Tuesday, March 31, 2009

Pause

Pergh, gua kena sawan blog. Ketagih! haha

Gua akan kembali bila aliran maya di rumah dah ok. Buat masa ni gua memang sangat tak ada life sebab pandai-pandai ambil Deutchkurs A1 ni dan kemudian bergegas ke Bukit Tunku meneruskan kerja (sumber rezeki buat masa ni).

Dan sejak akhir-akhir ni Tuhan selalu bagi soalan pada gua "Apakah yang dikejar dalam hidupmu?"

Gua ada jawapan, tapi gua tak mahu tulis di sini. Gua hanya doa gua tak lupa Tuhan untuk setiap doa gua. Dialah segalanya...

Layan Tag Sat

Gua penat, dari pagi keluar pukul 10.45 malam baru boleh jengok rumah. Padan muka gua sebab ada kerja yang tak siap lagi.

Gua layan tag jap dari adik KEMPAS, Sheikh. Semoga dengan 10A masa SPM lepas akan jadikan dia manusia berguna di dunia dan akhirat.

5 brand that you like the most
Kalau nak kira minat aku rasa jenuh la. Ada yang dulu aku minat sekarang dah tak minat sebab macam haram kualiti merosot (atau aku kena tipu dek kapitalis kepala tak betul? hehe)
i. Adidas, biasanya untuk sukan.
ii. Dockers, untuk casual.
iii. Teva, untuk sandal (ngeri sial lepas anjing hilangkan sebelah haritu, melayang RM300!). Kasut Converse 1st Edition yang terbaik!
iv. Suave, ini je yang mampu.
v. Baju buat sendiri, yeah! Err, hari tu aku dapat baju jenis ni di Indonesia dan tertulis "Tuhan, agamamu apa?". Confirm aku tak pakai baju ni keluar, haha

5 brand that you dislike the most

Gua sebenarnya tak ada anti mana-mana brand sebab gua percaya pada pasaran bebas. Cuma memang gua agak berbulu bila dapat barang tak elok, tak kira apa brand.

5 countries that you want to go the most
i. Japan, alhamdulillah dah sampai, banyak lagi gua nak tahu.
ii. Amerika Syarikat, alhamdulillah dah sampai...tapi tak sempat pusing mana sangat.
iii. NZ, dengar cantik sangat, gua nak pergi.
iv. Europe, haha, berapa negara tu? Perancis, Itali, UK, Jerman dan Netherland - gua nak tengok tempat-tempat menarik seperti Eiffel, Colloseum, masuk arkib di UK geledah dokumen Malaysia (dah lebih 50 tahun maka dah declassified, boleh tahu sejarah beb! Tembok Berlin...ah banyaknya!
v. Mesir. Gua nak pergi Mekah dan Madinah untuk ibadat, yang semua ni gua nak pergi untuk mencari rahsia Tuhan yang lain.

5 countries that you do not want to go the most
Tak ada, even jika Israel jadi negara haram pun gua nak pergi. Tapi jika orang tengah perang (which is bodoh dan bebal!), gua nak pergi jadi pasukan pembantu macam Rachel Corrie...

5 item that you like the most
Buat masa ni gua sayang:
i. MacBook gua
ii. DSLR yang gua masih bengap nak guna.
iii. iPod yang gua layan lagu di MacBook lebih banyak daripadanya, haha
iv. Kereta racing gua (racing-kah? haha)
v. Buku-buku gua...oh tidak, gua boleh hilang kawan kerananya beb! Gua dah ada library, yay! Okla kan 500 buah buku pada usia 27 tahun..

5 item that you dislike the most
Ish, gua susah la untuk kata tak suka pada sesuatu...

5 people that you love the most
Err, humang aih soalan ni...
i. Emak, kaulah ratu hatiku
ii. Ayah, walau aku jarang berkongsi apa-apa tentang diri, kau tetap bahagian yang besar dalam hidupku.
iii. Abang, arwah kakak dan adik-adik - suka dan duka itu satukan kita.
iv. Guru-guru dan kawan-kawan - banyak aku belajar dari kalian dan terima kasih untuk waktu bersama susah dan senang, maafkan aku yang selalu lalai mengingati kalian.
v. Bakal zaujah aku - entah siapa :) wink! wink!

5 people that you hate the most
Hidup gua singkat untuk benci orang, jika ada pun gua bencikan kezaliman dari tangan orang itu, bukan dia. Hate the sin, not the sinner ok?

5 color that you like the most?
Biru, Hijau, Putih, Merah dan Kuning

5 color that you dislike the most?
Alamak, gua blur..tak tau beb. Semua pun ok jika kena pada tempatnya.

5 things that you dream the most
Mimpi ke impi ni?
i. Gua impi rezeki halal yang cukup
ii. Gua impi ada rezeki lebih untuk bantu mereka yang perlu sekadar mampu.
iii. Gua impi isteri yang taat dan melengkapi gua serta anak-anak yang selalu doakan kami.
iv. Gua impi temukan keluarga gua di syurga.
v. Mati husnul khatimah dan semua orang maafkan dan halal terlebih terkurang termakan terminum gua.

5 things that you not dream at all
Tak ada - gua harap syurga tak tertutup untuk gua. Tuhan Maha Baik dan gua tak berapa baik, risau beb!

5 of your positive character
Alamak, masuk bakul! Gua rasa gua seorang pemberi, tak berdendam, suka senyum, kuat mencari keadilan dalam memahami perkara dan mudah memaafkan.

5 of your negative character
Cakap banyak, kadangkala malas tahap, suka cabar status quo dalam memandang sesuatu perkara, terlalu berbaik sangka dan memberi sampai orang ambil kesempatan dan bergurau kadangkala terlebih (tanpa niat, hehe)

5 moments that you miss the most
i. waktu aku rasa Tuhan itu dekat dan aku hanya ada Dia.
ii. waktu perasaan sayang pada keluarga itu membuak
iii. waktu aku tabah hadapi segala.
iv. waktu aku menguntumkan senyum di bibir orang.
v. waktu aku memberi yang terbaik untuk hal yang dilakukan.

5 moments that you do not want to remember at all?
macam mana gua nak tulis kalau gua tak mau ingat? tapi gua kalau boleh nak lupa
i. salah dan silap orang pada gua. insyaAllah gua maafkan kalian semua.
ii. bila gua terdetik rasa marah..
iii. bila gua putus asa dan mengalah pada hal yang tak diusahakan sepenuhnya.
iv. bila gua tengok manusia bangga dengan dosa-dosa.
v. bila gua rasa hidup macam tak ada agama.

5 positive characters of your best buddy
kawan-kawan gua ramai dan mereka semua bagus-bagus dalam erti kata tersendiri.

5 negative characters of your best buddy
oklah, gua sebut sikit...
i. gua tak suka bila kawan-kawan mainkan hati orang dan gua tahu!
ii. gua tak mahu kawan-kawan down tahap.
iii. gua tak berapa berkenan juga kawan-kawan yang malas tahap.
iv. gua rasa tak best bila lu downkan orang dan rasa diri lu paling best waktu tu.
v. gua sedih tengok kawan-kawan rasa dosa besar ni macam tak ada apa-apa.

5 things that you happy to do the most (Of your entire life)
gua rasa happy bila
i. Tuhan selalu zahirkan rasa kasih pada gua.
ii. gua bersama keluarga.
iii. manusia saling memberi yang terbaik.
iv. manusia saling memaafkan.
v. gua dapat tolong orang, walaupun sebesar hama saja...

