Isu-nya bagi saya gubal atau tidak. Itu saja pilihan yang ada, barangkali.
Dan saya kekal sejak dulu mengatakan bahawa Islam hanya menggubal persoalan jenayah, dan tidak dalam hal dosa.
Kerana iman adalah dalam wilayah peribadi. Hujahnya ada pada kalimah syahadah itu sendiri. Dan dari perihal jemaah, ia difahami saya dalam semangat saling-memerlukan (interdependence).
Jika perbuatan Nabi s.a.w. hendak dijadikan dalil, mungkin dalam pilihan sama ada gubal atau tidak, maka dengan tiadanya catatan gubal, jawapannya jatuh kepada wilayah tidak.
Dan untuk saya, ia cocok dengan berulang-kali dialog muncul di mana Nabi s.a.w. berdepan dengan bukan muslim yang berterusan menyebut Allah s.w.t.. Dalam kata lain, dari satu dialog ke satu dialog, jelas ianya tidak digubal.
Dan Nabi s.a.w. bertindak selaras dengan firman Allah s.w.t. dalam surah Al-Imran: 20, bahawa kewajipan kamu (Nabi s.a.w.) hanyalah menyampaikan.
Dan peringatan Allah s.w.t. tentang hal mengusir dan merosakkan rumah ibadat bukan muslim di mana nama Allah s.w.t. disebut di dalamnya jelas pada Al-Hajj: 39-40.
Friday, January 8, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment