Aku maklum pada 15 hingga 17 Ogos 2008 akan diadakan Muktamar PAS di Dewan Indra Mulia, Ipoh, Perak Darul Ridzuan. Aku mahu berkomentar tentangnya, dan aku harus terus terang di sini bahawa aku bukan yang paling layak untuk itu.
Tajuk untuk entri ini bunyinya mendesak. Ya, kerana masih kekal di ingatan aku bagaimana runtuhnya Barisan Alternatif (atau BA yang merangkumi PAS-DAP-ADIL) pada 1999 rentetan tuntutan muslimat PAS (baca:agenda muktamar yang telah disusun lebih awal) untuk membawa semula agenda Negara Islam. Sudahnya DAP mengumumkan keluar dari Barisan Alternatif, selepas sebelum itu mereka menerima tamparan hebat dari masyarakat pengundi Cina. 2004 menunjukkan hasil berbeza meski DAP keluar dari BA.
Persoalan yang aku bawa ini bukan remeh. Suka atau tidak, peristiwa Alak dalam Protes hujung minggu lepas telah menjadi wacana popular, dan aku tidak hairan. Ia akan terus popular kerana sudah resam orang kita barangkali - keutamaan tidak jelas. Dan lebih pahit untuk diterima barangkali, PKR cuba dikambinghitamkan dalam proses menolak peristiwa Protes. Jika bukan PKR yang mahu dikambinghitamkan, apa perlu beberapa orang kuat PAS mula berkira-kira untuk menimbang semula hubungan dalam Pakatan Rakyat?
Entah kenapa, selama PAS mengagungkan kewujudannya, berapa banyak dialog inklusif muncul? Sepanjang tempoh itu entah apa usaha konstruktif yang diwujud, dibina dan dipelihara oleh PAS dan DAP? Setahu aku usaha konstruktif ini nampak terarah dan berterusan bila munculnya Parti KeADILan (ADIL) dan lebih berpeluang tersusun bila keluarnya DS Anwar dari penjara, sekaligus terbentuknya PKR. Ini bukan dakwaan untuk mengangkat PKR lebih tingggi dari yang lain.
Pasca PRU-12, saat 'harta ghanimah' mula direbut, entah berapa ramai yang betul-betul mahu ke depan dan mengusulkan situasi menang-menang. PAS dengan dakwaan jentera merekalah yang paling ramai membantu, PKR mendakwa faktor DS Anwar dan DAP melihat sokongan kaum Cina sebagai kejayaan mereka. Untuk ini aku hanya mahu katakan BODOH! (bukan bermaksud tidak bijak, tapi lebih kepada mempersoalkan apa jenis politik yang kalian bawa).
Sebab itu pasca kemenangan PRU-12, aku menulis entri paling asas dalam aspek siasah - Kualiti Kepimpinan. Terkadang takut melihat manusia berebut menjadi pemimpin, tapi aku akur bahawa kepimpinan itu perlu. Hanya mungkin aku lebih senang berebut menjadi Muazzin berbanding Imam barangkali.
Aku juga meramalkan politik ideologi akan muncul semula. Politik berasaskan kaum (yang kemudian disalut dengan wajah agama atau liberal) akan berdepan dengan politik rentas bangsa. Dan aku akan mengundi untuk mereka yang berani mengambil jalan politik rentas bangsa, hanya kerana aku percaya Rasulullah s.a.w. bukan pengecut, yang lari dari cabaran jamak masyarakat. Rasulullah s.a.w. adalah insan yang percaya kepada kekuatan hujah dan akhlaq, serta insan yang cukup sabar dengan mehnah. Pada mata Rasulullah s.a.w. aku melihat kecintaan Baginda s.a.w. terhadap umat jauh mengatasi kebencian (ada ke kebencian? mungkin kemarahan lebih tepat). Sebab itu syahadah itu LEBIH DITUNTUT berbanding meninggalkan maksiat. Maksud aku di sini beriman dulu dengan bersyahadah, persoalan lain boleh datang kemudian.