5 things that you regret the most
kesal?
i. bila gua sia-siakan kasih Tuhan.
ii. waktu gua 'mungkin' lupakan keluarga gua.
iii. waktu gua tak dpt berikan yang terbaik utk apa juga gua buat.
iv. saat gua tak tahu gua 'ter'buat salah pada orang dan gua dihukum.
v. saat gua terpaksa terima permusuhan.

Single question

Favorite animal?
gua suka arnab la kot? hehe

Favorite quote?
hidup adalah perjuangan tanpa henti

Favorite actor?
gua suka P Ramlee boleh? hehe

Favorite actress?
gua nak tulis Angelina Jolie tapi gua tau lu akan jeles. So gua pilih emak gua, dia berlakon drama radio kira okla kan? hehe

Favorite things that you do when you are alone?
fikir, fikir dan fikir. gua suka fikir hubungan sesuatu perkara dengan perkara yang lain.

Favorite website?
gua suka macam-macam website, selagi mana kandungan membina dengan gaya tersendiri dan rupanya tidak sesakkan mata.

Favorite moment?
waktu bercinta la kot? semua macam indah je...macam la, hehe.

Favorite sport?
gua suka mendaki gunung, tapi dah lama tak mountaineering ni..adoi!

Favorite vegetable?
boleh tak gua suka salad?

Favorite movie?
banyak beb...tapi gua suka selalunya based on true story, atau based on buku dan heronya orang muda..urm, gua rasa gua minat filem yang ada philosophical elements kot?

Tengku Razaleigh untuk Perdana Menteri Malaysia!

Masa tetap ada untuk aku mengajak kita semua berkempen supaya YDP Agong menggunakan hak pregoratifnya melantik Tengku Razaleigh sebagai Perdana Menteri.

Aku memang sebolehnya mahu DS Anwar menjadi Perdana Menteri (sebab banyak janji demokrasi boleh kita tuntut) tapi mengambil kira pertimbangan politik kita yang masih keras dan tajam, Tengku Razaleigh adalah orang terbaik.

Ramai pendokong Reformasi reluctant untuk menerima Tengku Razaleigh hanya kerana dua sebab:

1) Beliau dalam sistem UMNO yang tak mengizinkan Reformasi berlaku.
2) Rakyat bimbang Ketuanan Melayu yang dikembangkan secara perkauman berterusan.

Cara terbaik ialah Kerajaan Perpaduan dengan DS Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Ahli Parlimen yang berkaliber memimpin Dewan.

Tapi Dewan harus dibebaskan untuk membincangkan apa juga usul melangkau sempadan parti dan demokrasi mesti ditegakkan dengan kebebasan dan keadilan menjadi prinsip pentadbiran.

Kampus, badan kerajaan dan lain-lain harus melalui fasa Reformasi yang nyata!

Tengku Razaleigh untuk Perdana Menteri!

Aku Pun Melayu 4

Dalam siri 1 aku telah tulisan Pengenalan kenapa aku menulis Aku Pun Melayu. Siri 2 ialah kupasan asas pembicaraan sambil dinyatakan bagaimana definisi longgar ini boleh dan telah mengelirukan amalan ramai. Siri 3 aku mengambil pendekatan menerima definisi ini sambil menunjukkan bahawa ia tetap pincang. Siri 4 ini aku akan sambung berkaitan kepincangan ini.

Dulu semasa aku hadir kursus Biro Tata Negara (BTN), aku dilantik menjadi imam bagi kursus tersebut. Oleh kerana aku imam, pegawai BTN yang juga bekas pelajar UPM tersebut ada menyebut dalam sesi pengenalannya “ada orang tuduh kita amalkan Asabiyah. Ustaz (merujuk kepada aku), apa maksud Asabiyah ni cuba bagitau semua”.

Semasa dia tanyakan soalan ini dengan yakin, aku telah pasti bahawa dia mahu merujuk kepada Assabiyah dari pengertian Ibnu Khaldun dalam kitab mahsyur al-Muqaddimah. Namun, aku mahu memetik sumber yang lebih baik iaitu sabda Rasulullah s.a.w. sendiri apabila ditanyakan sahabat r.a..

Jawabku “ketika Rasulullah s.a.w. ditanya sahabat r.a. apa itu Assabiyah, Baginda s.a.w. menjawab ‘mereka yang membantu saudaranya dan menzalimi yang lain’”.

Pegawai tersebut berasa terpukul, lidahnya tergagap-gagap saat cuba mengupas jawapan aku. Sudahnya, dia melepaskan kami untuk minum petang dan solat Asar.

Pada hemat aku, Rasulullah s.a.w. tidaklah mengatakan salah untuk “membantu saudaranya” namun jelas Baginda s.a.w. bertegas keperluan berlaku adil dan tidak menzalimi yang lain.

Di sinilah masalahnya Melayu. Apa yang jelas ialah dalam persoalan kepimpinan, kita mendahulukan persoalan hak berbanding persoalan peranan. Kita bermatian menyatakan “Ini hak kita, jangan siapa berani mempersoalkan. Jika ada, celaka jawabnya!”. Tapi manusia sama, yang bermatian konon mempertahankan hak tadi, kelu lidah terhadap bangsanya saat mereka salah guna kuasa, zalim, rasuah dan pelbagai lagi nilai yang jauh bertentangan dengan semangat nilai agama Islam yang disandarkan definisi Melayu padanya.

Lebih parah lagi, manusia yang tadi kuat melaung, malah ada yang mencium keris barangkali adalah sebenarnya manusia perasuah dan pengamal gaya hidup angkuh bertentangan dengan nilai Islam.

Dengan itu, pengertian Islam itu jadi luluh lantak.

Kita boleh beralasan bahawa jangan menilai agama dari pengikutnya. Tapi kita tak ada sikap yang jelas apabila agama dilegitimasikan untuk apa yang dipanggil hak dan hak yang didakwa ini wewenang jadi sumber rasuah, salah guna kuasa dan segala macam kekejian lagi.

Di atas apa yang mereka namakan hak, nyatalah kita lupa bahawa hak terhadap nyawa dan seluruh kehidupan ini ada pada al-Haq, Tuhan yang Maha Adil. Kita tak pernah bersungguh-sungguh mahu bertanya sama ada apa yang kita dakwa hak ini telah ditunaikan selari dengan hak dan perintah Allah s.w.t..

Ya, tentu saja ada dari kalangan kita mendakwa “Kamilah yang berjuang bermatian untuk agama Allah s.w.t.”. Biarlah aku sebut terus terang di sini bahawa kebanyakan mereka ini dari parti PAS.

Jujurnya, aku tidak ada masalah dengan PAS. Kritik aku dihala insyaAllah dengan justifikasi meski ada seorang rakan pernah mengherdik aku sebagai “kuat menyerang Islam” hanya kerana aku kritikal.

Ya, kata “kuat menyerang Islam” itu sendiri telah menunjukkan fenomena yang sama. Usaha menyempitkan agama pada konteks sebagaimana aku tulis dalam Aku Pun Melayu 2.
PAS tidak salah, tapi itulah hakikatnya. Bahawa PAS sebagai parti politik terperangkap dengan definisi ini meskipun mereka mahu lari daripadanya. Apa nak buat, pengundi Melayu itulah pengundi Islam.

Jika kita dengar ucapan perwakilan Perhimpunan Agung (Khas) UMNO baru-baru ini, aku menjadi kian takut. Dengar bagaimana perwakilan menjadikan Agenda UMNO atas nama hak Melayu sebagai lebih tinggi dari keadilan dengan menggesa jawatan besar kerajaan, badan berkanun seperti universiti serta badan korporat berkaitan kerajaan dan sebagainya dihakmilikkan kepada ahli UMNO.

