Cerita 1
Hujung minggu ni aku tonton dua filem melalui DVD - Oxford Murders dan Revolver. Revolver ni kebetulan aku tonton sebab kawan aku buka, Oxford Murders memang aku beli. Agak menarik, bermula dengan Tractatus-Logico-Philosophicus, karya besar tulisan Ludwig Wittgenstein saat kekalutan perang yang dikembangkan sebagai 'pertarungan' logik di sebalik peristiwa pembunuhan dan kematian di Oxford. Antara pelakonnya adalah Elijah Wood. Revolver pula tidak kurang menarik, menggunakan pengalaman interaksi dalam penjara di sebalik permainan catur yang pergerakannya disampaikan melalui sebuah buku Kuantum Mekanik dalam proses menyelesaikan isu-isu yang muncul melibatkan gangster dan otai kasino. Agak pening dengan babak-babak yang banyak bertukar.
Cerita 2
Aku baca pasal kenyataan Ezam. Lucu. Semasa mendengar siaran langsung ceramah TG Nik Aziz, DS Anwar, YB Husam dan YB Saifuddin Nasution secara online, khabarnya dari pengerusi majlis dan YB Husam seramai 70-200 orang sahaja yang hadir mendengar Ezam di Kelantan. Ezam mungkin lupa hamburan maki hamun beliau terhadap UMNO. Ezam mungkin lupa provokasi dia untuk aku menggerakkan mahasiswa menentang Khairy. Ezam beria-ria tidak mahu DS Anwar mengalihkan isu tuduhan liwat. Dia lupa isu kesusahan rakyat ini telah lama muncul. Ezam menganggap teman-teman dalam PKR terlalu bodoh dan sanggup membiarkan YB Azmin menguasai PKR. Ezam ingat kelompok-kelompok yang wujud dalam PKR semudah itu mahu ditundukkan? Ezam lupa tindak tanduk dia diperhatikan sebaik saja keluar dari ISA.
Ezam mahu masuk UMNO kerana yakin dengan Pak Lah, kita harap Ezam lepas ni juga buat kenyataan dia yakin dengan pilihan Pak Lah untuk digantikan DS Najib nanti, orang yang Ezam kononnya cabar mahu lawan di Pekan. DS Anwar tak pernah menyerang Ezam sebagaimana yang diharapkan. Jika kita faham bahasa politik, strategi Ezam hanya untuk meraih populariti murahan. Dari Ezam cuba mencari populariti dengan mengajak DS Anwar berdebat, eloklah Ezam tanya diri sendiri di mana kejujurannya tentang fail-fail yang dia mengaku 'ada' dan mengheret parti dan orang ramai untuk percaya dan bermatian kerananya. Ezam harus ingat dalam mesyuarat GERAK sendiri dia pernah digesa untuk mendedahkan nama perasuah yang berjawatan dalam kabinet Pak Lah dari laporan 600 muka suratnya. Ezam tahu, malah semua politikus tahu, jika DS Anwar respon kepada mereka beerti mereka dapat populariti mee segera. Politik lama!
Cerita 3
Dewan Ulama PAS menyatakan sokongan terhadap kenyataan TG Haji Hadi dalam Harakah. PAS mungkin tidak pernah memikirkan DAP pernah membuka ruang untuk mereka berforum dan berdialog dengan masyarakat bukan Islam berkaitan agenda mereka dan hasilnya PAS 'tewas' pada 2004. Ketewasan ini memang sementara, tapi sampai bila bahasa dakwah PAS harus dibiarkan 'tidak bergerak'? Lucu juga bila PAS mendakwa kerusi DUN dan undi majoriti masih milih mereka. Aku harap PKR dan DAP tak perlu mendakwa undi atau kerusi tertentu miliik mereka. Mana-mana parti, meski dari kalangan BN sekalipun harus sedar, rakyat terbanyak lebih ramai tidak menjadi ahli parti berbanding sebaliknya. Hanya saja dalam pertarungan PRU-12 yang lepas hampir semua kerusi adalah satu lawan satu. Dan mereka yang memilih Pakatan Rakyat rata-rata bosan dengan kelemahan, keangkuhan dan kezaliman BN. Begitu mudahnya. Jika PAS mahu menafikan 'keberhasilan besar' untuk PKR, mereka juga harus ingat bahawa PKR telah diberi kerusi-kerusi yang lemah dalam PRU-12 yang lepas kerana DAP dan PAS lebih mahukan kerusi yang selamat. Tapi rakyat juga pada akhirnya membuat pilihan. Dan sebahagian rakyat masih kekal mahukan UMNO-BN. Hanya saja masalah kita dengan UMNO-BN ialah kerana mereka tidak mahu menjamin proses berpolitik dan bernegara yang lebih baik.