PAS dari segi ideologinya lebih dekat dengan UMNO. Realiti politik PAS lebih cocok dengan UMNO kerana PAS entah sampai bila akan berani membuat kenyataan prinsip berkaitan Islam - bahawa mereka akan memansuhkan Dasar Ekonomi Baru dengan penggantian kepada sebuah dasar dan perlaksanaan yang sekurang-kurangnya menghampiri kehendak Islam. PAS entah sampai bila akan takut kehilangan undi orang Melayu (yang dilindungi dengan retorika politik sebagai orang Islam). Hakikat bahawa selama kewujudannya PAS tidak menawarkan Agenda Ekonomi yang mantap sudah cukup menunjukkan dakwaan aku perlu disahut PAS dengan wacana yang lebih terarah.
Jika PAS menganggap ini adalah kritikan buta, maka terserahlah. PAS (baca:majoriti aktivis PAS) sampai kini aku percaya menolak mentah-mentah Liberalisme Ekonomi (hatta DAP dan PKR juga masih hati-hati) sedangkan sebahagian besar garis Ekonomi Liberal adalah cukup dekat dengan pandangan Islam. Justeru, wacana apa yang boleh kita harap untuk membangun politik baru? Dan aku percaya DS Anwar pasti akan cukup letih melayan karenah PAS, DAP dan dalam PKR sendiri. Tapi jujurnya aku pernah hadir dalam satu program DAP dan aku melihatnya sebagai jauh ke depan hatta berbanding UMNO sendiri! PKR tidak boleh terlalu mengharapkan IKD, apatah lagi IKD sendiri terus dicemburui elemen dalam PKR kerana beraninya Khalid Jaafar mengambil jalur pandangan minoriti. Dan kerana itu aku suka Khalid Jaafar (tanpa bermaksud aku setuju sepenuhnya) - tidak terikat dengan diktasi parti sepenuhnya atau less political. Malah aku pernah dihambur 'kemarahan' Pak Khalid kerana banyak buang masa dengan cerita politik populis.
PAS harus lebih berani meneroka masa depannya dengan tema peneraju perubahan. Bukan kerana mereka majoriti tetapi kerana kualiti kepimpinan menggarap tema wacana dan peribadi tiap dari ahlinya. Jangan lupa, bila PAS mahu orang mengenali mereka sebagai orang agama, dan lekas memusatkan hukum sebagai pendekatan dakwah - bersiap sedia untuk melihat orang ramai mencari kesilapan mereka. Itu realiti. (Mereka yang mahu masuk jadi pen) Dakwah adalah seperti kain putih, tiap titik hitam pasti mudah ternampak.
Sejahteralah PAS hendaknya jika mereka mahu memutuskan benang yang sedang dipintal ini. Politik Malaysia masih mencari harapan...dan jika PAS memutuskan benang yang sedang dipintal ini, bersiap sedialah untuk dipanggil pengecut.
* Tulisan ini mungkin banyak membicarakan PAS, tetapi tema-tema utamanya harus diambil oleh tiap parti yang mahu membawa kami (baca:anak muda) ke depan dalam proses hidup bernegara.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
tampaknya telahan saya berdasarkan peristiwa2 berselirat sejak pasca pru-12 sehingga kemuncaknya akhir2 ini akan terjaya dikit masa lagi. tak heran- perkara pokok untuk membawa robah dalam masyarakat ini pasti payah jika ramai yg sempit minda. masih bertenggek dan merengek atas isu mengkal, pengadu domba berleluasa (baca:faisal tehrani dll),terus sehingga pendewaan masalah2 kecil yg boleh sahaja ditolak tepi.
ReplyDeleteseperti kenyataan saudara,-KEUTAMAAN TAK JELAS!
terima kasih atas komentar sdr.
ReplyDeleteutk saya, bertarung dengan kepayahan sama seperti sesat di hutan. orientasi pemikiran orang yang sesat di hutan ialah untuk keluar. maka segala onak dan duri mungkin dihadapi, deria akan dipusatkan kepada tanda2 untuk keluar...dalam proses itu, kemandirian harus tinggi.
saya tidak menggesa PAS keluar dari PR, tapi PAS tidak harus sekadar berpuas hati dengan kalimah 'Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w.' tanpa berbuat apa2 yang signifikan. Itu seolah2 menjadikan Tuhan hamba kepada kita yang tidak mahu berikhtiar. Tapi insyaAllah saya percaya proses ikhtiar ini berlaku, semoga Allah s.w.t. permudahkan.