Apa yang ada dalam minda mereka?

Sunday, March 29, 2009

Gua Akan Kembali

Aku sibuk dan menghadapi masalah akses internet di rumah. Bumi telah marah. Mungkin dia marah kawan serumah aku yang memperleceh kempen Earth Hour tempoh hari, haha.

Masukan Aku Pun Melayu telah disiapkan sampai 10 siri tapi aku hanya akan muatkan kemudian. Sekarang waktu rehat di sekolah - Institut Goethe.

Malam Earth Hour aku bantai tidur. Sebagai pelajar dalam jurusan Perhutanan, bab cinta alam ni memang sebati dengan diri aku. Cuma yang menarik nak dikongsikan ialah bagaimana manusia lebih mudah mengikut kempen bandwagon dan bagus apabila kempen Earth Hour ini menggunapakai kaedah bandwagon ini.

Abe (Rashidah) yang kini bekerja dengan WWF begitu semangat mengingatkan kawan-kawan berkaitan ini.

Memang ramai orang suka join the crowd. Bukan apa, nanti orang kata ketinggalan. Sekurang-kurangnya ada benda yang kita kongsi bersama - itulah globalisasi! Tak apa, walaupun kamu sekadar poyo untuk satu jam, itu pun cukup bagus.

Tapi waktu lain kau buang sampah, puntung rokok dan sebagainya yang mencemarkan alam, kau patut fikir semula. Aku kira dalam hal ini aku tabik masyarakat Jepun!

Sebagaimana aku dah tulis, kempen Earth Hour ini bukan baru, cuma kali ini ia dijalankan seluruh dunia. Maka, aku taklah bersungguh sangat sebab aku memang selalu alert hal-hal suis tak tutup di rumah. Tahniah untuk mereka yang teruja dan bersama dengan kempen ini.

Untuk aku, telah tiba untuk berbuat lebih dari itu. Kita perlukan sumber tenaga alternatif yang boleh diperbaharui. Debat ini telah dibawa oleh YB dari Pakatan Rakyat ke Parlimen dan sidang DUN (sekurang-kurangnya di Selangor). Malah sebahagian kawan-kawan yang mempertahankan YB Eli agar tidak letak jawatan kerana kami percaya suara alam sekitar hanya mungkin bergema dalam kabinet negeri Selangor melaluinya. Ya, dia adalah seorang aktivis alam sekitar yang terkenal sebelum terjun ke lapangan politik.

Jerman mungkin satu negara yang menarik di mana Green Party mempunyai suara yang kuat di sana.

Janganlah kempen Earth Hour jadi tidak lebih daripada kempen Anti-Merokok. Dan tak perlulah kita terasa hati sangat dengan kawan-kawan yang sinis. Mereka sinis yang positif kerana tanpa kempen Earth Hour, mereka telah lama perihatin dengan nasib bumi.

Friday, March 27, 2009

Kelam Kabut

Hidup aku kebelakangan ini nampak macam tersusun. Ya, dulu aku selalu sebut dan aku percaya bahawa hanya manusia yang sibuk punyai masa. Manusia yang tidak sibuk sebenarnya tidak punya masa - sebab tu mereka tidak isi masa itu. Konon-konon berfalsafah tentang masa di situ, hehe.

Alhamdulillah, adik aku ke Indonesia dan dapatkan aku beberapa buku yang baik (sebahagiannya aku pesan). Indonesia memang hebat dalam bab ini dan aku terdetik percaya bahawa tanpa korupsi, Indonesia akan bergerak pantas berbanding kita. Bukan tidak patriotik, tapi indikator kemajuan untuk aku bukan pada bangunan, tapi pada kemanusiaan dan keilmuan.

Hari-hari aku ke Institut Goethe kecuali hujung minggu - belajar bahasa Jerman. Seronok, tapi suka atau tidak belajar secara intensif ni juga agak menekan. Almaklum bahasa asing yang kita tak pernah tahu dan juga kerja sekolah, hehe. Bersama aku ialah 11 rakan lain terdiri daripada pensyarah, peniaga, suri rumah dan adik-adik lepasan SPM.

Kenapa aku belajar Jerman? Tahun ini resolusi Jalan Telawi ialah belajar bahasa ke-3. Cewah, padahal bahasa ke-2 iaitu Inggeris pun aku belum mantap. SPM skor tapi itu bukan tanda aku mantap dalam Bahasa Inggeris. Setakat membaca dan mendengar tu insyaAllah boleh...tapi menulis dan bercakap tu masih lemah. Maka aku berguru secara online.

Usai ke sekolah, aku ke ofis. Malaysia Think Tank akhirnya buat keputusan untuk beroperasi di Bukit Tunku. Memang kawasan elit, tapi agak jauh. Perjalanan pulang jika jalan tak macet pun dah ambil 40 minit (macam Kangar ke Alor Setar!). Tapi apa nak buat, tuntutan kerja dan aku beruntung sebab bos lepaskan aku ke sekolah.

Selain itu aku kemas rumah, susun semula perkakas dan perabot untuk menyedapkan mata memandang, hehe. Hujung minggu begini aku mahu bersukan sikit. Biasalah, yang asas ialah jogging. Selain itu siapkan kerja sekolah dan berhibur dengan filem-filem yang baru dibeli. Membeli belah? Ya, tempoh hari masa mak datang aku dah lakukan.

Semalam bersesi 'kaunseling' dengan kawan maya aku, seorang berdarah campur Jerman, mendakwa dirinya atheis dan pengkritik bebas, hehe. Dia cadangkan aku beli kucing. Humang aih, boleh dia cadangkan aku beli yang harga RM3000 di Mid Valley tu! Ceh, bukan soal boleh atau tak boleh beli. Meskipun aku minat arnab, arnab hanya sesuai hidup di habitatnya. Kucing memang keluarga aku di Perlis bela sejak dulu. Bucuk (nama kucing) hidup sampai 7-8 tahun. Kucing rumah arwah Tok kat Keramat dulu pun hidup lama, 7-8 tahun gak tak silap aku. Tapi kucing selalu mati kemalangan, adeh!

Sampai sekarang keluarga aku akan bagi makan kucing-kucing terbiar yang banyak di taman perumahan kami. Dah tak ada kucing yang betul-betul dibela. Aku pernah tulis dulu ayah bela ayam, kucing, burung dan merpati. Aku mungkin minat kucing, tapi aku rasa dari aku abaikan, baik aku relaks dulu.

Masukan (entry) ini agak kelam kabut kan? hehe

Dialah Segalanya

Dialah Segalanya ( Versi 94 ) - Iklim - Iklim 94

Dialah Segalanya
Iklim

Tujuh benua dicantumkan semua,
Luas lagi erti cinta,
Tujuh lautan boleh ku renang,
Di kolam cinta lemas jua.

Menjunjung langit bumi tak terpijak,
Bila sedar hati retak,
Berpisah jangan disebut-sebut,
Sesaat lena kau kejutkan.

Aku rela hanyut di lautan kasih,
Dari hidup hati pedih,
Dunia fana tiada ku peduli,
Asal dapat ku kembali...

Kembali pada asalnya cintanya sejati,
Tiada alam seindah alam cintamu,
Tiada rasa senikmatnya dakapanmu,
Tiada insan dapat kubandingkan...

Walau seisi dunia,
Memandang aku hina,
Aku rela kerana dia,
Dialah segalanya...

Hari Bumi?

Tiba-tiba semua orang sibuk nak ikut Hari Bumi.

