Thursday, April 8, 2010

Kaduk

Gua dengar MU menang dengan Bayern semalam. Serius gua ingat Bayern dah kena titik 3-0. Alih-alih Bayern layak.

Apakah? 3-0 pada mulanya rupanya berakhir dengan 3-2.

Itu namanya Pak Kaduk, menang sorak, tapi tak layak! kah kah kah

Sunday, April 4, 2010

;)

Lepas ni gua syak budak-budak MU akan cerita kisah sejarah mereka menang treble, ada koleksi juara liga, juara Eropah, juara piala FA dan sebagainya...

Tapi apapun, mereka tak dapat ubah keputusan semalam, Chelsea 2 Man Utd 1, kah kah kah

Sunday, March 28, 2010

Waduh!

Selamat.

Hari tu balik Perlis bawa kereta macam pelesit. Keluar jam 12.15 pagi sampai jam 5.15 pagi. Walhal hari tu serius persiapan tak buat apa sangat. Balik kerja awal sikit sebab singgah tempah kad kahwin dan kemudian ziarah Eda di HUKM. Dia dapat anak perempuan yang amat comel. Muka Firdaus!

Balik Perlis kali ni produktif sikit. Sempat uruskan hal-hal perlu dan meeting berkali-kali dengan kawan-kawan. Tidak dilupakan tentunya bersama keluarga dan rakan-rakan. Layan Chelsea menang 7-1 dengan Villa, hoho.

Tadi balik singgah Seri Iskandar jumpa Puteri. Bagi kat dia Pen mahal yang dibeli dan makanan yang mak masak. Kemudian cuba balik ikut Sabak Bernam sebab malas nak patah balik. Nak jadi cerita...hujan dari Bagan Datoh sampai ke Klang! Waduh!

Sebenarnya aku baru tiba dan mungkin tidur lewat sebab dapat panggilan Puan Penyelia yang sampaikan keperluan kerja segera, nak esok pagi! Waduh!

Wednesday, March 17, 2010

Terima Kasih Art

Bukan rahsia bahawa saya mendokong perjuangan reformasi di Malaysia. Saya belum menjadi ahli mana-mana parti. Jika ada parti yang ingin saya sertai, ia mesti komited dengan agenda persamaan di mata hukum bagi semua rakyat, mendokong kebebasan individu dan boleh dipercayai pertanggungjawabannya.

Berdepan dengan status-quo yang besar, saya kira artikel Art boleh membantu kita memahami dengan lebih jelas apa yang selama ini kita dimomokkan. Sebetulnya ia adalah satu daripada sekian banyak penulisan dan pandangan awam yang serupa. Cuma kerana Art membuatnya secara tersusun, maka saya fikir elok ia dibaca oleh mereka yang patriotik dan percaya kepada nilai kemanusiaan universal. Sesungguhnya, tercatat di dalam al-Quran bahawa Allah s.w.t. memuliakan seluruh Bani Adam.

Tuesday, March 9, 2010

Yang benar...

Manusia memang selalu memutuskan diri mereka benar. Jadi, sama ada mereka akan menganggap sesiapa bertentangan dengan mereka sebagai 'yang lain' atau mereka mahu terus mengelak daripada 'bertukar pandangan' atau kata kerasnya 'bertegang urat'.

Dunia hitam putih itu semoga tidak masuk terlalu dalam di wilayah diriku.

Thursday, February 25, 2010

Selawat!

Selawat!

Jangan lupa baca tulisan di kolum saya, lita'arafu.

Thursday, February 18, 2010

Blog

Maaf ya kerana blog ini terus kucar-kacir.

Kerja terkini menuntut komitmen tinggi. Tapi ia memberi satu dorongan baru untuk kerja-kerja yang rumit dan berisiko.

IDEAS telah dirasmikan (www.ideas.org.my). Semoga maju terus. Aku masih bersama IDEAS membantu apa yang aku percaya perlu dikembangkan dalam masyarakat, hanya sebagai Associate. Dan aku masih keluar ASTRO untuk bicarakan apa juga yang aku percaya penting untuk mengusung politik idea di Malaysia.

Juga masih terus menulis di beberapa media dan laman web peribadi.

