyawanya telah kami tahu lebih awal, rasa sayu itu tidak dapat dibuang.

Pada hari ini, Raja Petra juga khabarnya telah menerima waran tangkap melalui peguamnya pada 10 pagi esok.

Hurm, kalian boleh nampak apa yang aku nampak?

Tuesday, July 15, 2008

Debat DS Anwar dan YB Dato' Shabery Chik

Aku tidak mahu ulas panjang, nanti berjela-jela jadinya, dan mungkin lekas dituduh bias.

Kalian telah saksikan, maka kalianlah jadi hakim kepada masa depan negara. Debat tadi adalah medan untuk menilai proses panjang pengurusan ekonomi negara. Meski ada selingan serangan peribadi (baca:populis di kalangan UMNO-BN) yang menunjukkan ketidakmatangan 'orang-orang' (baca betul2 ya, orang-orang), untuk aku ia cukup menonjolkan seorang yang lain.

Seorang libertarian menolak subsidi, ia adalah bentuk manipulasi minyak sebenarnya. Tapi jangan lupa bahawa bukan itu sahaja hujah libertarian, tetapi ia berdiri bersama hujah yang lain. Dan hujah ini, meski aku lihat adalah sandaran hujah kerajaan, ia tidak cukup mewakili semangat seorang libertarian.

Maaf ya, saja nak bergurau sekejap. Aku ingat jika takdir Allah s.w.t. dengan usaha manusia DS Anwar diangkat jadi Perdana Menteri pertama dari Pakatan Rakyat dan minyak diturunkan, agak2 orang UMNO-BN nak pegi daftar nama tak supaya mereka dikecualikan dari menerima insentif minyak ni? Hehe..sebijik macam TS Khalid perli isu air di Parlimen!

Mungkin aku silap, tapi yang nyata idea (baik libertarian atau selainnya) adalah untuk difahami, bukan telan bulat-bulan dan muntah semula sebagaimana 'orang-orang' itu cuba menunjukkan kasih sayang mereka kepada rakyat seluruhnya.

Semoga kasih sayang yang ada adalah kasih sayang yang benar.

i) Syabas DS Anwar! Membujur lalu, melintang patah!
ii) Hari ini saya rasa Kerajaan Malaysia telah menggunakan duit cukai rakyat dengan betul :)
iii) Jika kalian mahu belajar, dalam proses debat tadi, kita patut lebih banyak menumpukan kepada kelemahan hujah DS Anwar, kerana penghujahan D Shabery tidak lebih dari apa yang telah digunakan sepanjang PRU-12 dan media.
iv) Mencelah sikit, tahniah kepada Datuk Seri Dr Muhammad Leo Toyad Abdullah kerana telah bersyahadah dan takziah buat keluarga arwah Dato' Ahmad Basri Akil

Analisis dan Ulasan 1 : Debat DS Anwar-YB D Shabery

Aku pernah mahu jadi pendebat, sebelum aku memilih untuk tidak meneruskan keinginan itu. Waktu itu nama UPM agak tersohor di arena debat. Salah seorang pendebat UPM ialah YB Amir Sari, ADUN Batu Caves sekarang. Tapi aku kira tidak salah untuk aku cuba memberi ulasan terhadap Debat Bersejarah: DS Anwar dan YB D Shabery Chik, dan aku mahu cuba lakukan ini secara bersiri. Semoga dapat dihabiskan sebelum aku 'berehat' * di luar negara.

Debat ini pada keseluruhan motifnya adalah untuk pembentukan persepsi politik. Jika sekadar penghujahan, kita umum rancangan hujah telah membawa beberapa pandangan sebelum ini. Hanya saja kali ini kerajaan memberi ruang kepada Ketua Umum PKR, DS Anwar mewakili Pakatan Rakyat sementara kerajaan Barisan Nasional hanya meletakkan tokoh muda, D Ahmad Shabey Chik, Menteri Penerangan mewakili mereka. Sebagaimana entri aku pra-perdebatan, ia tidak lebih dari bahasa politiknya untuk discredit DS Anwar beserta Pakatan Rakyat (baca begini: jika DS Anwar gagal, beerti runtuhlah alternatif sebuah kerajaan baru. Jika D Shabery gagal, hujah bahawa dia kurang pengalaman masih dianggap sah).

Tajuk debat "Hari Ini Membentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak" jelas meletakkan beban pembuktian kepada DS Anwar selaku pencadang usul dan D Shabery sebagai pembangkang usul pula hanya sepatutnya berfungsi untuk menolak usul ini dengan menimbulkan keraguan munasabah terhadapnya.