Oklah, aku pun tak kisah sangat sebab kempen ni baik. Aku mula-mula tahu kempen ni masa buat penyelidikan untuk YB Nurul Izzah sekejap dulu berkaitan tenaga. Ya, aku pernah sekejap kerja untuk beliau sementara beliau dapat staf sepenuh masa. Kawan-kawan, apa kisah tolong menolong.

Cuma aku agak lucu sikit sebab Hari Alam Sekitar dan Hari Perhutanan orang buat tak reti jer. Yang hisap rokok pun buang macam tu saja (padanlah Tok Guru Nik Aziz kata lebih hina daripada lembu, hehe).

Nampaknya artikel aku untuk bulan April di Waubebas harus berkaitan alam sekitar, harus!

Tahniah untuk kempen bandwagon ini, strategi propaganda paling ampuh!

Aku Pun Melayu 3

Setelah memperkenalkan sebab kenapa aku menulis tentang Aku Pun Melayu dan seterusnya mengulas kelemahan definisi Melayu berdasarkan Perlembagaan, aku akan cuba memperincikan masalah ini.

Sebenarnya aku hanya menaip spontan semuanya, maka ada hujah-hujah yang boleh diperkemaskan lagi misalnya mengikut definisi yang ada, maka layaklah sebelum ini India muslim (mamak yang bersatu di bawah KIMMA) minta status Melayu.

Dulu di BTN aku sebut begini:
1) Melayu itu berbahasa Melayu. Samy Vellu dan Lim Kit Siang pun boleh cakap Melayu.
2) Amal adat budaya Melayu. Samy Vellu dan Lim Kit Siang pun boleh buka kasut masuk rumah, makan basuh tangan, pakai baju Melayu dan sebagainya.
3) Beragama Islam. Ini sahaja mereka tidak ada.

Sebenarnya aku menggunakan contoh ini untuk menunjukkan pemboleh ubah siapa Melayu berdasarkan Perlembagaan.

Tapi, mengambil kira ‘logik’ Tuhan menjadikan manusia dengan segala kepelbagaiannya, Samy Vellu dan Lim Kit Siang tentu saja akan minta dari Tuhan untuk jadikan mereka Melayu jika tahu mereka akan dilahirkan di Malaysia di mana Dasar Bumiputera dan Ketuanan Melayu rancak diperjuangkan.

Yang pastinya, Tuhan tidak buat begitu. Dan Allah s.w.t. berpesan pula di dalam Al-Quran bahawa diciptakan manusia ini pelbagai untuk saling berkenalan. Garis beza antara kita ialah taqwa.

Di sinilah kehebatan Islam sebagai sebuah agama untuk aku.
Dulu masa keluar 40 hari tabligh di Johor, negeri yang orang kata pekat UMNO (baca: sentimen Melayu), aku sampaikan secara jelas mesej Islam dengan izin Tuhan.

***************
Tuan-tuan yang dimuliakan Allah s.w.t.,

Kejayaan manusia dalam agama dan bukan selainnya. Allah s.w.t. tidak letak kejayaan manusia dalam harta benda, kerana jika Allah s.w.t. letakkan kejayaan manusia dalam harta benda, beerti hanya orang kaya saja berjaya.

Allah s.w.t. juga tidak letak kejayaan manusia dalam rupa paras, kerana jika Allah s.w.t. letakkan kejayaan manusia dalam harta benda, beerti hanya mereka yang kacak dan cantik saja berjaya.

Allah s.w.t. tidak letak kejayaan manusia dalam pangkat dan kedudukan, kerana jika Allah s.w.t. letakkan kejayaan manusia dalam pangkat dan kedudukan, beerti hanya orang berpangkat dan kedudukan tinggi saja berjaya.

Allah s.w.t. tidak letak kejayaan manusia dalam keturunan, kerana jika Allah s.w.t. letakkan kejayaan manusia dalam keturunan, beerti hanya keturunan tertentu saja boleh berjaya misalnya Melayu saja boleh berjaya.

Tapi Allah s.w.t. Maha Adil. Allah s.w.t. letak kejayaan manusia dalam taqwa di mana semua manusia boleh mencapainya. Satu orang miskin yang bertaqwa, akan berjaya di sisi Allah s.w.t. dan satu orang kaya yang tidak bertaqwa tidak dianggap berjaya di sisi Allah s.w.t..

Begitu juga, satu orang kaya dan berpangkat, jika bertaqwa dia akan berjaya di sisi Allah s.w.t. dan sebaliknya jika tidak beliau juga gagal di sisi Allah s.w.t.. Satu orang miskin jika tidak bertaqwa rugilah beliau. Sudahlah bahagian dunia tidak ada, di akhirat juga tidak berjaya.

Satu orang Melayu, Cina, India, Yahudi atau siapa saja boleh berjaya di sisi Allah s.w.t.. Syaratnya mudah – bertaqwa.

Maha Suci Allah yang memberikan keadilan kepada kita.

Tapi apakah itu taqwa tuan-tuan?

Taqwa adalah persoalan nilai yang disertakan dengan keyakinan asas kepada Rukun Islam dan Rukun Iman dan disertakan dengan amalan.
******************

Apa kaitan kisah tabligh aku dulu dengan Aku Pun Melayu?

Sebab Melayu, jika mahu mengasosiasikan diri dengan Islam, harus tidak membelakangkan nilai Islam agar agama ini tidak difitnah.

Jika kalian baca Aku Pun Melayu 2 yang aku tulis. Sebenarnya di sinilah masalah UMNO dan PAS dalam persoalan Melayu-Islam. Tapi aku lebih puji PAS berbanding UMNO kerana dalam susah payah, PAS sanggup di barisan luar kerajaan dan tegas mengatakan yang zalim itu zalim sedangkan UMNO gagal. Maksud aku di sini sikap parti, bukan individu dalam parti.

Kesukaran PAS sebenarnya berlaku berpunca dari faham yang salah dari definisi Melayu sebagaimana aku dah tulis. Sebab apa? Sebab PAS sebagai parti politik harus berpijak di bumi nyata bahawa mereka memerlukan undi Melayu sebagai saluran utama undi mereka. Begitu juga UMNO. Dalam hal ini, kadangkala perkara buruk bersabit Melayu pun takut ditentang kerana nak jaga undi Melayu misalnya DEB telah membenihkan rasuah (sebagaimana tepat ramalan Tun Dr Ismail bahawa orang Melayu akan korup jika DEB terus dilaksanakan selepas 20 tahun).

Orang Melayu berkempen bahawa ini persoalan hak. Dan di sanalah neraca Islam teruji pada sikap sebenar kita sebagai muslim. Dan jujurnya, di sanalah aku menemukan bahawa pandangan ekonomi liberalisme klasik (baca: libertarian) adalah pandangan paling cocok dengan prinsip Islam – menolak favouritism dan perlindungan, menghidupkan ekonomi pasaran bebas. Tapi di kalangan kawan-kawan aku lebih senang dikategorikan centrist, kerana daripada pengetahuan yang ada, Islam lebih besar dari persoalan libertarian namun libertarian sebagai alat berfikir banyak membantu aku memahami persoalan-persoalan hidup dan tentunya ia boleh diperdebatkan.

Hujah-hujah bahawa masyarakat India ada negara India dan Cina ada negara China adalah hujah yang sangat tidak Islamik. Hujah-hujah bahawa Yahudi itu confirm masuk neraka juga tidak Islamik. Malah silap-silap Tuhan tanya kita balik sebanyak mana telah kita dakwahkan mereka tentang Islam dari kata dan laku kita berbanding terus mencari siapa ahli neraka?