Saudara Amin;
ReplyDeleteAlhamdulillah. Saya berpandangan bahawa misi dan visi PAS sebagaimana yang dinyatakan di dalam perlembagaannya murni dan jelas. Cuma ketepatan strategi dan silat politik terbaik yang masih dicari, dan rasanya ini yang akhi cuba rungkai melalui entri ini.
Saya selalu menyebut kepada teman-teman, kita sudah terlalu ramai pengkritik dan kita memerlukan lebih ramai pekerja dakwah (baca: du'at) yang ikhlas dalam menjelaskan misi dan visi ini secara paling berhikmah. Selain itu, perlu juga disertakan dengan pelaksanaan agenda yang bersifat konklusif tetapi tidak rigid.
Akhi, percayalah usaha tengah berjalan dan sudah ada sinar di hujung terowong... Semoga sinar itu tidak dipadamkan!
Wallahu a'lam.
Akhi Muhtar,
ReplyDeleteSaya tidak pernah dan tidak mahu menafikan sumbangan PAS. saya orang tidak berparti. saya hanya mahukan negara saya mendokong semangat Pemahsyuran Kemerdekaan.
Ramai di kalangan teman mengajak saya menyertai politik kepartian, tapi saya menolak buat masa ini tanpa menafikan kemungkinan masa depan. Saya tidak pandai menjadi ahli politik hitam-putih, mungkin terlalu banyak melihat jalur kelabu. Tapi saya akan memilih hitam atau putih pada masanya.
Tulisan ini hadir kerana saya telah mula mengesan ada kekeliruan yang amat besar untuk mengangkat isu 'londeh seluar' sebagai isu pokok kerjasama dalam Pakatan Rakyat.
Pengalaman saya pada 2001 masih saya ingat. Konsensus gerakan pelajar GAGAL kerana pemuka2 yang mewakili jamak gerakan yang ada 'terikat' dengan kemahuan 'Biar kami mengetuai gerakan ini'. Untuk saya ini BODOH!.
Masalahnya, Anwar Ibrahim dilihat kabur oleh ramai pihak. Kawan mahupun lawan. Nabi kita, jelas hitam dan putihnya. Sebab itu, ramai yang lebih cenderung memilih yang jelas. Hitam mahupun putih.
ReplyDeleteMungkinkah insiden 'londeh' itu adalah dirancang dalam satu konspirasi pihak tertentu untuk menyingkirkan PAS dari PR? Heh, saja berteori nakal. :)
Anwar Ibrahim dilihat kabur atau orang yang mahu melihat Anwar memilih kekaburan?
ReplyDeleteUntuk saya, subjek yang saya tawarkan jelas - idea bukan batang tubuh. Dan idea sifatnya bergerak, meskipun adakalanya statik, ia jarang kekal begitu.
PAS boleh jadi UMNO, UMNO boleh jadi PAS. Nampak sukar, tapi kerana idea itu bergerak maka ia tidak mustahil.
Jika DS Anwar mahu dilihat kabur, saya juga tidak menghalang..silakan. Saya mahu juga lihat sejauh mana kekaburan yang dilihat pada DS Anwar boleh memberi budaya baru yang lebih tinggi dari mereka yang mendakwa begitu :)
Atas nama Tuhan juga, lihatlah bagaimana kalimah suci digunapakai - http://daniazz6383.blogspot.com/
PAS dengan liberalisme ekonomi? Tidak semudah itu untuk kita samakan liberalisme ekonomi zaman moden dengan prinsip Islam. The nature of neoliberal-capitalist system is far darker than most people thought. Minta maaf. Saya langsung xsetuju dengan Pakatan Rakyat dalam isu nak liberalize ekonomi.Jemput lawat blog saya yang anti ekonomi liberal. http://sosialiskanan.blogspot.com
ReplyDeleteWallahualam
tidak ada masalah untuk sdr berbeza tentang itu..
ReplyDeletesaya tidak mencadangkan sebutir habuk pun liberalisme ekonomi zaman moden. kenapa sdr tidak mengajak ramai dari kita menjengok liberalisme klasik? kenapa mesti lekas memilih bahagian yg tidak kita setuju berbanding menilai bahagian yg kita berpeluang setuju?
kenapa tidak kita melihat semuanya dan secara bijaksana menilai, mencerakin dan memilih? kenapa kita lebih senang terpasung dengan slogan anti itu dan anti ini?