Hal 1
P. Balasubramaniam tarik balik kenyataan bersumpahnya (kenyataan bersumpah baru akan dipamerkan sedikit waktu nanti - mungkin aku tak sempat kerana aku outstation). Apa yang aku faham, dia membuang semua tuduhan bersabit DS Najib, dan ia dilakukan bersama peguam baru. Peguamnya sebelum ini memaklumkan semalam Bala dipanggil ke Ibu Pejabat Polis di Brickfields.
Aneh, Bala mengaku terpaksa dalam kenyataan bersumpahnya sebelum ini. Seolah-olah DSAI mempunyai kuasa. Bukankah beliau sendiri yang menghubungi peguam DSAI? Bukankah beliau sendiri yang mengaku hairan kerana kenyataannya berhubung perkaitan DS Najib tidak ditanya di mahkamah? Siapa memaksa? Agak tidak wajar mereka yang berada di luar koridor kuasa mempunyai kemampuan memaksa.
Bala dalam sesi bersama wartawan sebelum ini sendiri mengakui bahawa dia ditahan di bawah Seksyen yang tidak kena dan penahanannya tidak mempunyai motif yang cukup kuat selain politik - kerana dia bekerja dengan seorang VIP yang bekerja dengan seorang 'politikus kanan pemerintah' (sebut saja DS Najib!)
Allah s.w.t. akan melaknat mereka yang zalim! Tak kira kau pemimpin, polis, peguam atau siapa saja - itupun jika kau percaya Tuhan!
Hal 2
DS Najib konsisten dengan pengakuan tidak terlibat dalam konspirasi baru terhadap DS Anwar. Beliau kekal mahu konteks bicara awam terhad sekadar DS Anwar melakukan perbuatan liwat atau tidak. Beliau kekal tidak mahu membuat laporan polis terhadap tuduhan sama ada beliau ada 'serpih-serpih bau' dalam isu Altantuya. Beliau nyata belajar sesuatu...laporan polis hanya akan mengeret beliau kepada pertanyaan yang lebih banyak dan mendasar.
Apapun kita renung semula dakwa DS Najib, Saiful ada bertemunya dalam keadaan trauma dan mengadu diliwat DS Anwar. Syabas! Aneh juga semudah itu untuk berjumpa DS Najib, dan kenapa DS Najib? Kenapa Saiful (yang poyo mendokong Reformasi walhal berkempen di laman Friendsternya untuk Barisan Nasional) tidak memilih TG Nik Aziz atau selain beliau? Apa peranan Ezam dalam pertemuan dengan DS Najib? Hatta, pada malam kami di Hotel Quality, ada seorang anak muda yang aku tidak kenal berjumpa kami - aku dan Nik Nazmi - mendakwa bahawa tunangnya juga tidak tahu! (Maaf ya, aku tidak bermaksud melibatkan tunangnya, dan berhentilah kalian dari memberi tekanan kepada tunangnya - politik mungkin bukan bahasa yang semua orang faham).
Seingat aku baru Isnin lepas DS Najib kata dia tak pernah berjumpa Saiful. Tentang gambar Saiful dan Anas, DS Najib hanya mendakwa bahawa itu pertemuan mereka atas tujuan biasiswa. Ya, aku malas nak bicara soal biasiswa seorang yang lingkup pelajarannya dek sibuk berpolitik. Cuma aku harap dia bayar semula biasiswa sebelum ini dan berhenti menghabiskan wang yang patut diberi kepada orang lain! Ramai lagi budak-budak sokong UMNO boleh berjaya dalam pelajaran dan mempunyai peribadi yang boleh dihormati meski berbeza pendirian politiknya dengan aku! Persoalannya kenapa perlu DS Najib berdolak dalik?
Dan lebih menarik lagi, Saiful bertemu DS Najib jauh lebih awal dari hari dia membuat laporan polis. Dan yang menariknya wujud kenyataan liwat berlaku selang 2 hari sebelum laporan polis. Haha, kartun! Trauma dan mengadu kepada DS Najib, kemudian serah lagi bontot? Apa jenis cerita ni? Lawak sungguh, DS Anwar baru balik dari Mekah pulak tu, dan sibuk menguruskan isu Selangor sampai ke malam! Yang best tu, Saiful terkinja-kinja cari DS Anwar pagi Jumaat di ofis Parti keADILan Rakyat di Tropicana! Malas la nak cerita banyaknya duit Saiful menyewa di Kondo berkenaan. Jangankan cerita liwat berkali-kali...banyak sungguh masa dia! Aku betul-betul nak tahu setiap masa dalam tempoh 3 bulan Saiful menyelinap masuk ke pejabat DS Anwar ni. Ini rupanya rahsia besar kenapa Saiful dan Rahimi seboleh-bolehnya mengenepikan Farhash untuk memastikan mereka yang jaga diari DS Anwar. Mereka terlupa bahawa ada perkara-perkara yang tidak akan ditulis dalam diari, terutama hal ehwal rundingan Crossover. Tapi aku yakin Saiful tahu sedikit sebanyak persoalan rundingan ini, dan ia bukti paling nyata untuk DS Najib bimbang peralihan kuasa yang berpotensi menelanjangkan kebobrokan beliau.
DS Najib juga menyatakan "terpulang kepada kamu" (kamu di sini ialah Saiful) untuk melaporkan kepada polis bersabit isu ini. Tidakkah DS Najib tahu ini adalah isu jenayah? Jika DS Najib sebagai Timbalan Perdana Menteri melihat aduan Saiful dengan sikap berkecuali, layakkah dia memimpin negara ini?
Aku pasti Tuhan akan melaknat para penzalim!
Ingatlah rahmat Allah s.w.t. mendahului kemurkaannya, belum terlambat dan belum terlalu bodoh untuk bertaubat dan menyelamatkan negara ini dari jurang binasa!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Saya yakin, pihak yang paling mendapat faedah daripada peristiwa ini adalah DSAI.
ReplyDeleteSaat ini sukar hendak melihat di mana faedahnya buat DSAI, tetapi kita bersabarlah, ia pasti muncul sendiri.
kalau orang hanya baca akhbar utusan dan tengok TV3 xkan tahu hal yang sebenar..semuanya putar belit orang kerajaan.diorang dah takut sekarang ni..sebab tu buat tuduhan mengarut.takkan orang berumur 60 tahun ada kekuatan hendak "menumbangkan" saiful yang berumur 23 tahun..tak logik!! macam cerita hindustan..mari kita berdoa supaya Allah tunjukkan siapa betul dan siapa salah..
ReplyDelete