(akan bersambung nanti – Aku Pun Melayu 4)

* Aku bukan ustaz dalam pengertian guru agama. Aku juga seorang pendosa yang sentiasa takut dan harap diselamatkan Allah s.w.t. asbab kelemahan aku. Tapi aku gembira siapa saja yang bersetuju dengan kebaikan meskipun mereka belum berupaya melaksanakannya. Bab ni aku akan tulis lain - tentang individualisme.

Thursday, March 26, 2009

Tingkatan 1 - Sambungan

Sebenarnya ada lagi nama-nama lain yang aku ingat, tapi nantilah aku kemaskini senarai nama kawan-kawan tingkatan 1 ni.

Dulu masa Tingkatan 1 padang sekolah aku sedang dibaiki, maka aktiviti sukan sekolah tidak ada. Untuk sukan sekolah, cikgu pilih macam tu saja. Aku rasa mereka pilih berdasarkan prestasi tahun sebelumnya. Lagipun kami budak-budak Tingkatan 1 nak bersaing apanya dengan budak bawah 15 tahun kecuali sukan dan permainan tertentu. Senaman pun buat di court bola tampar atau dewan saja. Di situ cikgu akan tengok siapa yang nampak ada bakat, aku rasalah.

Sebelum masuk SMK Derma, aku main ragbi sentuh untuk negeri. MSSM masa tu buat di SMS Selangor. Aku ingat lagi tahun tu, 1994 juga ada Kejohanan Ragbi Asia dan kami dapat tiket percuma untuk tonton perlawanan akhir - aku pun dah lupa pasukan mana main, yang aku ingat satu pasukan pakai belang merah putih. Kami dapat Naib Johan untuk kategori Plate waktu tu.

Yang aku nak cerita sebenarnya pasukan ragbi SM Derma (sebelum jadi SMK) masa tu main untuk MSSM mewakili Perlis dan dapat tempat ke-3 kebangsaan. Ini batch Syed Udeng, Erri Hardinata, Johnny dan lain-lain. Masa tu jurulatih ragbi iaitu Pak Jon (Azizul Abidin yang juga Pengarah Akademi Soccer Star musim pertama) datang jumpa kami pemain bawah 12. Kami tak kenal pun. Dia datang tanya berapa orang masuk Derma masa tingakatan 1 (sebab keputusan UPSR dah keluar). Rupanya hanya aku seorang.

Kemudian aku jumpa Pak Jon lagi masa main catur tertutup Perlis. Masa tu aku dapat nombor 3. Tengah mencongak kumulatif markah aku dengan Rosdi (juara masa tu yang juga budak SM Derma), Pak Jon dok tumbuk belakang aku beberapa kali. Aku pusing tengok rasa macam pernah jumpa 'brader' ni. Bila dia dah tumbuk belakang aku 4-5 kali, aku pusing dan cakap "saya tahulah abang besaq". Hati memang panas.

Masa tu aku dah mula belajar main gitar bawah pokok dengan mat-mat motor dan mat-mat kereta kat taman aku. Pendek kata konon berlagak dewasa la dan nak tunjuk keras kepala. Pak Jon senyum saja.

Tengok-tengok masa aku mendaftar kat Derma, "brader" ni rupanya cikgu di sana! Naya! Dia cam aku dan baru aku ingat rupanya dialah "brader" yang kami jumpa di SMSS. Pak Jon suruh aku ikut latihan ragbi dan kami main di Padang Bandaran.

Aku dulu keras kepala. Senior-senior memang tak suka aku sebab aku tak 'respect' mereka (cis, rasa macam skema gila babi pakai kata mereka ni, haha). Senior memang cari usaha pekena aku, tapi aku buat 'humble' saja. Cuma ada seorang "brader" form 4 ni memang betul anti aku. Muka mau ketat ja kalau tengok aku.

Masa tingkatan 1 ni konon aku 'dilindungi'lah. Tapi seingat aku, aku tak kacau orang sangat. Kacau tu ada jugalah. 'Melawak' sebelah utara ni kasar. Mencarut siap main nama mak ayah. Tolak kepala tu memang biasa. Memang naif dan bangang aku masa tu - bajet kuat. Senior memang berbulu dengan aku tapi sebab kabel luar aku masa tu agak dikenali ramai dalam hal bergaduh ni, mereka hanya tunggu aku buat hal. Nasiblah aku tak buat hal sangat. Tapi aku rasa kalau aku jadi senior masa tu dan tengok balik diri aku sendiri, mau makan penerajang sedas dua kot? haha. Paling tak pun penampar sekali dua. Aku dulu kira lasaklah. Dulu, hehe.

Selain ragbi, aku dah mula wakil sekolah main catur dan wakil negeri. Tahun itu aku jadi juara catur negeri untuk Kejohanan Merdeka. 9 pusingan. Kalau baca balik tulisan pertama pasal catur, aku ada cerita macam mana proses menjadi juara ni berlaku (malas nak linkkan). Seingat aku, aku tak ada ikut mana-mana persatuan masa ni walaupun teruja nak masuk Pengakap. Almaklum slogan "Sekali berpengakap, terus berpengakap" masih segar. Tapi memikirkan aku dah kawan dengan orang-orang dewasa, aku anggap ianya tidak begitu cool, haha.

Terima Kasih Pak Lah!

Pak Lah mungkin dilihat sebagai Perdana Menteri paling lemah. Puncanya kerana; 1) manusia tidak sabar dan lekas membandingkan dengan Tun Dr. Mahathir sedangkan 22 tahun dengan realiti berbeza tentu saja tidak sama dengan tempoh singkat Pak Lah dan 2) kerana UMNO pasca pemecatan Dato' Seri Anwar sehingga peralihan Tun Dr. Mahathir kepada Pak Lah adalah parti yang paling pengecut memperkatakan agenda perubahan dan pembaikan dan terus menjadi angkuh dengan kata seolah "Aku berkuasa dan kau perlu ikut aku. Siapa yang menentang akan dicincang lumat dan diburukkan serata alam".

Ringkasnya, UMNO tidak berupaya menghayati mesej yang lama dibawa Dato' Seri Anwar dalam kerajaan iaitu "Menangani Perubahan". Entah berapa ramai ahli UMNO terutama yang muda pernah membaca buku itu dan buku Gelombang Kebangkitan Asia yang menjadi titik beza mula Dato' Seri Anwar dan Tun Dr. Mahathir dalam mekanisme pengurusan negara.

Hari ini aku baca ucapan terakhir Dato' Seri Abdullah selaku Presiden UMNO (Sebenarnya UMNO (baru)) dan aku rasa ucapan ini sangat baik. Jika benar sistem UMNO dapat bergerak berlandaskan pesan ini, tak mustahil aku masuk UMNO! Tapi untuk perubahan, ia tidak mudah untuk UMNO kerana baggage terlalu banyak dan ia memerlukan korban politik.

UMNO, sama ada bersedia atau tidak menggalas pesan ini hanya Tuhan saja yang tahu. Sekurang-kurangnya Reformasi telah berupaya mendesak kalimah jujur ini dititipkan.

Wednesday, March 25, 2009

Aku Pun Melayu 2

Masa balik Perlis tempoh hari aku hadir dalam satu program khusus berkaitan isu Melayu-Islam. Fokusnya tidak lain dan tidak bukan berkaitan Raja, kedudukan Melayu dan bahasa. Aku datang sebab tengok panelis macam menarik. Macam saja. Selain tokoh-tokoh PPSMI yang lebih berani sikit, yang lain semua hanya datang untuk mengabsahkan kemahuan politik UMNO. Perbincangan jadi buruk bila sejarah disempitkan perspektifnya, penganjur dilihat tidak serius dalam pengendalian masa dan perspektif hujah yang rencam.