Harap dapat bicara lagi nanti.

Thursday, February 11, 2010

Agihan Sama Rata?

Terima kasih kepada Fadzrul, ini contoh mudah untuk mereka yang tak memahami idea di sebalik libertarianisme. Saya datangkan hujah kenapa Sosialisme gagal :)

A parable of sorts, possibly one of the most eloquent on the subject

An economics professor at Texas Tech said he had never failed a single student before but had, once, failed an entire class. The class had insisted that socialism worked and that no one would be poor and no one would be rich, a great equalizer. The professor then said ok, we will have an experiment in this class on socialism.

All grades would be averaged and everyone would receive the same grade so no one would fail and no one would receive an A. After the first test the grades were averaged and everyone got a B. The students who studied hard were upset and the students who studied little were happy. But, as the second test rolled around, the students who studied little had studied even less and the ones who studied hard decided they wanted a free ride too; so they studied little. The second Test average was a D! No one was happy. When the 3rd test rolled around the average was an F.

The scores never increased as bickering, blame, name calling all resulted in hard feelings . No one would study for anyone else. All failed to their great surprise. The professor told them that socialism would ultimately fail in similar fashion for the simple fact that people strive to succeed when it leads to greater reward.

Saturday, January 30, 2010

Filipina

Bertolak dari LCCT jam 1.20 pagi, esok akan pulang semula ke KL dan tiba sekitar jam 12.30 pagi.

Manila macet. Kata teman, 1 jam sebelum pertemuan harus sudah bertolak dari lokasi asal.

Di sini aku menginap di Ortigas, tumpang rumah teman.

Ada waktu aku keluar mendengar kuliah Asian Renaissance.
Ada waktu aku ke kompleks membeli-belah, ya..ia banyak sekali di sini.
Ada waktu aku mencari buku, ada waktu mencari barangan lain.

Waktu lain aku ke Muzium Nasional, Taman Rizal dan Kota Santiago.

Seluruh Manila berkisar soal Jose Rizal, tapi sekurang-kurangnya aku mengenal Bonifacio dan Sultan Qudrat.

Sunday, January 24, 2010

Off to Manila

Gua di Manila sekarang, sejak kelmarin.

Malam sebelum gerak ke Manila, gua bagi Pidato Perdamaian di Lot Republik Anak Muda (RAM), Bangsar. Jenuh bergegas ke lapangan terbang kerana hujan lebat petang itu mendorong kepada banyaknya kemalangan dan juga banjir dan ia buat jalan macet.

Friday, January 15, 2010

Dah kata dah...

Isunya lebih politik daripada soal teologi...

Wednesday, January 13, 2010

Ingatan Buat Diri

Membela Islam sebagai agama dan membela muslim sebagai penganut agama adalah dua perkara berbeza.

Ulasan Forum Awam isu nama Allah s.w.t.

Jujurnya, saya tidak sepenuhnya puas hati dengan hujah-hujah semua panelis dalam forum Allah: Siapa yang punya? Kebanyakan adalah hujah lama yang memang muncul dalam internet selain beberapa hujah baru dan juga usaha meng-konteks-kan hujah yang ada.

Saya percaya video forum ini akan dipamerkan di ruang maya nanti, oleh mereka yang membuat rakaman.

Dr. Khalif Muammar menekankan bahawa makna yang penting, bukan lafaz.
Dan Dr. Farid Shahran menekankan tiada lafaz tanpa makna.

Tuesday, January 12, 2010

Astro Awani

Sabtu ini ke Astro Awani sekali lagi. Untuk rakaman slot Perspektif Kita yang masih berbicara tema yang sama - Masyarakat Inovatif.

Rasanya dah 10-11 kali aku dijemput menjadi pembicara di Astro, cuma aku belum mendapatkan lagi salinan rakaman yang lepas-lepas daripada Astro Awani.

Tadi abang hantar pesanan ringkas melalui telefon, rupanya ada satu slot yang aku ikut dulu telah ada di YouTube. Saksikan :)

Sunday, January 10, 2010

Masyarakat Inovatif

Saya akan ke udara secara langsung di Astro Awani jam 5 petang untuk memperkatakan tentang Cabaran Malaysia 2010: Melahirkan Masyarakat Inovatif

Kalimatun Sawa

Saya telah bertemu laman ini lama dulu. Semoga ia bermanfaat untuk kita :)

Tuhan dan Manusia

Tuhan mencintai burung, maka Tuhan menciptakan pohon agar burung tersebut mendapat tempat bermain yang bebas.

