Aku tidak mahu ulas panjang, nanti berjela-jela jadinya, dan mungkin lekas dituduh bias.
Kalian telah saksikan, maka kalianlah jadi hakim kepada masa depan negara. Debat tadi adalah medan untuk menilai proses panjang pengurusan ekonomi negara. Meski ada selingan serangan peribadi (baca:populis di kalangan UMNO-BN) yang menunjukkan ketidakmatangan 'orang-orang' (baca betul2 ya, orang-orang), untuk aku ia cukup menonjolkan seorang yang lain.
Seorang libertarian menolak subsidi, ia adalah bentuk manipulasi minyak sebenarnya. Tapi jangan lupa bahawa bukan itu sahaja hujah libertarian, tetapi ia berdiri bersama hujah yang lain. Dan hujah ini, meski aku lihat adalah sandaran hujah kerajaan, ia tidak cukup mewakili semangat seorang libertarian.
Maaf ya, saja nak bergurau sekejap. Aku ingat jika takdir Allah s.w.t. dengan usaha manusia DS Anwar diangkat jadi Perdana Menteri pertama dari Pakatan Rakyat dan minyak diturunkan, agak2 orang UMNO-BN nak pegi daftar nama tak supaya mereka dikecualikan dari menerima insentif minyak ni? Hehe..sebijik macam TS Khalid perli isu air di Parlimen!
Mungkin aku silap, tapi yang nyata idea (baik libertarian atau selainnya) adalah untuk difahami, bukan telan bulat-bulan dan muntah semula sebagaimana 'orang-orang' itu cuba menunjukkan kasih sayang mereka kepada rakyat seluruhnya.
Semoga kasih sayang yang ada adalah kasih sayang yang benar.
i) Syabas DS Anwar! Membujur lalu, melintang patah!
ii) Hari ini saya rasa Kerajaan Malaysia telah menggunakan duit cukai rakyat dengan betul :)
iii) Jika kalian mahu belajar, dalam proses debat tadi, kita patut lebih banyak menumpukan kepada kelemahan hujah DS Anwar, kerana penghujahan D Shabery tidak lebih dari apa yang telah digunakan sepanjang PRU-12 dan media.
iv) Mencelah sikit, tahniah kepada Datuk Seri Dr Muhammad Leo Toyad Abdullah kerana telah bersyahadah dan takziah buat keluarga arwah Dato' Ahmad Basri Akil
Tuesday, July 15, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Saudara Amin;
ReplyDeleteAlhamdulillah, berkenaan debat, saya melihat Dato’ Ahmad Shabery Cheek banyak menggunakan pendekatan menyerang peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, manakala Datuk Seri Anwar Ibrahim banyak menyerang kelemahan pengurusan kerajaan dan banyak menyebut tentang nasib rakyat. Tahniah AgendaDaily dan persetujuan Dato’ Ahmad Shabery Cheek atas satu langkah berani mengadakan debat sebegini, saya memandangnya sebagai sesuatu yang positif. Tahniah Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana komitmen: “Hari ini Pakatan Rakyat membentuk kerajaan, insya Allah minyak turun 50 sen ke RM2.20!” Sms seorang teman: “Hari ini? Bila tu?”. Saya tersenyum… :-)
Berkenaan Islamnya Datuk Seri Dr. Leo Michael Toyad, sebenarnya beliau telah kembali kepada fitrah pada tahun 2006 lagi. Adakah saudara Amin cuba menggunakan pendekatan mengimbas sejarah sebagaimana yang dilakukan oleh Dato’ Ahmad Shabery Cheek... :-)
Wallahu a'lam.
Sdr Muhtar,
ReplyDeleteBerita Dato' Seri Dr Muhammad Toyad hanya baru saja saya peroleh, meski junior saya di kampus dulu (yang bergraduasi sekitar 2004) adalah anak saudaranya.
Saya tidak mahu, buat masa ini memanjangkan perdebatan pendek isu minyak ini. Seorang libertarian tidak mungkin bersetuju dengan subsidi (baca: insentif). Tapi seorang libertarian harus setuju bahawa keadilan adalah objektif yang harus dicapai dari pengagihan ekonomi. Hanya saja mekanismenya berbeza.