Malam itu suram
Tidak lama usai sesi pertama
Sekumpulan manusia mengiltizam wacana.
Khabar apa yang melanda?
Apakah dunia sudah lupa pahala dan dosa?
Sayup malam berlalu
Dan kami tidak pernah tidur
Ada yang sabar, ada yang kesal dan ada yang terpinga-pinga.
Saksi kejadian malam itu
Pasti lekas terhimbau malam petaka 1998
Saat manusia bernama Anwar diseret pergi
Yang keluar hanya berita mata lebamnya
Lama selepas Ketua Polis Negara mengisytiharkan "safe and sound"nya dia.
Petaka apa di Malaysia
Kenegaraan jadi erti yang sempit buat rakyat
Seolah yang berkuasa hanya sekelompok manusia
Ya, manusia yang diangkat dari proses parti tertentu
Dari peringkat cawangan, bahagian dan Pusat
Dan slogan muluk jadi bahan khayal buat rakyat.
Keangkuhan yang patah tanggal 8 Mac 2008
Tidak mampu ditangani mereka
State of denial bertukar strategi pendekatan
Namun rakyat di 5 negeri kekal terhukum
Tanya saja pegawai kerajaan, mereka arif tentang arahan menarik semula belanjawan.
Apa nak jadi dengan Malaysia?
Lama sebelum itu terdengar jerit seorang isteri
Saat Abdul Razak Baginda menghadapi pendakwaan di mahkamah
Kes arwah Altantuya Sharibuu
Jeritnya begini "Suami saya bukan nak jadi Perdana Menteri!"
Siapa nak jadi Perdana Menteri?
Wednesday, July 2, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Petik: Jeritnya begini "Suami saya bukan nak jadi Perdana Menteri!"
ReplyDeleteTuan Amin, ya, saya masih ingat pernah membaca kata-kata yang dilaporkan itu.
Dalam kes dossier yang membuktikan kaitan dengan Musa Hassan dan Gani Pattail, teori saya betul, iaitu Ramli yang akan mendedahkan dossier itu.
Dalam kes Rosmah dan Najib, teori saya salah. Saya sangka isteri Razak Banginda yang akan mendedahkan keterlibatan Najib dan Rosmah.
Saya ada satu lagi teori. Dalam kes Saiful, Pak Lah dan Najib tidak terlibat. Ia adalah kerja Musa dan Gani.
Saya masih menunggu apakah teori saya ada yang betul lagi.
Sifu,
ReplyDeleteTeori kes Saiful yang puan bawa memang telah jadi buah mulut pada malam kami di Hotel Quality. Malam itu kami dapati banyak kem-kem UMNO yang terpinga2, bukti bahawa perancangan ini terhad pengetahuannya. Dan pada hari ini mereka turut sama menggodam DSAI hanya kerana mereka tidak sukakan DSAI atau lebih tepat mereka mahu selamatkan kepentingan mereka (projek, harta dan rasuah) terlebih dahulu.
Tapi saya percaya dalam apa juga gerakan - brain dan man in power perlu ada. Brain untuk merekayasa helah, man in power adalah untuk memastikan kerja berjalan dan dilindungi.
Saya cukup percaya bahawa kuasa Allah s.w.t. adalah segalanya. Ia memerlukan keberanian kita untuk mara. Dan antara kita terlihat DSAI ada kelebihan itu beserta faktor sokongan yang lain dari rencam pengalaman beliau (tanpa menafikan keberanian yang lain).