Sudah tentu aku tak mahu menghalang 'dakwah' PAS kepada UMNO, malah sesiapa saja. Cuma aku mahu terus menyarankan dalam konteks politik, PAS harus tampil dengan bahasa polisi, bukan bahasa sentimen yang meleret-leret. Jujurnya, kasih sayang aku tidak pernah terhakis pada umat ini sebanyak mana pun mereka mahu membenci aku. Politik kasih sayang semakin tipis nilainya di Malaysia. Tanpa kasih sayang, pintu mana kalian mahu buka untuk proses lita'arafu (saling mengenali)? PAS rasa mungkin tidak cukup dengan tiga Menteri Besar barangkali, hatta khabar tiris juga sampai bahawa Menteri Besar Selangor mahu dimiliki. Alih-alih, rundingan politik telah diberi wajah baru, dengan bahasa lunak berbunyi D.A.K.W.A.H.. Semoga kerja Nabi s.a.w. itu tidak dijadikan topeng, setelah sebelum ini rundingan-rundingan yang berlaku dinafikan sekerasnya (sampai nak saman bloggers bunyinya!). Pelik, seolah-olah PAS terbahagi - pengikut TG Nik Aziz dan Tg Haji Hadi (mungkin FT yang dulunya beria-ria hentam TG Haji Hadi dan angkat TG Nik Aziz pening..haha, berhentilah melagakan orang).
Rakyat akan menjadi hakim untuk drama politik Malaysia! Semoga PAS dewasa pasca ulang tahun ke-50!
Saturday, July 12, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tuan Amin,
ReplyDeleteSaya bukan orang politik, cuma saja saya ambil berat hal-hal politik sebab ia adalah tanggungjawab saya sebagai individu.
Pada pendapat saya yang bodoh-politik ini, Tuan Guru Hj. Hadi Awang membuat kenyataan itu supaya akar umbi PAS berasa lega.
Allah jualah yang lebih mengetahui.
Puan Ainon,
ReplyDeleteUntuk saya, jika itu kenyataan untuk melegakan penyokong akar-umbi, ia akan lebih bermasalah. adalah lebih baik PAS mengambil tindakan yg lebih konstruktif dalam membentuk pemikiran sebuah kerajaan kepada ahli2nya.
Dalam kes Alak, telah saya tunjuk satu sisi yang lebih besar dari isu londeh iaitu kenyataan Alak bahawa "kami bukan mewakili mana2 parti politik, kami rakyat!". Mungkin ia sinikal di awal persembahan beliau tapi makna di sebalik kata itu cukup besar buat saya. Tapi telah jadi 'kebenaran umum' di Malaysia terutama di kalangan parti politik. Mereka tidak mahu kenal apa itu Masyarakat Sivil dan hubungannya Kerajaan Terhad. Pada sisi lain pula Masyarakat Sivil sendiri merelakan pemusatan kuasa politik ini kepada politikus. Sebab itu politik kita lambat barangkali..atau mungkin saya yang lembab dengan segala kelemahan saya.
Jujurnya, saya belum jelas dengan bahasa polisi dari PAS. Tapi kenapa saya mahu PAS terus berjuang? Kerana saya kenal sebahagian besar kejujuran pimpinannya..hanya saja banyak perkara teknikal dan strategi politik perlu mereka tunjukkan dengan jelas penguasaan mereka.
Wallahu'alam. Saya boleh jadi sangat tersilap dan bodoh dalam kenyataan saya ini.
Tuan Amin,
ReplyDeleteSaya ingin menulis panjang tentang isu yang tuan tulis, tetapi wacana politik adalah wacana yang saya tidak kuasai dengan baik.
Jadi saya teruskan membaca dan berfikir dalam senyap sahaja....
Nota: Saya suka membaca sudut pandang tuan.
Puan Ainon,
ReplyDeleteSaya juga bukanlah menguasai bahasa politik dengan baik. Tapi saya cuba kerana :
1) Saya tidak ada kepentingan apa2, sekurang2nya buat masa ini.
2) Saya ada kepercayaan yang kuat bahawa masyarakat sivil harus muncul sebagai faktor yang kuat di Malaysia, tanpa keangkuhan.
3) Saya selalu mengharapkan teguran2 malah bangkangan yang kuat dari khalayak di mana saya berpeluang bertemu. Saya percaya ini akan membantu saya lebih matang dan lebih tajam berfikir. Lebih2 lagi tulisan saya dalam Bahasa Melayu.
Nota : Terima kasih atas kunjungan Puan. Saya sangat menghormatinya.