Tapi manusia merasa mencintai burung, maka manusia menciptakan sangkar yang membuat burung tersebut tak dapat terbang dengan bebas."

Who Speaks for Muslims 2

Aku tulis di Facebook:

sibuk manusia mendakwa Allah s.w.t. milik mereka, kan lebih baik cakap kita semua milik Allah s.w.t.

Tiada bangkangan, malah itu yang dianggap sebaiknya.

Dan saya menulis juga selepas beberapa komen:

dan ayat ini juga boleh membantu cara kita berfikir ttg isu Allah s.w.t.. berani-kah orang Islam kata org Kristian akan berjumpa Tuhan lain di akhirat? ;)

Saturday, January 9, 2010

Who Speaks for Muslims..

Allah s.w.t. untuk Islam?

Jawablah dengan Islam itu apa, bukan siapa...

Friday, January 8, 2010

Islami?

Jangan anda ingat dengan membakar gereja itu telah menjadikan anda muslim sejati.

Dan hari ini hujah-hujah "pembela nama Allah s.w.t." (yang Allah s.w.t. jelaskan sifatnya yang tidak boleh dimudaratkan itu...) bahawa Nabi s.a.w. meruntuhkan berhala-berhala di Mekah sebagai justifikasi pembelaan, kini bertemu buku dengan ruas.

Jangan ingat anda tidak ada saham kepada perbuatan ini.

Gubal

Isu-nya bagi saya gubal atau tidak. Itu saja pilihan yang ada, barangkali.

Dan saya kekal sejak dulu mengatakan bahawa Islam hanya menggubal persoalan jenayah, dan tidak dalam hal dosa.

Kerana iman adalah dalam wilayah peribadi. Hujahnya ada pada kalimah syahadah itu sendiri. Dan dari perihal jemaah, ia difahami saya dalam semangat saling-memerlukan (interdependence).

Jika perbuatan Nabi s.a.w. hendak dijadikan dalil, mungkin dalam pilihan sama ada gubal atau tidak, maka dengan tiadanya catatan gubal, jawapannya jatuh kepada wilayah tidak.

Dan untuk saya, ia cocok dengan berulang-kali dialog muncul di mana Nabi s.a.w. berdepan dengan bukan muslim yang berterusan menyebut Allah s.w.t.. Dalam kata lain, dari satu dialog ke satu dialog, jelas ianya tidak digubal.

Dan Nabi s.a.w. bertindak selaras dengan firman Allah s.w.t. dalam surah Al-Imran: 20, bahawa kewajipan kamu (Nabi s.a.w.) hanyalah menyampaikan.

Dan peringatan Allah s.w.t. tentang hal mengusir dan merosakkan rumah ibadat bukan muslim di mana nama Allah s.w.t. disebut di dalamnya jelas pada Al-Hajj: 39-40.

Thursday, January 7, 2010

Esa

Bila Esa itu tak dapat dinisbahkan dengan apa pun termasuk nilai 1, maka apa yang boleh menggugatnya?

Jawapannya: TIADA.

Jelaslah aqdun yang membina aqidah. Ia berada pada keyakinan ANDA. Berilah keyakinan, bukan paksaan.

"kegelapan tidak boleh dihalau, nyalakan lampu!" - Martin Luther King

Wednesday, January 6, 2010

Iman

"With real faith, you have freedom, you have love" - Wan Mohd Aimran

Friday, January 1, 2010

Belasungkawa

Selamat kembali ke asal-mu Tok Mat.

Belasungkawa

Selamat kembali ke asal-mu Tok Mat.

Allah s.w.t. 2

Allah menyebut: (maksudnya) “..dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang (pencerobohan) setengah yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak dalam semua tempat itu dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong ugamanya (ugama Islam); Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Perkasa. (Surah al-Hajj ayat 40).

2010

Apa kau mahu perbuat?

2010

Apa kau mahu perbuat?