Secara literal, meski harga penurunannya 10 sen sekalipun, ia sudah cukup untuk mengatakan DS Anwar berjaya membawa usul ini. Tapi sudah tentu kita tidak harus rigid dengan persoalan literal. Aku melihat debat ini lebih kepada merumus kebijaksanaan kebijakan-kebijakan (baca: dasar-dasar) kerajaan dalam pengurusan ekonomi. Dan ekonomi adalah aspek yang cukup luas serta mempunyai dinamikanya tersendiri.

Puncak perdebatan semalam aku lihat begini - siapa yang lebih dapat menunjukkan keadilan dalam pembuktian usul (mencadang atau membangkang), maka rakyat akan bersamanya. Keadilan di sini adalah sejauh mana proses pembuktian ini dapat meyakinkan rakyat bahawa pertimbangan-pertimbangan ekonomi, khususnya harga minyak akan dapat mengekalkan pertumbuhan dan meredakan kesukaran rakyat.

Seorang libertarian sudah tentu berharap YB D Shabery Chik mampu mewakili penghujahan mereka. Tapi realiti Malaysia yang serba senget akan menyukarkan beliau dalam konteks pembuktian fakta kes. Mengambil kira pengalaman dan pendirian DS Anwar yang kekal mendokong pasaran terbuka dalam banyak kenyataannya (juga tiang dari kepercayaan libertarian), adalah menarik untuk melihat beliau mengambil posisi pembawa usul ini. Dan ini mungkin menjelaskan Dasar Ekonomi yang berlegar di kalangan pemikir Jerman - Social Market Economy, yang cuba mengharmonikan pandangan ekonomi Sosialis dan Kapitalis. Dan untuk aku yang cenderung centrist, ini adalah bentuk ekonomi yang dekat dengan pandangan ekonomi Islam, mengambil yang baik dari keduanya. Aku sebenarnya tidak suka memberi label agama kepada apa-apa perbuatan, ternampak seolah-olah selainnya tidak agama (baca dalam konteks pengertian ibadah yang luas).

Maaf ya agak bersimpang siur. Selepas ini kita akan masuk ke maudhuk perdebatan semalam.

* Berehat di sini maksudnya 'lari sekejap dari isu semasa di Malaysia' dan 'masuk ke lembah antarabangsa', aduh!hehe..

Perkembangan Isu Di Malaysia: Baca Yang Tersirat

Lama sebelum ini....

Disebut di mahkamah oleh 'seseorang' (huh!) bahawa perbicaraan Altantuya hanya melibatkan tiga orang tertuduh sahaja, dan tidak boleh melibatkan orang lain!

Pada satu waktu dalam perbicaraan kes Altantuya, isteri Razak Baginda menjerit "suami saya bukan nak jadi Perdana Menteri!".

Baru beberapa waktu sebelum ini...

Raja Petra mengeluarkan Kenyataan Bersumpah bahawa DS Rosmah berada di tempat kejadian semasa (arwah) Altantuya diletupkan dengan C4.

DS Rosmah menafikan selepas beberapa waktu, DS Najib menganggap tuduhan Raja Petra sebagai 'sampah' yang tak perlu dilayan.

DS Anwar menyatakan (secara tertutup) bahawa dia akan membuat laporan polis terhadap pengalihan fakta oleh Ketua Polis Negara dan Peguam Negara. Kita tunggu perbicaraan mahkamah (nanti, jika berlaku) bagaimana maklumat ini sampai kepada Ketua Polis Negara dan Peguam Negara (kemungkinan kes mahkamah paling tragis di Malaysia selepas 1998).

Baru-baru ini...

DS Anwar dituduh liwat oleh Saiful Bukhari, bekas pembantu peribadi (beliau bertindak sebagai pembantu peribadi selepas sdr Rahimi tidak lagi bertugas di pejabat DS Anwar - baru lagi dan tidak lebih dari mengambil tugas Rahimi selepas mengekori Rahimi sekian lama).

Penyiasat persendirian Razak Baginda membuat Kenyataan Bersumpah yang mengaitkan DS Najib dengan Altantuya antara lain menyatakan hubungan seks dan liwat antara keduanya dan juga soal tuntutan komisen projek yang melibatkan Altantuya sebagai orang tengah. Dalam sidang media, sesi soal jawab berlaku dan dijawab oleh Penyiasat Persendirian ini. Hebahan kepada media dilakukan bersama DS Anwar selepas Penyiasat Persendirian ini bersama peguamnya menghubungi peguam DS Anwar.

