Thursday, March 26, 2009

Terima Kasih Pak Lah!

Pak Lah mungkin dilihat sebagai Perdana Menteri paling lemah. Puncanya kerana; 1) manusia tidak sabar dan lekas membandingkan dengan Tun Dr. Mahathir sedangkan 22 tahun dengan realiti berbeza tentu saja tidak sama dengan tempoh singkat Pak Lah dan 2) kerana UMNO pasca pemecatan Dato' Seri Anwar sehingga peralihan Tun Dr. Mahathir kepada Pak Lah adalah parti yang paling pengecut memperkatakan agenda perubahan dan pembaikan dan terus menjadi angkuh dengan kata seolah "Aku berkuasa dan kau perlu ikut aku. Siapa yang menentang akan dicincang lumat dan diburukkan serata alam".

Ringkasnya, UMNO tidak berupaya menghayati mesej yang lama dibawa Dato' Seri Anwar dalam kerajaan iaitu "Menangani Perubahan". Entah berapa ramai ahli UMNO terutama yang muda pernah membaca buku itu dan buku Gelombang Kebangkitan Asia yang menjadi titik beza mula Dato' Seri Anwar dan Tun Dr. Mahathir dalam mekanisme pengurusan negara.

Hari ini aku baca ucapan terakhir Dato' Seri Abdullah selaku Presiden UMNO (Sebenarnya UMNO (baru)) dan aku rasa ucapan ini sangat baik. Jika benar sistem UMNO dapat bergerak berlandaskan pesan ini, tak mustahil aku masuk UMNO! Tapi untuk perubahan, ia tidak mudah untuk UMNO kerana baggage terlalu banyak dan ia memerlukan korban politik.

UMNO, sama ada bersedia atau tidak menggalas pesan ini hanya Tuhan saja yang tahu. Sekurang-kurangnya Reformasi telah berupaya mendesak kalimah jujur ini dititipkan.



No comments:

Post a Comment