Aku nak bincangkan Melayu dalam konteks Perlembagaan sebagaimana tertera pada Artikel 160 yang berbunyi:

Menurut Perkara 160 (2) Perlembagaan Malaysia, orang Melayu itu mestilah beragama Islam, mengamalkan adat budaya Melayu, bertutur menggunakan bahasa Melayu dan lahir sebelum hari merdeka sama ada di Tanah Melayu atau Singapaura, atau pada hari merdeka telah bermastautin di Tanah Melayu atau Singapura.

Dalam memahami sejarah, kita harus meruntuhkan sempadan beku kerana Sejarah Malaysia dan Melayu itu tidak bermula pada 1957 atau 1963 misalnya. Ada usaha menggali sejarah Melayu pra-kedatangan Islam dari kalangan kelompok akademisi di Malaysia dipandang sinis kerana ia secara tidak langsung menggugat faham Melayu pada definisi di atas. Jika kita jujur pada Sejarah, kita akan temukan banyak persoalan dalam banyak peristiwa.

Pada aku, masalah paling besar dalam paradigma Melayu dan diburukkan oleh politik ialah apabila Perlembagaan menjustifikasikan Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu.

Dari kenyataan di para atas ini, dah ada belum yang anggap aku nak merosakkan Melayu? Ada atau tidak, biar aku terus tulis.

Keburukan ditambah dengan Melayu-Islam mesti UMNO dan Islam-Melayu mesti PAS. Fanatisme meresap masuk secara halus dan bahasa fanatisme ini boleh dilihat dalam kempen-kempen serta percaturan politik di mana-mana. Hanya saja pasca Reformasi 1998, ia membuka peluang untuk dibincangkan - dan juga penuh emosi.

Kita harus duduk bersandar sebentar dan benar-benar memikirkan ini. Kita telah lama mengambil sikap sambil lewa terhadap banyak perkara hanya kerana adanya Artikel 160(2) ini dan peruntukan lain dalam Perlembagaan yang memberi 'keselesaan' kepadanya.

Aku percaya bukan saja aku yang sedar masalah ini tapi yang terlihat ialah tidak adanya keberanian untuk benar-benar menilai semula persoalan ini. Tun Saleh Abas dan Prof. Abdul Aziz Bari juga pernah seakan membela peruntukan ini, tapi mereka sebagai muslim yang komited, aku lihat ada pengecualian apabila melayu itu sendiri melayu bermasalah. Dalam hal ini mungkin aku berbeza pendapat sikit.

Persoalan ini pernah aku jelaskan di Biro Tata Negara (BTN) dulu dan memang tidak ada siapa yang menjawab. Bukan saja di sana tapi di banyak tempat dan ia buat aku rasa sangat tidak selesa kerana ia mengukuhkan lagi pandangan aku bahawa politik telah menelan kebijaksanaan manusia hampir di semua tempat!

1. Dalam definisi Artikel 160(2), jelas pembolehubah kepada Melayu ialah Islam.

Sebabnya, sebelum lahir ke muka bumi tidak ada siapa pun minta dari Tuhan untuk dijadikan Melayu, Cina, India, Mat Saleh, Latin dan sebagainya. Pendek kata, persoalan bangsa bukan persoalan pilihan. Ia telah ditentukan Tuhan. Tapi persoalan agama ialah persoalan pilihan. Seseorang boleh pilih untuk beriman atau sebaliknya dan berkaitan pilihan inilah, keluwesan Islam itu telah diburukkan dengan penyempitan konteks - sama ada dengan asosiasi kekal dengan Melayu dalam Perlembagaan atau asosiasi boleh ubah dengan parti politik yang penuh kepentingan. Dalam bahasa mudah, sentimen keagamaan telah jadi 'alat untuk mendapat kuasa'.

2. Jika Melayu-Islam di Malaysia itu murtad, maka dia jadi bangsa apa?

Persoalan ini mungkin disapu ke bawah tikar kerana orang Islam umumnya percaya muslim tak boleh murtad, jika murtad harus dibunuh. Ada khilaf dalam pandangan ini dan jujurnya aku mengambil pendapat paling mudah. Murtad boleh berlaku tanpa perlukan pengisytiharan. Justeru, mekanisme pentadbiran diusulkan untuk mengelakkan banyak kes-kes lain berlaku di kemudian hari misalnya kes rebut mayat, harta pusaka dan lain-lain, sekadar contoh. Aku cenderung bersetuju dengan Sheikh Rashid al-Ghanoushi bahawa murtad tidak semestinya bunuh. Ini sensitif dan tentunya ruang di blog ini aku biar terbuka untuk dibincangkan secara waras.

Tafsiran ini longgar dan untuk aku sangat bermasalah kerana ia telah jadi sumber dasar yang dimainkan banyak pihak dan sebab itu akhirnya aku rasa persoalan ini mesti betul-betul dicabar supaya garis jelas prinsip dan keluwesan itu diletakkan pada tempatnya. Rasa selamat dan wewenang dari definisi ini adalah satu status quo yang telah membinasakan pemahaman kita kerana:

i. Orang Melayu rasa dengan memberi kepercayaan bulat tanpa soal kepada parti-parti politik Melayu beerti telah mengangkat Islam pada kedudukan yang tinggi.

ii. Orang-orang UMNO khususnya percaya dengan membela Melayu, beerti kita membela Islam. Seolah-olah Islam itu yang bersandar pada Melayu, bukan sebaliknya.

iii. Orang-orang PAS sebelum ini (dan masih ada) yang segan-segan nak membela bukan Melayu apabila ada perselisihan dengan sikap dan pandangan Melayu yang lain kerana nanti dilihat 'tidak membela Islam' (yang secara halusnya telah diasosiasikan dengan Melayu).

iv. Orang-orang Melayu yang beranggapan Melayu itu Muslim percaya bahawa hanya sama ada UMNO atau PAS adalah wadah tunggal yang benar-benar cocok dengan Islam. Di sini bermula penambahan definisi secara kasar (Melayu-Islam-UMNO dan Melayu-Islam-PAS). Dan ini sebenarnya menjadi satu tambahan tembok yang jika tidak diteliti akan mengheret wacana lelah dalam Malaysia. Dari sinilah timbulnya juga orang agama atau ulama' yang tak cenderung kepada parti sekian-sekian dilihat sebagai pengecut, senget atau 'tidak benar-benar membela agama'.

v. Kekayaan wacana umat Melayu-Islam di Malaysia tersekat dalam 'rasa takut' dan 'rasa selamat' dari Artikel 160(2) ini.

Kita akan bersambung nanti, semoga ia jadi perbincangan yang kaya.

Apa Adanya

Hampir semua orang nak awek yang cantik. Hampir semua orang nak balak yang kacak. Mungkin semua orang! Tak payahlah tipu-tipu.

Kita mungkin nak yang beriman di tempat pertama. Tapi jika diberi pilih beriman serta kacak dengan beriman serta “sampan pecah”, agak-agak mana kita pilih?

Tak payahlah tipu-tipu. Jadi jujur bukan payah. Kadangkala nak jadi baik ni membawa kita jadi seorang hipokrit pula.

Kawan-kawan selalu terliur melihat “awek panas”, cun dan “bergetah”. Jika di Bangsar itu mungkin dah lali. Bukan kami minta, tapi mereka ada di mana-mana.

Mereka-mereka itu memang “daring”, mempersona dan seakan memanggil.