Penyiasat persendirian ini kemudiannya dipanggil ke Balai Polis Brickfield sebelum kemudiannya membuat satu lagi Kenyataan Bersumpah yang menarik semula beberapa Kenyataan Bersumpah sebelumnya berkaitan DS Najib. Beliau tidak membuat sesi soal jawab dengan wartawan dan dibawa pergi dalam keadaan yang dilihat 'ketakutan'. Beliau kemudiannya didapati 'hilang' sebelum menghubungi anak saudaranya. Anak saudaranya sebelum itu membuat pengakuan bahawa pendedahan dalam Kenyataan Bersumpah pertama adalah menepati apa yang pernah disampaikan kepadanya lebih kurang 6 bulan lalu. Anehnya, Penyiasat Persendirian ini boleh ditemui polis untuk mengambil kenyataannya. Anak saudaranya juga dilarang membuat sebarang kenyataan oleh Penyiasat Persendirian ini kerana ia dikategorikan 'membahayakan'.

Baru sangat...

DS Anwar memfailkan tuntutan Qazaf atas tuduhan yang dinyatakan tidak berasas oleh Saiful Bukhari terhadapnya.

DS Najib bersumpah tidak kenal Altantuya.

DS Anwar menghantar surat setuju untuk berdebat dengan D Shabery Chik berkaitan isu minyak.

Kelmarin jalan ke Kuala Lumpur sesak. Aku keluar sekitar jam 9 pagi, selepas mengambil kawan di Komuter Serdang kami terus menghala ke Kuala Lumpur. Kami tiba sekitar jam 11. Difahamkan tidak kurang 100 pegawai keselamatan berada sekitar Parlimen. Undian di televisyen menunjukkan sekitar 80% rasa tidak puas hati dengan tindakan kerajaan ini.

Usul Undi Tidak Percaya kepada Perdana Menteri telah ditolak akibat kesilapan teknikal satu perkataan yang membawa pertelagahan sekitar 45 minit di Parlimen sebelum Ahli Parlimen Pakatan Rakyat memilih keluar Dewan sebagai tanda protes.

DS Anwar sebelum itu dipanggil ke Balai Polis untuk diambil kenyataan. Umum melihat ini sebagai tanda DS Anwar akan ditangkap memandangkan kerajaan membuat satu kenyataan pelik bahawa mereka mendapat maklumat akan berlaku demonstrasi oleh Penyokong Pakatan Rakyat. DS Anwar dilarang berada di Parlimen dan mesti berada tidak kurang dari 5 kilometer radius dari Parlimen.

DS Anwar menyatakan kesediaan dia memberi kerjasama untuk kenyataan Polis. Beliau bagaimanapun membuat satu protes pada waktu yang dijadualkan ekoran intimidasi dari pihak polis.

Hari ini...

Sebahagian tokoh agama mengeluarkan kenyataan terhadap isu tuduhan liwat kepada DS Anwar.

Masa debat dipendekkan...

DS Anwar akan ditangkap berdasarkan Waran Tangkap Polis ekoran kes tuduhan liwat...

Persoalan...

Debat batal?
Gelombang Reformasi 1998 akan menjelma semula?
Isu tuduhan liwat akan dibawa ke mahkamah?
Instrumen kerajaan akan diliwat sekali lagi?

Di mana salinan laporan Saiful yang telah berkali-kali dipohon oleh peguam DS Anwar untuk rujukan kes? Kenapa polis boleh pergi mendapatkan kenyataan Bala, tapi mahu DS Anwar datang ke balai? (ini bukan isu sangat untuk aku...tapi baca saja yang tersirat). Kenapa dalam laporan liwat jadi tergesa-gesa dan tidak Kenyataan Bersumpah?

Banyak lagi soalan nak bagi sebenarnya...bak kata kawan aku "sialan!".

Sama-sama kita nantikan....

Sebagaimana aku nyatakan sebelumnya..isu ini adalah isu terakhir yang akan menjadi benteng kepada kerajaan. Mereka akan dipasung kali ini. Tapi mereka sedar..dan mereka berkemungkinan akan menggunakan segala-galanya untuk memastikan ia tidak berlaku.

Manusia merancang, Allah s.w.t. merancang...dan perancangan Allah s.w.t. itu adalah yang terbaik. 2008 bukan lagi 1998. Kita akan menghadapi kemelut politik negara ini dengan lebih baik.

