Jika ada yang mahu DS Anwar reveal maklumat yang ada, aku kira kalian perlu bersabar. Pertarungan belum benar-benar dimulakan. Ia lebih kepada acahan sementara menunggu respon balas. Tapi cukup untuk aku katakan bahawa ia berkait dengan politik. Ezam mungkin mahu menidakkan perkaitan dengan politik, sebab apa? Harap-harap dia tidak ada apa yang mahu disembunyikan.
Aku percaya Ezam masih kenal aku. Aku sanjung tinggi keinginan dan kepercayaan dia untuk aku aktif bersama GERAK sebelum ini. Tapi aku harap dia boleh semak beberapa pandangan dia yang bercanggah hanya dalam beberapa pertemuan kami. Aku juga mengucapkan selamat berjuang padanya bila dia memilih UMNO. Untuk aku mudah, reformasi atau islah adalah kerja umat. Ia tidak memilih kelompok. Siapa yang sanggup maka bersedia dan berusaha.
Kesabaran yang aku tuntut bukan kerana apa. DS Anwar telah melalui tactical game yang pertama sebelum ini. Maka, kegopohan harus dielakkan. InsyaAllah pertarungan ini akan lebih kemas dan segak bak pahlawan Melayu.
Aku yakin dari sumber-sumber puzzle yang agak jelas, cuma masih belum cukup tercantum, pertarungan ini akan memakan sedikit masa, bergantung kepada profesionalisme polis seperti didakwa Pak Lah. Tapi sayang ia telah bermula dengan garis permulaan yang meragukan. Dalam isu DS Najib, kita tengok Pak Lah memberi jawapan berbeza walhal ia dakwaan yang lebih serius - kes bunuh dan menggunakan Akuan Bersumpah (sama seperti bukti yang DS Anwar masih simpan sebagai peluru yang akan mengheret DS Najib dalam tuduhan liwat).
InsyaAllah, wajah Malaysia akan berubah, bergantung kepada kehendak Allah s.w.t..
Wednesday, July 2, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Jangan jangan Malaysia bakal menjadi satu satunya negara yang tidak akan berubah?
ReplyDelete