Satu waktu itu di sebelah meja kami datang “awek panas” dan seorang lelaki muda yang biasa-biasa saja. Kawan aku “gigil” dan “membentak”. “Celaka, kenapa selalu “awek panas” dibawa oleh “sampan pecah”?

Tak lama lepas itu lelaki itu nyalakan api rokok untuk sang perempuan. Kami masih bualkan soal wacana yang lambat bergerak di Malaysia dan apa harus kami buat untuk tidak ketinggalan sambil menggasaknya. Tidak lama pasangan itu bangun dan menuju ke sebuah kereta jenama BMW.

Spontan kata keluar dari kawan aku “semuanya telah terjawab”.

BMW mungkin hanya sekadar singkatan dari Best Men Wins bagi sesetengah lelaki yang konon berkeyakinan tinggi. Ia lebih daripada sebuah kereta. Ia adalah simbol kestabilan dan keselamatan masa depan untuk seorang wanita.

Kawan aku lekas potong “itu kereta ayah dia, aku tak hairan sangat”.

Kami ketawa. Semoga kami mampu setingkat dengan kebijaksanaan Heideigger supaya akan ada Hannah Arendt yang mahu mencintai kami.

Aku harap aku boleh mencintai “karya syorga” aku apa adanya – buruk dan baik kerana dia harus jadi satu-satunya yang bernama isteri.

Semoga dia itu muncul satu hari nanti! Ameen!

Oh, aku rasa bila dah jadi isteri, dialah yang paling cantik kerana hanya ada dia di mata kita. Seharusnya begitu.

Aku Pun Melayu 1 - Pengenalan

Aku suka tajuk buku baru Dato' Zaid Ibrahim dan insyaAllah aku akan dapatkan buku ini seberapa segera yang boleh. Aku dah lama berhajat nak tulis perkara ini terang-terang tapi aku tahu ia akan mengambil masa yang panjang. Ia akan mencabar ego manusia dan ia akan mencabar banyak perkara yang taboo dalam masyarakat Melayu di Malaysia khususnya.

Maka aku rasa mahu tulis sikit-sikit. Aku tak ada pilihan yang banyak kerana isu ini mesti selesai segera kerana aku bosan dengan wajah politik Malaysia. Benci tapi rindu kerana suka atau tidak aku tak mahu jadi pengecut yang lari dari tuntutan isu. Sebenarnya secara berkias, aku telah tulis beberapa tulisan serius tentang ini di WauBebas dan blog lama aku.

Isu ini untuk aku sangat mendesak kerana semakin dibiar taboo ini bergerak, semakin ia menggigit orang-orang bijak yang jiwanya terpasung dek rasa selamat dan puas hati.

Oleh kerana ini pengenalan, maka biarlah aku tulis sedikit latar belakangnya.

Aku mendokong Reformasi. Itu jelas. Dan suka atau tidak, parti politik paling rapat dengan agenda Reformasi tentu saja PKR. Umum di mana-mana memang cop aku orang PKR, orang Reformasi, orang Anwar walhal aku tidak berparti. Aku tak sepenuhnya membantah. Penjelasan memerlukan masa dan ruang. Orang kata aku tidak komited dari hal ini.

Reformasi yang dikaitkan dengan PKR digambarkan pengkhianat Melayu. Itu satu sebab utama dan sebab yang telah menghambat bukan saja PKR, malah PAS dan umumnya Pakatan Rakyat dan rakyat sendiri yang punya keinginan mendesak untuk berubah. Tuduhan khianat ini satu tuduhan serius dan ia wajib dijawab sejelas-jelasnya.

Tanpa sedar, kita masuk ke dalam lingkungan buruk yang diistilah Stephen R. Covey dalam Principle Centered Leadership (dan disebut juga tentunya dalam buku popular beliau iaitu Seven Habit) yang aku selalu petik - Fenomena Quick Fix atau ringkasnya kemahuan menyelesaikan masalah dengan segera.

Dan satu cara yang aku suka dalam usaha menyelesaikan masalah ialah Habit 2 - Begin with the end in mind. Mulakan dengan matlamat akhir dalam minda kita. Aku selalu bagi tamsilan begini: Kita mahu tunaikan haji di Mekah dan Mekah itu tetap di sana. Ada yang datang ke Mekah dari Malaysia, ada dari England, ada dari Argentina dan rata lagi pelusuk dunia. Tapi semua tahu Mekahnya tetap di satu tempat yang sama - hanya bacaan sudut barangkali berbeza. Cuba bayangkan Mekah itu boleh berubah-ubah. Dalam pertengahan jalan, kau dapat tahu Mekah itu telah beralih ke tempat lain. Jenuh juga kau terpaksa ubah perjalanan kau. Silap-silap tidak sampai!

Begitulah kita dan masalah. Dan ia mesti digerakkan dengan Habit 1 - Be Proactive iaitu kita mesti mengambil tanggungjawab (response-able). Untuk mengambil tanggungjawab, kita harus merdeka dalam erti kata bebas dan mengisi kebebasan ini dengan penuh tanggungjawab. Proaktif saja tidak cukup melainkan kita perlu tentukan keutamaan (Habit 3 First Things First). Dan oleh kerana kita berdepan dengan pelbagai perspektif, usahakan untuk mendapat Win-Win Situation (Habit 4). Habit 5 Seeks First to Understand Then to be Understood. Kemudian Sharpen The Saw (Habit 7) dari masa ke masa supaya menguasai dengan lebih baik. Habit ke 8 baru terbit dan aku rasa ia akan datang sendiri jika kita telah beri masa yang banyak untuk 7 Habit pertama.

Ok, itu hanya alat berfikir.

Aku dan kawan-kawan - sebahagian dalam UMNO, sebahagian PAS, sebahagian dalam PKR dan sebahagian bebas dan tidak berparti meski ada sikap politik bersetuju bahawa keutamaan isu yang ada kini ialah mengurangkan atau jika mampu menghapuskan sentimen perkauman yang negatif sebagaimana ada di Malaysia dan dirancakkan oleh pihak-pihak tertentu demi survival politik mereka.

Sebab kedua jika boleh aku nyatakan di sini ialah hampir seluruh masalah utama kita di Malaysia berlegar persoalan Melayu sama ada dalam bentuk kepentingan, kerosakan atau rasa terancam.

Sebab ketiga ialah kerana aku Melayu dan aku sayang bangsa aku. Dan aku akan tulis perkara ini sejelas-jelasnya dari akal fikir dan apa aku rasa supaya jika takdirnya aku dianggap pengkhianat dan dihukum, sekurang-kurangnya aku akan gembira bertemu Tuhan dan mahu meminjam kata Rasul s.a.w. "saksikanlah, aku telah menyampaikan".

Aku belum tulis apa-apa isi lagi. Untuk pengenalan ini aku hanya letak latar belakang isu. Secara tidak langsung, aku mungkin akan menjawab helah retorika Tun Dr Mahathir baru-baru ini tanpa menafikan ada kebenaran dalam penyampaiannya cuma aku kategorikan sebagai half-truth.

Apa yang bakal aku tulis mungkin akan mengusik pihak tertentu, mungkin akan membela orang tertentu dan mungkin bunyi macam bagus. Tapi aku seperti selalunya tidak akan memaksa untuk kalian bersetuju. Sebagai orang yang percaya kepada kebebasan dan keadilan, insyaAllah aku yakin proses maklum balas yang aku akan dapat akan membantu aku menstrukturkan semula faham dan gaya fikir aku.

Ok, jumpa lagi. Kena bersenam sikit dalam perjuangan marathon ni.