Apakah kalian tidak nampak apa yang berlaku?

* Robekan isu-isu 1998 sebenarnya akan menunjukkan bagaimana instrumen kerajaan tidak boleh dipercayai. Sebab itu isu ini menjadi sangat penting, jauh melangkau pandangan cetek yang gagal melihat betapa besarnya isu ini. Namun, dari pengalaman lepas..kita jangan terus melupakan isu-isu rakyat. Kita harus memperjuangkan kesemuanya. Tidak ada masa lagi untuk melayan adu domba keretakan Pakatan Rakyat.

Monday, July 14, 2008

Debat Minyak dan Budaya Baru Dalam Politik Malaysia

Selepas Pidato Palestin yang membawa Tun Dr. Mahathir dan (Allahyarham) Ustaz Fadzil Noor, aku kira Debat DS Anwar dan YB Dato' Shabery Chik adalah sesuatu yang dinantikan muncul dari kaca televisyen.

Sudah tentu ramai yang melihat YB Dato' Shabery bukanlah sosok yang sesuai untuk dipadankan dengan DS Anwar. Dalam bahasa politik, ini adalah untuk discredit DS Anwar walaupun sebelumnya DS Anwar mempelawa YAB PM dan YAB TPM yang mewakili kerajaan BN.

Rakyat umumnya sudah tentu mahu DS Anwar 'menghumban' hujah kerajaan kerana masalah kenaikan minyak pada hemat rakyat adalah membebankan mereka. Seorang libertarian akan menolak subsidi. Subsidi adalah manipulasi minyak. Namun pendirian libertarian bukan sekadar itu. Penghapusan subsidi saja tidak cukup, dalam realiti tiang-tiang libertarian yang lain tidak ditegakkan.

Sebab itu aku boleh bersetuju dengan pandangan Dato' Nazir Razak bahawa perkembangan politik di Malaysia mempengaruhi pelaburan luar. Ramai di kalangan kita gagal melihat pertumbuhan ekonomi dan perkaitannya dengan kepentingan kita menjaga institusi negara terutama yang bersabit persoalan undang-undang. Kepedulian mahasiswa kadangkala dilihat dangkal dengan berlapikkan hujah politik. Di satu sisi mahasiswa sendiri tidak cukup memperkasa wacana dan karakter. Perkembangan arus dan sumber maklumat dan ilmu nyata sebuah cabaran yang harus digarap lekas oleh semua.

Debat ini akan jadi satu detik sejarah, tidak kira siapa juga 'dianggap menang berhujah'. Persepsi rakyat dan pelabur harus dibentuk dengan proses demokrasi yang sihat. Alternatif debat dengan siaran langsung ini mungkin tidak mampu menjawab seluruh persoalan. Tapi ia mampu memperlihatkan kesungguhan kerajaan BN pada satu sisi untuk menguasai wacana dan persepsi awam secara lebih gentleman. Ya, ia sudah tentu tidak cukup, tapi itu aku mahu longgokkan dalam kes berlainan. Yang nyata debat ini nampak hampir pasti.

Cuma, dalam menonjolkan debat ini, aku rasa cara YB Shabery memberi gambaran buruk kepada demonstrasi adalah tidak perlu. Sepanjang pengalaman aku, majoriti malah hampir semua demonstran adalah berdisiplin. Mereka sedia membetulkan rakan-rakan mereka yang dilihat keterlaluan. Malaysia harus bersedia untuk langkah ke depan yang lebih sihat untuk perkembangan demokrasi. Tentang konsert yang tidak senonoh sebagaimana disebut YB Shabery, kita boleh bersetuju dalam pengertian bukanlah menidakkan terus fungsi hiburan.

Aku pernah menonton sambutan perjuangan rakyat di Korea melalui tayangan CD di UBU sekitar 2002 di mana beberapa persembahan bercorak hiburan diketengahkan. Malah UBU pernah terkenal sebagai kumpulan pementasan agit-prop kelolaan Isham Rais pada saat bara Reformasi 1998 baru menyala.

Malam Karyawan II anjuran Kerajaan Negeri Selangor dengan kerjasama IKD cukup untuk menunjukkan rencamnya sifat hiburan yang boleh ditonjolkan. Kita tidak harus lekas mengalah dek kesilapan dan kelemahan yang pernah dan telah berlaku. Ia tidak harus menutup rasa perlunya inklusif dalam realiti jamak pengertian kemanusiaan.

