Friday, March 13, 2009

Fuh!

Selepas masukan (entry) terakhir aku tempoh hari, internet aku buat masalah. Seingat aku waktu itu aku baru nak tekan butang Publish Post di mana aku baru lepas tulis satu 'hentaman' terhadap DS Shahidan Kassim selepas membaca berita MB Perlis 'diganggu' oleh 'musuh' beliau.

Sebab benda tu dah dua hari lepas, dan baru tadi internet aku dapat dipulihkan, dan laptop aku ni pun dah shut down, maka masukan itu aku malas nak letak di sini. Tapi isunya relevan untuk jangka panjang. Nanti aku letak semula.

Untuk MB aku, walaupun engkau dari UMNO-BN, jangan risau. Kalau kau buat kerja baik, aku memang akan bela kau. Cuma waktu Pilihan Raya, sebab kau wakil UMNO dan kau terpaksa kendong hujah kaum puak-puak UMNO, aku akan lawan waktu itu dan waktu-waktu lain bila kau mewakili semangat yang pada aku salah (baca: perkauman sempit yang kau lapikkan dengan topeng agama). Setakat aku balik tempoh hari, aku gembira sebab orang ramai suka kau kerana sikap sederhana. Bagus!

Ok, aku nak selesaikan kerja aku yang tertunda dan akan tulis semula. Aku dah buat keputusan akan ada satu label khas yang hanya bercerita kisah cinta di blog ini. Tunggu! Malam ini akan ada satu tulisan tentang itu!

Oh lupa, internet aku rosak tempoh hari waktu ribut dan hujan lebat di sini - dua hari berturut-turut dan dalam tempoh itu aku hanya dapat masuk 4 jam saja dan kemudian tak boleh sampai ke sudah. Pergi cek di TM semua ok, hairan! Akhirnya aku bawa ke kedai dan buat semula konfigurasi. Nasib dia bagi percuma saja! Almaklum aku dah beli 4 set katrij hitam putih dan berwarna dari dia sebelum ni!

Dan bila aku dapat online hari ini, aku terus rasa cemburu - banyak betul blog yang aku subscribe telah kemaskini laman mereka. Aku akan baca, nanti ya!

* Aku tak tahu, tapi 2-3 hari ni hati aku rasa macam sangat tak best...kenapa ya?hurm..



No comments:

Post a Comment