Wednesday, July 2, 2008

Mereka Mahu Pertarungan Ini Dilekaskan!

Tuduhan terhadap DS Anwar yang dijadikan laporan polis oleh Saiful Bukhari bukan tuduhan biasa. Tapi insyaAllah ia tuduhan yang cukup untuk menyediakan beberapa individu ke sudut akhir karier politik mereka - sama ada DS Anwar, DS Najib malah mungkin sampai ke Ezam!

Pengakuan bersumpah Raja Petra terhadap DS Rosmah juga bukan tuduhan biasa. Ia akan turut mengheret DS Najib.

Yang jelasnya, kedua-dua isu menunjukkan DS Najib tidak terpisah sebagai man in power yang MUNGKIN menjadi pelindung kepada penggerak-penggerak isu ini. DS Najib dan Ezam hingga kini masih belum menafikan bahawa mereka ada bertemu Saiful, dan khabar tiris mengatakan Ezamlah orang yang mempertemukan Saiful dan Najib. Mereka mungkin berhati-hati buat masa ini. Tapi kenyataan bersumpah bahawa pertemuan itu wujud cukup untuk menjadi peluru yang disimpan oleh DS Anwar.

Hari ini DS Anwar tidak akan menunggu lagi. Serangan mula dilancarkan!

Ramai yang melihat isu ini sebagai membelakangi kepentingan rakyat - seolah-olah isu harga barang dan sebagainya sudah ditimbus. Aku kekal mahu katakan tidak. Isu ini adalah cukup penting. Jangan lupa bahawa sejarah 1998 telah menunjukkan bagaimana institusi awam dan badan kerajaan yang sepatutnya jadi badan yang dipercayai telah dirogol oleh SEBILANGAN manusia. Tidak timbul soal DS Anwar tidak percaya kepada badan kepolisan dan badan perundangan. Hakikatnya di mana suara kalian yang sinis tatkala badan-badan ini sedang dirogol?

Tak perlu sinis mempertikai kenapa DS Anwar membuat laporan polis sedangkan pada masa yang sama beliau ragu dengan badan berkenaan. Itu cakap orang yang tidak faham erti kenegaraan!

Lebih kurang 10 tahun berjuang, DS Anwar dan ramai lagi cukup arif bagaimana institusi dan badan kerajaan yang dirogol membenihkan ketidakadilan. Tapi perjuangan tetap perjuangan. DS Anwar tetap percaya bahawa sistem harus dijaga. Adalah tidak bijak untuk membuang sistem perundangan dan sistem kepolisan.

Hujah kekal sebagai sandaran yang boleh dipakai. Badan perundangan dan sistem kepolisan harus menunjukkan profesionalisme mereka. Hakikat bahawa Ketua Polis Negara sendiri memesongkan fakta bahawa beliau telah memukul DS Anwar dalam kes 1998 cukup untuk menunjukkan bahawa jiwa beliau kecil dan tunduk kepada tekanan politik yang zalim. Jeritan bahawa badan perundangan dan sistem kepolisan tunduk kepada tekanan politik ini bukanlah tidak dibuktikan, malah penting untuk dipantau lebih-lebih lagi untuk kes berprofil tinggi.

Kita sedar bahawa DS Rais Yatim masih gagal bertindak, dalam keadaan tahu bahawa wujud kes berprofil tinggi. Kita tahu bahawa DS Rosmah tidak akan saman Raja Petra kerana ia akan mengheret mereka ke mahkamah di mana peluang hujah dan bersaksikan rakyat lebih dari hakim akan menghukum mereka dan institusi yang bekerjasama.

Mereka sungguh terlupa, bahawa gaji mereka sebahagiannya adalah dari titik peluh rakyat. Mereka masih kekal menganggap diri mereka lebih dari rakyat. Mereka sangka kedudukan politik adalah keistimewaan dan kuasa yang tidak boleh dicabar. Mereka mengharap rakyat terus kekal bodoh dan boleh diperbodohkan.

Mereka tidak faham bahawa 8 Mac 2008 adalah petunjuk dari Allah s.w.t. melalui tangan rakyat bahawa "Akulah yang membolak balikkan hati-hati manusia".

Reformasi. Yang aku harapkan darinya ialah lahir manusia bebas yang bermaruah. Yang tahu kebesaran Tuhan dan kemuliaan insan yang diangkat sebagai khalifah untuk memakmurkan bumi ini dengan petunjuk Ilahi.

2 comments:

  1. Adakalanya... Mata hati ditutupi dengan nafsu duniawi... Maka, butalah hati dari melihat cahaya kebenaran...

    Apakah yang diingini dengan pertarungan? Apakah mahukan yang menang jadi arang yang kalah jadi abu?? Apakah pertarungan itu galakan dalam agama??

    Apakah sudah buhsan dengan keamanan? lantaran diciptakan agenda-agenda untuk mencabul kemakmuran??

    Apakah arus liberalisme sudah menenggelamkan semangat perjuangan sebenar belia islam ini? Apakah jalan protokol ke-10 jua yang dikuti, walhal sadar ianya musuh utama kita selepas nafsu? Atau hati ditawan musuh yang paling besar iaitu syaitan dan nafsu??

    -Tunjukkanlah Kami Jalan Yang Lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

    ReplyDelete
  2. zamspotte,

    saya tahu anda student UPM dari kelompok aspirasi. saya tidak ada masalah dengan itu.

    terima kasih atas ingatan anda. semoga anda sedar bahawa telinga anda lebih dekat dengan mulut anda dari telinga saya.

    insyaAllah fanatisme tidak akan membengkak dalam diri saya. dari kalangan mahasiswa yang sedikit ke depan, saya masih kekal memilih tidak berparti. tapi saya cukup percaya keperluan Reformasi digerakkan.

    sdr boleh percaya dengan apa yg sdr mahu percaya. liberalisme tidak salah bagi saya, yg salah ialah bila kita memilih mencari sisi gelap dari sisi cerah.

    ReplyDelete