Budaya - baru dan lama, buruk dan membina - apakah kita (termasuk aku!) sedia untuk mengerti?

Saturday, July 12, 2008

Cerita Hujung Minggu 2

Cerita 1

Aku sempat menonton ceramah YB Husam, DS Anwar dan TG Nik Aziz secara online dari PUTIK, Kelantan. Nuansa ceramah cukup sederhana dan mendidik. Tahniah! Ayah hubungi aku saat dia mengambil kesempatan mendengar ceramah di Kota Sarang Semut - TG Haji Hadi, YAB Azizan Razak dan DS Anwar. Alhamdulillah, semoga peluang bersua muka dengan TG Haji Hadi boleh jadi medan merungkai isu keprihatinan bersama berkaitan hubungan sesama parti dalam Pakatan Rakyat, lebih-lebih lagi aku difahamkan TG Haji Hadi secara terbuka menyangkal keretakan hubungan dalam Pakatan Rakyat yang dimainkan UMNO secara berlebihan.

Aku kira salah faham, kecil hati dan pertentangan pendapat itu adalah lumrah. Prinsipnya sama untuk membebaskan rakyat kepada kemuliaan insan yang mencakupi penolakan kepada kezaliman, ketidakadilan ras dan sebagainya. Kita harus menjadi Melayu yang berani menjamin keadilan untuk semua.

Kekuatan wacana dan karakter akan mengangkat kita ke depan insyaAllah. Buat masa ini mungkin kita nampak DS Anwar (baca:elemen PKR) lebih menonjol dalam aspek ini. Tapi kita maklum bahawa kita tidak lagi boleh bergantung kepada tokoh-tokoh yang ada. Kita di Malaysia, waima dalam BN sendiri harus mewujudkan seramai mungkin tokoh baru, bukan kerana kekuatan wang semata-mata, tapi harus lebih dulu dengan kekuatan wacana dan karakter. Pakatan Rakyat tidak ketandusan tokoh muda. PAS ada YB Husam, PKR ada YB Azmin dan DAP ada YAB Guan Eng. Ini tanda aras yang penting untuk melihat masa depan Malaysia yang lebih baik. Sindrom UMNO yang percaya kepada Peralihan Kuasa mungkin sihat pada satu sisi, tapi pada satu sisi lain ia buruk dan realiti UMNO sejak jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan, sebenarnya bagi aku cukup buruk (dan DS Anwar tidak terkecuali dalam bukti sejarah ini).

Cerita 2

Bila disebut kekuatan wacana dan karakter ini, aku harap PAS lebih progresif. Isu tuduhan terhadap DS Anwar, dijawab dengan laporan Qazaf seharusnya membuka wacana yang sihat. PAS seharusnya mengambil peluang ini untuk menguatkan pandangan politik mereka. Isu ini cukup dekat dengan tuntutan politik sebagaimana didakwa PAS. PAS tidak harus 'play safe', malah ke depan menggerakkan wacana dan dialog tentang pendirian PAS sebagai parti politik dan bagaimana kaedah penyelesaian terhadap isu ini. Ini akan menonjolkan PAS sebagai sebuah kerajaan menanti yang bersedia dan diyakini. Tapi pada satu titik lain, ia boleh merobohkan keyakinan ramai kepada PAS jika mereka gagal mewakili kekuatan wacana dan karakter ini.

Sekurang-kurangnya ia telah muncul di laman Ustaz Zaharuddin, bekas tokoh pemimpin pelajar di era Reformasi. Apakah PAS sanggup?

Harus diingat, dialog dan forum ini harus dibuka dan harus diasingkan dari pendirian kerajaan Pakatan Rakyat. Bukan kerana Pakatan Rakyat bermain selamat, tapi aku percaya setiap parti tidak harus meleburkan identiti mereka dalam mana-mana kerjasama. Identiti mereka harus dihormati, malah identiti individu harus dihormati meski mereka secara kolektifnya memilih mana-mana parti politik. Ini semangat libertarian yang aku pegang.

Meski tidak sepenuhnya libertarian, dan lebih banyak dilihat centrist, aku tidak mahu kita menutup ruang kepada idea-idea pembangunan faham politik yang banyak kerana tugas individu menyaring dan memilih (satu lagi tiang libertarian!). Dari hal ini, jika kalian mahu sokong UMNO dalam isu tertentu juga tidak harus rasa bersalah. Parti politik dan tokoh tertentu tidak akan menjawab bagi pihak kalian di Yaumul Mahsyar!