Tuesday, March 24, 2009

Mekanisme Bela Diri Memang Ada Dalam Diri Setiap Dari Kita, Cuma Persoalannya Bagaimana Kau Gunakan?

Masa belajar di uni, kawan-kawan bergraduat awal - 100 kredit dengan pengecualian (kerana kami bekas pelajar Diploma) sebanyak 30 kredit. Sebelum kami, senior boleh buat lebih pengecualian kredit berdasarkan keputusan pengajian Diploma. Ramai yang bengang sebab semua nak lekas graduat, kerja dan kahwin.

Tapi aku pandai-pandai bergraduat dengan kredit lebih kurang 130. Pendek kata, aku sempat kenal junior sampai 6-7 generasi. Urm, sebenarnya mula dari generasi ke-empat, banyaknya mereka yang kenal aku, bukan aku kenal mereka.

Oh, bukan itu yang aku nak kisahkan. Yang aku nak kisahkan ialah antara kursus luar fakulti yang aku ambil ialah Psikologi. Sebenarnya dalam bidang aku ada kursus Psikologi Sosial yang perlu diambil. Tapi aku pandai-pandai ambil lain-lain subjek yang aku fikir berguna untuk memahami sebahagian kehidupan.

Antara yang aku belajar ialah - Mekanisme Helah Bela Diri (dan sebahagiannya berbentuk falasi) dan pada aku ia tidak sepenuhnya salah. Sebab itu pada tajuk masukan (entry) ini aku tak letak perkataan 'helah', ia berbunyi negatif.

Manusia memang sukar berubah. Saidina Umar r.a. pernah kata "ubah gunung lebih senang dari ubah manusia". Dan kerana itu kerja Nabi s.a.w. adalah kerja yang hebat - dakwah! Dan semua dari kita adalah pendakwah (berdasarkan satu hadis Nabi s.a.w.).

Kita guna helah bela diri untuk redakan dari rasa takut, tidak pasti atau tekanan. Selalunya kita tidak sedar saat kita gunakan perkara ini kerana ia terletak dalam minda separa sedar kita. Dengan mekanisme ini kita membina alasan untuk tidak atau lambat berubah. Manusia memang tidak gemarkan sesuatu yang mereka tidak pasti kerana sama ada mereka rasa tidak selamat atau rasa tidak dapat mengawal. Selain itu ia jadi pelindung untuk rasa penolakan, pengabaian atau hal merendahkan keyakinan mereka. Kalau dalam hal bercinta misalnya "alah, awek tu tak layan aku macamlah aku nak sangat kat dia" atau dalam hubungan lebih luas "cermin diri awak dulu sebelum kata kat saya".

Bentuk helah bela diri antaranya:

1. Rasional dan Penafian: ramai orang kita nak tunjuk cool dan hebat tidak mahu mengakui mereka sedang berdepan masalah. Ini akan buat masalah itu tidak dilihat dengan cara yang betul dan ia akan tersimpan dalam minda separuh sedar. Misalnya "saya keluar dengan lelaki/perempuan lain bukan buat apa pun". Bunyinya sangat rasional dan di situ penafian juga wujud seiring kerana bila pasangan mempersoalkan, jelas ada persoalan yang tidak terjawab. Percaya kata aku, seorang yang konon tidak kisah keluar dengan orang lain tanpa mempedulikan perasaan pasangannya sebenarnya tidak sanggup berdepan dengan perkara yang sama jika berlaku padanya.

2. Pindah tempat atau bentuk: Seseorang yang ada masalah di tempat lain sering melepaskan tekanan atau rasa marah itu pada orang lain misalnya anak-anak di rumah, rakan-rakan atau pasangannya yang mungkin ada terbuat salah dan silap (yang sebenarnya tidak besar mana dan boleh dimaafkan). Sedar atau tidak, sumber tekanan itu sebenarnya dari pihak lain, tapi pihak lain yang kena...hai la badan. Cara lain ialah pindah ke bentuk yang lain misalnya sukan atau kerja macam orang gila tak tau rehat. Cara lain boleh jadi tiba-tiba nak tukar kebiasaan dengan bercucuk tanam.

3. Projeksi: Ini yang sering menghancurkan hubungan. Misalnya seorang lelaki kritik wanita kerana banyak komplen sedangkan sebenarnya dia yang banyak komplen. Atau seorang wanita tuduh lelaki kutuk dia di belakang sedangkan dia yang buat.

Ada banyak lagi sebenarnya tapi aku selalu ingatkan orang bahawa sains sosial bukan teori mati 1+1=2 dan ia tidak sepenuhnya dapat memberi jawapan kepada masalah manusia. Ia sekadar corak umum. Masa aku buat Sarjana, pelajar sains tulen memang ada masalah memahami dinamika sains sosial. Aku pun sains tulen dulunya sebelum "bersara" kerana jatuh cinta dengan sains sosial. Yang buat sains tulen jangan pula anggap ini kempen, tapi kekallah pada hal yang kamu minat dan jadilah yang terbaik dalam bidang yang kamu minat.

Sebab itu, dalam dakwah kau kena faham manusia itu boleh berubah. Dalam hal iman pun disebut iman para sahabat turun dan naik, iman umat akhir zaman masuk dan keluar! Berpagi dengan iman, berpetang dengan kufur atau sebaliknya! Na'uzubillah.

Kadangkala ketakutan ini yang mendorong kita jadi perfectionist dan memaksa manusia berfikir cara perfectionist tanpa kita sedar, walhal mulut mengaku manusia tak sempurna. Cliche. Aku mungkin berbeza. Aku sentiasa percaya hidup mesti dimulakan dengan rasa kasih sayang, terbuka, memaafkan dan sentiasa berusaha dengan susah payah memperbaiki kekurangan dan jangan mengherdik kekurangan orang lain selagi tidak zalim. Carilah nilai sepunya sebagai landasan awal untuk menyelesaikan masalah. Sebab itu kita ada undang-undang (pihak ketiga dan kita maklum ciri hakim harus adil walau aku difahamkan 2/3 hakim akan masuk neraka). Pendek kata mesti ada satu nilai lain yang kedua-dua tertakluk padanya dan tidak bias. Oh, banyak betul aku nak tulis sebenarnya ni!

Kenapa ini berlaku? Kerana manusia diajar takut buat salah sebab nanti akan ada mereka yang perasan bagus panggil kau LOSER. Berhenti jadi begini! Raikan persamaan dan rayakan perbezaan. Komplimen dan kau akan tahu manisnya kebebasan dan keadilan. Helah bela diri tak sepenuhnya negatif. Ia bergantung kepada cara kau tempatkan persoalan yang timbul. Bila ada masalah jangan terus pergi kepada hal yang kau persoalkan tapi tetapkan dulu apa nak dicapai (begin with the end in mind). Misalnya, kalau suami isteri atau couple atau kawan-kawan gaduh, mulakan dengan "kita nak hubungan yang ada ini baik dan makin kukuh di sebalik segala persamaan dan perbezaan yang timbul". Selalunya sesuatu itu gagal kerana ada pengkhianatan, itu saja. Pun begitu, ia masih boleh diselesaikan. Yakin?

Beb, aku rasa hidup kita sangat bermasalah bila tak letak sesuatu pada tempatnya (ini definisi adil dalam Islam). Aku syukur kerana pengalaman bertabligh menjadikan aku kuat fikirkan tentang Ikram Muslimin dalam susah dan senang. Dan aku harap aku akan baiki hal ini dari masa ke masa dengan izin Tuhan.

Ada masalah, selesaikan...lari dari masalah tak akan selesaikan apa-apa, silap-silap menambah masalah.